CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Saturday, December 25, 2010

Kongsi Info : Membaca Al-Quran dan Doa

Pemakanan rohani adalah amalan-amalan yang boleh diamalkan semasa si ibu sedang mengandung. Sebagai seorang muslim, amalan yang di anjurkan adalah membaca al-Quran dan berdoa. Antara surah-surah pilihan dan doa yang boleh diamalkan semasa mengandung adalah seperti:

1.  Surah Yusuf : Utk mendapatkan anak yang comel/cantik


 2. Surah Luqman : Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai



3.  Surah Maryam : Utk mendapatkan anak yang soleh


4. Surah An-Nahl ayat 78 : Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

nak dengar? klik sini


Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.

5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189 

nak dengar?  klik sini


Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (kesuatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): "Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi dari orang-orang yang bersyukur".

 9. Surah Al-Imran ayat 38 : Doa memohon anak yang baik


" Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa."

10. Surah Al-Imran ayat 8-9 : Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40 : Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128 : Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 – 23 : Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9 : Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74 : Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***
Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.


SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Wallahu a’lam.

Sesungguhnya Al-Quran merupakan panduan hidup kita sepanjang zaman..
 p/s : copy from internet

Wednesday, December 22, 2010

Woww......!!!

Salam,

Hari ni teruja tengok Visitors Details sebab ramai nar pelawat huhuhu... Rasa macam jakun lak :).... Jadi korang layan yolah ibu2 yang sarat mengandung ni 'menjakunkan' dirinya hehehe....

ni setakat petang tadi kat opis....
bila malam menjelma bertambah lagi pelawatnya wahh!!

Paling ramai pelawat hari ni daripada tanah seberang apa yang menarik sangat yang depa carik di blog i ni ye? nak tau? meh klik sini & klik sini juga

HuaHuaHua...kembang idung jap heeeeeeeeeeeee.........

Tuesday, December 21, 2010

Kongsi Info : Teknik Pernafasan Ketika Proses Bersalin

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi

Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tiup” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Teknik Meneran

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. 

Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yang sesuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.
 
"Overwhelming Urge"

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. 

Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.
 
"so-so urge"

Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).
 
"No Urge"

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan 

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekaligus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. 

Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing
 
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. 

Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down
 
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.

Source : majalah PA&MA keluaran November 2006

Sunday, December 19, 2010

Kongsi Info : Senaman Untuk Memudahkan Bersalin


Beberapa jenis senaman mudah yang boleh anda amalkan semasa bulan akhir kehamilan dalam menyediakan badan anda untuk proses bersalin.


Tailor Sitting


Kebaikannya
  • Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
  • Dapat memperbaiki postur badan.
  • Melembutkan sendi pelvic.
  • Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.

Kaedahnya:

  • Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
  • Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
  • Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
  • Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
  • Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.


Pelvic rock


Kebaikannya:
  • dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
  • dapat mengurangkan sakit belakang. Kaedahnya:

Kaedah

  • Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
  • Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
  • Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
  • Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.

Wall slide



Kebaikannya:
  • Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.

Kaedah:

  • Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
  • Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
  • Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
  • Naik ke atas semula.
  • Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
  • Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding
 Sumber:

Isi Kandungan: Mayoclinic.com
Ilustrasi: ratuhati.com, tracing dari imej di Mayoclinic.com 

 

Monday, December 13, 2010

Kongsi Info : Ohh... susu saya tidak mencukupi?

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awak kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). 

Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). 

Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega"

Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!

Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal"  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.

Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. 

Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. 

Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. 

Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya  faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. 

Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. 

Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...

Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegigihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.

Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan

Sunday, December 12, 2010

Kongsi Info : Teknik Memerah Susu Ibu & Teknik Lekapan

 ::: Teknik Memerah Susu Ibu :::

Sebab-sebab perlu memerah susu ibu:
  1. untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
  2. bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral
  3. untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
  4. puting payudara yang luka/melecet
  5. meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu
Cara memerah susu:




*Memerah dengan tangan*
  • memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  • basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  • sediakan bekas yang bersih dan steril
  • lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
  • boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
  • melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
  • tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
  • buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  • tekan payudara ke belakang ke arah dada
  • perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  • teruskan memicit sehingga susu keluar
  • perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
  • buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  • tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
  • ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
  • tukar ke payudara yang satu lagi
  • urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi 
  • perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  • setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
*Memerah dengan pam payudara*
  • baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  • basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  • basuh tangan dengan bersih
  • duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  • mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  • boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  • pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  • masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
Expressing Breast Milk

Panduan umum:
  1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
  2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
  3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
  4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
  5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
  6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
  7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
  8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi
Sumber: thewomens.org.au, breastfeeding.com, breastfeeding.asn.au, my.inova.com

Nota : kekerapan perahan dan hisapan bayi memang akan mempengaruhi hasil perahan. Jika bekerja 8 am – 5 pm, sekurang-kurangnya perlu 3 kali mengepam, contohnya pada jam 9-10 am, 12-1 pm dan 4-5 pm.  

