CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, February 28, 2011

Semangat berkobar-kobar?


Salam,

Ngape ekk tajuk entry gitu???? Ohh ibu ni tengah berkobar2 nak mengumpul stok EBM untuk bekalan semasa naik keje nanti.. Ehhh...pesal awal benar? Bukan ke cuti bersalin 3 bulan? Errrmmm 2 namanya semangat berkobar-kobar ye deq non....

Al-kisah bermula, kebiasaannya doq umah dalam berpantang ni confirm baju basah lencun yelah susu tengah meriah, mak bidan yang urut cakap biar la susu 2 kuar jgn di sekat2 (maksudnya : jgn pakai bra ye adik2) nanti leh dapat kanser (ehhh ye ke?)

Bila Nur Farisya Aqeela berusia 30 hari ibu pun bertekad nak kumpul stok EBM, Ehhh xsia2 ke 1 bulan free2 jek susu 2 tersimpan dalam fridge? Ahhh xpelah daripada langsung xde kan..kan..kan...sekurang2nya susu 2 akan expired pada bulan Mei ibu masuk kerja pertengahan April. Susu EBM akan bertahan selama 3 bulan dalam fridge 2 pintu kalu deep fridge leh tahan 6 bulan woww...!

Rasa membazir kalu tak di perah xkan nak tunggu 2 minggu sebelum naik kerja baru nak simpan. Tengok blogger lain ada yang lepas bersalin dah buat stok. Banyak giler stok deme pehhhh....

Sikit ke banyak ke semua 2 rezeki betul x? Mula2 ibu perah guna Avent manual rasanya dekat 2 jam 1/2 kiri kanan kiri kanan baru dapat 4 oz, mak aii siksa dan lenguh lah tangan ni... Besoknya ibu guna elektrik baru la x lenguh tangan tapi masih sukar nak dapat susu yang meriah...kene sabar, disiplin perah 3 jam sekali (kadang2 xjugak sebab selang seli bagi direct menyusu badan kan). 

Pas ni berangan nak beli breast pump yang versi double pump jimat masa kan leh pump serentak gitu. Apa2 pun ibu sangat2 berterima kasih kat kakak ipar sebab belikan breast pump ni huhuhu terharu ibu tau....

Ni la hasil tuaian pertama tapi hati kata nak 4 oz tu yang naik lenguh tangan...
Dapat jugak 4 oz setelah 2 jam 1/2 bekerja keras huh..!

Mulanya ibu rasa pelik sangat breast kiri kanan ada beza dalam penghasilan susu, situasi ibu pulak kiri sikit jek hasilnya kalu 1 sesi (15 minit) ada kalanya xsampai 1 oz tapi sekarang bila ibu mula perah 3 jam sekali dan selalu bagi Farisya menyusu kiri dulu ada la peningkatan. Sekarang leh dapat 2 oz per sesi al-hamdulillah semoga pasni produktiviti breast kiri sama balance dengan kanan yang sentiasa meriah :).

Semalam ibu rasa terkejut jugak bila leh dapat 6-7 oz dalam 30 minit (kiri kanan) agaknya sebab teknik perah 3 jam sekali 2 membawa hasil ini :)

Sambil bertenet sambil jeling jam dinding cukup x 15 minit per sesi...
Haa.. tengok xperasan nak melimpah keluar...
Terima kasih Avent! 
Walaupun ada bunyi gok gek gok gek xmcm pump org lain 
senyap sunyi je tapi ibu bersyukur sgt2! 
Versi di tranfer dalam botol MLO yang chomel2 belako...
 Ini rezeki pagi ni al-hamdulillah...
 Dapat 5 oz :)
Hasil selama 12 hari...

Semoga murah rezeki Farisya ye dan ibu dapat menyusukan Farisya hingga 2 tahun insyaallah....


