CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Saturday, May 22, 2010

Uikkss??? Pregnant 2nd Baby!

Apakah makna semua ini? Bisakah kalian mentafsirkan ia kepadaku....


Meh aku kronologikan camne leh jadi gini hahaha.... yelah dalam mau x mau tu tetiba menjadi pulak ye kikiki.....

Aku sedia maklum period aku ni memang  x teratur sesuka hati je nak mai ke x tapi waktu aku masih jadi menjadi pemakan tegar Maajun Anggun Bistari (MAB) kiranya maajun ni macam perancang keluargalah juga fungsinya..... Kalau pengiraan makan MAB 21 hari makan pastu Period (waktu period x makan la MAB tu) mybe la waktu sepatutnya aku makan MAB ada la skip sehari dua kot kekeke padan muka!

PeriOd Bulan Januari (15-1) ke Februari (8-2) 2010 kitarannya 17 hari (tengok awal pulak!) bulan Februari ke Mac (4-3) kitarannya masih sama 17 hari juga. Bulan Mac ke April (8-4) kitarannya 28 hari pulak hehehe.... bulan April ke Mei kitarannya x muncul tiba hahaha....

Aku buat pregnancy test pada 22hb Mei 2010 (sabtu) (pagi tu aku pi berkelah kat Ulu Yam kiranya balik tu terus pi Farmasi kat Bangi beli). Dengan penuh debor rasanya malam tu juga sambil nangis² x leh terima kenyataan la kununnya bila tengok result 2 line naik hahaha....

Aku mula makan MAB ni tahun 2008 sampai la April 2010 haaa lama kan.... Paling awal Period datang kitarannya 12 hari dan paling lewat kitarannya 29 hari gitu... Tapi kekadang akan ada juga setahun sekali x datang sebulan entah le x tau ngapa....  

 So... selamat datang cinta hati!

Thursday, May 20, 2010

Pertemuan Anak Menantu dan Cucu2 Sekalian...

Pada minggu lalu MIL aku datang melawat anak dan cucu-cucunya, pada kebiasaannya MIL aku melepak di umah anak lelaki sulong beliau nun di Kajang. Adat la umah kami ala2 sangkar burung tinggi melangit jadi mereka xbetah untuk tinggal lelama... Rumah atas tanah agak seronok sedikit yelah sama seperti rumah beliau di kampung, pergerakan pun x terbatas apatah lagi mahu bercucuk tanam jugak bisa hehehe...

Ehh...apa aku nk story ni... al-kisah MIL aku ikut adik ipar aku balik ke Cheras kerana umah kak ida gulap gelita pada 15hb malam... Rupa2nya mrk sekeluarga pulang ke Tanjung Karang maka adik ipar mengajak Ibunda dan Ayahanda beliau tidur di rumahnya. Yelah nk antar kat umah den ari dan jauh malam xkan nak berpatah ke Putrajaya pulak kan...

Maka 18hb petang en somi membawa daku dan farish menemui atok dan neneknya di samping itu mahu menemui abica jugak hehehe...

Ni abg ariq baru lepas mandi setelah penat bermain bola bsama farish, cian abica asyik terkena bola jek ajak main sama idak juga herrmmm...hampeh!!!
 
Abica dan farish kunun2nya sedang sesama mentelaah pelajaran hahaha...
 
Atok suruh abg ariq praktik kan kelantangan vokal untuk mengeja...
 
Abica pun x ketinggalan untuk menyumbangkan sora lunaknya membaca buku dalam bahasa francis... Sama jek dengan farish entah bahasa ape depa cakap aku pun x faham huhuhu...
 
Tekun sungguh farish menyelak helaian demi helaian...Pehh laju toi khatam...
Abica bilang ini kakak... sambil air liurnya meleleh... nape dulu ibu kempunan xdapek makan pe abica??

Aku selalu gelak besau bila MIL aku selalu membayangkan mereka seperti ibu tanggang yelah macam2 bekal di bawa dan kemudian di bahagi sama rata kepada anak menantu... Kali ini MIL bawak buah bachang, buah betik, buah nangka, ayam kampung dan macam-macam adaaa....

Dulu sewaktu aku masih menyewa rumah di kajang setiap petang ayah akan datang hantar lauk (kalu mereka bertandang menjenguk anak menantu la). Maka seminggu MIL di kajang seminggu lah aku x yah masak lauk hehehe... best sangat dah la sodap hingga menjilat jari....

