CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, August 3, 2010

::: Karipap Ohh Karipap :::


::: KARIPAP PUSING :::

Bahan² inti (35 biji) :
300gm isi ayam - dipotong kecil (guna mince beef/chicken pun boleh ikut selera masing2)
3 biji ubi kentang - dipotong dadu
2 sudu besar serbuk rempah kari ayam - dibancuhkan dengan sedikit air supaya menjadi paste
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup - diracik

Bahan
² tumis:

 
1 ulas bawang putih - dihiris halus
3 ulas bawang merah - dihiris halus
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara:

 
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi
2. masukkan rempah kari, isi ayam dan kacau rata
3. kemudian masukkan ubi kentang, air, garam dan gula secukup rasa sambil dikacau lagi
4. masak sehingga ubi kentang menjadi lembut dan kuah menjadi pekat dan kering
5. angkat dan biarkan sejuk


Bahan² doh berminyak:
 
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 - 3/4 cawan air

cara-cara:

1. masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan dan campurkan garam ke dalamnya sambil digaulkan sebati
2. buatkan lubang ditengah2 tepung tadi dan curahkan minyak masak dan gaulkan sehingga sebati
3. setelah itu tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli tepung sehingga tidak melekat di tangan
4. bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan kemudian bahagikan doh kepada 5 bahagian
5. setiap bahagian ditimbang seberat 90-95gm dan bentukkan menjadi bulat
6. ketepikan - lihat gambar Step 2

Bahan
² doh marjerin: 

150gm tepung gandum
100gm marjerin

cara-cara:

 
1. masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan
2. kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit sehingga habis sambil diuli sehingga tidak melekat di tangan
3. bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan kemudian bahagikan doh kepada 5 bahagian (doh marjerin hendaklah sama banyaknya dengan doh berminyak)
4. setiap bahagian ditimbang seberat 45-50gm dan bentukkan semula menjadi bulat
5. ketepikan - lihat gambar Step 1

cara untuk membuat kulit karipap:

 
1. ambil sebiji doh berminyak dan bentukkan menjadi leper
2. kemudian ambil sebiji doh marjerin dan letakkan ke atas doh berminyak tadi dan tutupkan - lihat gambar Step 2
3. setelah itu bentukkan menjadi bulat - lihat gambar Step 3
4. lakukan sehingga habis - lihat gambar Step 4



5. ambil sebiji doh tadi dan canaikan - lihat gambar Step 5
6. kemudian gulungkan seperti swiss roll - lihat gambar Step 6
7. canaikan lagi doh tadi menjadi panjang - lihat gambar Step 7
8. gulungkan sekali lagi seperti swiss roll - lihat gambar Step 7 & 8
9. potongkan doh tadi setebal 1cm - lihat gambar Step 9
10. lakukan proses ini sehingga habis
11. ambil sekeping doh tadi dan canaikan

12. isikan inti dan klimkan doh atau gunakan acuan karipap. jika suka bolehlah letakkan sepotong kecil telur rebus bersama2 dengan inti
13. lakukan sehingga habis dan gorengkan sehingga garing dan keperangan
14. lebihan karipap bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam fridge 

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 
 
 ::: KARIPAP RANGGUP :::

Bahan-bahan (45-50 biji):
500gm tepung gandum - diayak
1/2 sudu besar garam
94gm marjerin/butter/shortening/vegetable fat - boleh letak 1/2 butter & 1/2 shortening
1 biji telur
1/2 cawan ais
250ml air


inti karipap secukupnya


cara-cara:
  • masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mangkuk adunan yang besar. ketepikan
  • kemudian masukkan ais dan garam ke dalam air
  • kacaukan rata dan ketepikan
  • pecahkan telur ke dalam tepung tadi dan gaulkan rata sehingga menjadi serbuk roti
  • ketepikan
  • sementara itu panaskan butter/marjerin/shortening dengan api sederhana panas sehingga kesemua cair dan hampir mendidih
  • angkat dan tuangkan ke dalam adunan tepung tadi
  • gaulkan dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti
  • setelah itu tuangkan campuran air tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan (campuran air tidak digunakan kesemuanya cukup sekadar adunan menjadi doh)
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 1 jam. tutupkan mangkuk adunan tadi dengan kitchen towel
  • setelah itu bahagikan doh tadi kepada dua bahagian
  • ambil satu bahagian doh tadi dan canaikan menjadi nipis (ketebalan kulit bergantung pada selera masing2)
  • kemudian gulungkan bahagian paling panjang seperti swiss roll
  • potong doh tadi sebanyak 20-25 biji dan ulangi lagi proses ini sehingga habis
  • ambil satu biji doh kecil tadi dan canaikan menjadi bentuk bulat
  • isikan 1 sudu besar inti dan kelimkan bahagian tepi atau boleh juga menggunakan acuan karipap
  • lakukan sehingga habis
  • selepas itu bolehlah digoreng dengan api yang sederhana panas sehingga garing dan keperangan
  • hidangkan sebagai minuman pagi atau petang
  • karipap atau doh bolehlah disimpan di dalam freezer
  • apabila hendak menggoreng bolehlah keluarkan dan biarkan sekejap sebelum digoreng
  • karipap sentiasa garing
note: pada penggemar karipap ini adalah salah satu resepi karipap yang sedap, mudah dan sentiasa garing - this is a keeper

