CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, October 26, 2010

♂ ♀Scan nak tau Boy vs Girl ♂ ♀

Hai........

Al-hamdulillah semalam petang daku telah melunaskan impianku nak gi scan akhirnya hajatku kesampaian jugak...ketika usia kandunganku 28 minggu ++. Jelas kehampaan lalu membuatkan kerisauan membelenggu aku... Berdoalah daku ini semoga si kecil mahu memberitahu ibu, ayah dan abang farish akan warnanya...Blue or Pink? 

Terasa masa begitu lambat berdetik bila doktor lambat memanggil masuk, berdebarnya rasa hati tuhan je yang tahu...kali ni banyak gambar scan agak kurang cantik dan clear sangat, malah doktor dengan sedaya upaya xmahu aku kecewa mungkin.

Hasilnya suamiku dan doktor dapat membaca gambaran jantina di screen tapi aku masih blur2 hahaha...rasa xpercaya? Ya Allah aku bersyukur sangat! Rasa seperti bermimpi dan doktor asyik tanya "ibu nampak x ni?" aku cakap "ohh itu ke nape kecik jek?" hahaha....memang la bb kecik lagi....

Gambaran yang diberikan yang membezakan lelaki dan perempuan adalah:-

Doktor perempuan: kalu lelaki kita akan nampak ada 2 biji telur ye puan dan ada belalai...ok yang ni cuma nampak bulat dan ada 2 bibir macam burger 2 ye....puan jangan risau insyaallah bb girl ni ye...Kalu xpuas ati next time kita scan lagi ye sambil gelak2....


 Nampak x? Ni muka bb puan ye....


Gambar scan ni nampak blur sebab mik guna hp jek...agaknya doktor tengok aku macam confius dia bulatkan dan terangkan kat aku...ye macam kerang tergangga tapi xberapa jelas sebab kecik huhuhu... Suamiku pulak sibuk soh update status FB memandangkan kat klinik tu wifi free sambil amik gambo bb terus upload naik...gelojoh! Katanya ayah xkisah boy or girl janji kedua-duanya ok, tapi kalu girl al-hamdulillah bonus bonanzalah!

Masa otw balik aku rasa nak tanya soalan cepu emas kat suamiku ituw...

Ibu   : ayah, beza x ibu masa mengandung farish dan yang ke-2 ni?
Ayah : Herrmmm...memang pun...
Ibu   : Kenapa?
Ayah : Masa pregnant farish ibu lasak tapi yang ke-2 ni ibu lembik...
Ibu   : Lembik? hahaha cian ibu ayah kata lembik....

Tiba² kami anak beranak terdiam seketika...suamiku mulakan bicara semula katanya mak mertuaku sudah tahu (meneka jantina anak dalam perutku) hah! camne tu?

Ayah  : hari2 ayah citer kat mak dah scan tapi xnampak...mak kata insyaallah perempuan sebab nampak kecik/lain...entah la aku xtau macam mana MIL ku membaca keadaan perutku...Sambil menyambung mak kan dah bersalin 3 perempuan 3 lelaki taulah dia hehehe...

Hakikatnya ada benar kata² suamiku ituw, aku sangat emosi mengandung yang ke-2 ini, air mata mudah sangat mengalir, cepat betul tersentuh, asyik memberontak seawal mengandung hingga sekarang...terlalu banyak fikir, +++ aku suka bergaduh mulut@berleter kat suamiku ituw (cian beliau terpaksa menanggung rasa selama aku mengandung huhu..)

Ada kalanya aku terlebih rajin nak mencuba resepi ituw dan ini...nak belajar buat kek lah, buat karipaplah, donutlah hahaha...suamiku layan jek kek hangit pun dia makan nak mik hati kot :)

==================================
 
-->Tafsiran ini bukan untuk anda percayai sepenuhnya, tapi tidak salah untuk dijadikan hiburan dan kebetulan mungkin juga betul. Jadi, nak tahu lelaki atau perempuan, jom kita lihat.





♣ Tanda Bayi Lelaki ♣
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

♥ TANDA BAYI PEREMPUAN ♥
  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan~ada la xteruk sgt
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung~ya sakit montot
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan yang manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda lebih cerewet semasa hamil~ya rasanya
  • Mudah moody berbanding sebelumnya~ya aku akui kenyataan ini
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil~jerawat membiak riang
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang~masyaallah!
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur

3 comments :

εïзmmyHazaεïз said...

Bestnye Yatie dapat bby girl..

Yatie-Ahmad said...

k.ja, yati harap2 gitulah...jangan nanti lahir kuar telur lak huhuhu...

nuzurzaradeon said...

im new in blog..
Kindly be my follower..
nice to read your blog..