CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, June 29, 2010

Say Haaiii...!!!

Tarikh : 28 Jun 2010 (Isnin)
Lokasi : Poliklinik An Nur Presint 15

Al-kisah, maka dengan rasminya daku ini membuat sesi ultrasound untuk melihat apakah rutin si kecil di dalam perut daku ini.....

Teruja sangat tengok, nampak la tulang belakang, tangan, kaki dan waktu scan 2  baby sangat aktif dalam perut ibu... Tiba² si kecil melambai²kan tangan kepada kami...alahaii aku ingat aku sorang je yang perasan rupanya doktor, dan en abangku nampak jugak... so sweet...!!! Semoga anak ibu membesar dengan sihat sehingga tiba saat melihat dunia Januari 2011 nanti...Insya Allah...

Maka hasilnya...tarraaaa....




Ultrasound Farish Akmal 

Pengalaman wat ultrasound kali ni berbeza dengan masa farish 3 tahun dulu... Masa 2 aku scan kat klinik di Masjid Tanah, Melaka tapi blurr sangat aku sendiri xfaham apa yang doktor tunjuk...

Masa scan untuk tau jantina pun aku scan di tempat yang sama, jenuh la doktor 2 terangkan "ni bird dia, anak puan lelaki ye..." tapi kami laki bini xfaham jugak hahaha...yelah nampak putih jek kat screen komputer 2 maka ia kan aja apa doktor cakap.... 

Sekarang kandunganku berusia 11 minggu~

Minggu ke-11 - Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.


Thursday, June 17, 2010

Episod Duka Kehidupan Keluargaku...


Hanya gambar memberitahu 1001 perasaan
Kedukaan menyelubungi seluruh ahli keluargaku
Hanya doa mengiringi semoga anakandaku Mohd Izwan
kau mendengar, mengetahui....

Kami inginkan kamu sihat seperti dahulu
Bisa tersenyum girang bukan terbujur kaku tanpa suara
Tiada dayaku membendung rasa kesedihan, kesayuan
Apatah lagi melihat kamu menderita wahai anakku...

Naluri keibuan membuat aku tak keruan
Tak sanggup melihat air mata ibundamu mengalir
Kesayuan dan sedih melihatkan keadaanmu itu
Biarpun di hadapan semua orang dia ketawa riang
Namun di sudut hatinya dia meratapi takdirmu

Semoga ada sinar bahagia buatmu anakku
Semoga kamu cepat sedar wahai anakku

Friday, June 11, 2010

Teruja Tapi Takut!


Haii....

Jom klik sini sesama merasai keterujaan aku melihat perkembangan bb dalam peyut ku ini.... Pada mulanya aku macam xpercaya betul ke aku pregnant? Aku bermimpi ke?


Masa entry sebelum ni aku penah cite keterujaan farish bermain² ngan abica, sungguh x kusangka aku pregnant sebelum impianku tercapai 100%. Ohhh...apakah impian dan angan-anganku ituw? 

Sebelum ini aku adalah pengamal Maajun MAB yang tegar... Mengapa ya? Kerna aku belum bersedia mahu mengandung lagi.... Kenapa? Oleh kerna beratku selepas melahir farish xmau turun² maka pelbagai macam jenis produk menguruskan badan aku makan, telan, minum, sapu dan macam² lagi lah... Ada yang di bawah kawalan doktor hinggalah entah hapa² produk aku telan...

Kenapa aku kemaruk nak kurus? Aku mahukan beratku sebelum mengandung dulu @ berat dikala aku remaja belia...wawawa.... :( Hati aku menangis bila semua baju² blaus, skirt dah aku sedekah kan pada kengkawan kakak sebab aku xleh nak pakai...Huahuahua...xmuat sudah...!!! 

Hati aku sangat² sakit bila orang bergosip pasai aku, bila balik kampung jiran² cakap aku "Gemuk" maka bila hati sakit aku marah...bila marah aku makan...bila makan berat aku naik dan naik dan naik lagiiiiiiiiii.....

Cuba korang bayangkan kerisauan aku bila aku mengandung kali ini ketika aku mencapai berat obes dan ketakutan aku bila bulan demi bulan mendatang sudah pasti beratku kian naik lagi dan lagiiiii.....wawawa....!!!

Agak melampau juga bila aku terlalu memikirkan kesakitan melahirkan, keinginanku dambakan bb girl membuat aku kian risau hari demi hari... Oh Tuhan setiap saat ku memohon keselamatan, kesihatan diri ini dan anak dalam kandunganku ini... Amin...

 

Monday, June 7, 2010

Bila daku mengidam mau makan ituw ini....

Hai.... sudah lama daku tidak meng'update' blog,  pada tarikh 22hb Mei 2010 (Sabtu) petang ketika ujian kehamilan telah mengejutkan aku maka aku semakin malas dan bermalasan....huhuhu...

Tiba² daku terkenang menu ituw dan ini yang membuat air liurku meleleh².... Ohh alangkah girangnya rasa hati kalu dapat apa yang aku idamkan....