Pada waktu malam dan hujung minggu pun masih perlu mengepam jika hendak menambah production susu. Di samping itu jangan skip makan breakfast, lunch dan tea time atau sekurang-kurang minum atau makan sedikit (kuih/biskut/cereal) antara waktu mengepam. Keperluan air sangat penting, pastikan minum air secukupnya. Kurangkan stress dan rehat secukupnya. Mungkin faktor stress kerana bebanan kerja menyebabkan production susu merudum.

Jika baby tidak menyusu sehingga ‘menghabiskan’ sebelah payudara… ya memang betul. Jika baby kerap bertukar-tukar payudara sebelum benar2 menghabiskan sebelah payudara akan memberi kesan kepada penghasilan susu baru. 

Pastikan baby menyusu sebelah payudara sehingga rasa ringan. Jika baby sudah kenyang tetapi masih terasa ada susu di dlm payudara, pam atau perah dgn tangan dan simpan hasil perahan itu. Utk penyusuan seterusnya tawarkan payudara yg 1 lagi.


 p/s : copy from internet klik sini

++++++++++++++++++++++++


::: Teknik Lekapan yang Betul :::

Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan:
  1. Dukung bayi dalam posisi yang selesa (rujuk posisi penyusuan ibu)
  2. Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
  3. Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas
  4. Gerakkan badan bayi ke arah payudara ibu
  5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara
  6. Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu
Pegangan

Cara Mengampu Payudara:
  1. Ampu payudara dalam keadaan Pegangan "C" (C-hold
  2. Ibu jari berada di atas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
  3. Ampu dengan lembut, jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini
Lekapan Bayi
Teknik Lekapan Bayi:
  1. Mulut bayi terbuka luas
  2. Dagu bayi memcecah payudara
  3. Bibir atas dan bawah melengkup keluar
  4. Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
  5. Pipi bayi menggelembung
  6. Ada nada hisapan glup..glup..  hisap-telan-hisap-telan
Teknik lekapan dan penyusuan yang betul adalah penting kerana:
  1. untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu
  2. memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang
  3. mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan
  4. mengelakkan bengkak payudara ibu 
 p/s : copy from internet klik sini
 
Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM 
Sumber gambar: Le Leche League International

Kongsi info : Penyusuan Susu Ibu

Secara lumrahnya setiap wanita dikurniakan dengan kebolehan untuk menyusui bayinya. Dengan adanya keyakinan dan pengetahuan setiap wanita boleh melakukannya.

Saiz payudara tidak boleh dijadikan ukuran sebanyak mana susu akan dihasilkan. Kekerapan bayi menghisap akan merangsang penghasilan susu ibu yang banyak, mengikut permintaan bayi. 

Masalah puting susu yang leper atau tenggelam juga tidak sepatutnya menjadi halangan. Mereka yang menghadapi masalah sebegini sebaiknya mendapatkan bantuan profesional yang boleh membantu mereka.

Persediaan Semasa Hamil

Tempoh kehamilan sebaiknya dipenuhi dengan aktiviti untuk mempelajari ilmu keibubapaan. Dapatkanlah dan baca sebanyak mungkin mengenai penyusuan susu ibu serta lain-lain aspek penjagaan anak. Jika berpeluang, hadiri kelas-kelas ibu mengandung bersama suami anda. 

Payudara anda biasanya membesar sedikit semasa hamil kerana pembesaran kelenjar-kelenjar susu. 

Untuk menampung payudara, baju dalam yang berukuran satu saiz lebih besar biasanya diperlukan. Gunakan air biasa sahaja untuk mencuci payudara. Elakkan penggunaan sabun kerana ianya boleh mengeringkan kulit payudara.

Pastikan payudara diperiksa oleh doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai masalah di payudara.

Ikuti kelas atau ceramah mengenai penyusuan susu ibu yang terdapat di tempat anda. Ini boleh membantu anda mengetahui lebih mendalam mengenai penyusuan dengan susu ibu.

Pada bulan-bulan akhir, pelajari cara-cara memerah susu. Pengetahuan ini akan membantu anda selepas kelahiran bayi, sekiranya perlu.

