CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, April 6, 2011

Telenovela : Mari Mar

Salam,

Apa ke halnya tiba² je cerita pasai Telenovela Mari Mar ni? Uhuk²...atte teman kan cuti bersalin lama 3 bulan tu...aje nyee iyee... Hari² teman mengadap tv le nengok drama indon le (dalam hati marah² ye ler episodnya panjang bebenor..) terbaru citera ini le...memang best teman nengok hari² tau.. Anak? Farish? Uisshh teman antor le dia ke rumah pengasuh kalu idak xdapat ler teman nengok cerita kegemaran teman ni hehehe... attee bijak tak teman ni :)

Tapi memandangkan cuti udah nak habis (isshhh xreti² keroje belambak kome! cuti lama malas jadinya ye, cian teman pada ella umbrela@shaun sheep kene dera ye, nanti teman belanja ais krim McD ye hehehe...)

Ce cerita..ce cerita pe yang best bebenor Telenovela ni? Udahnya kome baca la sinopsisnye... Kome idak boleh nengok kan sebab tayangan nya pukul 3.00 petang Isnin - Khamis (melainkan kome rajin leh nengok kat website TV3). 

Sekian selamat membaca la ye...hati berdebor-debor ni nak naik keroja, hal check-up mata Farish lagi, jadinya teman mintak tambah 2 hari lagi cuti.. Maka naik keroja 18hb la ye...nak training Farisya antor umah pengasuh, ngajor dia minum susu pakai botol..kome yang bijak pandai ajor le teman ye...

marimar


Sinopsis Penuh Marimar  Versi Philippines



Gustawa Aldama, seorang bisnesman kaya telah mengahwini seorang wanita bernama Lupita walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Dolores. Semuanya menjadi semakin rumit apabila Lupita melahirkan anak perempuan yang diberi nama Marimar kerana lahir di tengah lautan. Dolores yang percaya bahawa Lupita berkahwin dengan Gustavo hanya untuk mendapatkan kekayaan mereka berusaha untuk memisahkan mereka berdua. Dolores mengupah seorang lelaki untuk berpura-pura tidur dengan Lupita sehingga Gustavo melihat mereka. Dolores menghalau Lupita dan memberi amaran agar tidak kembali lagi. 

Apabila Gustavo mengetahui bahawa semua itu adalah rancangan ibunya, segalanya telah terlambat. Dia tidak berjaya menemui isterinya yang membawa diri bersama satu-satunya anak mereka. Gustavo meninggalkan ibu bapanya lalu pergi ke Manila dan terus mengharap agar satu hari nanti dia akan menemui anak dan isterinya.

7 tahun berlalu tetapi usaha Gustavo masih tidak berhasil. Suatu hari, sepupunya Esperanza datang membawa berita mengenai kematian orang tuanya dalam kemalangan. Sewaktu melawat makam ibu bapanya, Silva, kawan Lupita datang memberitahu di mana Lupita dan Marimar berada. Tanpa membuang masa Gustavo terus mencari dan berjaya menemui keluarganya. Lupita memaafkan Gustavo agar Marimar dapat merasai kasih sayang seorang ayah. Dalam perjalanan ke Manila, kapal terbang yang dinaiki mereka terhempas ke lautan lalu memisahkan Marimar daripada ibu bapanya. Lupita dijumpai mati akan tetapi Marimar terus hilang.

Marimar ditemui di sebuah pulau terpencil oleh Lola Cruz dan Lolo Pancho yang mengaku sebagai datuk dan neneknya apabila mendapati Marimar hilang ingatan. Mereka memanggilnya Marimar kerana tulisan pada rantai lehernya. Marimar bertemu dengan Angelika dan menjadi sahabat. Walau bagaimana pun mereka mula bertengkar apabila Angelika jatuh dan tangannya patah. Angelika menyalahkan Marimar atas kejadian itu. 

Marimar membesar sebagai seorang gadis yang naif. Hidupnya mula menjadi rumit apabila bertemu dengan Sergio Santibanez lalu jatuh cinta. Marimar berkahwin dengan Sergio yang sebenarnya ingin membalas dendam terhadap ayahnya, Renato dan Angelika (maka tiri merangkap bekas kekasih Sergio). Marimar kemudiannya menjadi mangsa kekejaman Angelika yang cemburu di Vila Santibanez. Dari sini Marimar mula menyedari hakikat apa yang telah dilakukan oleh Sergio padanya.

