CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, August 12, 2011

Sampai Hati



Salam,

Kali ini aku ingin meluah rasa hati, biar ianya lega lepas dan tidak lagi menyesakkan dada...

~11hb Ogos 2011 (Khamis)

Xde yang istimewa pun tarikh ni untuk di kenang, rutin harian gi kerja macam biasa. Kebetulan ada ceramah Ihya Ramadhan di KKLW aras 8 dan eo bagi kebenaran pergi HQ Putrajaya naik kereta jabatan@bahagian. Wah rasa seronok sangat sebab dah lama xgi HQ aku nak melepas rindu la kat bangunan tu sebab nanti lepas raya dah pindah bangunan baru kat PICC xsempat nak gi lg sebab xde urusan pun kan...

Alan tolong hantarkan kami (aku, ella dan nanad) ye kami berkobar² sebab penceramahnya fames@glamer selalu kuar TV. Sapa? Haa namanya USTAZ MOHD FARID RAVI BIN ABDULLAH (ce klik sini nak tau info pasai dia yea).

Sebelum pergi tu aku doq berkira² kalu ceramah mula kul 11.00 pagi dan habis kul 12.30 tengahari maka xlari jauh la jadual pump susu (setiap hari aku akan pump susu kat opis jam 9.00-9.30 pagi, 12.00-12.30 tengahari dan 3.00-3.30 petang). Nak jadi citer kul 12.15 tengahari baru ustaz sampai... Hermm ada 'miscommunication' pihak penganjur katanya xhantar surat jemputan (kebetulan ustaz ada meting penting tapi mengenangkan ramai warga KKLW dah lama menunggu dan berharap ustaz datang juga bagi ceramah)

Jadi ceramah lambat mula, entah macam mana ntah nanad bukak citer pasal "masalah" yang sedang melanda diriku ini.... Hermmm mulanya aku malas nak buka mulut bercerita tapi entah la tiba² laju je mulut ni bercerita. Ohh yea sebelum ni aku rasa runsing sangat, pada siapalah aku nak mengadu damba, siapalah nak aku rujuk meluah rasa, berkongsi sakit perit yang aku hadap ni....Aku tercari²....

Akhirnya aku muhasabah diri, aku bermohon pada Allah semoga aku membuat pilihan tepat tanpa ada rasa takut, risau, binggung... Ya entah datang dari mana kekuatan itu aku pun tak tau... Kat opis xsapa tau malah aku bersikap macam biasa... Malas nak fikir sebenarnya...

Bila aku dah luahkan rasa hatiku pastinya banyak 'persepsi' yang kawan² andaikan, bayangan ada yang +ve dan ada yang -ve. Xpelah setiap orang ada pendapat masing² hopely mereka xceritakan pada orang lain pulak... Aku xmau orang lain bercerita pasai 'kesusahan' yang terpaksa aku lalui... Ye semua tu ujian Allah pada aku sekeluarga aku terima dengan lapang dada. Doaku setiap waktu semoga aku tabah, redha dengan semua ujian ini dan semoga pintu rezeki terbuka luas buatku sekeluarga dan mendapat keberkatan....

Ok berbalik pada kisah ceramah yang dah mula lewat maka berakhir pada jam 1.40 petang (ada soalan pulak nak di tanya oleh ahli jemaah yang hadir). Usai semua kami pun balik ke opis, sampai pun jam 2.30 petang terus aku gi sembahyang zohor + nak pump susu (dah skip 1 sesi nampaknya). Macam biasa jugak tepat kul 5.00 petang balik rumah sambil dalam kepala doq fikir menu apa nak masak waktu berbuka nanti.

Pukul 6.00 petang aku sampai rumah, macam biasa suamiku akan amik anak² dari rumah pengasuh sementara itu aku memasak untuk menu berbuka puasa terkejut, tersentak bila melihat suamiku bawak balik bantal tilam dan semua perkakasan anak² dan bagitau pengasuh xmau jaga anak² aku lagi. Ya Allah aku menangis hilang punca, fikiran aku serabut waktu tu doq memikir... Mana aku nak cari pengasuh baru dengan mengejut....

Aku tak puas hati dengan jawapan suamiku bagi, dia semacam marah, kecewa dengan tindakan pengasuh anak² aku tu... Tiba² tanpa notis giler apa! Aku tukar baju terus gi berjumpa akak tu, dia seakan xmau bercakap dengan aku dan terus menarik pintu grill (xbagi masuk untuk berbincang) aku bertanya apa salah silap aku (air mata dah jatuh berderai²) katanya suaminya xbenarkan dia jaga anak² aku lagi....

