CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, June 17, 2010

Episod Duka Kehidupan Keluargaku...


Hanya gambar memberitahu 1001 perasaan
Kedukaan menyelubungi seluruh ahli keluargaku
Hanya doa mengiringi semoga anakandaku Mohd Izwan
kau mendengar, mengetahui....

Kami inginkan kamu sihat seperti dahulu
Bisa tersenyum girang bukan terbujur kaku tanpa suara
Tiada dayaku membendung rasa kesedihan, kesayuan
Apatah lagi melihat kamu menderita wahai anakku...

Naluri keibuan membuat aku tak keruan
Tak sanggup melihat air mata ibundamu mengalir
Kesayuan dan sedih melihatkan keadaanmu itu
Biarpun di hadapan semua orang dia ketawa riang
Namun di sudut hatinya dia meratapi takdirmu

Semoga ada sinar bahagia buatmu anakku
Semoga kamu cepat sedar wahai anakku