CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, October 26, 2010

♂ ♀Scan nak tau Boy vs Girl ♂ ♀

Hai........

Al-hamdulillah semalam petang daku telah melunaskan impianku nak gi scan akhirnya hajatku kesampaian jugak...ketika usia kandunganku 28 minggu ++. Jelas kehampaan lalu membuatkan kerisauan membelenggu aku... Berdoalah daku ini semoga si kecil mahu memberitahu ibu, ayah dan abang farish akan warnanya...Blue or Pink? 

Terasa masa begitu lambat berdetik bila doktor lambat memanggil masuk, berdebarnya rasa hati tuhan je yang tahu...kali ni banyak gambar scan agak kurang cantik dan clear sangat, malah doktor dengan sedaya upaya xmahu aku kecewa mungkin.

Hasilnya suamiku dan doktor dapat membaca gambaran jantina di screen tapi aku masih blur2 hahaha...rasa xpercaya? Ya Allah aku bersyukur sangat! Rasa seperti bermimpi dan doktor asyik tanya "ibu nampak x ni?" aku cakap "ohh itu ke nape kecik jek?" hahaha....memang la bb kecik lagi....

Gambaran yang diberikan yang membezakan lelaki dan perempuan adalah:-

Doktor perempuan: kalu lelaki kita akan nampak ada 2 biji telur ye puan dan ada belalai...ok yang ni cuma nampak bulat dan ada 2 bibir macam burger 2 ye....puan jangan risau insyaallah bb girl ni ye...Kalu xpuas ati next time kita scan lagi ye sambil gelak2....


 Nampak x? Ni muka bb puan ye....


Gambar scan ni nampak blur sebab mik guna hp jek...agaknya doktor tengok aku macam confius dia bulatkan dan terangkan kat aku...ye macam kerang tergangga tapi xberapa jelas sebab kecik huhuhu... Suamiku pulak sibuk soh update status FB memandangkan kat klinik tu wifi free sambil amik gambo bb terus upload naik...gelojoh! Katanya ayah xkisah boy or girl janji kedua-duanya ok, tapi kalu girl al-hamdulillah bonus bonanzalah!

Masa otw balik aku rasa nak tanya soalan cepu emas kat suamiku ituw...

Ibu   : ayah, beza x ibu masa mengandung farish dan yang ke-2 ni?
Ayah : Herrmmm...memang pun...
Ibu   : Kenapa?
Ayah : Masa pregnant farish ibu lasak tapi yang ke-2 ni ibu lembik...
Ibu   : Lembik? hahaha cian ibu ayah kata lembik....

Tiba² kami anak beranak terdiam seketika...suamiku mulakan bicara semula katanya mak mertuaku sudah tahu (meneka jantina anak dalam perutku) hah! camne tu?

Ayah  : hari2 ayah citer kat mak dah scan tapi xnampak...mak kata insyaallah perempuan sebab nampak kecik/lain...entah la aku xtau macam mana MIL ku membaca keadaan perutku...Sambil menyambung mak kan dah bersalin 3 perempuan 3 lelaki taulah dia hehehe...

Hakikatnya ada benar kata² suamiku ituw, aku sangat emosi mengandung yang ke-2 ini, air mata mudah sangat mengalir, cepat betul tersentuh, asyik memberontak seawal mengandung hingga sekarang...terlalu banyak fikir, +++ aku suka bergaduh mulut@berleter kat suamiku ituw (cian beliau terpaksa menanggung rasa selama aku mengandung huhu..)

Ada kalanya aku terlebih rajin nak mencuba resepi ituw dan ini...nak belajar buat kek lah, buat karipaplah, donutlah hahaha...suamiku layan jek kek hangit pun dia makan nak mik hati kot :)

==================================
 
-->Tafsiran ini bukan untuk anda percayai sepenuhnya, tapi tidak salah untuk dijadikan hiburan dan kebetulan mungkin juga betul. Jadi, nak tahu lelaki atau perempuan, jom kita lihat.





