CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, March 30, 2011

Majlis Cukur Jambul : Nur Farisya Aqeela

Al-kisah bermula...

~25hb Mac 2011 (Jumaat) : Mak, Yong & Cik Ndek (abang) sampai Putrajaya jam 1.30 petang (depa mai naik bas dr Teluk Intan bas direct turun Putrajaya Central). Agak kelam kabut dengan Farisya xmau tidur jadi bawak dia gi kedai beli lauk buat makan tengahari. Dalam hati doq fikir kecian kat Mak sekeluarga penat doq dalam bas lelama mesti lapar tapi daku ini hanya sempat goreng ayam dan tumis taugeh je. Hajat hati nak buat kari ayam tapi terlupa nak beli rempah kari dah tu Farisya meragam maka depa makan apa yang sempat daku masak jelah....

Sesudah berehat seadanya sesi memasak kuah laksa, agar², rebus 40 biji telur (untuk bunga telur dan laksa) dan kuih seri muka pun bermula, dah lama xmakan seri muka mak buat sedap bebenor rasanya.... Petang aktiviti membungkus telur masuk dalam sarung bunga telur dan malam tu daku soh Yong masak lauk ayam masak kicap dan kobis tumis jek yelah kang anak dia si wan balik confirm lapar. Kakak pulak datang singgah je kebetulan asben dia dapat cuti 1 minggu jadi depa pi singgah umah "Mak Naga" mik kain langsir yang "Mak Naga" janji nak kasi kat kakak.

MIL pulak sampai sejurus lepas Maghrib, terkejut beruk daku ini tengok beliau bawak pengukus besar gabak, alat pembuat cendol dll. MIL nak buat cendol, masak pulut kuning, daging masak lemak cili api dengan rebung, ikan dan tenggiri masak kicap. Ohh ye sebenarnya aku dah tempah catering menu : Nasi Tomato. Tapi MIL kata xkan 1 lauk je, kang kalu ada yang xmau makan nasi tomato leh la makan nasi putih jadi aku menurut je (beliau berniat nak sedekah katanya).

~26hb Mac 2011 (Sabtu) : Jam 4 pagi Yong dan Mak dah bangun rebus laksa, (yelah umah daku ini kecik dapur satu je serba serbi xkene mana nak sama umah kampung lengkap peralatan nak memasak dan boleh buat kenduri huhuhu...)  menyediakan hiasan atas laksa hirisan bawang, telur rebus, timun, limau, buat jelatah nenas dan timun (sepatutnya xyah buat pun set nasi tomato tu dah ada tapi asben ku cakap xde hermm membazir je...)  

MIL pun bangun sama rendam pulut nak kukus, sesudah subuh pulut pun siap di kukus dan aku tolong masukkan dalam bekas dadih nak sedekah@penuhkan beg goodies :). Sesi belajar cara2 membuat cendol telah di demokan oleh MIL maka Yong dan Mak turut membantu. Sekitar jam 9 pagi sesi masak lauk bermula, nasi putih dan ikan kering pun ada. 

Kakak dan asben nya ku kerah menolong kemas umah, Imran mop lantai 2 x tau huhuhu menurut perintah mak su ok : ), angkat sofa bawak keluar, bentang tikar, carpet, menyapu lantai (cian dia aku dera kihkihkih...) Tapi agak malang bila dia kene "POW" dengan Farish hahaha sapa soh bawak gi kedai terbang RM9 beli set pistol yang hanya bertahan sekitar 2, 3 jam je.... Mak Naga pun sampai tolong pe² yang patut di dapur, potong kuih seri muka, potong agar², tolong hidang atas meja dll.

Tepat jam 11 pagi Ahli kumpulan marhaban dan berjanzi pun sampai nasib la daku dah mandi tapi kelam kabut tukar baju dan bersedia jadi pari² di tengah ruang rumah :). Oleh kerana Farisya hanya menyusu pagi jam 9.00 pagi dan selepas itu dia di layan bersembang maka masa majlis bermula dia menangis dalam buaian wuarrgghhh... 

