CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, December 14, 2011

Borang PALSU BR1M (bantuan rakyat satu malaysia)

Salam semua,

Pe  citer ni? isk..isk..isk....

Al-kisah, sebenarnya aku pun dapat borang ni daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian aku maka kami2 golongan marhain ni bersungguh2 la mengisi borang tersebut.

Entah macam mana ntah aku rasa pelik sebab Bahagian B : Maklumat Ahli Isi Rumah (column BI-Sendiri : kene tulis nama dan no. ic) xleh nak tulis nama sebab gelap (korang guna pen biru or hitam pun nama xnaik@xtimbul). Pada firasat aku mybe sebab dah photostat banyak kali jadi semakin gelap.

Maka aku pun menganggap borang tu rosak terus aku google kat internet dan download, masa isi aku rasa pelik sebab jauh berbeza dengan borang yang sebelum ni aku isi jadi aku soh la asbenku amik sendiri kat LHDN borang original (andaian ke 2 aku kata borang yang aku print dari internet salah)

Ehh bila aku belek2 aikk sama pulak dengan versi download internet hermmm ada pelik ni! Sampai malam tadi jam 11 malam asben tunjukkan perbezaan 2 borang tu dan ada link kat FB pasai borang palsu baru la aku faham.

Macam mana la kat kampung mak ayah kita doq isi tu borang original ke palsu? Cian la kat depa kalu tersalah isi borang habis maklumat no. akaun bank terdedah pada kebarangkalian perkara yang tak kita ingini terjadi. pehhh mintak simpang malaikat 44 ye.

Borang PALSU BR1M (bantuan rakyat satu malaysia)

Borang asli tidak meminta salinan penyata atau buku bank dan juga tidak meminta no akaun bank.harap maklum.

Klik sini : Borang Original    Klik MyMetro 14/12/11 



sumber : internetKINI

Monday, November 28, 2011

Balik kampung makan Durian!!!


Salam semua,

25hb November 2011 (Jumaat malam Sabtu)

Harini aku terpaksa EL sebab pengasuh balik kampung atok beliau meninggal dunia innalillah, jadi seharian aku menjaga 2 kanak² ribena di rumah. Encik suami bekerja macam biasa dan perancangan kami akan balik kampung (Perak) lewat malam (kunun nak elakkan 'jam'). Maka setelah siap berkemas bag kain baju jam 10.00 malam kami anak beranak pun berangkat pergi.

Sebelum tu di rumah aku mencuba buat roti gulung bersosej ala2 roti kat giant yang ada sayur 3 sekawan tu tapi agak kureng menjadi (dah tau nk balik sibuk nak gecah rumah lagi isk...isk..isk...). Ohh ye sebelum meneruskan perjalanan yang jauh gi isi minyak dulu kat presint 16 sambil membeli buah tangan untuk mak (dulu2 masa bujang aku suka beli kek pisang untuk mak tapi xjumpa lak kek pisang alih² ternampak kek coklat apa lagi capai dan bayar la)

Perjalanan ok cuma kenderaan je banyak nak kata 'jam' xdelah mybe ramai dah gerak lepas balik kerja. sesampainya RnR Tapah encik suami kata dia lapar nak makan sekali dia terpandang restoran KFC masih buka walaupun masa tu dah jam 12.00 malam jadi beliau belilah 2 set burger.

Call yong bagitau kami nak amik dia, jadi singgah Taman Indah dulu amik yong (yong aku ni suka masak jadi best bawak dia ada je dia nak buat hehehe). Sampai rumah mak hampir jam 1 pagi, mak tunggu depan pintu anak menantu + cucu²nya balik wah tergambar kegumbiraan di wajah tua mak tu :)

26hb November 2011 (Sabtu)

Pagi ni yong buat sarapan nasi goreng + cengkodok@jemput durian, weeee tema durian gitu hehehe... Durian memang banyak mak kata 'kene' pada waktu yang tepat aku balik buah durian tengah rancak jatuh.