Aku dibekalkan kari ayam kampung wah2 sodapnya.... Bau harum semerbak buah bachang membuat air liur aku meleleh2 dengan perut yang lapar aku xsabar2 nak cepat sampai umah. Dalam pala aku terbayang2 sambal belacan taruk buah bachang pehhh....lazat!!! Terbaekkk dr ladang siot!!!

Kalu makan masakan MIL confirm bertambah2 nasik, tapi pada mereka yang xbiasa mesti xtahan yelah orang Melaka ni kuat makan pedas... Dan bila balik Melaka MIL selalu bekalkan cili boh buatan sendiri... Agak leceh jugak nak buat tapi mencepatkan proses memasak kerana cili dah masak.

Kalu nak masak sambal ikan or ayam or daging or udang just tumbuk sedikit belacan, bawang merah dan bawang putih kemudian taruk cili boh rasakan dengan dengan asam, garam dan gula tarraa dah siap...

K lah jumpa lagi tata...titi..tutu....

Tuesday, May 18, 2010

Puding Roti Bersos Kastard

Sedang membakar dengan suka ati huahuahua...
Puding dah siap tarrraaa...
Sos kastard sangatlah sodap!!!

~PUDING ROTI SOS KASTARD~

bahan A 

500 ml susu segar/fresh milk

8 keping roti (gardenia/high 5)

bahan B

4 s/b gula halus

2 s/b butter – cairkan sebentar atas api

2 biji telur ayam

1 sudu teh esen vanilla

1 s/b tepung jagung

Sos Kastard

1 tin susu cair

2 s/b tepung kastard

2 s/b gula

Cara-cara

Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam

Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.

Bakar dalam suhu 180′C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.

Gaulkan bahan sos kastard dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.


Monday, May 17, 2010

~Kek Coklat Tanpa Butter~

Dah kene cukai awal2, sape punya angkara ni? Tolong jawap en somi...
Alamak dah tinggal separuh hehehe... Uisshh topping coklat melimpah ruah yummy 3x!!!



**KEK COKLAT TANPA BUTTER**

Bahan-bahan : 

• 2 biji telur gred A

• 1 cawan minyak masak (Seri Murni)

• 1 cawan gula pasir

• 1 cawan gula perang (Brown Sugar)

Bahan A

• 1 sudu kecil esen vanila

• 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat (Dutch Lady)

• 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B

• 2 sudu kecil sodium bicarbonate

• 1 sudu kecil baking powder

• 1/2 cawan serbuk koko

• 2 cawan tepung gandum

** Topping Coklat **

• 1/2 cawan koko van hauten

• 1/2 cawan susu pekat

• 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara :

1. Pukul telur hingga kembang

2. Masukkan gula dan pukul lagi

3. Kemudian masukkan minyak masak

4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.

5. Bakar pada suhu 170c degree selama 1 jam atau sehingga masak

6. Untuk toppingnya..masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk.

Friday, May 14, 2010

:::Saya budak baru belajar:::

~ 09 Mei 2010 (Ahad)

Haii.......

Hari ini aku bangun pagi dengan semangat berkobar-kobar...awatnyer??? Hehehe tadi malam aku 3 beranak gi memborong barang2 bahan mentah dan perkakasan untuk membuat kek... :)

Pada mulanya gi bangi tapi hasilnya agak kurang memberansangkan maka kami meneruskan perjalanan gi ke Giant Prima Saujana, Kajang. Kesudahannya 2 beranak 2 'pow' soh blanje McD hehehe...

Niat hati nak belajar masak kek coklat maka aku mencari resepi di internet dan mula merencana nak la makan hasil air tangan aku sendiri. Herrmmm...nama pun budak baru belajar mesti ada kisah suka duka sebelum berjaya makan kek coklat yang sodap ituw... Uissshhh xkan baca komen orang jek aku pun nak tau rasanya...


**Cubaan Pertama kali**
Bancuhan pertama kali agak tergopoh gapah dengan keterujaan 
malampaui batasan hahaha...
Hasilnya ??? Keras, merekah tahap gunung berapi melaharkan isi perutnya, ehh ada kolam tengah2 kek huhuhu...


~11 Mei 2010 (Selasa)

**Cubaan Kali Ke-2**

Masih menghasilkan kegagalan seperti yang pertama kali, ermmm kecewa sangat! Mula terfikir2 apa silapnya...apa kekurangannya, apa puncanya....