Selepas Melahirkan Bayi

Hari-hari pertama selepas kelahiran memang meletihkan. Kuatkan semangat dan susui bayi anda secepat mungkin selepas dilahirkan. Pengalaman menyusui bayi yang baru lahir adalah satu pengalaman indah bagi seorang ibu.

Susui bayi anda dengan kerap mengikut permintaannya dan bukan mengikut jadual yang tertentu. Jika bayi anda lebih suka tidur, bangunkan dan galakkan dia menyusu lebih kurang setiap 2 jam.

Hari-hari pertama merupakan waktu-waktu yang penting. Payudara mungkin belum dipenuhi susu, namun susu ini sangat penting. Susu awal ibu tidak banyak tetapi ianya pekat dan berwarna kekuningan. 

Susu ini dinamakan kolosterum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi dari penyakit. Kolosterum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi anda. Bayi tidak perlu diberi susu botol atau air masak.

Buat permulaan, bayi anda mungkin akan menghisap selama beberapa minit sahaja. Biarkan dia menghisap lebih lama jika mahu. Keperluan seseorang bayi adalah berlainan daripada bayi yang lain. 

Susui bayi anda dengan kedudukan yang selesa samada duduk atau berbaring. Gunakan bantal untuk mengampu tangan atau belakang jika perlu. Pastikan bayi mengiring rapat menghadap anda agar dia dapat memasukkan sebanyak mungkin kawasan areola (tampuk hitam disekitar puting) ke dalam mulutnya. Posisi penyusuan yang baik akan dapat mengelakkan masalah seperti sakit puting atau kurang susu.

Jika anda menghadapi masalah, kami syorkan anda mendapat bantuan dari mereka yang mahir.

Petua Penyusuan Yang Berjaya

Amalan positif:
  • Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu semasa hamil.
  • Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
  • Susui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.
  • Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak terasa lenguh dan mengelakkan masalah seperti sakit puting.
  • Makan makanan yang seimbang dan minum air yang mencukupi.
  • Perlu diingatkan bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan.
Amalan negatif:
  • Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda. Jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini, anda sudah pasti mampu memberikannya susu yang terbaik.
  • Jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sehingga berusia 4 hingga 6 bulan.
  • Cara menghisap puting botol dan puting payudara adalah berbeza. Ini boleh mengelirukan bayi dan ibu tidak akan berjaya untuk menyusukan bayi.
  • Jangan menyusu dalam keadaan terburu-buru. Masa 6 minggu pertama adalah masa 'latihan' untuk ibu dan bayi. Ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan banyak masalah.
Jangan risaukan kekerapan bayi membuang air besar. Ini merupakan perkara biasa bagi bayi yang diberi susu ibu. Najis biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga perkara biasa.
 p/s : copy from internet klik sini

*Posisi penyusuan yang baik*

Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikut adalah cara yang betul:

  • Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

*Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu*

Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.


*Pilih posisi yang selesa*

Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu. 

Posisi dakapan : Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda. • Sokong belakang badan dan punggung bayi. • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya. 


Posisi ‘football hold’ : Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. • Sokong kepala bayi dengan tangan. • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda. 


Posisi berbaring :  Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. • Sokong kepala anda dengan lengan. • Sokong bayi anda dengan lengan atas. 

*Beralih payudara*


Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. 
Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.


 
*Sendawakan bayi*

Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
• Letakkan bayi di bahu anda.
• Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

  
 p/s : copy from internet klik sini

Teknik Menyusukan Bayi 

 1. Kedudukan badan
    • Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
    • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat dengan bayi
    • Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan  
2. Cara memegang bayi 
    • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
    • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
    • bayi rapat dengan ibu (perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu
 3. Cara memegang payudara  
    • Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
    • Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
Posisi Penyusuan 

1. Posisi mendukung/buai
    • Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
    • muka dan kepala bayi menghadap payudara.
2. Posisi mendakap/di sisi
    • ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar
    • ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
    • pastikan ruang mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya
3. Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
    • Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
    • Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap
4. Posisi baring
    • bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat  ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat
Penyusuan pasangan kembar
    • Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak
Pelekapan
 
Cara yang betul menyusukan bayi
  • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
  • gerakkan badan bayi ke arah payudara
  • pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (areola)
  • pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
Cara pelekapan yang betul
  • mulut bayi terbuka luas
  • dagunya mencecah payudara
  • bibir melekup keluar
  • pipi gelembung
  • payudara nampak penuh dan bulat
  • terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
Cara pelekapan yang salah
  • dagu bayi jauh
  • tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
  • dagu tidak menyentuh payudara
  • ibu rasa sakit
  • payudara boleh bengkak dan puting luka