Sunday, February 20, 2011

Kelahiran yang di nanti.... Part 2

Sambungan


~12-1-2011 (Rabu) 11.00 pagi

Akhirnya setelah di tinggalkan keseorangan dalam bilik tu ibu dapat naik wad dan dapat katil di tingkat 5E katil no 8. Tetapi sebelum naik ada 2 orang student datang doq interview ibu macam2 soklan dan dia mintak kebenaran nak 'terokai' tubuh badan ibu? ooohhh noo! kebetulan ibu dah mula rasa sakit dan rasa xselesa maka mereka membatalkan niat mereka. Yelah pi cari pesakit lain ye...

Kenangan doq musafir sebelum dapat naik wad...

Ohh ye ibu dapat wad kelas 2 (memang itu pun kelayakan ibu huhuhu...) dalam satu bilik tu ada 4 katil, depan katil ibu orang sabahan or sarawak xsure sebab cara cakap mulanya macam indon tapi bila dia call asben dia bagitau bb dia kene tahan NICU (demam kuning x baik²..) dialeknya entah xsure lak ibu nak teka herrmmm beliau dapat bb girl ye... Katil sebelah beliau seorang ibu dapat anak ke-3 pun dapat bb girl. 

Sebelah katil ibu pulak seorang bakal ibu yang akan di operate minggu hadapan (bakal ibu ni dekat 3 minggu jadi penghuni wad ni tau..) sebab  uri di bawah. Pada mulanya dia bagitau masa scan dulu nampak 'GIRL' tapi masa doktor check tadi nampak 'BOY' terkejut beruk beliau... .huhuhu....

Waktu melawat pun tiba mak dan 'Mak Naga' datang menjenguk ibu kat wad pas2 ayah datang selepas mik Farish kat sekolah dan hantar ke rumah pengasuh tapi ayah tak naik pun tengok ibu sebab rushing nak antar 'Mak Naga' gi Putrajaya Sentral (beliau kerja shift malam ye). Mak pulak ikut ayah balik rumah dan berehat ye sebab dengarnya malam tadi beradu beralaskan sejadah je kat surau Hospital Serdang (2 la ibu soh balik xmau isk..isk..isk...)

Ohh keadaan ibu macam mana? Masih kontraksi 10 minit lagi dan bukaan masih kekal 2 cm... Asyik sms sana sini sebab menjawab soalan kawan2 berkenaan keadaan ibu... Tanpa rasa segan dan silu ibu mintak pertolongan jiran baik di opis (beliau ni tokey top-up ye kawan2) top-up kan ibu secara ansuran hahaha.... versi top-up dulu bayar kemudian (ni darurat ok!), ayah pun ibu soh top-up kan sebab kredit ni laju betul abisnya...isk..isk..isk... Ayah datang tengok ibu pada waktu petang sambil bertanya bilalah ibu nak bersalin ni... Entah la ibu pun xtau... ;(

Bila doktor datang buat pemeriksaan dan kondisi ibu masih sama dia mencadangkan ibu di indius pada keesokkan pagi jika bukaan masih sama, wawawa ibu takut la... 

~13-1-2011 (Khamis) 5.00 pagi

Jam 5 pagi ibu di arah pergi ke bilik pemeriksaan, al-hamdulillah bukaan dah 3 cm dan menyelamatkan ibu puhhhh lega sikit rasa debaran di hati ni... Selepas sarapan pagi ibu mula bersenam iaitu berjalan mengelilingi wad, apabila rasa sakit ibu berhenti selepas itu jalan lagi dan lagi...Ibu harap kesakitan ini akan berakhir dengan kelahiran saya ke dunia....

Waktu melawat ayah datang keseorangan, katanya mak offer diri nak jaga Farish kat rumah tapi pada mulanya ibu xsetuju sebab ibu tau Farish ni hyperaktif nanti dia akan memporak perandakan rumah dan membuli opahnya...Tapi ayah kata mak degil nak jaga juga...maka bersedialah mendengar keluh kesah mak nanti ye...herrmmmm.....