source: nasuha, myr
-->

Monday, August 2, 2010

Merepek Merapu

Bila kerajinan melanda maka adalah menu kegemaran encik abang daku sediakan...Nak katakan suamiku ni cerewet tentang makan kekadang ia juga tapi kekadang dia telan jek apa yang ada tanpa banyak bicara...Hehehe aku sangat suka bab 2 tapi bila masakan ku kene komen kekadang ada majuk jugak la yelah mana nak sama dengan air tangan mak mertuaku...Masakan beliau memang sodap aku pun suka hehehe...

Tapi aku merasa bangga jugaklah boleh memasak walaupun xsehebat mana, ada kemahuan nak mencuba itu ini walaupun kekadang hasilnya x sama malah x serupa macam dalam resepi...Bak kata orang nak seribu daya xnak seribu dalih... Aku bermula daripada langsung xtahu memasak ok... yelah anak bongsu balik sekolah mak dah siapkan masak tinggal nak makan je...Kakak aku pun kategori rajin memasak mintak jek menu apa nak makan sure dia akan masakkan...

Hati aku tersentuh bila ada orang sekeliling bercerita ada sesetengah orang menjadikan anak sebagai alasan xmau memasak malahan ada juga menjadikan alasan disebabkan menyusukan anak dan peti ais tempat menyimpan susu maka xyah masak...Kasihan sungguh suami2 mereka hari2 makan di kedai....Pelik tapi benar....Aku kira semua itu semua alasan, kalu nak menyimpan susu ada fridge khas untuk simpan stok ebm di pasaran maka xperlu berkongsi ruangan beku bersama lauk pauk untuk memasak betul x...

Aku pasti ada yang setuju dan xsetuju dengan aku tapi terpulanglah...Kalu alasan xpandai memasak aku pun xpandai memasak aku berusaha dari hari ke hari hingga aku berjaya...Lain lah kita memang laki bini berpendapatan tinggi xyah masak leh makan kedai hari2...Air tangan isteri tu pengikat kasih sayang betoi x?

Ehh...melalut lak aku hehehe...Meh layan menu masakan aku di kala rajin huhuhu...

::: Sambal Daging :::
::: Kailan Goreng Ikan Masin :::
::: Sambal Telur :::
::: Tumis Buncis Bersama Petola :::
::: Ayam Masak Kicap Bersama Kentang :::
::: Sambal Bilis Bersama Petai :::
::: Tomyam Ayam Sempoi :::
::: Ayam Goreng Kunyit Bersama Kacang Panjang :::
 
::: Sambal Udang Bersama Petai :::


Ok setakat ni jek nak merapu...Next entry kita belajar masak macam2 lagi k hahaha

Resepi : Pedas Tapi Sodap....

Salam, 

Meh nak kongsi resepi cili kepada sesapa yang suka makan cili...pedas tapi sodap...errmm yummyy...!!!



 Resepi Pedas Tapi Sodap hahaha...!!!

Bahan² : 
~sebiji bawang besar (mayang halus)
~ 2 biji bawang putih (mayang halus)
 ~segenggam ikan bilis
~seinci belacan
~ 5 biji cili merah & 5 biji cili hijau (potong serong)
~ sedikit air asam jawa
~ garam dan gula secukup rasa



Cara² Memasak :

 
~Goreng Bawang merah, bawang putih dan belacan hingga naik bau.
 
~ masukkan cili merah dan hijau (di potong serong) goreng hingga masak layu.
~masukkan asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
~Tutup supaya cili empuk, kalu agak kering dan cili masih keras masukkan sedikit air dan biar ia mereneh hingga kuah jadi agak kering.
~Tarra cili dan empuk dan masak  
sedap makan dengan nasi panas yummmy....  
ni versi encik somiku semua nak taruk kicap huhuhu...

Ini adalah versi masakan dalam keadaan darurat al-maklumlah ibu² mengandung xberdaya nak masak banyak kakinya cepat rasa letih sebab berdiri lama...

Mengikut sejarah masakan ini di cipta oleh bondaku, ketika musim tengkujuh dan bondaku tidak dapat pergi menoreh getah. Selalunya waktu itu bondaku akan pergi bekerja di kebun sayur masuk 7 pagi balik 12 tengahari.

Kebiasaanya tokeh mesti akan bagi bawak balik sedikit hasil sayur-sayuran yang berkualiti rendah (sayur yang ok/elok taukeh jual la ye...) seperti contoh : cili besar, kacang panjang, petola (mengikut apa yang tokeh 2 tanam la...takkan lak dia nak bagi petai kalau dia tanam cili besar betul x...)

Oleh kerana terlalu banyak stok cili merah dan hijau di rumah maka bondaku mencipta resepi ini... Maka sesapa yang terliur sila masak ye hehehe...sekian.