Oh ye harini nak jalan² gi kenduri kawin dan balik kampung (kampung mak kat Teluk Intan@Padang Tembak@Kampung Banjar + perancangan lain nak makan mee rebus Mastan Ghani hehehe)

Tunggu punya tunggu kul 12.40 tenghari baru dapat gerak gi kenduri sebab apa? Sebab tunggu abang sulong aku yang entah ke mana menghilang (sebelum subuh dah kuar rumah gi antor ehem² dia la tu haish!)

Gi kenduri kawin kampung sebelah time tu ngam² datang pengantin tengah bersanding hehe. Menu rumah pengantin tu biasa la ada nasi minyak + nasi putih lauknya rendang daging, ayam masak merah, gulai lemak terung dgn ikan masin, jelatah dan pencuci mulut bubur pulut itam tapi xde sudu pulak bikin spoil nafsu makan daaa hahaha... Yong dgn mak selamba je makan bubur macam gaya makan nasi isk..isk..isk....

Sampai kampung dalam kul 1.50 tengahari tengok kendurinya macam xde orang je, masa tu pengantin tengah makan beradap. Kiranya kenduri ni rumah sepupu mak la... Menu rumah sepupu mak pulak nasi putih, sambal tempe goreng (jawa style), ayam goreng, kari daging dan pencuci mulutnya buah rambutan rumah sebelah hehehe...

Ok habis makan gi singgah pulak menziarah adik beradik mak (mak sedara la kan), kebetulan adik beradik mak pakat berkumpul hermmm dapat la berjumpa semua :). Mak siap bawak bekal buah durian bagi adik² dia seronok depa dapat berkumpul makan buah sambil bersembang dan bertanya khabar adik beradik.

3.00 petang kami balik, yop balik dulu (depa ada misi lain ???), aku lak ada misi jejaki mee rebus Mastan Ghani kat Teluk Intan yang dah lama aku idamkan hahaha mengidam kah??? Jangan buek spekulasi yang bukan² ok! Masa balik raya aritu ada gi tapi dah petang sangat mee rebus dah habis :( dan tragisnya kali-2 aku jejaki pun GAGAL juga ok! Kuah mee rebus habissssssssss waaaaaaaaaaaaa.......!!!



Kecewa? Ye 100% rasa frust sangat ok! Tapi aku tapau juga la rojak 5 bungkus, kebetulan hujan turun dengan lebat jadi lagi lah frust bila encik suamiku xlayan pun bila aku ajak gi cawangan Mastan Ghani kat Taman Ros (alaaaa bukan jauh pun dlm area Teluk Intan juga, yang aku gi ni cawangan kat Kolej Komuniti) tapi dia buat xtau je waaaaaa....


Maka tarik muka majuk la hehehe...

Cawangan baru berhampiran Kolej Komuniti Teluk Intan
Mee Rebus
Rojak

Pehh ini bikin terliur daa tengok gambor ni .... hehehe.........

Ok³ amacam ada rasa apa² x lepaih nengok gambor mee ni? Terliur ke? xdapek den nak nolong ehh hahaha.... Korang nak tau x kan tadi en suami xmau bawak isterinya ini gi cari mee rebus tu kan alih² dia makan rojak sampai 2 bungkus huh!

Malam pun tiba rasa lapar pulak perut ni rasa nak makan nasi dengan ayam goreng jelah (ada bekal kenduri kat kampung tadi) sekali tengok mak tengah siang ikan cencaru nak goreng katanya. Mak bagitau nak buat sambal belacan buah macang pehh terliur aku deh! Nak rebus pucuk ubi dengan pucuk betik wow! xleh jadi ni kene tunggu ni maka xsentuh pun ayam goreng aku makan nasi panas + ikan cencaru goreng + terung goreng kunyit + pucuk ubi & pucuk betik cicah sambal air tangan mak...peh..peh...pehhhhh 3 x tambah mak senyum je bila aku cakap sedapnya maaaakkkkkkkkkkk!!!

Sambal belacan power rangers!