♣ Tanda Bayi Lelaki ♣
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

♥ TANDA BAYI PEREMPUAN ♥
  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan~ada la xteruk sgt
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung~ya sakit montot
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan yang manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda lebih cerewet semasa hamil~ya rasanya
  • Mudah moody berbanding sebelumnya~ya aku akui kenyataan ini
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil~jerawat membiak riang
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang~masyaallah!
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur

Wednesday, October 20, 2010

Penin la waaaaa.........

Salam,

Semenjak kebelakangan ni kepala ni asyik penin jek, pasai pe? Tengah survey kat internet set bersalin...tengok produk 2 tengok produk ni lama2 aku juling, rambang mata dan akhirnya termenung sesorang. Aku sendiri xtau nak pilih produk mana. Nak yang murah ke? Nak yang mahal ke? Tapi berbaloikah beli memahai? Mujarab ke yang murah? Penin...penin...penin....mak penin nyahhhhhhhhh....!!!

Aku wat senarai produk yang terbaik/laris di pasaran mengikut survey/testimoni dalam internet/forum yang aku jelajah tiap hari... Tapi akhirnya aku tak leh nak buat keputusan. Berbalik semula kecelaruan itu berpunca daripada keinginan aku kununnya nak "kurus" la selepas bersalin nanti.

Ohh terdesaknya ibu farish ni....wawawa...suara hati aku menjerit2 tau x..... Tolong la aku dah serabut ni.....

Ni short list yang aku dapat.....

Set Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR)  

Mengandungi 6 jenis Produk :

 

* PhytoNatal

* Akar Herbanika

* Minyak Herbanika

* Herbanika barut 

* Uncang Cuci Herbanika

* Herbanika Lulur

Khasiat dan Panduan Penggunaan sila klik sini

--->> Harga paling murah : RM290 sila klik sini ye


Set Bersalin Amway

 Mengandungi 10 jenis Produk :


Set lengkap ini mengandungi 10 produk untuk diamalkan oleh si ibu dan bayi. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:

1. Untuk dimakan:

* Teh Herba

* Kapsul Lepas Bersalin 1

* Kapsul Lepas Bersalin 2

2. Untuk kegunaan luaran:

* Herba Pembersih Wanita

* Herba Mandian

* Minyak Urut Herba

* Minyak Bayi

* Campuran Peramping Perut

* Campuran Penghangat Badan

* Campuran Penenang

Percuma Bengkung!

Dengan pembelian set bersalin ini, anda akan diberikan satu set bengkung secara percuma.

--->> Harga paling murah : RM270  
Email: ezybuckle@gmail.com Phone:012-3060074                                                                                                    
 
Set Bersalin HPA
 
Mengandungi 8 jenis Produk :
 

* Minyak Barut (2 unit)
 
* Minyak Bayi (2 unit)
 
* Teh Herba (1 unit)
 
* Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari)
 
* Kapsul Wanita A
 
* Kapsul Wanita B
 
* Ubat Basuh (Kegunaan Luar)
 
* Spirulina
 
 --->> Harga paling murah : RM85


Ehhh...pesal aku meracau semacam ni...dulu masa bersalinkan si farish aku makan jamu mak bidan buat, entah la mana silapnya aku kene sembelit teruk. Time nak membuang hajat jek aku takut ya amat, yelah 1 jam doq dalam bilik termenung tapi xde hasil... Kaki naik kebas xleh nak jalan menanggung sakit sembelit lagi...pendek kata seksa ya amatlah!

Justeru itu, kali ni aku nak pastikan perkara 2 xberulang lagi masa aku dalam pantang nanti.... Niat/hajat/hasrat aku untuk 2nd baby ni aku nak breastfeed yelah farish dulu aku cuma dapat 3 bulan jek. Semoga Allah S.W.T memudahkan segala urusan/impianku ini....Amin.....

-->

Friday, October 15, 2010

Ohhh...BPH rumah saya cacat sudah!

Hai.......