Daku jeling kak zana mintak izin bawak lari gi menyusu hehehe... Al-hamdulillah pas menyusukan Farisya dia pun kenyang daku masukkan semula dalam buaian berhias hingga la majlis selesai dia ok x meragam siap nyanyi² riang dalam buai 2 gamaknya dia pun berzikir sama. Bila tiba masa bercukur dia leh tidur lak hahaha... lawak sungguh anak dara daku ini...

Oklah korang layan jelah gambar² di hari kejadian ni ye... Kredit to Wankhairul | Photography untuk gambar² sekitar majlis.


"Sebelum"

 :: Cendol MIL sodap! ::
 :: Tangan Yong bekerja keras tu hihihi... ::
 :: Mak merasmikan pulut kuning MIL masak@kukus @ 6 am ::
 :: Nak taruk dlm paper beg~kasi ahli marhaban ::
 :: Yong mengetuai majlis menyiapkan 40 bungkus goodies utk tetamu ::
 :: Tempahan cup cake khas utk majlis ni tau, berminat? meh order kat ilah ::


"Selepas"

 :: Gunting jangan x gunting huhuhu... ::
 :: Danish & Ariq ::
 :: Doa buatmu anakku ::
 :: Pari² dari kayangan huhuhu...chomel budak ni tolong buaikan Farisya ::
 :: Tenang mendengar alunan marhaban dan berjanzi ::
 :: Atok tersayang dan cucunda tercinta ::
 :: Makan time yummy! ::
 :: Abang Farish makan laksa penuh bergaya huhuhu..xsopan sungguh anak ibu ni ::
 :: CaCa yang chomel lalala... ::
 :: Sekeluarga :) ::
 :: Candid ::
:: Tuan romah yang kelam kabut di hari kejadian hahaha.. ::

:: "Mak Naga" ku sayam hahaha... ::
"Akhirnya...."

:: Saya sudah botak lalala... ::


Kisah Benar : Kasih Ibu Sehingga ke Hujung Nyawa



Lama sungguh saya berehat daripada menukilkan apa-apa dalam rumah maya saya ini. Memasuki tahun baru pula, disambut dengan satu bulan bercuti tanpa gaji dan berehat di kampung. Tidak mengapalah. Itu bahagian masing-masing. Saya tetap terima ujian ini dengan reda dan berlapang dada.

Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. 

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Sewaktu saya mendengar perkongsian ini, air mata saya berderaian laju menitis di pipi. Malah, tatkala menukil kata demi kata dalam ruang maya ini juga, bagaikan sukar air mata ini mahu ditepis. Betapa luhur dan agungnya perasaan kasih seorang ibu kepada permata hatinya. Tidak terbalas dek kita sebagai anak, yang selama ini tidak habis-habis bergantung pada jasa ibu.

Dari kecil dibelai ibu, sudah besar masih juga mahu bergantung pada ibu. Masakan tersedap, air tangan ibu. Segala pengalaman dunia, mahu dirujuk pada ibu. 

Sahabat sekalian, selagi kita memiliki dan punya ibu, hargailah ibu kita setinggi-tingginya. Muliakan dan tatanglah ibu kita persis menatang air yang penuh tatkala berada di gurun yang gersang tanpa penghujung. Betapa berharganya air itu sehingga sekiranya boleh, setitis pun kita tidak mahu jatuh ke bumi. Tanpa air itu, takkan lama kita bertahan dalam mengharungi perjalanan di atas gurun tadi.

Semoga kita mendapat iktibar daripada kisah yang dikongsikan ini. Sekian.

Copy from : KLIK SINI



Thursday, March 17, 2011

Kisah mata & abang FARISH AKMAL


Salam,

13hb Apr 2011 Farish Akmal ada appointment doktor pakar mata Hospital Putrajaya, doakan abang Farish ye auntie2 sekalian daaaaaa.......


Sunday, March 13, 2011

Kisah suka duka... versi Farisya ceritakan ok!

Salam,

Hari ni (13 Mac 2011 Ahad) genap lah usia saya 2 bulan hoorreeyyy saya makin membesar! Berat saya sekarang 4.7 kg woww! bam-bam x? Tengoklah dagu pun dah berlipat² isk..isk..isk...