**Cubaan Kali Ke-3**
Bancuhan kali ke-3 baru perasan kenapa kek xnaik gebu, maka dengan pantas search kt internet dan olah semula resepi untuk dapatkan hasil seperti yang diinginkan. Tapi masih xmenjadi sebab suhu oven terlalu panas...hangit kek mak huahuahua...
Mulakan langkah semula, bangkit!!! Mula faham mengapa jadi begitu, begini...
Hasilnya??? Yeyeye...kesabaran, kesungguhanku x sia2...

Akhirnya dapat juga aku makan kek coklat, siap bawak bekal kat opis kasi kengkawan opis rasa... Asben pun senyum sebab dapat makan kek hasil air tangan aku sendiri... Sebelum ni kek yang xjadi 2 dia ngan gigih mkn kasi abis walaupun xmenjadi seperti yang aku harapkan...

Aku masih xpuas ati lagik, nama pun masih belajar... Next time nak buat lagi sebab abang aku memang suka kek coklat... Kakak ipar aku sanggup call dari Melbourne, Australia bila aku sms dia mengadu damba akan kegagalan aku wat kek coklat. Dia siap kasi aku resepi baru soh aku cuba tapi aku xcuba lagi...

Terima kasih buat somiku yang tercinta, anakku farish sebab sanggup temankan daku beli barang2 nak masak kek walaupun hasilnya pada awalnya xmenjadi, cian farish gara2 ibu dia bertekad habis-habisan malam rabu lepas kami 2 beranak tidur jam 1.00 pg sebab tunggu aku siap bakar kek...

Kiranya malam ituw 3x aku bakar kek dengan 2x bancuhan, 2x kek hangus, keras dan akhirnya baru jadi.... Wowowo......aku happy sangat!!!

Jadi pesananku pada ummi ilah, ummi ella dan kengkawanku yang lain kalu korang gagal dalam pe perkara pun jangan patah semangat k, kita fikir mana silapnya, cari puncanya... Memang ianya mematahkan semangat korang tapi bila korang dah berjaya lakukan confirm korang bangga pada diri sendiri percayalah... Chaiyok..Chaiyok..Chaiyok!!!

Sunday, May 9, 2010

Kenapa kek yang dibakar tak menjadi?


Soalan : "kenapa kek tak menjadi seperti yang ada pada gambar resepi?"

Berikut adalah kesalahan-kesalahan biasa yang menyebabkan kek tak menjadi dengan sempurna dan sebab-sebabnya : (hasil rujukan dari pelbagai sumber dari internet)

:::Kek Tidak Naik Sekata::: 
  • Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh.
  • Bancuhan tepung tidak sebati.
  • Suhu ketuhar mungkin terlalu panas.
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar.
  • Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan.
:::Kek Menjadi Bantat:::
  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
  • Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul.
  • Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
  • Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. (Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk).
  • Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya.  (Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek). 
  • Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
  • Suhu ketuhar terlalu rendah.
:::Kek Mendap pada Bahagian Tengah:::
  • Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
  • Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya.
  • Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
  • Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap).
  • Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.
  • Bancuhan mentega tidak sebati dan bergentel.
  • Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik.
  • Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
  • Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
:::Kek Terlalu Lembab dan Leper:::
  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
:::Kek Terlalu Berat:::
  • Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
  • Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
  • Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
  • Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung.
  • Gula yang digunakan melebihi sukatan.
  • Terlalu banyak cecair.
  • Suhu ketuhar terlalu rendah.
:::Kek Merekah:::
  • Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
  • Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan.
  • Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan / loyang terlalu kecil.
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
:::Kek Buah Mendap:::
  • Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
  • Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
  • Tekstur kek terlalu kasar atau berlubang-lubang besar.
  • Terlebih serbuk penaik.
  • Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit.
  • Adunan tidak dipukul sebati.
:::Kek Menjadi Keras:::
  • Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
  •  Terlalu banyak tepung gandum.
  • Tidak cukup cecair.
  • Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
  • Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
  • Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
  • Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
:::Kek Menjadi Kering:::
  • Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
:::Kek Menjadi seperti Roti:::
  • Sukatan serbuk penaik tidak tepat.
  • Sukatan mentega / marjerin tidak tepat.
  • Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai.
  • Tepung tidak sesuai.
  • Adunan tidak dipukul dgn sebati.
:::Kek Menjadi seperti Bingka:::
  • Bancuhan tidak dipukul sebati.
  • Terlampau banyak cecair.
  • Tepung terlalu sedikit.
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Persediaan dan Tip Membakar Kek

~Persediaan bahan-bahan

Semua bahan hendaklah disukat atau ditimbang dgn betul dengan menggunakan penimbang (sebaik2nya penimbang digital) serta camca penyukat dan saiz loyang yang ditetapkan dalam resepi.

