CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, November 30, 2010

Perut den 8 bulan...woww!

Pabila perut den 8 bulan...


Aku sebenarnya xtau nak baca keadaan perut aku ni bentuk macam mana... cuba korang bandingkan perutku ini dengan  link yang aku sertakan ni hehehe.... Nanti korang komen ek kihkihkih....

Nilah rupa perut ku berusia 8 bulan yo...

Meh tengok pulak persamaan perutku dengan berat buah-buahan tempatan hahaha... Setakat hari ini ye dah masuk 33 minggu. Meh klik sini pulak ye...


Tuesday, November 16, 2010

Bila 'ANNE' sudah marah!

Salam,

Semalam petang ujan turun lebat, langit pun gelap gulita... rasa macam ari dah malam meskipun jam baru kul 5.00 petang... Hati risau mengenangkan baju yang ku basuh pagi tadi mesti basah lencun isk..isk..isk... Pepagi ari tengok cuaca cukup baik matahari naik terang benderang tak sangka pulak petang ujan lebat selebatnya waaaawaaaa :(

Ehh pe kaitan dengan tajuk entry aku hahaha....

 Yelah setiap pagi dan petang rutin menaiki GBS (Geng Bas Sekolah) tapi aku xsempat nak kejar sesi pagi jadi waktu balik je menumpang bas 'ANNE' balik putrajaya... Gelagat 'ANNE' kadang2 mencuit hati dan kadang2 mendebarkan jantung bila ada aksi gila beliau lakukan.... Huh...marah2 sambil menjawab telefon memang dah jadi rutin kebiasaan, agaknya driver bas ni boring kot huhuhu...

Mengikut pengamatan aku selama naik bas dengan driver yang silih bertukar ganti memang 'habit' depa suka bergayut telefon sambil pegang stering bas... xkiralah driver muda ke atau driver yang beruban penuh di kepalanya sama jek :)

Ok citer petang semalam la ek... Selalunya kalu gerak daripada MIECC, MINES dalam kul 5.10 petang maka sekitar jam 5.30 petang dah sampai D8, Putrajaya... Tiba2 bila bas 'ANNE' nak pusing kat perkarangan D8 ada lak 2 ketul kereta telah menghalang bas untuk keluar...

Mau xgelabah semua mak guard dan pak guard bila 'ANNE' bunyikan hon bas beliau...Mundar mandir lah si mak guard dengan 'Walkie Talkie' di tangan...bola satu bola dua bola2 api di sini huhuhu.... Si 'ANNE' turun dan menjerkah mak guard...

Si 'ANNE' : u sudah tau pukul 5.30 petang bas masuk apa pasal kasi ini kereta parking sini? u x nampak ka ini bas besar huh! 

Mak Guard : erkk tadi..tadi... xde kereta sini, saya xperasan :(

 Si 'ANNE' : lain kali kasi jaga la, jangan kasi kereta block ini jalan bikin susah orang saja... u  tengok bas xboleh keluar jalan sudah jem huh! 

Mak Guard : terkebil2 dan mundar mandir...

Mak guard panggil geng2 security dan cuba tolak 2 ketul kereta berkenaan tapi GAGAL sebab kedua2 kereta tersebut tarik hand break ok! 

Memang jenis mementingkan diri sendiri tul lah...menyusahkan orang jek kalu aku rantai jek tayar kete depa ni... Security pong 1 taruk la kon ke letak org jaga ke kan ke xpasai2 kene marah hahaha!!!

Kereta yang nak masuk D8 pun doq bunyi2 hon marah! Akhirnya depa terpaksa pusing jauh dah la ujan panas hati depa sekalian huhuhu...!!! 

Mak Guard + Pak Guard bermesyuarat hehehe...
Pak Guard block jalan masuk supaya bas boleh mengundur untuk keluar daripada Perkarangan D8
Bas berjaya mengundur baru lah jalan clear ok!
 Jalan keluar p0ng jem sudah!

Sunday, November 14, 2010

kenapa ye....

Salam,

Kenapa ye? Kenapa lidah saya melepuh? Pelik ni :( sepanjang mengandung ni lidah saya melepuh.... sape yang pandai tolong la bagitau waaaaaawaaaaawaaaaa..............


Wednesday, November 10, 2010

::Teringin ::

~10 November 2010 (Rabu) 

Sesekali ku rasa teringin...ewahhh...................