27hb November 2011 (Ahad)

Bangun pagi aku dan yong bz masak nasi lemak, pas kenyang makan sarapan aku ajak yong gi pasar cari ikan terubuk pulak (haih terliur nak makan ikan terubuk bakar pulak isk..iskk.iskkk...) Al-hamdulillah ada rezeki aku dapat la sekor je yang tinggal kat Pasar Langkap tu, nampak pulak ikan sebelah@ikan sisa nabi (masa pregnant si farisya aku teringin nak makan tapi xjumpa lak bila gi cari kat pasar tani Presint 2) yong soh borong je lagipun ada 3 ekor je :)

Nampak petai beli, nampak apam balik teringat mak kat rumah terus beli 2 keping :) dah habis membeli belah kami pun nak balik rumah sekali kat tepi pasar tu ada apek jual belon ben 10 haish meroyan pulak si Farish nak belon nasib baik RM5 je beli le jugak....

Balik rumah mandikan 2 kanak² ribena dan merayap gi rumah sebelah (kunun² bawak Farisya jenjalan la hehe) alih² ternampak embah doq termenung sesorang kat ruang tamu rumah dia (beliau dah uzur, kurang pendengaran dan kakinya terseliuh jatuh dalam bilik air = xleh jalan doq atas wheelchair le).

Ohhh beliau masih cam wajah ayuku ini hehe maka aku pun di pelawa masuk dan bersembanglah kami berdua, macam² la beliau tanyakan terutama sekali pasai Farish. Katanya "sampainya hati kamu ye nana biorkan mata anak kamu ye operate di korek² deq doktor xsakit ke?" Jenuh la aku nak explain kat embah kenapa aku tegar berbuat begitu...

Embah sesungguhnya aku pun xsampai hati tapi demi masa depan dia aku kuatkan semangat, pasrah walaupun aku sebenarnya risau, takut 1001 perasaan bercampur baur ok! Ya demi masa depan dia sebenarnya aku dan suami sepakat untuk buat operation mata masa sekarang (Farish masih kecil baru berusia 5 tahun tapi dia faham bila kawan² ejek akan kekurangan diri dia. Hati aku tersentuh bila dia mengadu kawan² ejek kat sekolah cubalah kalu kita di tempat dia mesti kita pun akan rasa rendah diri kan...)

Tengah rancak bersembang yong pun datang isshh kakakku ini dia pun sibuk nak bergosip sama haha, tanpa sedar jam dah kul 12.00 tengahari menantu embah datang bawak makanan tenghari untuk embah. Wahh sambung menyembang lagi dengan kak ro pulak hahaha.... Sambil bersembang Farisya menyusu dan akhirnya terlelap (hermm memang waktu dia tidur pun tapi asyik narr nak main...)

Akhirnya mesyuarat tingkap di tangguhkan, balik rumah masak untuk makan tengahari. Menu kami harini Ikan Terubuk Bakar cicah Air Asam, Ikan Sebelah@Sisa Nabi Goreng, Kerabu Keladi genjer@pakurawan (Limnocharis flava) , Kari Kacang Kelo@Ramunggai simple je menu tapi makan menambah-nambah kesedapan hehehe...

  
Ikan Terubuk Bakar cicah Air Asam

 Ikan sebelah@Sisa Nabi Goreng
Buah Durian xkan kome xkenal kot?

Sepanjang kat kampung makan durian sepuasnya, siap petang ahad tu buat kuah durian makan cicah roti buat minum petang. Peh berjejeh-jejeh air liur kome baca entry kita harini hehehe....
 
Dah penat makan maka selepas isyak kami anak beranak pun berangkat balik Putrajaya walaupun esok (Isnin cuti-Maal Hijrah) cuti tapi kunun²nya nak elak jalan 'jam' dan nak membasuh kain baju dan berehat-rehat la di rumah heeeeeeeeeeeeee.........

Dah tu je nak citer! Ada gosip lagi ni tapi nanti²lah citer daaaaaaaaaaaaa..............

**Gambar ehsan google

Friday, November 11, 2011

ceritera Farish Akmal Part 5


~11-11-2011 (Jumaat)

Hari yang di nanti tiba jua, pagi² ibu dah gerak ayah dan Farish supaya xlewat bangun untuk register wad untuk Farish.

Ohh yea ibu dan adik xikut sama, berat sangat hati ibu... rasa semacam ralat sebab xdapat menemani Farish tapi sebenarnya ibu rasa xkuat, takut nak tengok keadaan Farish.