Penyukat yang dimaksudkan bukan cawan kopi atau cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Bukan camca teh, atau camca makan di rumah tetapi camca sukatan metrik (kecuali yg dinyatakan pd resepi. Misalnya: untuk membuat kek lapis Sarawak, gelas khas digunakan utk menyukat bahan-bahan).

Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resepi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega dan telur. Jika terus digunakan dari peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu.

Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini akan menggebukan lagi kek itu.

~Menyediakan tin kek / loyang kek

Tin kek / loyang kek perlu dialaskan, digriskan dan ditaburkan dengan sedikit tepung. Ini bertujuan untuk mengelakkan kek daripada melekat pada tin semasa ia dikeluarkan. Selain itu, ia juga mengelakkan kek daripada cepat menjadi hangus.

Kek yang dibakar dalam tin yang sudah digriskan dgn mentega dan ditaburkan dgn tepung akan menghasilkan kerak yang elok.

Lebihan tepung yang ditabur pada tin tadi dikeluarkan dgn cara menterbalikkan tin tersebut serta diketuk2kan bahagian tepinya perlahan-lahan.

Tin / loyang yang tidak melekat boleh didapati di mana-mana kedai menjual perkakas kek dan tidak perlu dialaskan atau digriskan.

Acuan lain atau acuan lengkung boleh juga digunakan sebagai tin kek.

~Ketuhar

Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli.

Waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.

Jika anda menggunakan ketuhar jenis mikro gelombang (microwave) utk membakar kek, gunakanlah loyang yang sesuai seperti kaca atau seramik yang tahan panas. Sebaliknya, perkakas jenis logam kurang sesuai kerana tenaga mikrogelombang dipantul oleh logam, maka ini akan menyebabkan kek tidak akan masak sama rata.

Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resepi menyatakan sebaliknya.

~Adunan kek

Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega. Adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek menjadi keras.

Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.

Ikutilah langkah2 dalam resepi dengan betul. Jika ia memerlukan adunan dikacau sebati dengan senduk kayu, gunakanlah senduk kayu. Jika adunan perlu dikaupbalikkan, ikutlah arahan.

##PETUA SIFU##
  • Nak tahu dah cukup kembang ke tak. Senduk adunan butter & gula yg dipukul tadi dgn senduk kayu ...lps tu tuang semula...kalau nampak mcm nak jatuh adunan tu kira dah kembang la tu...
  • Kalau x de mixer, pukul dgn senduk kayu...1 arah shj...kalau ikut jam, ikut jam sampai habis...jgn caca-merba.
  •  Oven kena panaskan dulu sblm masukkan kek.
  • Pastikan mentega tidak terlalu keras atau terlalu lembik.
  • Ratakan sekeliling adunan kek (sebelum dibakar) dan pastikan bahagian tengahnya 'berlubang' supaya ia rata bila masak nanti.
  • Telur dan butter letak kat luar suhu bilik sampai lembut butter dan telur tak sejuk.
  • Guna speed medium hand mixer, pukul gula ngan butter skali masuk sampai lembut kaler kuning pucat or fluffy skit. Tak boleh terlebih pukul. Kalu nampak butter ngan gula separate maknanye terlebih pukul.
  • Slowkan speed mixer tapi jangan padam. Perlahan� pecahkan sebiji telur kedalam mangkuk gula+butter tadik. Pukul sampai rata / tak nampak telur lagi. Ulang teknik ini sampai telur habis. Ingat : JANGAN LETAK HIGH/MEDIUM SPEED. Pukul adunan sampai tak nampak traces of eggs.
  • Bila dah abis telur, berhenti pukul. Dengan spatula leper, kaup satu scoop tepung kedalam adunan. Bancuh tepung dengan adunan perlahan dengan cara scooping. Jangan buat cara putar. Caranya: masukkan spatula seolah2 cam nak scoop, scoop adunan, n then scoop kat tempat lain plak. THIS IS IMPORTANT TO REDUCE THE AMOUNT OF AIR LOSS
  • Last skali baru masuk perasa kek. Kalu guna essence, letak skang. Kalu gune oren/lemon, letak skang. Cara gaul perasa ni sama cam gaul tepung tadi.