Korang mesti sakit hati malah jiwa raga akan terganggu jika syurga kediaman anda2 semua cacat seperti rumah den ini waaaa....sedih bangat seh!!! Apakan daya report berkajang2 kertas udah di buat tapi tindakan lom mai2 ya... Sabarkan hati jangan sampai rumahku nak runtuh baru korang nak amik tindakan...

 ::: Cacat sudah! :::
 ::: Siling di Bilik Ke-2 :::
::: Siling di Bilik ke-3~udah macam lelehan air dalam gua daa :::
 ::: Siling di Bilik Utama :::
::: Siling Tandas Luar~masuk ni dah 2 kali repair dan berulang lagi... :::

Monday, October 11, 2010

Perut oh Perut....

Herrmmm...bantai menulis entry sekaligus, wahhh rajin sangat puan yati hari ni ye hahaha.....

 ::: Ni perut den pada usia 5 bulan :::

Ada 1 tragedi suatu petang nan damai, waktu balik kerja la. Farish daku dah soh en. suamiku amik sebab aku nak beli barang dapur kat kedai kalu bawak dia 1 kedai dia nak beli... Kita harus berjimat-cermat beli apa yang perlu aja ok...

Masa 2 aku udah usai beli barang maka menapak lah dengan penuh gaya gi lift nak balik umah tiba2 ada seorang perempuan dengan mesra dia tegur aku... (masa 2 dia dengan sepasang anaknya yang chomel dan suami dia la)

si kakak ituw : tersenyum simpul sambil bertanya.... ehhh bila bersalin? Ari 2 nampak pakai baju mengandung, anak hantar situ lagi ke? (Nursery sebelah kedai 2 lah).....

si ibu farish : terpingga2 jap.... Aku x menjawap pun soalan beliau yang bertubi2 ituw.... Tersenyum kambeng jek sambil tangan kananku menunjuk ke arah nursery yang beliau maksudkan.... (Kebetulan di hari kejadian aku pakai baju kurung bukan baju mengandung huhuhu....)

Nak jadi citer, setakat itu jek  perbualan kami. Tiba2 kedua2 lift terbuka serentak maka aku naik lift kanan mereka anak beranak naik lift kiri. Dalam lift aku tersenyum sendiri alahai......

Rupa2nya bukan itu penutup kemusykilan semua orang terhadap perutku ini, masa jamuan raya kementerian di INFRA pun ada yang tegur.... Chomel sangatkah daku ini huhuhu....

Kalau berjalan2 aku masih pakai sluar jeans, baju blaus pong masih molek di tubuh ini... Tang perut nampak buncit sikit.... Bila semua orang masih pelik2 tengok aku maka kerisauan mula terbit dalam benak ati... Perut kecik bawak masalah ke?

Ada yang mengembirakan hatiku dengan berkata "insya Allah anak perempuan la 2"... Kalu masin tiap kata2 dan doa kalian al-hamdulillah amin... 

Sebenarnya mengandung kali ke-2 ini banyak menguji mental dan emosi aku.... Masa awal2 aku tau aku mengandung hakikatnya aku belum dapat menerima hakikat sebab aku belum bersedia.... Aku fikir2 semua ni ketentuan Allah, setiap anak ada rezeki yang tertulis buatnya....

Tak payah cakap la tentang amukanku terhadap en suamiku tercinta, aku kira mulut aku asyik pot..pet..pot..pet... marahkan beliau. Pada aku ada jek salah silap beliau di mataku... Semua serba xkena lah pendek kata.... Tapi beliau xmenjawab malah tak membalas langsung, berdosanya aku terhadap beliau...wawawa.........

Beratku pulak macam yoyo...kejap naik kejap turun, bulan puasa turun drastik sebanyak 2.5 kg (sebab aku puasa penuh dan nafsu makan aku xmembuak2 pun). Lagi satu aku xleh makan banyak2 sekarang ni (xde istilah makan untuk berdua ye...) kalu aku terlalu kenyang aku akan muak dan terpaksa muntahkan semua makan yang aku makan. 