Ye aku tau bulan ni suamiku lewat bayar yuran, tapi suamiku dah maklumkan masalah payment lambat dapat dan dia bayar sikit² tapi akak tu xleh terima dan xmau bertolak ansur or memahami kesusahan kami ketika ini. Selalunya aku bayar ikut masa xpernah lambat or kurang 1 sen pun... 

Punca kedua aku rasa sebab aku lewat amik anak, cuba la korang bayangkan opis aku kat Seri Kembangan aku balik naik bas kalu bas dari Mines lewat maka lewat la aku sampai Putrajaya, minggu ni ada la lambat sebab aku naik bas Nadiputra (suamiku keje jauh xsempat nak amik kat D8), aku perhatikan akak tu masam je mukanya bila aku amik si Farisya. Aku bukan sengaja lambat ok! Sampai D8 dah 5.30 petang nak menuju ke rumah jalan jem deq kerana kereta banyak dan lampu trafic light lambat tukar warna. Aku sampai kul 6.00 petang pun dia dah marah, katanya susah nak masak. Aku pun balik masak kelam kabut juga ok...

Aku merayu tapi dia xmau terima katanya tunggulah suaminya kata apa... Aku sms pulak mintak maaf sebab lambat bayar bulan ni, aku bagitau kesusahan aku nak cari pengasuh lain tapi dia tetap berkeras xmau juga jaga anak² aku. Aku kurung diri dalam bilik bersama Farisya aku nangis sesungguh hati aku kira hati akak tu akan lembut dan terima rayuan aku tapi HAMPA..... Dia bagi no. tel kawan dia dan soh aku hantar anak² aku pada kawan dia kat tingkat 1.

Masa mula² hantar Farisya dulu (bulan 3 aku habis pantang-ada sesi training seminggu sebab Farisya xmau menyusu botol) dia 'give up' dan rasa susah@leceh nak handle anak aku tu, macam² dia mintak soh bagi puting kosong lah (kununnya senang nak jaga sumbat puting budak terus diam). Aku nekad xmau bagi puting kosong kat Farisya jadi aku ignore aja permintaan dia.

Aku mudahkan kerja dia setiap hari aku dah siapkan susu dalam jumlah yang Farisya minum (4 oz x 4 botol) aku bekalkan sekali dengan termos air panas cuma mintak izin ruang dalam peti ais untuk letak susu sahaja. Bila Farisya dah mula makan aku bekalkan bubur pun aku boh dalam termos supaya dia xbanyak kerja. 

Entah la masa mula² hantar dia xde komitmen lain ada jaga budak umur setahun je dan dia sanggup terima Farish untuk transit petang dan Farisya. Tak sampai 2 bulan jaga Farisya dia amik sorang baby dan mulai saat tu mybe dia dah mula rasa susah nak handle anak aku. Yelah baby tu minum susu FM tidur lama sedangkan anak aku tidur siang kurang asyik nak main jek (tu pasai berat dia lambat naik). Baby isap puting kosong dan anak aku x.... Herrmmm....

Isnin ni episod baru dalam hidup aku dan rutin harian... Ye bertemankan pagi dan petang nak turun naik Nadiputra setiap hari, semoga aku lebih tabah selepas ini... Jika kesusahan ini ujian bagi aku ye aku terima semoga ada sinar bahagia buat aku insya Allah...

Semoga pengasuh baru lebih baik daripada sekarang, semoga luka hatiku terubat dek kerna tindakan pengasuh ku ini... Jauhkan aku daripada sifat dendam dan amarah... Aku redha... 




--->> Nota kaki : Pagi² ni bukak pintu nak hantar Farish gi sekolah akak pengasuh tu soh anak dia tinggalkan saki baki barang anak² aku kat luar pintu... Sedih aku tengok towel 2 beradik tu, termos bubur dan baju sekolah Farish tersadai... Herrmmmm.....


 


6 comments :

Jilah said...

sabar la kak ti... dugaan di bulan puasa... setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... sepatotnya pengasuh tu pon bagi tau awal2... ni time tu gak bagi tau... sib baik kak ti dah dapat pengasuh baru... harap2 pengasuh baru lebih baik dari sebelumnya...

Allah tak kan menguji kita dengan ujian yang kita tak mampu hadapi... semoga kak ti tabah...

nad said...

kenapela dia buat macam itu..sedih sangat baca..takpelah, semoga tabah k? sama2 kita doa for a better life.amin :)

mary ann ;) said...

kenapa pengasuh tu buat macam tu???

macam tak fikir apa perasaan org bila dia buat macam tu..

xpe akak.. akak carik pengasuh lain yg lebih baik dari dorg nieh okay..

geram bila baca..hm ~~~

fahmie firas said...

Best entry nie
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

EjAt_mU89 said...

jln cni

Lia-De-Pinky-Leo said...

sedihnya.. dilema seirang ibu yg bekerja.. hm.. semoga tabah ye..