    Friday, May 7, 2010

    **Happy Mother's Day**


    Petang tadi sewaktu balik ke rumah kakak bagitau aku farish ada wat kad ucapan untuk aku sempena Hari Ibu. Aku tersenyum girang sambil membuka beg pakaian farish.

    Maka rasa terharu, gumbira, bangga bila dapat hasil lakaran dan sentuhan tangan anakandaku yang tersayang... Biar pun bukan 100% hasil karyanya namun aku tahu kesungguhannya xternilai untuk aku hargai.

    Bila aku baca kad ituw farish seakan faham lalu tersenyum girang... Dan bila si ayah pulang dengan segera farish menunjukkan dan memberitahu ayah akan hasil lukisannya aku selitkan di dalam tempat surat. Barangkali anak ibu pun rasa bangga kan....

    nilah hasil seni anak ibu meskipun xcantik di mata orang lain ia tetap cantik di mata ibu...terima kasih sayang, ibu sayang

    "FARISH AKMAL" 
    ======================================

    Dan aku juga..
    Ingin mengucapkan selamat hari ibu untuk semua
    ibu2 di dunia ini,
    Yang telah bersabung nyawa melahirkan, mendidik, membesarkan...
    Yang sanggup berkorban harta dan nyawa, berjaga
    siang dan malam...
    Yang menyayangi zuriatnya dengan penuh rasa tanggungjawab, kasih dan sayang...

    Dan...
    Semoga aku jadi seperti mereka, yang gigih berjuang hidup demi anak-anak tercinta...

    Dan...
    Semoga aku tahu membalas budi dan jasa ibuku...
    Semoga aku tidak mengabaikan tanggungjawabku
    terhadap ibuku...
    Semoga aku tidak melukai hati ibuku...

    "MAK selamat hari ibu, semoga mak cepat sembuh dan sihat semula..."


    Thursday, May 6, 2010

    Malang berbau?

    ~06 Mei 2010 (Khamis)

    Kisah bermula di pagi hari, rutin harian menghantar farish ke nursery sebelum en somi menghantar daku ke Mines. Si somi berkata "hari ni kita naek motor ye dah seminggu lebih xnaek motor". Maka aku menurut sahaja titah perintah si somi tercinta.

    Setelah memanaskan enjin sambil memanaskan hati jiran tetangga dengan bunyian enjin memekak kuat lalu ku dengan berat hati memberitahu si somi angin tayar belakang agak kurang, si somi menganggukkan kepala dan merencana mahu mengisi angin dan minyak di stesen BP berhadapan Macy, Serdang.

    Lalu perjalanan pun bermula akan tetapi aku mula merasai ada sesuatu yang xkena bila si somi mengurangkan kadar kelajuan dann..... betul2 100m sebelum persimpang UPM-Serdang aku menjerit takut dan menyuruh si somi memberhentikan motor di tepian jalan. Nyata sekali ketakutan, kerisauanku benar2 terjadi tayar motor kempis habis...wawawa...maka menapak lah daku membontoti si somi.

    Seraya ituw si somi senyum sinis dan berkata "masa nilah ibu nak exercise hehehe". Aku cuba menelefon eo dan memberitahu daku ini pastinya lewat masuk opis isk..isk..isk...

    Mulanya ada seorang lelaki menawarkan diri mahu membantu tapi somi kata xmengapa lalu lelaki ituw pergi... Selepas itu ada seorang lagi lelaki (dalam lingkungan umur 40 tahun) bersungguh-sungguh mahu membantu.

    Beliau memberikan motornya kepada kami berdua dan membawa motor kami yang kempis tayarnya. Beliau memberi 100% kepercayaannya kepada kami untuk meminjam dan menggunakan motor miliknya. Al-hamdulillah, terima kasih!