Apa da aku merapek ni haaa... aku teringin nak makan Pizza Hut maka kami anak beranak gi Warta, Bangi makan kat sinun... Kebetulan petang itu aku check-up kat Klinik Kesihatan Putrajaya. 

Sesi habis sekitar jam 4.00 petang maka balik rumah dulu amik farish kat nursery pas 2 mandi manda, solat asar kemudian gerak gi kedai baby Manjaku di Bangi beli barang persiapan untuk 2nd baby lam perut den ni haa...

Kemudian gerak terus gi Kajang jenguk MIL + FIL kat umah kak midah..sembang2 kosong kemudian terus gerak balik...Tapi aku nak makan Pizza Hut :(, melencong ke Bangi dan gi makan lalala...

Servis lembab walaupun xde pelanggan yang ramai pelik..pelik.... ada pulak staff yang berkelakuan pelik jinjit selipar jamban ke hulu hilir sambil menemui supervisornya yang melepak dengan sekawan perempuan gedik (kawan2 dia gamaknya...)

Dapat mushroom soup sejuk dan serba serbi xkenalah...tapi mengenangkan keinginan nak makan Pizza mengatasi segala kekurangan itu aku masih bersabar... Malas nk citer layan jelah gaya2 2 beranak ni makan....

cehh baca menu la kunun...
Kusyuk nar baca menu...
Farish nak ini...nak ini...nak ini...semua nak!
Penuh gaya hirup soup..yummy!




Cicah garlic bread ek kawan dalam soup...
Comel x gaya saya?

Ntah pe yang kelakor depa 2 beranak ni...


Ibu makan sepotong jek yang lain ayah makan hahaha...

Seafood Lasagna yummy!




Makan Cabonara pulak ....
Hamik licin sudah!
itu 4 perempuan gedik doq belakang sekali buat bising huh!

Al-kisah 4 perempuan itu sangatlah menjengkelkan peragai mereka ok! Ketawa macam langsuir tapi aku kira langsuir lagi merdu suaranya hahaha... Farish dan ayahnya doq jeling2 xpuas ati tapi sabarkan mereka jangan marah2 ibu nak menikmati Pizza ok...

Kesabaran suamiku mencapai tahap maksima dan jiran sebelah meja pun mengomel2 xpuas ati sebab rasa terganggu dengan gelak tawa perempuan gedik itu...

Tiba2 suami bersuara : Dik kalu nak mengilai, ketawa kuat2 gi kedai mamak luar 2 k... haaa kat sana xde sapa marah!

Hahaha...padan muka, terdiam depa sekalian dan baru tersedar untuk mengawal diri daripada terkinja2 xtentu pasai...

Sunday, November 7, 2010

Aktiviti Coti2 Deevapali : ♥ Jahit Sarung Tilam Baby ♥

Salam,

Ohh coti2 Deepavali daku penuhi masa terluang dengan menjahit set tilam untuk bb den dalam perut ni... Akhirnya siap jugak lega rasa hati hihihi.... Sesi memotong kain sebenarnya bermula pada hari Ahad (31 Oktober 2010) lagi. 

Al-kisah bermula bila daku meluahkan kerisauan pada kandaku bilanya nak beli kain ni nak wat sarung tilam dan bantal bb, maka beliau mengajak daku gi Kamdar Presint 15, namun xde pilihan yang menarik hati...rasa hampa sangat2 ok! Lalu beliau pun rasa xseronok bila farish mula meragam nak mainan itu ini... Hati kami lara waaa...

Perjalanan di teruskan tapi ku kira kandaku nak membawa kami gi Bangi ke Kajang ke rupa2nya gi Nilai 3...Ohhh terharu la pulak, nasib baik juga cuaca redup xla panas terik di kala petang nan indah 2.... 

Jalan2 jenguk kedai tu kedai ni, sampai lah lorong ke-3 kedai kami jelajah xjumpa2 jugak kedai jual kain buat cadar dan akhirnya berjaya jugak jumpa puhhh lega!

Akhirnya kandaku pilih kain cadar mengikut citarasa yang memenuhi piawai tekak isterinya ini hahaha... Bidang kain ni besar ok leh wat cadar tilam queen bak kata si penjual 2 lah... Di sebabkan aku ni kureng arif bab2 beli kain ni maka pandangan/pendapat si penjual aku dapatkan.