Meh citer pasai susu...Yeaahh saya suka minum susu ibu! Al-hamdulillah saya membesar dengan minum susu ibu sedap! Doa ibu siang dan malam sepanjang mengandung hingga lah saya lahir al-hamdulillah dimakbulkan, dipermudahkan syukur ya Allah atas limpah rahmatMu..

Dulu ibu GAGAL/TAK TAHU jadi abang Farish 100% minum susu FM, ya ibu masa 2 sangat tidak berilmu, tiada dorongan keluarga malahan keadaan waktu itu membuat ibu pasrah. Sama ada susu FM @ BF anak² ibu membesar dengan penuh kasih sayang tiada beza susu apa yang ibu berikan ok!

Orang kata anak lelaki dan perempuan sangat berbeza ye ke? Menurut pengalaman ibu sendiri sewaktu melahirkan abang dulu abang nangis² macam xcukup susu, ibu pulak xpandai xde di dedahkan/di ajar oleh nurse cara menyusukan dengan betul... Ibu kene gigit melecet dan nangis wawawa...abang nangis ibu pun nangis sama...Ibu mula campurkan dengan susu FM, akan tetapi ibu berusaha juga menyusukan abang. Bila dia mengamuk ibu bancuh FM abang diam tidur lena. 

Masa abang dalam pantang asyik nangis je, percaya x opah kasi abang makan roti rendam dalam susu pekat manis dalam usia abang 1 bulan, katanya orang dulu2 lagi dasyat kecik² dah sumbat pisang lenyek dll lagi... Ya waktu itu ibu terdesak sangat dengan xde pengalaman, ayah pulak 2 minggu sekali baru dapat jenguk ibu (ibu berpantang kat rumah mak). Abang nangis² siang malam opah masak pulak tepung beras kacau dengan gula bagi makan. Bila di ingat² balik semua 2 membuat ibu sedih ayah pulak marah² kat ibu katanya anak kecik lagi dah bagi makan itu ini. Ya membesarkan abang dulu sangat banyak dugaan...

Bila dah abis pantang ibu terus bagi abang minum FM 100% walaupun waktu itu macam² susu ibu cuba bagi tapi abang xleh terima...minum kemudian muntahkan semula dan akhirnya susu SIMILAC LF yang abang nak minum dan leh terima. Susu ni mahal jugak tapi ibu dan ayah pasrah demi anak² tersayang... 


Bila ibu susukan abang di waktu malam dia dah xmau lagi jadi 3 bulan jek ibu sempat menyusukan abang (walaupun campur2 dengan FM). Ohh sangat sedih perjalanan abang dulu...

Ok² jangan sedih² lagi mari kita naikkan semangat ibu supaya dia berada di landasan yang betul! Gambar² yang ibu upload bukan berniat memperkecilkan usaha orang lain atau mendabik dada dengan perasaan riak dan ingin menunjuk² tetapi semua ini hanya untuk motivasi kepada ibu ok...

Betapa kesukaran dulu memberi semangat baru untuk ibu...Ya semua ini hanya untuk anak² tersayang....

Saat getir susah senang 3x sesi baru dapat 5 oz..xpe2 rezeki 2 sikit² lama² membukit :)
Saat gumbira 1x sesi terus dapat 5 oz hooreeyy...
Al-hamdulillah murah rezeki...
Stok susu EBM selama 1 bulan...berbaloi ke nak beli DF ni hua3x berangan jek!
Heppp! jangan mik susu saya nanti saya 'fire' (aksi ultraman)!


Ok sambung lain kali ya ibu mau mengepam susu daaaa....


Friday, March 11, 2011

Mata Juling Boleh Di Uruskan?


MATA JULING BOLEH DI URUSKAN


 


Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
- copy from utusan online...


KATA pantun, dari mana punai melayang, dari paya turun ke padi. Dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati. Namun, bagi individu yang tidak mempunyai mata yang sempurna seperti juling, ia akan menjejaskan imej dan keyakinan diri mereka.


Kerap kali, mereka akan mengelak daripada bertentang mata dengan orang lain kerana berasa rendah diri. Malah, kajian telah membuktikan bahawa mata juling menyukarkan seseorang bertemu jodoh dan menjejaskan peluang pekerjaan.