Takdir mula berubah apabila Marimar memutuskan untuk meninggalkan San Martin de la Costa selepas menghadapi banyak penderitaan di rumah Santibanez dan kematian nenek dan datuk angkatnya akibat kebakaran yang diarahkan oleh Angelika. Di bandar Marimar menukar namanya kepada Bella dan melahirkan anak perempuan yang diberi nam Cruzita sempena nama Lola Cruz.

Selepas bertahun-tahun melalui pencarian yang tidak pernah berhenti Gustavo akhirnya bertemu Marimar tetapi kerana Marimar menukar nama kepada Bella maka dia tidak dapat mengenalinya. Natalia yang memusuhi Marimar sejak di Vila Santibanez telah mencuri loket Marimar yang akan membuktikan identiti anak Gustavo yang hilang. Natalia mula menyamar sebagai anak Gustavo tetapi rancangan jahatnya tidak bertahan lama apabila Marimar mendapat kembali ingatan silamnya lalu membuktikan Natalia adalah penipu. 

Gustavo akhirnya mengetahui Marimar adalah anaknya tetapi tidak lama kemudian mati akibat sakit jantung. Dengan bantuan Esperanza dan kawannya Innocencia, Marimar pergi ke US dan bertukar daripada seorang gadis naif yang miskin menjadi seorang wanita kaya dan sofistikated  Bella Aldama.

Bila dia kembali ke Filipina, Marimar bertemu Rodolfo San Jinez, seorang bisnesman yang berhasrat untuk mengahwininya kerana masalah kewangan syarikat keluarganya. Rodolfo mengundang Marimar ke Masquerade Paty sebagai tetamunya. Tanpa diketahui oleh Marimar yang dikenali sebagai Bella, Sergio turut hadir ke majlis itu. Sergio secara tidak sengaja terlihat Bella dan mengenalinya sebagai Marimar. Sergio memberitahu Rodolfo bahawa Marimar adalah isterinya. Rodolfo tidak mempercayai kata-kata Sergio dan fikir itu adalah mustahil. Marimar menolak Rodolfo pada majlis perkahwinan mereka dan membuktikan dirinya masih mencintai Sergio.

Sementara itu perniagaan Vila Santibanez mula merosot dan Angelika pulang dari luar negara bersama Ranato yang lemah daya ingatan. Tanpa disedari oleh Renato, Angelika meletakkan 'ubat' yang akan melemahkan ingatan dalam makanannya. Renato pula menyedari bahawa Angelika bertanggungjawab terhadap kehilangan harta dan syarikatnya. Angelika pergi ke Manila untuk lelongan tetapi Marimar sebagai Bella muncul dan berlakunya konfrontasi. Disebabkan taktik penuh dendam Bella, Angelika kehilangan segala-galanya. Angelika kembali ke Vila Santibanez dan menghantar Renato ke hospital mental. Namun, Renato berjaya melarikan diri daripada hospital sebelum Angelika dan orang-orangnya tiba. Renato ditembak oleh Nicandro atas arahan Angelika. 

Walau bagaimanapun dia diselamatkan oleh Dra Rhia dan kembali bersama Sergio untuk membalas dendam terhadap Angelika. Marimar pula membeli Vila Santibanez. Berlaku banyak perebutan antara Marimar, Sergio dan Rodolfo. Marimar sekali lagi membuat keputusan untuk meninggalkan Filipina demi keselamatanya tetapi diculik oleh Rodolfo sebelum sempat pergi. Sergio cuba menyelamatkan Marimar tetapi Rodolfo secara tak sengaja menembak Marimar sedangkan tembakan itu sepatutnya untuk Sergio. Akhirnya ketiga-tiga mereka tertembak secara tak sengaja tetapi tidak serius. Rodolfo dibawa ke hospital dan kemudiannya menjalani perbicaraan dan dijatuhi hukuman penjara.

Marimar memaafkan Sergio dan keluarga mereka bersatu semula. Setelah itu Marimar menemui Vanessa May, kekasih Gustavo setelah kematian Lupita yang sedang mencari anak perempuannya yang hilang iaitu Angelika. Tanpa diketahui oleh Marimar, Angelika merancang kejatuhan pewaris Aldama untuk mendapatkan Sergio. Angelika bertanggungjawab terhadap pembunuhan Vanessa May dan Esperanza. Angelika mengugut Marimar dengan pembunuhan Esperanza agar dapat mengumpan Marimar keluar. Sergio dan yang lain mengetahui bahawa Angelika bertanggungjawab terhadap pembunuhan ibunya dan Esperanza tetapi tiada bukti. 