Ayah temankan Farish kat wad walaupun pada mulanya ayah nak bawak Farish lari amik ibu kat rumah alasan ayah semua yang ada kat wad ni perempuan je yang jaga anak² depa. Ibu pujuk ayah supaya bertahan, yelah lelaki mana tahan duduk diam² jadi serba xkena la hidupnya = cepat bosan.

Ibu tunggu opah dan yong yang nak datang jenguk Farish tapi depa dah tersalah naik bas sudahnya depa di turunkan kat Puduraya cian Yong nasib baik dia call dan akhirnya wan amik dia terus datang putrajaya. Ibu masak banyak jadi depa mai je terus makan sebab kelaparan. 

Cian la kat opah yang kepenatan tapi berkeras nak juga datang jenguk cucunya...sob...sob...sob... terharu rasa hati ini.. Dengan keadaan opah yang uzur tapi berdegil nak datang juga walaupun terpaksa naik turun bas (road tax kete abang dah tamat tempoh + lom renew = xde kuasa semua mak nak sponsar ewah² mentang anak lelaki kesayangan haish!) Opppsss membebel pulak hehehe....

Ok kita sambung citer pasal Farish ye, meh layan gambar Farish Akmal sepanjang berada di HKL dan di rumah :)

Kaki melangkah menuju wad
Bawak beg baju sendiri ye sbb saya dah besar yeay!
Tingkat 3, Wad NW 17, Katil No. 33

Suasana dalam wad
check-in masuk wad
Kepenatan main game

Bermalam di wad buat Farish dan ayah jadi xkeruan nasib ada tv leh la Farish layan tv sambil main game PSP. Bila ibu call ayah bagitau Farish langsung xtidur petang asyik main dan bersembang dengan jiran depan katil dan sebelah...
 

~12-11-2011 (Sabtu)

Jam 8.45 pagi ayah dukung Farish turun tingkat 2 untuk sesi membius kasi pengsan la... Masuk OT dan selesai pembedahan pada jam 11.30 pagi. 

Menunggu sebelum masuk OT
Berdebar²? Ibu xde di sisi :(
Menunggu masa nak kene bius
Dah selesai operation ubat bius xhabis lagi
Waaa....sakit la...
;(
Takut nak buka mata
Tidur lagi dan lagi....
Nasib ada TV kalu x meroyan la Farish
Akhirnya jam 5.00 petang dapat check-out horeyy!

Kakak 2nd aku datang melawat Farish selepas Family Day PPUM selesai, mulanya aku sms bgtau xyah datang sebab farish nak check-out dah pun alih² dia call bgtau dia dlm teksi dah nak sampai HKL. Maka kene lah check-in pulak kat rumah dia sebab dia nak ajak mak singgah rumah dia mkn² + katanya ada goodies untuk anakanda 2 beradik tu...

Jam 10.00 mlm kami beredar balik putrajaya dan yong, mak + wan balik rumah kakak (anak yong yang sulong - ni kes opah nak gi merasa tidur rumah cucu sulong la)

~13-11-2011 (Ahad)

Dah balik rumah, Farish takut sangat tengok mata dia katanya mata dia berdarah cian anak ibu :(. Bangun pagi mata dia penuh taik mata dengan rasa kecian aku lap kan mata dia dengan kapas yang dah rendam dalam air suam. 

Doktor cakap dalam 1 minggu Farish akan rasa tak selesa. Lagi sayu + sedih masa kat HKL air mata bercampur darah yang keluar wawawa... Waktu ni dia xleh kawal air mata dia sendiri tu yang asyik berair je dan jadi bertaik mata. Kalu kat rumah asyik dengan spek ben 10 sebab dia takut tengok mata dia sendiri + rasa silau gamaknya, kain napkin adik pun xlepas dari genggaman sebab nak lap air mata yang keluar.

Malu² + takut hehe
Mata Farish selepas 1 hari operate
Selepas operate mata hitam sudah center kedudukannya
Hari ke-4
Hari ke-9

Contoh gambaran operation yang Farish lalui


Tuesday, November 8, 2011

Ceritera Farish Akmal Part 4


Salam

Kawan² semua 11.11.2011 (Jumaat) ibu, ayah akan bawa abang Farish Akmal warded di HKL kerna esoknya Farish akan menjalani operation mata. Nak tau pasai kisah Farish sila Klik Sini : Part 1, Part 2, Part 3

Doakan anakandaku itu ya... Semoga semuanya selamat dan Abang Farish dapat semula penglihatannya amin...