Sambil2 bersembang kosong ibu dah mula merasa sakit kuat selang 5 minit, ibu soh ayah urut pinggang ibu...Ayah kata nak panggil nurse tak sebab nampak ibu lain macam je sakitnya tapi berkeras cakap masih boleh bertahan lagi... 

Ibu tengah sakit ayah soh senyum apedaa... (huduhnyerr...)

Pukul 2 petang ayah pun balik, waktu ni ibu rasa xtahan sangat dah dan ada rasa macam nak meneran... Ibu gagahkan diri berjalan ke kaunter nak bagitau nurse ibu rasa sakit nak berak... Ibu balik ke katil dan nurse datang buat pemeriksaan katanya ibu akan di tolak ke labour room sekarang juga.

Ibu rasa nak kencing sesangat jadi ibu masuk toilet tanpa tutup pintu, nurse datang cari ibu, beliau pun takut sebab katanya ibu dah 7 cm dan boleh bersalin bila2 masa je. Ohh ye ibu dalam toilet menjerit mintak di papah sebab rasa sakit (xsempat nak flush pun masa kencing tadi mintak mahap la kawan2 ye) ibu naik atas katil dengan pantas di tolak ke labour room, nurse soh call asben bagitau keadaan ibu nak bersalin dah.

Dalam perjalanan ibu rasa sakit nak meneran jadi ibu kepit kedua-dua belah kaki....masanya hampir tiba tapi ibu tahan hingga sampai labour room, memang berpeluh sakan menahan sakit + nak teran supaya saya lahir ke dunia. Masa kepala saya dah kuar ayah pun sampai untuk bagi sokongan moral pada ibu. Agaknya sebab penat ibu xlarat dan apa lagi zappp zappp zappp ibu kene gunting yo wuarrgghhh....

Fail 'SULIT' ibu curi2 mik gambor buek kenangan boleh kan hehehe...

Pertarungan nyawa ibu semasa nak melahirkan saya al-hamdulillah xlama masuk labour room jam 2.20 pm akhirnya saya lahir pada 2.35 pm... Oleh kerna ibu leaking melebihi 24 jam ibu kene tahan 2 hari lagi...

Oklah penat dah citer nanti sambung lagi... next entry citer pasai pe ibu susah hati saya kuning melebihi 14 hari dan kene refer Hospital Putrajaya untuk ambik sample urin dan darah... :(

Wednesday, February 9, 2011

Kelahiran yang di nanti.... Part 1


Haiiiiiiii.....

Salam semua, setelah 9 bulan menunggu akhirnya saya lahir jua... Ibu mintak lahir pada 11-1-2011 tapi saya cuma bagi tanda je di penghujung saat/detik tarikh yang cantik tu... Sekitar jam 10.00 malam ibu nak tidur tiba2 ibu rasa ada air keluar macam nak kencing tapi xleh di kawal meluncur lajuuuuu jek....Oppppss ibu dah cuak giler apatah ini petanda? 

Ibu minum air akar kembang siti fatimah soh saya kuar cepat, patutnya saya due 13-1-2011 or 15-1-2011 tarikh klinik kasi. Nak tengok camne rupa akar kembang siti fatimah 2 kembang??

sebelum
selepas
~11-1-2011 (Selasa) 10.00 malam

Al-kisah bermula...

Masa 2 ayah kebetulan kat rumah kawan beliau di tingkat 12, ibu rasa takut sangat terus call ayah soh balik. Dengan kadar kelajuan lif ayah pun turun balik tingkat 3 (rumah daa...). Ayah pun kelam kabut jugak capai beg ibu, beg bb, mik towel sampai 3 helai kot² basah kusyen kete nanti ibu kerjakan.... Farish? dia pun kelam kabut sama tengok ibu terpacak dalam tandas xberani kuar sebab air kuar jek brenti jap kang kuar lagi dan lagi...