Manakala Angelika pula mempunyai pisau dengan cap tangan Marimar dan baju yang penuh dengan darah Esperanza. Angelika menculik Marimar agar dapat membunuhnya. Dia memberitahu kepada Marimar bahawa dia yang membunuh Esperanza untuk menutup mulutnya. Orang suruhan Angelika, Nicandro dan Diego telah menyelamatkan Marimar lalu membohongi Angelika tentang kematian Marimar. 

Rancangannya gagal tetapi dia membuat rancangan lain untuk memerangkap Marimar. Dia terus mengejar Marimar sehingga akhirnya mereka terpaksa berdepan untuk menyelesaikan segalanya. Angelika menembak Marimar berulang kali tetapi tiada apa terjadi kerana baju kalis peluru yang dipakainya. Marimar menyedari yang Angelika tidak akan pernah berhenti dan membuat keputusan untuk melawan kembali. Walau bagaimanapun Marimar mengalami kecederaan serius manakala Angelika ditangkap polis. Tetapi Marimar terselamat.

Sebulan kemudian, Marimar, Sergio dan teman-teman mereka pergi ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan Angelika. Juri mendapati Angelika bersalah kerana membunuh. Renato pula pergi ke penjara Angelika dan merasuah warden penjara untuk membuat Angelika menderita dengan memberinya kesan terbakar dengan nama Marimar. Sergio dan Marimar mengumumkan perkahwinan mereka dan Marimar memberi semula Vila Santibanez kepada Renato. Bapa angkat Angelika pula merancang untuk melepaskan Angelika dengan letupan bom dan dia perlu bekerjasama denganya untuk merosakkan perkahwinan Sergio dan Marimar.

Pengakhiran

Semasa hari perkahwinan, Angelika menyamar sebagai pemandu menggantikan Arturo yang dipukulnya. Sergio dan Cruzita diculik oleh Angelika. Dia memberi Marimar dua pilihan 'hadiah istimewa'. Dia menyuruh Marimar pergi ke pantai dan memaksa Marimar memilih antara nyawa Sergio dan Cruzita. Sergio dan Cruzita  berada dalam dua bot yang berbeza dengan bom yang diset pada masa yang sama di dada mereka. Marimar memutuskan untuk menyelamatkan Cruzita. Sebaik sahaja dia menyelamatkan Cruzita bom di bot Sergio meletup. Marimar membawa Cruzita terjun ke dalam laut bila bom Cruzita pula meletup dan Angelika tidak dapat mengesan mereka.

Sergio pula tidak mati dalam letupan itu. Sebelum bom masa itu meletup, dia dapat menumbangkan orang Angelika, membuang bom itu dan lari dari bot. Marimar berdepan dengan Angelika. Tanpa disedarinya, Sergio ada di kawasan itu berlawan dengan orang-orang suruhan Angelika. Marimar dan Angelika pula berlawan di landasan helikopter dan Marimar menolak Angelika ke dalam sungai yang dipenuhi buaya. Sergio dan Marimar akhirnya berkahwin di San Agustin Church, Manila.


Copy from : KLIK SINI

Pelakon utama : 
Marian Rivera - Marimar Perez Santibanez / 
Marimar Aldama Santibanez / 
Bella Aldama
 
DingDong Dantes - Sergio Santibanez
Katrina Halili - Angelika Santibanez (mak tiri Sergio/ex-gf dia)
Richard Gomez - Renato Santibanez (ayah Sergio merangkap suami Angelika)

Pelakon Lain :
Estoni Alarcon - Gustavo Aldama (ayah Marimar)

Bing Loyzago - Tia Esperanza Aldama
sepupu Gustavo merangkap mak sedara Marimar
Leo Martinez - Lolo Pancho Perez (atok angkat Marimar)
Caridad Sanchez - Lola Cruz Perez (isteri Pancho)



3 comments :

Yati@PetiteShoppe™ said...

saya pon suke cite nih!! best kan?:P

Mizz Leya said...

tanx sgt2 wat entry pasl cte nih. xpenah dpt peluang nk tgk cte nih. suke sgt n Marian Rivera yg gorgeous tu! huhu =))

Yatie Ahmad said...

ni pun sebab cuti jd boleh la tgk tv huhu