CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Sunday, December 12, 2010

Kongsi Info : Teknik Memerah Susu Ibu & Teknik Lekapan

 ::: Teknik Memerah Susu Ibu :::

Sebab-sebab perlu memerah susu ibu:
  1. untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
  2. bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral
  3. untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
  4. puting payudara yang luka/melecet
  5. meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu
Cara memerah susu:




*Memerah dengan tangan*
  • memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  • basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  • sediakan bekas yang bersih dan steril
  • lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
  • boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
  • melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
  • tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
  • buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  • tekan payudara ke belakang ke arah dada
  • perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  • teruskan memicit sehingga susu keluar
  • perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
  • buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  • tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
  • ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
  • tukar ke payudara yang satu lagi
  • urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi 
  • perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  • setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
*Memerah dengan pam payudara*
  • baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  • basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  • basuh tangan dengan bersih
  • duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  • mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  • boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  • pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  • masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
Expressing Breast Milk

Panduan umum:
  1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
  2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
  3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
  4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
  5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
  6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
  7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
  8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi
Sumber: thewomens.org.au, breastfeeding.com, breastfeeding.asn.au, my.inova.com

Nota : kekerapan perahan dan hisapan bayi memang akan mempengaruhi hasil perahan. Jika bekerja 8 am – 5 pm, sekurang-kurangnya perlu 3 kali mengepam, contohnya pada jam 9-10 am, 12-1 pm dan 4-5 pm.  

Pada waktu malam dan hujung minggu pun masih perlu mengepam jika hendak menambah production susu. Di samping itu jangan skip makan breakfast, lunch dan tea time atau sekurang-kurang minum atau makan sedikit (kuih/biskut/cereal) antara waktu mengepam. Keperluan air sangat penting, pastikan minum air secukupnya. Kurangkan stress dan rehat secukupnya. Mungkin faktor stress kerana bebanan kerja menyebabkan production susu merudum.

Jika baby tidak menyusu sehingga ‘menghabiskan’ sebelah payudara… ya memang betul. Jika baby kerap bertukar-tukar payudara sebelum benar2 menghabiskan sebelah payudara akan memberi kesan kepada penghasilan susu baru. 

Pastikan baby menyusu sebelah payudara sehingga rasa ringan. Jika baby sudah kenyang tetapi masih terasa ada susu di dlm payudara, pam atau perah dgn tangan dan simpan hasil perahan itu. Utk penyusuan seterusnya tawarkan payudara yg 1 lagi.


 p/s : copy from internet klik sini

++++++++++++++++++++++++


::: Teknik Lekapan yang Betul :::

Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan:
  1. Dukung bayi dalam posisi yang selesa (rujuk posisi penyusuan ibu)
  2. Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
  3. Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas
  4. Gerakkan badan bayi ke arah payudara ibu
  5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara
  6. Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu
Pegangan

Cara Mengampu Payudara:
  1. Ampu payudara dalam keadaan Pegangan "C" (C-hold
  2. Ibu jari berada di atas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
  3. Ampu dengan lembut, jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini
Lekapan Bayi
Teknik Lekapan Bayi:
  1. Mulut bayi terbuka luas
  2. Dagu bayi memcecah payudara
  3. Bibir atas dan bawah melengkup keluar
  4. Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
  5. Pipi bayi menggelembung
  6. Ada nada hisapan glup..glup..  hisap-telan-hisap-telan
Teknik lekapan dan penyusuan yang betul adalah penting kerana:
  1. untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu
  2. memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang
  3. mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan
  4. mengelakkan bengkak payudara ibu 
 p/s : copy from internet klik sini
 
Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM 
Sumber gambar: Le Leche League International

No comments :