CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, December 3, 2010

Al-hamdulillah... Rezeki Warga TW :)

Salam,

Pagi ni (3 Disember 2010-Jumaat) kami warga KKLW berkumpul beramai-ramai meraikan Majlis Sambutan Hari Inovasi 2010 bertempat di Auditorium D8, Aras 5, Kompleks D, Putrajaya yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Ibrahim bin Muhamad (KSU baru).

Ada pameran inovasi KKLW oleh agensi2 yang berkaitan tapi aku dan kengkawan xsempat nak tengok pun sebab sibuk nak cari tempat duduk dekat dengan pintu keluar hahaha.... Ada juga slot inovasi daripada penceramah Encik Zulfadli bin Haron (Pengurus Latihan dan Pendidikan Zull Design Autotronic) best dengar ceramah ni asyik gelak besar je...

Part paling best masa pengumuman untuk 5 kategori Anugerah Kualiti dan Inovasi KKLW 2010. Meh layan kategori2 yang di pertandingkan dan pemenang bagi kategori tersebut :-

1) Anugerah Kualiti Pengurusan Aset : RISDA

2) Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan : RISDA

3) Anugerah Kualiti Pengurusan Khidmat Pelanggan : RISDA

4) Anugerah Kualiti Pengurusan Rekod : Bah. TW

5) Anugerah Kualiti Pengurusan Inovasi Perkhidmatan Awam

     - Kategori Teknikal : MARA

     - Kategori Pengurusan : KETENGAH

Setiap pemenang anugerah ni membawa pulang Trofi, Sijil  Penghargaan dan cek bernilai RM5K. Tahniah untuk RISDA yang bolot 3 kategori anugerah...cayalah!!! 

Selain itu, ada juga Anugerah Penilaian Outcome Terbaik. Al-hamdulillah! Cawangan Kemajuan Kawasan, Bah. TW telah memenangi tempat pertama Anugerah ini.

1. Bah. TW 
2. MARA
3. LKTS
4. MARA
5. Bah. PE

Rasa happy dan bersyukur sesangat apabila diumumkan Bah. TW memenangi Anugerah Kualiti Pengurusan Rekod.. Wahhh macam tak percaya jek, al-hamdulillah berkat kerjasama semua warga TW akhirnya impian nak memenangi RM5K tercapai. 

Ya sudah pasti ada mulut2 bersuara dan tak berpuas atas kemenangan ni tapi tak leh nak cakap pe... Kami berusaha keras untuk itu dan xde istilah bodek membodek seperti yang tersebar luas... Patutnya kita sama2 mempertingkatkan lagi usaha, dan mengambil teguran daripada Jabatan Audit Negara untuk memperbaiki lagi sistem pemfailan, sistem rekod dll dan bukan hasad dengki dengan kejayaan orang lain... Huhh..!


2 comments :

Wadah Impian said...

kak ti, cawangan tanah tu cawangan dayah... cawangan saya cawangan kawasan...

anyway, tahniah kepada semua warga TW... sama2 kita enjoyyyyyyyyy... huhuhuhu...

5k klu bagi sama rata tiap2 orang byk gak dpt tu... gahahaha...

Yatie-Ahmad said...

opppsss silap sudah!