CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, January 28, 2011

xde modal nak citer ke?


Salam,

Rasanya coti2 malaysia doq umah sangat bahgia...banyak masa terluang tapi malas nak update blog....si kenit tengah tidur tapi kadang kala terganggu dengan bunyian lesung batu si nenek (MIL) nak masak gulai buat lauk tengahari...Pe si ibu makan? ohhh MIL pepagi dah buatkan sup ayam kampung untuk daku ini....

Wahh2 beruntungnya hidup masih punyai ibu dan MIL kan, tapi sebenarnya mereka cuma jaga aku seminggu je... Mak dah balik perak-sedih sangat bila usia mak menginjak 71 tahun dan serba serbi xkene (agaknya mak haku dah mula nyanyuk kot?) sekarang ni emo sesaja....daripada aku menambah dosa biarlah dia balik kampung umahnya sendiri barulah dia rasa happy...banyak sangat drama air mata terjadi sementara menunggu aku bersalin dan minggu pertama aku bersalin...biorlah jadi rahsia hati wawawa............

Minggu ni MIL pulak jaga, ye MIL aku mulut bising orang kata mulut jahat huhuhu tapi sebenarnya baik hati...terharu dan terhutang budi aku sepanjang seminggu dia jaga aku dia masakkan lauk berpantang, bakarkan ikan haruan, buatkan sup ayam kampung...wawawa terharu giler ahhh...........

Maka minggu depan aku meneruskan sisa2 berpantang bersendirian....Ohh ye farish semenjak kehadiran adik ni dia mula berubah agaknya rasa tergugat dengan kehadiran adik... Asyik memberontak, cium si adik xkira masa kita pulak risau tengok...

Lom termasuk kerisauan yang melanda bila si kenit kene kuning xkebah2 sampai ari ni...Ya Allah selamatkanlah anakku, jauhkan ia daripada sebarang penyakit merbahaya, kasihanilah dia masih kecil....Bermacam cara, petua, usaha dah aku lakukan...sedih rasa hati bila seawal kandungan dulu aku berniat nak menyusukan anakku ini, ya Allah makbulkan doaku siang dan malam agar susuku cukup untuk dia tapi dugaan ini membuat aku sedih adakah aku berpeluang menyusukan dia lagi andai kata susuku tercemar dan menyebabkan dia terus-terusan kuning?


:(

Friday, January 7, 2011

Kenapa kita diuji?

KITA BERTANYA : KENAPA KITA DIUJI?
 
QURAN MENJAWAB : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” - Surah Al-Ankabut ayat 2-3
 
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB : “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB : “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB : “Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? – Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB : “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
 
QURAN MENJAWAB : “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” – Surah Yusuf ayat 12
 
 p/s : copy from internet

Tuesday, January 4, 2011

Kongsi Info : Cara Membuat Air Selusuh

Menyediakan Air Selusuh Untuk Memudahkan Bersalin, Kombinasi Bacaan Doanya Ialah..

 
1. SURAH AL-FATIHAH


2. SURAH AL-HASYR AYAT 21-24 (59:21~24)




TERJEMAHAN:

21. Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.


TERJEMAHAN:

22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



TERJEMAHAN:

23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.




TERJEMAHAN:
24. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


3. SELAWAT SYIFA'






4. DOA SELUSUH
TERJEMAHAN:
"Ya Allah, Dengan Hak Maryam, Juga Hak Hamba Yang Diturunkan Kepadanya Surah Maryam, Ringankanlah Daripadanya ( Sebut Nama Pesakit Dan Nama Ibunya ) Penderitaan Bersalin, Dengan Rahmatmu Wahai Tuhan Yang Amat Mengasihani Dari Segala-Galanya".



5. DOA PEMUDAH 
TERJEMAHAN:
"Ya Allah, Permudahkanlah Dan Jangan Kau Sukarkan Kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan, Segala Yang Susah Adalah Mudah Bagimu, Ya Allah, Sempurnakanlah Dengan Kebaikan, Dengan Rahmatmu, Ya Arhamar Rahimin".


p/s : copy from internet klik sini
rujukan: IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT ( DARUSSYIFA' )

Website yang leh korang jenguk i) Klik sini  ii) Klik sini juga

Kongsi Info : Himpunan Petua Cepat Bersalin

ada kawan bagitau saya kalau nak cepat bersalin n tak lama menanggung kesakitan, tiap mlm sebelum tidur amalkan baca 3 qul, surah kursy n selawat sekurang2nya 3x kemudian sapu perut dari atas hingga bawah. 


InsyaAllah petua ni menjadi, kerana pengalaman saya melahirkan anak ke2 berbeza kesakitannya dgn anak sulung yg memakan masa 6 jam sebelum bersalin. Anak kedua cuma 3 jam sakitnya saya dah dimasukkan ke labour room. 

