CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, September 16, 2011

1001 cerita : Raya 2011 (Melaka) & Pindah Opis

Salam,

Wah dah lama aku x update blog kan... dah bersawang bagai... meh bak sini penyapu lidi nak buang semua sawang mawang ni hehehe.... Semenjak puasa lepas sampai la nak nyambut raya kesibukkan melampau mengemas opis dan berpindah rasa malas nar nak buat entry baru... mood tu xsampai la...

Ok kome baca le entry kali ni bersambung² sebabnya aku malas nak buat banyak² entry jadi 'langsum' ajelah ye hehehe


::AIDILFITRI @ MASJID TANAH MELAKA::

Tahun ni turn beraya di rumah mertua, kebetulan pulak semua anak menantu beraya sama jadi meriah le dan dapat berkumpul cukup 5 beradik (adik beradik belah suami). Kebiasaannya beraya di rumah mertua bagaikan kejutan budaya sebab aku kan sokmo beraya sakan kat kampung sendiri penuh dengan kemeriahan, dengan memasak dengan kapasiti banyak (pagi raya buat 'baraan', ada kenduri doa selamat) jadinya kalu balik beraya kat Perak memang xde peluang nak berjalan raya ke rumah kawan² (eleh alasan je tu haha).

Ok raya kali ni MIL x berapa sihat jadi dia malas nak masak katanya, terpulang lah pada anak menantu nak makan pe, sila masak sendiri ye hehehe..... Aku dan suami nan tercinta sepakat nak masak Rendang Tok (hamik ko xpernah masak pun resepi google kat internet + berbekalkan pengalaman singkat asben tolong chef jemputan famili aku masak Rendang Tok masa kenduri kawin anak buah aku bulan 3 tahun 2010 aritu je).

Biras aku aka Kak Midah pulak macam biasa menu febret Lontong lah kan... Dalam tak nak masak tu MIL sempat ngak masak Sup Tulang =). Maka menu terbuka pada akhir ramadhan adalah :-

1. Nasi Impit bersama kuah Lodeh (Lontong la ek?)
2. Rendang Tok hasil kerjasama aku dan asben tercinta (2 kg tuu)
3. Sup Tulang + Nasi Impit (Soto la ek?)
4. Nasi Putih + kuih muih beli kat Bazar Ramadhan Masjid Tanah, Melaka

Herrmm pagi raya makan pe? Makan la menu di atas huhuhu.... Selepas sembahyang raya, bersalaman bermaafan sesama ahli keluarga, ipar duai maka kami adik beradik pergi menziarahi sanak saudara. Bila perut kenyang makan kat rumah sanak saudara barulah balik ke rumah ye hehehe.... 

Petang Raya Rizal (adik ipar yang bongsu) balik semula ke Kajang kerna tuntutan kerja (yelah kerja spital kene la cuti gilir² ye tak....)

Raya ke-2 Abang Wan + Kak Midah balik ke Tanjung Karang (Rumah kak Midah), Angah pun balik KL beraya pulak dengan ipar duainya. Tinggal le aku anak beranak bersama MIL + FIL. Kakak ipar yang no. 3 pun beraya kejap je kemudian balik Melaka (kerja katanya).

Raya ke-3 tepat jam 3 petang maka giliran kami pulak beransur balik Putrajaya sebab keesokkan harinya asbenku kene kerja =).

Nak tengok gambor raya? Sila lah tengok ye heeeeeeeeeee....

Angah bersama asben tercinta + Danish
Abang Wan bersama Kak Midah + Anak² tersayang
Saipul Nizam & Yati bersama anak² tercinta (chewahh hehe)
Rizal & Ayu + Akif yang meragam sepanjang raya cian demam ye

Mesti pelik kan kata ada 5 beradik ni baru 4 beradik je mana lagi sorang? Masa kami bergambar sakan Ateh lom siap + malas nak joint katanya....

Gambar lain xde ke? xkan ni je gambar raya? MIL + FIL x bergambar sama ke? Kebetulan ada jemputan kenduri arwah selepas sembahyang raya jadi FIL x sempat la nak bergambar sakan + MIL lom siap masa FIL dah ready nak bergambar. Selepas MIL dah ready kami nak bergambar sekeluarga ada sanak saudara datang menziarah maka terbantut lah sesi bergambar. 

Nak tengok koleksi gambar raya lagi?? Meh² skroll ke bawah ye....

Ni Gambar anak menantu perempuan (yang lelaki xsempat nak amik pun...)
 Ipar duai =)
 Farisya dengan ibu
 Farisya dengan Ayah =)

Ehh mana si abang Farish? herrrmm dia mana mau bergambar bila dah jumpa sepupu sepapatnya... Main jelah berebut nak main game dengan Danish, Akid & Ariq. Nasib baik dua anak dara (Batrisya & Farisya xreti nak main game kalu x joint sama hehe). Akif? Alalala akid bad mood (demam nak tumbuh gigi lagi, meragam sepanjang malam cian mama Akif....)