Isteri kawan ayah yang mengandung 7 bulan dan anak yang ke-7 turun memantau keadaan ibu, dia tanya sakit ke? ibu cakap x de sakit pun cuma air ketuban je kuar xmau berenti... Ibu tukar baju t-shirt dan pakai kain batik jek + pakai pad kunun²nya dapat menampung air yang kuar macam air pili tu tapi kenyataannya pad tu xdapat nak menampung pun... Angkat beg semua berangkat la menuju Hospital Putrajaya, Farish pun ikut sama yelah malam² ni nak antar mana lak dia...

Ayah bawak terus gi kaunter dewan bersalin Hospital Putrajaya, sampai jek depan pintu dewan ibu dan Farish turun dulu sementara ayah cari parking. Ibu membuat aksi mengepit kedua-dua belah kaki sambil pegang kain towel kununnya menahan kencing tapi xleh air ketuban tetap kuar wawawa... Ayah sampai dan tanya pada nurse kat kaunter tapi hampa katanya "wad penuh xleh masuk gilah hospital lain ye"... Ayah xberpuas hati sangat² siap perli² nurse 2..."a'ah kalu wife saya terberanak dalam kete mcm mana? xguna check-up kat klinik kesihatan putrajaya tapi bila nak bersalin kene tendang ke luar cari hospital lain" ishh ayah ni... ibu cuba cool kan perasaan ayah...

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Hospital Serdang pulak mencuba nasib, sesampai jek depan pintu dewan bersalin ibu membuat aksi sama seperti di Hospital Putrajaya tadi tapi Farish pulak membuat spoil doq keluar masuk jadi pintu automatik tu kejap bukak kejap tutup dan mendatangkan kemarahan pak guard. Nurse soh ibu masuk dalam untuk register tapi GL dalam beg dan beg dalam kete dan kete ayah bawak pi cari parking nun jauh di sana.


Soal siasat sikit dan nurse pun bagitau alasan yang sama WAD PENUH YE, tapi tidaklah sekejam Hospital Putrajaya reject terus ibu wawawa.... Ibu di panggil masuk ke dalam sementara nurse registerkan ibu, nurse soh mik sample air ketuban yang turun masuk dalam botol (mcm ujian air kencing jugaklah) dan selepas tu ibu di suruh baring atas katil untuk check tekanan darah, kadar degupan jantung bb bla..bla..bla...

Doktor perempuan chomel datang tengok keadaan ibu, di sebabkan anak ibu tidur waktu itu doktor soh masukkan air soh bb bangun. Addddoooooiiiiii sakitnya bila tengok jarum besar 2 cucuk kat tangan kiri ibu. Bukan 1 x tapi 2 x cubaan baru jumpa urat wawawa.....Masa tu ibu cool lagi sebab memang ibu xrasa sakit pun. Doktor check bukaan dan hasilnya baru 2 cm waktu itu.

 sakit lorr

Kebetulan masa otw gi Hospital Putrajaya ibu sms "Mak Naga" (kakakku yang no-2 da, sbb mulut dia macam lazer aku gelarkan beliau sebegitu rupa hahaha...suka sembur orang mcm aksi naga bila marah...) ibu dah turun tanda nak bersalin tup² dia call dan mak ke udara. Herrrmmm biasalah macam dalam drama melayu kita pulak kene marah kununnya tak amik mak yang dah ada kat umah kakak seawal hari khamis bla..bla..bla... Bis apa guna beli kete "mak naga" ooii simpan kat parking lot ye! (ibu kasi peluang mak doq umah kakak lama sikit tu pasai xamik ehhh xleh antarkan ke mak tu kakakku sayang? Kadang2 mrk nak kita fhm mslh mrk tp mrk xmahu memahami mslh kita pulak.....herrmmmm....)