Tp jgn lupa makan sebelum pergi bersalin. Pengalaman saya tak makan semasa nak bersalin memg out of energy. Akibatnya lepas keluar dr bilik bersalin saya pitam n ada org tua2 kata saya 'kambuh' tp x taula apa maksud semua tu...

minum air kelapa dara dan juga makan telur ayam kampung!!! saya aritu pon, amalkan tu, alhamdulillah 3 hari dah turun tanda. saya nak bersalin awl, sebab xlarat nak bawa dah...(anak kembar) so, petua tu la saya gunakan

lagi satu petua.. kalau dah nak sampai due ni rajin2 lah bersama ngan suami.. Insya Allah senang nak bersalin dan anak keluar kepala bulat je.. Tak lah lonjong macam kacang. (petua org lama2)

bg yg beragama islam...mungkin bleh ikut petua yg sy dpt dr kenalan sy... bykkan membaca surah 'yasin & maryam' kalu bleh bln2 terakhir tu bc tiap2 mlm jgn miss...n org ade pesan kat sy jugak...mase kita dah rase sakit nak bersalin... cuba p mandi...coz sejuk tu akan merangsang baby lg cepat turun ke bawah... alhamdulillah...sy amalkan, mmg berkesan...sakit sekejap aje...n mudah bersalin...

minum air kelapa semasa pregnant memang dapat cantikkan kulit anak dan hitamkan rambut anak...yang saya amalkan semasa dan ada kontraksi nak bersalin mandi dulu lama-lama skit sebelum ke hospital...insya Allah cepat proses kelahiran...tapi kalau dah kerap sangat sakit jangan mandi lama2..nanti terberanak kat bilik air, lain lak jadinya...exercise jalan dan turun naik tangga tu bagus...cuba lah tanya ngan bidan plak..

satu lg, petua org tua2... minum air milo dgn telur ayam kg utk cepatkan proses bsalin. Klu kita minum x smpai masa lg, sakit terus hilang. Klu dah smpai ms sakitnya akan smkin terasa n cepatkan kita melahirkan nanti... tryla, sedap gak minum tuh... :) Telur tu x msk... minum mentah2. cmpur dlm air milo. Pastu minum... :)

***********************************

petua nak mudah bersalin.. ni cara kiter..
 
1. jgn byk tido/ malas.. bykkan berjalan..
2. jgn byk menjerit/mengerang dlm labour..tenaga byk habis.. kalu tenaga kurang...nak push bb pon lambat ahh..
3. minum air/ minyak selusuh.. setakat ni mmg tok yg buatkan ...
minyak kelapa (letak kat hujung lidah) stat dr ngandung 5 bulan.. kalu ikut tok ckp.. minyak tu kan licin ciri2nya..so bb senang kluar
4. tiap kali pas semayang doa agar dipermudahkn bersalin.. selain rajin gak wat semayang hajat 


*********************************** 

masa kita mandi tu, bila kita basuh kepala, hisap air rambut yg kat hujung tu.. selalu lah amalkan.. insyaallah.. memudahkan baby turun nanti... tp saya tak tau lah samada berkesan ke tak.. cuma skrg ni rajin tanya org tua2 petua2 lama utk bersalin nanti.. saya amalkan je yg mana mudah dan tak over budget.. hehehe...

***********************************
petua org tua2 pulak
1. banyakkan minum air kelapa
2. banyakkan berjalan
3. minum air selusuh - nie masa dah sakit sgt...jgn minum sebelum sakit coz akan rasa sakit yg berdenyut2 berulang2 kali sebelum bayi keluar...

dari segi perubatan

1. minta suami urutkan ubun2 rambut bagi mengurangkan rasa sakit bersalin & urut pingang belakang / gosok perlahan2

*********************************** 

lagi satu, kite penah dpt petua ni...
bile dah start sakit, minum air milo yang dibancuh dengan planta...tu utk bagi laluan cepat bukak..
***********************************

Ada juga petua dari org india. Kawan ni (org india) kata minum telur mentah sebiji semasa sakit nak bersalin. Kawan saya tu memang senang bersalin, waktu bersalin cuma setengah jam je dah bersalin.

***********************************

Boleh amalkan minum air kurma bila dah 8 bulan ke atas. Lepas tu, kena selalu berjalan dan bergerak, biar ada stamina nak push baby. Lagi satu, kalau seminggu lagi nak bersalin, boleh amalkan telan telur ayam kampung setiap hari.