Aku kira dia faham lain dan aku faham lain hahaha... Tapi layan jelah kan... Keputusan di buek maka aku mik 5 meter  kain x RM15 semeter... Nak kata aku pandai menawar harga idak jugak tapi terpacul jugak dari molot ku ini xleh kurang ke? Si penjual kata dia bagi RM13.50 semeter tapi kandaku pulak cucuk aikkk kurang la lagi beli 5 meter ni... Dan akhirnya dia bagi RM12 semeter....

Menurut mak melalui pengalaman beliau  jahitkan set tilam farish dulu paling kurang 7 meter kalu sarung luar pun pakai kain yang sama macam farish... Kunun2nya sarung dalam nak beli kain murah2 jek tapi xde modal lebih ari kejadian hehehe...

Sampai termimpi2 tau di malam hari bila dah beli kain ni... Melonjak2 pula rasa nak jahit padahal perancangan awal nak soh Yong jahitkan kat kampung. Aku cuma beli kain jek tapi aku ni jenis xsabar ok... Hari2 tengok kain ni buek hati aku resah gelisah maka aku amik tali tape mula ukur tilam farish nak wat contoh.

Camno nk jahit ni? aku belek2 sarung tilam, bantal farish ukur sana sini maka dengan semangat waja petang hari ku beli kain tersebut juga aku dah gunting kain hahaha... Memang maraton lah petang 2...

Pagi kejadian cuma bersarapan karipap dan tengahari selepas johor kami dah kuar umah, sekitar jam 3.45 petang sampai umah kandaku beli kuih donut wat lapik perut sementara aku nak masak makan tengahari merangkap malam... 

Jam 5.30 petang baru dapat jamah nasi sesambil 2 buek pulak adunan karipap dan masak inti karipap sebab dah janji nak bawak opis keesokkan harinya. Dah siap masak kunun2nya nk rehat sambil lelapkan mata jap tapi xleh nak lelap asyik terbayang bawang kain yang ku beli tadi. Sesi mengunting pulak aduyai.... Jam 9.00 mlm menguli tepung dan sesi mengelim karipap pulak..... Ponek badan mak nyah oiii....!!!

~5 - 6 November 2010 (Jumaat & Sabtu)

Sesi memotong, mengukur dan menjahit bermula xkira malam siang gok..gek..gok..gek...mesin jahitku bekerja.... Akhirnya aku dapat wat 2 set tilam bb :). 

Set ke-2 aku guna kain lain carba marba la kat dalam sape nak tengok ye x... Insyaallah nanti balik Perak  nanti tinggal nak isi kekabu jek...heeee kekabu freee la katakan....

:: Cantik x corak pilihan kalbu saya ni? hehehe..... ::
:: Set 1~ dapat 3 biji bantal + 2 bantal golek ::
:: Set 2~ dapat 7 biji bantal pelbagai saiz ::
:: Bantal yang dah siap ok ::
 :: Siang malam mesin ni bekerja tau ::
 :: Ni lah mesin yang menolong den buek set tilam bb den ::


~7 November 2010 (Ahad)

Berehat yolah xdo buek po masak pun malas hehehe....



Friday, November 5, 2010

:::Farish ohh Farish:::

Salam...

Auntie2 semua! nak tengok x aktiviti farish setiap ari pas balik sekolah? Ibu ngan ayah selalu jerit2 bila farish wat aksi2 cengini tp kan best hehehe.... Yang xbestnya nak kemas semula mainan 2 semua... farish cakap kat ayah "farish letih la..nak tidur...penat...." Tapi ayah kata kalu xkemas semua mainan farish ayah nak buang dalam tong sampah..wawawa....

Ibu ngan ayah xtolong pun farish kemas katanya nak soh farish berdisplin, pandai punggah kene pandai kemas semula tapiii farish malasssssss..... hihihi....


 Letih tau...penuh 1 kotak ni mainan kene kemas :(
 Jom teka mainan pe yang farish ada...
 Nak nyanyi dulu...
 Penuh perasaan tau!
Tapi banyak lagi xkemas wawawa....

Meh la tolon farish kemas mainan ekk...dah lengguh dah tangan ni tau masukkan semua mainan dalam kotak....