Makan² Di Malam Raya Aidil Adha with my ♥ ♥ ♥

Salam,

Saat semua orang berpusu-pusu balik kampung kami anak-beranak masih di Putrajaya, kami tak balik kampung sebab asben teman menyertai Majlis Qurban di Presint 16... Nak tengok gambor di hari kejadian? Sanggup tengok darah? ce klik SINI 

Ok berbalik cito asal, pas maghrib kami empat beranak gi Econsave Jalan Reko, Kajang beli barang dapur. Udah usai membeli barang dapur terus ke kaunter nak membayar alamakkk lupa pulak hari sabtu xde plastik peh haru ni brg banyak camno nak bawak barang naik lif?

Asben tanya cashier boleh x dia amik plastik besar kat dlm pasaraya tu yang lawaknya minah tu cakap amiklah huhu, kot la xbagi yelah xtakut ke orang mencuri ke hapa? Gamaknya muka kami suci murni haha jadi dia percaya bagus²!!!

perut lapar tapi kedai makan semua tutup yelah malam raya kebanyakan kedai x bosnya ore klate pekerja deme ore sana sure pakat nak balik raya kan raya Haji kat klate meriah. Herrmm nak makan mende ni? Fast Food malas ahh, otw balik nampak la restoran cina muslim ni "RESTORAN HAJI SHARIN LOW"  

Sebenarnya dah lama rasa teringin nak merasa masakan chinese style sodap bonar ke? Alang² banyak kedai melayu tutup boleh la makan sini. Moh layannnnnnnnnnnn............

 My ♥ No. 1
My ♥ No.2
My ♥ No.3

Ce nengok pulak menu apa kami bertiga makan, anak dara teman gigit sudu je hehehe cian dia xmengapa tadi di rumah udah bagi makan otw balik membeli barang dapur dalam kete udah menyusu tu senyap je sepanjang ayah, ibu dan abang makan... Bagus anak ibu ♥♥♥

♥ Petai Fried Squid ♥
♥ Belacan Asparagus ♥
♥ Sar Po Lamb ♥
 ♥ Itik Panggang ♥
♥ Sos Itik Panggang ♥
♥ Honey Dew Melon Juice, Asamboi Kedondong & Milo Ais ♥

Nasib baik juga teman oder ayor Asamboi dapat ler menyucikan tekak teman ni... Sungguh la xperasan ada lauk kambing (teman juga gelojoh waiter rekemen terus je setuju- *lain kali bukak telinga leluas hahaha) jadi asben la abiskan dia suka le lauk bertemakan kambing siap soh masak kari daging kambing bagai tapi setakat ni blom berjaya la dia nak bawak balik daging dan soh teman masak hehehe.....

Nak tau apa komen teman pasai Itik gantung? Teman rasa ayam goreng lagi sodap hahaha... Tapi asben asyik memuji sos dia sedap! Order Half Duck kami makan 2, 3 ketul je yang lain bungkus bawak balik sebab dah kenyang makan berulam ayor...

Lagipun aku lom kebah demam rasa lemah je badan tapi mengagahkan diri nak mengikut gi jalan² bosan le doq rumah melayan gaduh mulut dengan Farish yang suka menyakat adik. Kalu adik tidur dia semacam bosan tunggu bila la adik nak bangun nak ajak main sama. Hermm yelah la tu main sesama si Farish ni kedekut dengan adik dia dan xmau berkongsi mainan semua dia bolot sorang² isk..isk..isk....


♥ Errkk... Al-hamdulillah kenyang ♥


Cuba mengkome semua teka berapa RM kami makan malam...




























































Brapa kome teka?
























































Haaa... mahal ke murah?





























Agak² kome sedap x?














































































Nah tengok le regenya.... Rasanya sekali ni jelah datang hehehe niat asal nak merasa je bukan nak mengulang datang atau nak rekomen kat kome² tapi kalu kome nak merasa apa salah gi lah ye hehe...