Sudah² lupakan drama tersebut, dalam kul 11 ibu dapat call lagi daripada "mak naga" katanya dia dah sampai Hospital Putrajaya. Ibu cakap Hospital penuh sekarang ibu kat Hospital Serdang, ada suara² berbaur ketidakpuashatian di situ...Hello semua ni luar bidang kuasa i ok kalu depa kata penuh xleh masuk xkan nak nangis guling² depan kaunter nak bersalin kat Hospital Putrajaya jugakkkk adoyaiiiii..... Ibu soh ayah balik sebab farish xleh di kawal dan dah lewat malam cian anak ibu ngantuk... ibu sms ayah soh mik mak dan "mak naga" kat Hospital Putrajaya, oohh naik teksi rupanya mrk itu...

~12-1-2011 (Rabu) 1.00 pagi

Ayah datang semula ke Hospital Serdang selepas amik mak dan "mak naga" sebab mrk berkeras nak jumpa ibu juga, seperti kebiasaan mak bawak air selusuh dan soh ibu minum... Ibu soh mrk ikut ayah balik sebab ibu tau belum masanya lagi ibu akan bersalin tp mrk degil nak tunggu...ayah balik ngan Farish sebab esok Farish kene gi sekolah. "Mak Naga" soh ibu bersidai di ruang menunggu sambil berborak kosong tapi nurse panggil masuk soh ibu tidur hehehe...

Ibu menumpang katil di ruangan menunggu untuk masuk labour room, ohhh no ibu dengar jeritan, tangisan bayi sepanjang malam, ibu xtidur lena sebab asyik nak ke bilik air rasa nak kencing tp air yang keluar... Sekitar jam 4 pagi ibu dah mula rasa sakit kontraksi 10 minit sekali. "Mak Naga" call lagi ajak melepak kat luar adoii ibu dah mula sakit, tidur xlena asyik berulang ke tandas nak kencing dia ada hati nak ajak bersembang...orang soh balik rumah tidur xmau nak jugak tunggu...

Ohh ya sebelah katil ibu ada seorang kakak/adik nak bersalin juga, kami ni tunggu katil kosong sebelum leh masuk wad. Rasanya jam 5.30 pagi sebelum shif nurse bertukar kakak/adik 2 di pindahkan masuk wad. Tinggallah ibu keseorangan. Jam 6 pagi doktor lelaki berbangsa cina buat lawatan ooohhh kene seluk lagi wawawa....

Sekitar 7 pagi sarapan pagi terhidang... pe menu nya?

 beehun goreng perisa lada hitam
 air coklat cap Cuppa

Ok² ibu dah penat la nanti sambung lagi ye lagi pulak tekak saya haus mau mintak susu ibu, cian ibu sambil pangku saya sambil menaip entry ni buat tatapan kalian semua...ok daaaaaaaaaaaaaaa....

 

Monday, February 7, 2011

Kongsi Info : Petua (membanyakkan susu badan)




:: MINUMAN ::

Air Masak (Air Suam)
Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.

Minum susu
Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.

Oat / Milo / Nestum / Horlicks / Nesvita
Minum dengan air suam @ + susu / Anmum.

Air Sengkuang cina 
Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.

Air Bali
Minum air barli panas 2 kali sehari.
Buah Longan Kering 
Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Longan yang kering, yang biasa boleh di dapati di kedai singseh amat bagus untuk di amalkan. Direbus dulu dengan gula batu / gula kabung / gula merah, kemudian diminum airnya.

Buah Kurma
makan begitu sahaja atau buat jus / ice blended

Halba
Rendam dan minum airnya (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Boleh juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Boleh juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
Madu
Sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
Buah Laici, Mata Kucing, Rambutan
Bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau
Air Kelapa,Jus Pegaga, spirulina


:: MAKANAN ♥ SAYUR²AN ::

Lobak Putih
Kikis lobak putih dan di parut. Campur lobak putih tadi dengan segelas air panas dan biar sehingga suam. Minum 2 kali sehari. Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + suhoon pun boleh, lagi sedap
Daun Pegaga, Daun Pucuk Betik, Jantung Pisang  
Dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering @ enak di makan dengan sambal belacan.