Kecian baby kan xsempat merasa zat makanan yang ibu makan. Aku setakat merasa keenakkan sesuatu makanan kejap jek pas 2 aku terpaksa muntahkan.... Kejam ke aku ni?

Sekarang ni aku dah mula menyelongkar almari cari baju2 lama farish masa baby untuk di cuci, sayu tengok baju2 tu semua tersidai cantik di ampaian... Macam mana aku masa baby dah lahir nanti huhuhu.... Mesti huru hara kan.....

Hopely anak ibu sihat walafiat, dijauhkan daripada penyakit merbahaya, membesar dengan sempurna dalam perut ibu ye... Opppsss si kecil tengah korek2 kiri perut ibu...naper sayang? 


 

Melepak di Shah Alam....

Ni lagi citer basi hahaha.... Tarikh kejadian pada 2 Oktober 2010 (Sabtu)

xde aktiviti kebetulan haku waktu itu terbawa-bawa rasa keciwa sebab hasil scan pada usia 6 bulan ari 2 menemui kegagalan herrmmmm..... 

Al-kisah 23 September 2010 (Khamis) lepaih je balik keroja dengan kadar semangat yang berkobar2 haku mengajak en. suamiku nan tercinta gi Poliklinik Annur Presint 15 dengan harapan dapat la tau jantina anak ke-2 kami ini.... Rupa2nya si kecik ni nak wat suprise kat ayah, ibu dan abang aish cmal ye...

Berkerut2 mukaku ini tengok screen komputer kat klinik 2 sesambil doktor terangkan itu ini kat aku... Agak lama jugak dia membelek perut ku ini agaknya dia tau aku kemaruk nak tau jugak.... Tapi xde rezeki ku bawa hati laraku ini wawawa.....

 ::: Kusyuk tengok screen komputer ni :::
 ::: Doktor kata ni tulang belakang baby :::
  ::: Ni jek dapat tengok :( :::

Tapi haku ni degil korang tau x... 25 September 2010 (Sabtu) aku paksa en suamiku bawa haku gi KPMC sebab aku nak tau jugak xkiraaaaaaaaaa............. Di sebabkan beliau kerja 1/2 hari pada hari sabtu maka sekitar 2.30 petang baru kami 3 beranak bergerak terus gi Kajang.... 

Tapi aku kecewa lagi klinik nak tutup dah xterima pesakit wawawa.... Ari dah mendung, gelap nak ujan sama jugak dengan haku ini.... Aku pujuk suamiku gi Klinik Shamsiah kat bangi pulak.... Aku hampa lagi bila doktor 2 kata scan hanya buat pada hari bekerja... Herrmmmmmm....sabarlah wahai hati yang bergelora.... 

Ya aku bertahan setakat ini doaku semoga ketika usia kandunganku 7 bulan Allah mempermudahkan segala urusan.... Dan anak ibu tanpa segan silu mahu menunjukkan jantinanya...

Ehh... berbalik topik melepak kat Shah Alam, sebenarnya aku saja jek bawak anak terunaku ituw berjumpa sepupunya si Danish. Kelakor bila sorang cakap BI sorang cakap MELAYU macam ayam dengan itik berkomunikasi hahaha....

 ::: Kolam untuk orang dewasa :::
 ::: Cantik kan pemandangannya.... :::
 ::: Danish berendam sesorang.... :::
 ::: Badan jek tengelam kepala langsung xbasah ... :::
 ::: Aksi berani farish main gelonsor :::
 ::: Yehaaaa...mendarat sudah... :::
 ::: Air x dalam pun tapi takuttttt.... :::
::: Takut wooo.... :::
 ::: Penuh bergaya hahaha... :::
 ::: Penat pujuk xmau jugak masuk :::
 ::: Gaya macam nak masuk pool...gaya jelah... :::
::: Yehaa...berenang di daratan :::

 

Main Masak2....

Hai....