     
    Aku sempat mengambil gambar sewaktu pakcik itu membonceng motor kami yang pancit dan kami membontoti beliau sehingga sampai ke kedai membaiki motor di Serdang.
    Usai menolong kami dan menunjukkan kedai membaiki motor pakcik yang baik hati ituw pun berlalu pergi... Terima kasih pakcik!!! (sayang xdapat tangkap gambar wajahnya cuma posisi dari belakang dan tepi je...)
    Motor kami tersadai depan kedai tapi sayang sekali kedai hanya di buka jam 9.00 pagi. Masih berbaki 1 jam penantian maka si somi mengajak daku breakfast dahulu. Kebetulan ada kedai makan selang sebelah kedai motor tersebut.
    Keadaan motor kami yang terbarai, en somi memerhatikan proses menukarkan tayar dan tiub getah. Aku tabik spriinngg sebab yang mengodek motor kami amoi lorr. Brutal ooo pompuan ada bengkel baiki motor...
    Hasilnya Tayar baru 2, maka RM60 terbang di pagi yang syahdu ituw...Waktu ini jam sudah 9.25 pagi, kami di stesen minyak mengisi minyak pula.

    Wednesday, May 5, 2010

    Hangin 1 badan!


    Aku bengang, entah la...wawawa.....

    Peristiwa 1~

    Kakak mula kerja di Nursery tempat farish aku tinggal sewaktu aku bekerja. Mybe ada 1, 2 perkara atau cerita yang kakak report kat aku setiap kali balik kerja membuat ianya berbekas dalam benak kepala aku...Risau, xpuas hati, marah dan macam2 perasaan! Andaikan anak korang diperlakukan seperti ini mesti korang terkejut beruk kannn....
    •  bb seusia 6 bln ke atas di susun di dalam bilik air  (dibaringkan ye kawan2) kemudian si pengasuh menjiruskan bb tersebut dengan air... hoiii!!! cam 2 ke cara memandikan bb? Tergamak x korang nak tengok aksi2 ituw????
    • bb transit dr usia 1 tahun ke 2 tahun di asuh oleh seorang pengasuh yang kasar, mengasari anak2 kalian dengan perbuatan seperti menarik tangan dengan ganas dan kuat, memukul dengan sesuka hati, (menyekat susu hanya beri separuh botol~alasannya selepas makan xleh kasi susu banyak2 sebab nanti muntah dan menyusahkan beliau), (membuang susu yang masih banyak dalam tin ~alasannya takut ibu bapa perasan susu lambat habis), (buang pampers yang masih berkeadaan baik kerana bb kurang kencing & yak2 ~alasannya takut ibu bapa persoal kenapa pampers yang dibekalkan xsusut).
    • Kuota pengasuh bb berusia 3 bln hingga 1 tahun sepatutnya  4 bb nisbah 1 pengasuh tetapi di nursery ini 12 bb nisbah 2 pengasuh...Herrmmm...apa korang fikirkan ye? kebajikan bb kalian? 
    • Kuota pengasuh bb berusia 1 tahun hingga 4 tahun 12 bb nisbah 1 pengasuh (yang ni xjadik masalah)~ 1 bilik ada 24 bb nisbah 2 pengasuh.
    Peristiwa 2~

    Aku teringatkan keadaan mak di kampung, urusan tanah pusaka arwah abah yang serabut dan bermasalah. Mak aku menuntut hak bagi aku 2 beradik sebagai zuriat yang sah tetapi permohonan di pejabat tanah tertunggak selama usia aku! Apabila kuasa pentadbir tanah di berikan kepada yang bukan berhak menyebabkan keadaan semakin rumit apabila si pentadbir tanah telah lama meninggal dunia. (meskipun dia berjaya menamakan dirinya sebagai pentadbir tanah nyata sekali dia bukan zuriat arwah abah tetapi anak tiri). Salah siapa? Ketelusan Pejabat Tanah membuat aku musykil...

    Peristiwa 3~

    Bila adik beradik minta tolong dari segi kewangan dan berjanji bagai dan menggunakan mak sebagai alasan aku jadi serba salah. Kalu korang comfirm rasa di lema wanita kan..kan..kan...


    Bila ....................................................................................................
    ............................................................................................................
    ............................................................................................................ 


    Dan

    Bila ....................................................................................................
    ............................................................................................................
    ............................................................................................................ 

    Aku kekadang hanya memikirkan orang lain, diri sendiri???

    Monday, May 3, 2010

    Meh Membakar Kepak Ayam~

    ::: Oven ini daku beli di c4 atas nasihat pn ilah :::
    ::: Kepak ayam yang telahku perap selama 3 jam :::
    ::: Sesi membakar bermula :::
    ::: Tarraa... dah siap :::