Cekur Manis 
Masak rebus / lemak manis @ dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. 
Petola, Bayam & Daun Turi
Masak lemak manis

Sawi Hijau@Sawi Batang Putih / Kacang Buncis / Kacang Bendi / Petola
Amalkan minum air rebusan sawi Hijau. Masak goreng @ rebus / masak air.
Daun Kucai
Daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi

Kacang Hijau
Bubur kacang hijau campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu

Kacang Tanah  
kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 
Daun Sirih
Selain dari mengurangkan bengkak dan melancarkan pengeluaran susu ibu. daun sirih berupaya menambah susu ibu yang sedkit dan kurang lancar. Caranya ambil daun sirih dan di sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan di tekap pada seleliling buah dada.

Kerak Nasi
Ambil kerak nasi yang panas dan campurkan dengan garam serta kelapa parut. Makan campuran bahan tersebut setiap hari. 
Biskut Bijirin
Ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.
Ikan 
Segala jenis ikan - pernah makan ikan masak asam

Kentang
Segala jenis masakan berunsurkan kentang

Daging
Segala jenis masakan berunsurkan Daging


Sup Ketam
Segala jenis masakan berunsurkan ketam

Roti 
 (segala jenis roti especially roti planta)

Cheese
Segala jenis masakan berunsurkan produk tenusu cth : makaroni cheese

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  

:: SUPPLEMENT ::

Milkmaid Tea 
ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.

GNC fenugreek 
 Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.

Pil ASI




JOY ANGEL NURSING TEA
+ve effect dan kesan dpt dilihat dlm masa singkat, tapi rasenye kureng sedap, bau mcm rempah kari huhuhu

Autumnz ORGANIC Nursing Tea
Sacred Tea for Nursing Moms
ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)
ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules
ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules
Melilea Greenfield Organic
Melilea Organic Soya Drink
Mildura Organic soybean powder
Bio-Protein
Certified Organic Spirulina
Minyak Habatussauda DCl
Makan ubat homeopati 
 alafafa, china off, calc flour

omega 3

obimim

kalsium
vitamin c
Jamu nona roguy...phytonatal

Pil hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)

p/s - * pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini
Yg penting bila bf ni kena rajin makan makan berkhasiat. Makan 7 biji buah kurma akan menjaminkan susu yg byk. And jgn lupa minum susu. Lagi satu, makanan berasaskan oat memang sgt2 membantu.

Elakkan makanan seperti kobis dan bawang kerana ia akan membuatkan bb kembung dan berangin begitu juga dengan minuman berkafien.

:: URUTAN ::
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....
kanan dan juga kiri

2) cuci dengan berus gigi puting2 tu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


:: LAIN² CARA ::

baca surah al baqarah ayat 60
sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)

Minyak kelapa & Daun Sireh
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.

Bunga Melur
Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi 
sebelum mandi

Kobis Bulat 
Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Boleh kurangkan bengkak susu masa dlm pantang. 
** JANGAN AMALKAN SELALU IANYA BOLEH MENGURANGKAN SUSU YEA!

:: PSIKOLOGI ::


Think  +VE
Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.

Bayangkan Si Comel
Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.

 Demand n Supply
Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.

kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply

:: DISIPLIN ::

Masa pengepaman
1) cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...
lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali

2) mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh 
membaykkan pengeluaran susu juga

3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah'...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru

4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.

5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering, jgn minum teh/nescafe tau.....
mkn supplement jgn tinggal Ubat

Tip memperbanyakkan susu:

Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan melimpah ruah. Dan kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon untuk membanyakkan air susu. Selain itu, beri rangsangan pada nipple dengan menggentel2 nipple.

Beberapa cara mengepam yang berkesan:

a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.

b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap.

c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak. 

Zikir dan Doa

Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. 

Baca doa untuk ibu²

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." 

Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam. 

Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

WAJIB DI TINGGALKAN ----> Minuman Ber "Ais/ Air Bergas"

  p/s : copy from internet