Ni haku main masak2 masa bulan puasa ari 2 biasalah haku ni selalu lambat nak upload sebab nak transfer gambor dr iphone masuk laptop kat umah pas2 copy lak masuk lam pendrive....Malas kan banyak songeh....Nak update dr umah pun berukband ku ituw bil blom bayar hahaha....

Kekadang mood masak datang dengan tiba2...rasa nak buat dan terkinja2 nak makan maka relakan diri masak sesorang kat dapur... (yelah haku mana ada bibik@pembantu nak tolong...nak soh farish tolong herrmmm selamatlah dapurku ituw.....)

Bulan posa tekak bukan ke kemaruk nak makan ituw ini maka nak makan punya pasai maka haku pi Giant beli perencah Nasi Ayam segera ni (nak jimat masa nak kununnya). Alah penyebab nak makan nasi ayam pun sebab tertengok blog mamalin  terliur sudah hahaha.... xsama malah xserupa pun tapi kadar kelajuannya hampir sama kot huhuhu....

Sesampai umah dah pukul 6 petang kelam kabut basuh ayam, rendam dalam air asam kasi ilangkan hanyir bagai siapkan perencah nak perap ayam, dapat la perap dalam 1/2 jam. Basuh beras campak segala bahan tanak terus.... 

Buat lak sup sesempoinya sesambil 2 buat lak sos kicap hasil lebihan perapan ayam dan sos cili (kedua-dua sos berkenaan haku panaskan atas kuali supaya sos masak dan tak cepat basi). Ayam siap bakar bila azan maghrib berkumandang maka dapatlah haku anak beranak makan nasi ayam buat berbuka puasa wahhhh..........

::: Perencah Nasi Ayam Segera :::
::: Nasi Ayamku udah Siap lalala... :::
 ::: Sup Ayam versi Ibu Farish :::
 ::: Gandingan Mantap :::
 ::: Ayam yang udah siap di panggang :::
 ::: Tersusun tunggu nak berbuka posa huhuhu... :::

Ni pulak haku masak versi untuk makan bersahur pulak hahaha..............

 ::: Nasi Lemak versi Ibu Farish :::
 ::: Sambal Kegemaran Haku Sepanjang Zaman :::
 ::: Sambal Nasi Lemak :::
 ::: Hiasan Doq Atas Nasi Lemak :::
 ::: Lauk Sampingan :::

Al-kisah masa gi check-up (6 bulan) 1 September ari 2 banyak la wasiat dr nurse kat Klinik kesihatan Putrajaya, katanya HB aku makin turun hermmm....bahaya ke?

Maka dia soh aku makan banyak ikan, makan kerang, hati ayam, minum susu 2 gelas sehari lah blablabla.... Oleh kerna next check-up 27 Oktober nanti aku kene minum air gula maka pesanan beliau soh aku kurangkan kabohidrat, elakkan minuman bergas/berkarbonat dll.....

Terkinja2 haku gi pasor tani presint 2 cari sumber protein hahaha....selalunya kalu beli stok lauk pauk haku xpenah beli kerang sebab bila gamaknya nak masak? Hari pasar malam beli makanan siap masak je la xlarat lah balik2 nak masak2 nak siang/basuh stok lauk.  Letih kaki haku tau berdiri lelama kat dapur 2....

Maka nasihat nurse terbekas dalam hati dan benak fikiran maka haku beli la 1 kilo kerang (brader penjual kerang cakap leh tahan 1 hari kalu letak luar ye ke?) 

Dedulu masa haku kekecik kerang murah jek... 1 kilo dalam rm0.70 jek sekarang 1 kilo rm2.50 bezakan.... Mak haku dulu masak kerang, ketam 2 buat sup jek sebab anak ramai kang ada yang makan makanan berkuah la... Lawannya kerang rebus tersebut dengan air asam pehhh lazat sampai jilat jari huhuhu....  

::: Ikan Tengiri Goreng Berlada :::
  ::: Kerang Rebus ala2 Sup ler :::
 ::: Pencicahnya Ayor Asam ler... :::
 ::: Sayur Carca Marba @ Sayur Campur daa... :::

-->