Hermm bermula dengan telur ikan tapi aku hanya mampu menjamah sedikit sahaja tekakku xleh terima...wuekkk...!!! Berlarutan sehingga pulang ke Masjid Tanah, Melaka aku pinta suamiku mencari pisang berangan. Sebelum ini suamiku ada membeli pisang berangan tapi ia xmemenuhi piawaian tekakku....ohhh tidakkk...!!!!

Aku meminta pula suamiku membeli roti john ikan bilis...Ya Allah sedapnya walaupun aku sudah tidur ketika ituw aku gagahkan diri nak jugak makan roti john tersebut... Aku jeling² jam di dinding makk aii 12.30 mlm sudah huhuhu...!!!

Di bawah ini pulak 2 resepi aku mengidam jugak... Maka aku menelefon bundaku tapi bundaku bilang dia xtau cara memasak apa yang aku inginkan ituw wawawa....Chef sebenar adalah kakak sulongku 'Yong'.... Demi adindanya yang tercinta chewah dia buatkan hehehe...

::: Lobak Asin & Kekacang (Chinese Style) :::


Bahan-bahan :

Lobak Asin (kalu dpt yang baru warna putih ye...)

Kacang Panjang (potong sederhana panjang)

Sebiji Bawang Merah (di mayang)

Cili Hijau dan Cili Merah (potong serong)

Ikan Bilis @ Anak Udang (ikut suka)

Kacang Tanah (buang kulit tau)

Cara-cara :

1. Mula² Lobak Asin dan Kacang Panjang goreng layu sebentar dalam kuali.

2. Kemudian goreng pula Bawang Merah, Cili Hijau dan Cili Merah. Angkat.

3. Goreng Ikan Bilis @ Anak Udang sehingga garing dan angkat. Akhir sekali goreng kacang tanah sehingga garing.

4. Satukan semua bahan yang telah di goreng tadi kemudian rasakan dengan garam dan perasa.... Tarraaa dah siap.

Enak dimakan dengan nasi panas comfirm bertambah2 nasi. Cubalah sesuai jugak buat penambah selera ketika bulan puasa. 

::: Sambal Jeruk Ikan Masin :::

Bahan-bahan :

Ikan Masin (Duri) di potong sedang dan goreng garing)

Cili Kering dan Bawang Merah (di kisar halus)

Cili Api (untuk menambah kepedasan)

Serbuk Ketumbar

Cuka (ikut suka nk masam taruk lebih)

Garam, Gula dan Bahan Perasa.

Cara-cara :

1. Tumis Cili Kering dan Bawang Merah (yang telah di kisar) sehingga pecah minyak.

2. Masukkan Serbuk Ketumbar dan Cuka.

3. Kemudian masukkan Ikan Masin yang telah di goreng garing tadi dan Cili Api.

4. Perasakan dengan Garam, Gula dan Bahan Perasa.

5. Tarraa dah siap.

Yong kata lagi lama lagi sodap jeruk ikan masin ni...nak masam taruk la cuka lebih ye...


Saturday, June 5, 2010

Farish Akmal & Buku GLOLIER

 ~05 Jun 2010 (Jumaat)

Al-kisah........

Maka dengan kadar kerakusan dan dengan tanpa berfikir panjang maka daku telah "terbeli" set belajar bahasa english untuk anakandaku Farish Akmal dan baby dalam perutku jua.

Setelah daku sign up mahu mengambil pakej bukuan tersebut maka aku mula berfikir 10x (ahh..ahh...ahh...sudah terlambat - versi gelak jahat!), akan tetapi aku memotivasikan diri sendiri bahwa pelaburanku ini demi anak-anak....

Ya aku kene yakin dengan keputusan aku sendiri... xde sesiapa memaksa @ mendesak aku berbuat demikian... Semoga aku bermotivasi jugak mengajar diri sendiri dan anak-anakku nanti...Insyaallah....

::: Kotak besar jadi lokasi farish berehat sambil membelek bukuan beliau ::: 
 
::: Set Buku Fun Thinkers beserta game ::: 
 
 
::: 26 vols "I wonder why" books n 26 CDs :::

-Hello
-Family
-Friends
-Happy Houses
-Animal Friends
-It's Delicious
-Happy Birthday
-Tick Tock Time
-Night and Day
-Let's Play
-Numbers
-At Home
-My Body
-Party Time
-Cooking
-The Forest
-Let's Travel
-Colours
-Wild Animals
-Funnies Face
-Country Life
-Music
-Mountains
-Changing Seasons
-Fairlyland
 
 ::: 4 vols Walt Disney's book of Words :::

- Words That Are Opposite; kata lawan
- Words That Describe Things; kata adjectives kot
- Words That Name Things; kata nama
- Words About Doing Things; kata kerja
::: 1 vol 99 ways Raise Child Self-Esteem :::
 ::: 1 rak buku n ada 3 para :::