***********************************

Salam u all, bagi para isteri yang nak senang mudah bersalin tu,  Petua Terbaik ingin memberikan petua dan tips kepada u all..
  • Baca Surah Maryam apabila u all sudah disahkan mengandung.
  • Makan kurma dan niatkan perkara yang baik2 untuk anak yang bakal dilahirkan.
  • Masa di dalam bilik bersalin (labour room) u all baca doa Nabi Yunus masa terperangkap dlm perut ikan nun (baca ulang2 kalo bleh sampai la bersalin)

 
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)

Perbanyakkan berselawat, dan membaca surah Al-Fatihah. Tapi yang penting sekali kena minta maaf dengan suami, Isteri kena jujur menceritakan kesalahan yang lalu, suami kena redha dan maafkan segala dosa-dosa yang dilakukan isteri. Suami perlu perbanyakkan solat dan suami boleh buat solat hajat di hospital.

Kita hanya berusaha Allah S.W.T yang menentukannya nanti. Semoga dipermudahkan u all bersalin nanti. Insya’Allah.


Monday, January 3, 2011

::Farish Mula Sekolah::

Salam

Ni kisah si Farish dah mula masuk Tadika KEMAS. Yeeeeyyhhh bermula 3 Januari 2011 Farish mula bersekolah dan jadual ibu di pagi hari agak kelam kabut sebab ibu kene bangun lebih awal dari kebiasaan sebab ibu akan kembali naik GBS (Geng Bas Sekolah). wowowo kejar bas takut kene tinggal huhuhu... Yelah sebelum ni ayah yang hantar amik ibu gi keje nun ke Mines jadi ibu nak ringankan beban ayah yelah rushing nak antar Farish gi sekolah. Dah la sekolah jauh nun di Presint 18 xkan la ayah nak pusing putrajaya ni pas2 terkejar2 nak antar ibu gi MINES pulak mesti punch MERAH...

Layan situasi hari pertama persekolahan.

Hari pertama pakai baju biasa je, uniform xbeli lagi...
Ohh sangat teruja pakai beg sekolah dan kasut sekolah baru...
Soh main2 sebab ayah dan ibu nak gi keje...
Ibu bapa sibuk bayar yuran dan buat pendaftaran...
Keadaan dalam kelas, kerusi belum sampai lagi cikgu kata...
Tadika KEMAS Bunga Matahari :)
 Tapi Farish nangis la...wawawa.... hati ayah jadi sebak huhuhu...
 Lengkap pakai baju sekolah, hari ke-2 dan seterusnya farish dah ok x nangis2 lagi :)




Sekian....

Sunday, January 2, 2011

Kisah Stroller Baby....




Sebenarnya stroller combi ni banyak kenangannya...Yelah 3 generasi tau yang dah guna... Bermula dari si empunya stroller si Danish, kemudian kasi pinjam kat aku untuk si Farish dan terakhir sekali kasi pinjam kat Ijal (adik ipar bongsu-adik asben i ok) untuk si Akif.

Kalu aku dah kawin selama 5 tahun maka umur stroller 2 pun sama jek dengan ulangtahun perkawinan aku... Dan akhirnya 14 Dec 2010 (Selasa) stroller 2 dah pergi meninggalkan keluarga kami... Kenapa? Rumah adik iparku itu kene pecah masuk deq pencuri, kebetulan stroller dalam bonet kete beliau dan lagi tragisnya kereta beliau pun di rembat deq pencuri bersama-sama barang2 lain....

Aku pun rasa terkilan apatah lagi tuan empunya (angah) yang dah kuar duit beli stroller 2 huhuhu.... Entah mimpi apa semalam (1 Januari 2011) terdetik dalam hati nak google stroller murah2 kunun2nya nak guna untuk bb aku yang tengah tunggu ari jek nak menjenguk dunia ni... Sekali masa google2 dalam mudah.com maka terjumpa stroller jenama yang sama malah warna yang sama! Wahh ianya mengembalikan kenangan kami bersama lah huhuhu... Mybe jugak mengubat hati angah kalu tengok stroller ni...

Giler ahh! terus sms tuan stroller, deal harga, tempat nak jumpa dah akhirnya stroller combi ni jadi milik aku dengan harga RM160 dan keadaan stroller masih ok sebab tuan empunya jarang guna dan berhajat nak beli stroller Maclaren katanya. Bukan xmau bertukar kepada stroller jenama lain mybe ada memori antara 3 generasi yang membuat aku tak berpaling tadah, nak kata jenama combi ni ok sangat idak la ada kekurangannya, tapi aku punya suka lah nak beli hahaha....!!!

Aku sekarang tengah susah ati ok, sok farish nak sekolah (masuk tadika) entah macam manalah ye, petangnya nak ajar dia doq umah pengasuh yelah selama umurnya dah doq nursery secara beramai2 sekarang kene transit waktu petang kat umah pengasuh....

Aku akan merasa tenang dan damai sikit bila dah selesai urusan farish dan sekolah barunya + rumah pengasuh, kemudian menunggu ari nak bersalin pulak uuikkkksss? Dup..dap...dup..dap.................berdebar2 wokey! Kawan2 doakan saya selamat ye....

Saturday, January 1, 2011