Dengan penglihatan normal, kedua-dua mata akan menuju satu titik atau objek yang menjadi pusat perhatian. Kemudian otak menyatukan kedua-dua imej yang terbentuk dari setiap mata menjadi satu bayangan tunggal tiga dimensi. Imej tiga dimensi inilah yang memberikan kita persepsi kedalaman.

‘‘Juling atau istilah perubatannya strabismus adalah efek penglihatan di mana kedua-dua mata tidak terarah pada satu objek yang menjadi pusat perhatian."

‘‘Satu mata (kadangkala kedua-duanya sekali) boleh tertumpu pada satu objek sedangkan mata yang lain juling ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah,’’ kata Pakar Runding Oftalmologi dan Pembedahan Mata, Pusat Pakar Mata Antarabangsa (ISEC), Dr. Choong Yee Fong.

Menurutnya, juling sama ada boleh menjadi sesuatu yang kekal atau dapat juga tenggelam timbul di mana mata yang juling kelihatan lurus dan yang tadinya tampak lurus kelihatan juling. 

Di kalangan kanak-kanak, juling bukan sahaja berubah-ubah dari hari ke hari tetapi keadaannya boleh berubah-ubah dalam masa sehari sahaja.

Juling tidak memilih jantina, ia boleh berlaku kepada lelaki mahupun wanita. Juling juga dapat diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak. Namun ia tetap boleh terjadi walau tidak ada riwayat keluarga juling.

Dr. Choong berkata, apabila salah satu mata juling, dua gambar yang berbeza akan dikirim ke otak. ‘‘Pada anak-anak usia muda, otak belajar mengabaikan bayangan dari mata yang juling dan hanya melihat satu bayangan dari mata yang lurus atau mata yang melihat lebih baik. Lama-kelamaan, kanak-kanak tersebut kehilangan kedalaman persepsinya.

‘‘Sementara itu, orang dewasa yang mengalami juling sering mengeluh penglihatannya menjadi berganda kerana otaknya sudah terlatih untuk menerima imej dari kedua-dua mata dan tidak dapat mengabaikan bayangan dari mata yang juling,’’ ujar beliau.

Mata malas

Penglihatan seseorang kanak-kanak itu akan berkembang baik apabila kedua-dua matanya dalam posisi normal. Juling mampu mencetuskan ambliopia (mata malas), iaitu penglihatan yang tidak sempurna pada mata yang juling.

Otak akan mengutamakan imej yang datang dari mata yang lebih baik dan mengabaikan bayangan dari mata yang lebih lemah atau mata yang ambliopia. Hal ini terjadi pada hampir 50 peratus kanak-kanak yang juling.

Ambliopia dapat diatasi dengan menutup mata yang lebih baik dan memaksa mata yang lebih lemah agar penglihatan menjadi lebih baik.

Apabila terapi dilakukan pada kanak-kanak pada usia yang sudah agak lewat, mata malas umumnya menjadi kekal. Justeru, lebih awal ambliopia dirawat, penglihatan akan menjadi lebih baik.

Penyebab juling

Enam otot mata yang mengawal pergerakan bola mata melekat pada bahagian luar mata. Pada setiap mata, dua otot menggerakkan ke kanan dan ke kiri. Empat otot lainnya menggerakkan ke atas, ke bawah dan berpusing. 

Agar kedua-dua mata lurus dan dapat menumpu pada satu objek yang menjadi pusat perhatian, semua otot pada setiap mata harus seimbang dan bekerja secara bersama-sama. 

Agar kedua-dua mata bergerak bersama-sama, semua otot pada kedua-dua mata harus diselaraskan dengan baik. Otot-otot mata ini dikawal oleh otak.

Juling lazim ditemui pada kanak-kanak dengan kelainan pada otak seperti palsi serebral, sindrom down, hidrosefalus, tumor otak dan anak yang lahir tidak cukup bulan.

Katarak atau trauma yang menjejaskan penglihatan juga boleh menyebabkan strabismus. Namun banyak juga kanak-kanak yang bermata juling tidak mempunyai kelainan-kelainan tersebut. 

Gejala strabismus

Tanda utama juling adalah mata yang tidak lurus di mana apabila satu mata terfokus pada satu objek, mata yang lain tertuju pada objek yang lain pula.