Ohh ye aku sempat balik Perak dalam masa 24 jam je haha korang bayangkan ye, hari Jumaat malam Sabtu kul 10.30 mlm aku balik dan keesokkan harinya jam 11 mlm aku balik semula ke Putrajaya (kununnya xmau terjebak dalam 'jam' tu yang balik awal....) Dapat jugak la jumpa mak dan adik beradik yang lain. Jalan² gi Teluk Intan, gi kedai RM2 borang macam² wahhh seronok!!!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

::SWEET MEMORY : KOMPLEKS D9 & MIECC, MINES::

Tanpa sedar dah 5 tahun aku servis di KKLW, 16 Mei 2006 aku mula lapor di Bahagian PSM dan 1 Jun 2006 aku di tempatkan di Bahagian Kemajuan Wilayah dan Kawasan aka WK (sekarang dah tukar nama Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah aka TW)

Bermula dengan jawatan Pembantu Tadbir Rendah N11 (kini jawatan tu dah dijumudkan dan di tukarkan ke jawatan Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) N17).

Mengimbau memori sepanjang bekerja di Parcel D Putrajaya, bertemu dan berkenalan dengan kawan² baru, suasana kerja yang menyeronokkan (xde la kerja sampai stress nak terjun bangunan ke hapa huhu..), ada jualan Puspanita bila time gaji (kalu rajin jenjalan kat Alamanda) dll.

Parcel D, KKLW

Tahun 2009, kami berhijrah daripada Parcel D ke MIECC Mines, Seri Kembangan. Mulanya semua orang xsuka sebab macam² masalah cth : pengangkutan nak gi keje, jarak dll. Tanpa sedar dah 2 tahun kami doq MIECC dah rasa seronok dan sedih bila terpaksa pergi meninggalkan memori yang terpahat di sini.

Alangkah seronoknya bila opis berdekatan dengan shopping complex, time lunch kami berjemaah mencuci mata, membeli belah pabila time gaji (xde gaji pun leh gi shopping ngak haha), makan fast food, tengok wayang dan dll.

MIECC, MINES

Akhirnya dengan rasa sedih (sebab terpaksa meninggalkan tempat berfoya² ketika waktu lunch huhu...) + rasa teruja, happy sebab dapat bersatu kembali dengan semua warga KKLW. (yelah 2 tahun kami terpisah sebab opis xmuat, sempit tu yang 5 bahagian terpaksa gi berhijrah ke Mines tu).

KKLW, Presint 4

Dan akhirnya, inilah destinasi yang di tuju. Maka bersatulah kami semua (Parcel D, MIECC & KEMAS Putrajaya) dalam 1 bangunan. Hamik kau 32 tingkat tu! Dulu kat Parcel D KKLW ada 5 tingkat je (yelah KKLW bermula drpd tgkt 4 sampai 9 je), kat MIECC lak semua 5 bahagian doq aras bawah je) 

Bahagian aku lak nun sayup di tingkat 25, gamaknya kalu lift rosak kurus badan teman nak turun ke lobi hahaha.....

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

PINDAH OPIS :( 

Pada tarikh 9, 10, 11 September 2011 (Jumaat, Sabtu & Ahad) operasi perpindahan bermula, agak tersasar daripada jadual asal (bukan salah kita pun syarikat movers yang punya pasal) tapi kecian la kat kengkawan semua yang terpaksa menunggu sampai jam 12.30 tengah malam bagi memastikan semua barang opis selamat tiba ke destinasi yang sepatutnya. Terima kasih korang!!

12 September 2011 (Isnin) pulak pemindahan komputer ke opis baru (pun tersasar juga jadualnya)... Al-hamdulillah hari Rabu 14 September 2011 baru usai pemasangan komputer. Tapi sedih la aku xleh akses internet xleh nak print surat dll sebab masalah teknikal (kene tunggu orang yang berkaitan repair dulu).

Tinggal memori : meja lama di MIECC, MINES

Pelekat wajib ni kalu xboh movers xbawak barang kome ok!
Kotak di sana sini...
Oh pilunya hatiku!
Banyaknya kertas!
Gotong-royong mengoyak & mengasingkan kertas (jual dpt $$$ wooo)
Hari kejadian yang memilukan hati....
Panorama opis baru

Ok! Udah panjang lebor berceloteh penat menaip + muak kome nak baca hahaha..... Jumpa lain entry ye... daaaaaaaaaaaaaaaa..................


 

1 comment :

εïз mummyHaza εïз said...

selamat hari raya cik yatie..

lama sungguh x hupdate cerita :)