Kadang-kadang, anak dengan strabismus akan mengenyitkan satu mata di saat matahari terik atau memiringkan leher untuk menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama.

Apakah yang dimaksudkan dengan pseudostrabismus?

Mata bayi sering terlihat seakan-akan juling, padahal sebenarnya tidak juling. Keadaan ini yang disebut pseudostrabismus atau juling palsu. 

Bayi baru lahir, kata Dr. Choong, sering mempunyai hidung yang agak lebar, leper atau agak penyek dan ada lipatan kulit pada bahagian kelopak dekat hidung yang kelihatan seolah-olah juling.

‘‘Keadaan ini akan pulih dengan sendirinya dengan bertambahnya usia dan perkembangan bayi. Bayi atau anak seperti ini tidak akan membesar menjadi benar-benar juling di kemudian hari.

‘‘Seorang pakar mata biasanya dapat menjelaskan kepada pesakitnya perbezaan di antara juling dengan pseudostrabismus,’’ kata beliau.

Jenis-jenis juling yang kerap ditemui

* Esotropia kongenital di mana mata juling ke dalam yang bermula dari usia bayi kurang enam bulan. Bayi seperti ini tidak dapat menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama. Pada kebanyakan kes, pembedahan awal diperlukan untuk meluruskan matanya

* Esotropia akomodatif merupakan bentuk esotropia (juling ke dalam) yang biasa ditemui pada kanak-kanak berusia dua tahun atau lebih besar. Pada jenis juling seperti ini, apabila kanak-kanak memfokuskan matanya untuk dapat melihat jelas, mata akan tampak juling ke dalam. Juling ini berlaku semasa melihat jauh saja, melihat dekat saja atau kedua-duanya

* Eksotropia atau juling keluar merupakan bentuk lain juling yang juga sering ditemui. Bentuk juling ini paling sering terjadi ketika anak memandang objek yang jauh. 

Eksotropia hanya muncul sekali sekala terutama bila anak dalam keadaan lelah, sakit atau mengelamun. Orang tua sering memperhatikan anaknya juling keluar saat berada pada matahari terik.

Walaupun kaca mata, latihan atau prisma dapat mengurangi atau membantu mengawal juling di kalangan sesetengah kanak-kanak, namun dalam kebanyakan kes, pembedahan mungkin diperlukan.

Bagaimana mendiagnosis juling

Dr. Choong berkata, strabismus dapat didiagnosis melalui pemeriksaan mata. Adalah disarankan agar kanak-kanak berusia di antara tiga hingga tiga setengah tahun menjalani pemeriksaan mata oleh pakar kanak-kanak, doktor atau mereka yang terlatih untuk memeriksa penglihatan anak prasekolah.

‘‘Apabila ada kanak-kanak yang gagal dalam ujian pemeriksaan ketajaman penglihatan, mereka akan dirujuk ke pakar mata untuk pemeriksaan lanjut.

‘‘Jika terdapat riwayat keluarga strabismus atau ambliopia, atau riwayat keluarga menggunakan kaca mata tebal, seorang pakar mata akan melakukan pemeriksaan penglihatan walaupun usianya kurang dari tiga tahun. 

‘‘Sekiranya memang kanak-kanak tersebut kejulingannya nampak jelas sejak usia kurang dari enam bulan, ibu bapa perlu membawanya berjumpa doktor seawal yang boleh,’’ jelasnya.

Setelah pemeriksaan mata lengkap, pakar mata akan mencadangkan terapi yang sesuai. Dalam beberapa kes, pemakaian kaca mata dapat meluruskan kedudukan bola mata. 

Terapi lain berupa prosedur pembedahan untuk menyeimbangkan otot-otot yang tidak seimbang atau surgeri katarak apabila terdapat katarak. Selalunya, menutup sebelah mata yang dominan untuk mengatasi ambliopia, diperlukan.

Rawatan

Juling tidak akan pulih dengan sendirinya. Rawatan untuk meluruskan mata diperlukan. Jenis-jenis rawatan mungkin digunakan secara sendirian atau bergabung, bergantung kepada jenis juling dan penyebabnya.

* Biasanya kaca mata akan dipreskripsi untuk meningkatkan tumpuan dan mengarahkan garisan penglihatan, membolehkan mata menjadi lurus

* Ubat-ubatan dalam bentuk titisan mata atau sapuan mungkin juga digunakan dengan atau tanpa kaca mata. Ubat suntikan mungkin digunakan untuk melemahkan secara berpilih, otot-otot mata yang terlampau aktif

* Pembedahan akan dilakukan pada otot mata untuk meluruskan mata setelah pendekatan tanpa bedah tidak berjaya

* Latihan atau senaman mata berguna sama ada sebelum atau selepas surgeri.

Bagaimana pembedahan juling dilakukan

Dr. Choong memberitahu: ‘‘Apa pun jenis pembedahan mata, bola mata tidak akan dikeluarkan dari soketnya. Pakar mata akan membuat hirisan pada selaput putih mata untuk dapat mencapai otot penggerak bola mata. 

‘‘Otot mata kemudian dilepaskan dari lekatannya dan dipindahkan (lekatannya) pada tempat yang diinginkan sesuai dengan arah juling bola mata. Atau, otot-otot dipotong sedikit sesuai keperluan kemudian dilekatkan lagi pada tempat perlekatan semula.’’ 

Pembedahan strabismus dapat dilakukan pada satu atau kedua-dua mata sekali gus bergantung jenis dan besarnya juling. Surgeri umumnya dilakukan dengan bius umum, terutama pada kanak-kanak.

Surgeri biasanya dilakukan sebagai prosedur pesakit luar sahaja. Waktu pemulihan juga adalah cepat. Kanak-kanak biasanya dapat kembali melakukan aktiviti normal dalam masa beberapa hari sahaja.

Setelah pembedahan, kaca mata mungkin masih diperlukan. Dalam beberapa kes, pembedahan lebih dari satu kali mungkin diperlukan untuk menjaga mata agar tetap lurus.

Kesan sampingan surgeri

Seperti juga pembedahan lainnya, surgeri strabismus juga ada risiko termasuklah infeksi, perdarahan, jaringan parut yang berlebihan dan walaupun amat jarang terjadi, gangguan penglihatan.

Pembedahan juling umumnya merupakan cara yang efektif untuk mengatasi masalah juling. Di samping itu, tambahan kaca mata dan terapi ambliopia tidak kurang pentingnya.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi ISEC di talian 03-22848989 atau layari laman webnya di alamat : www.isecmalaysia.com

Lagi INFO : KLIK SINI


* * * * * * * * * ♥♥♥  * * * * * * * * *


 ps : Pengalaman anak sendiri menjalani pembedahan untuk membetulkan saraf mata (baca sini)




Wednesday, March 9, 2011

:: AYAT PENGESAN JIN DAN PENAWAR SIHIR ::

AYAT PENGESAN JIN DAN PENAWAR SIHIR (RUQYAH SHAR’IAH)

Khasiat Ayat Ini:-

Simptom yang akan didapati selepas mendengar:-


1) denyutan jantung makin kencang

2) badan bergegar
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) mengantuk/ menguap
5) batuk
6) gelisah
7) panas di tengkuk


Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita, ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan mendengar mp3 ini, insyaAllah mampu menyembuhkan penyakit - penyakit misteri antaranya :-


-Fikiran runsing/jiwa gelisah

-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan


Cara Menggunakan:


SURAH RUQYAH ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita. 


Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah taha ayt 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :-

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya di dalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria,sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Nak dengar KLIK SINI nak versi MP3 leh email ke yatie.8381@gmail.com


Kredit 2 :


salam,
kawan2 semua, semoga ilmu ni dpt dikongsi bersama dan mohon jasabaik kawan2 untuk forwardkan pula email ni kepada kawan2, saudara mara kita ye...satu pesan saya, kawan2 kat KIM ade bgtahu, ayat ni x leh pasang dlm kereta, khuatir jika 'benda' tu melintas kat kenderaan kita, dan ayat ni sedang dipasang, khuatir nnti kenderaan boleh melambung...kalo yg travel tu, standby lah ayat ni, burn kan dlm cd, nnti dah smpai destinasi, boleh lah pasang....wallahualam..bg diri saya , mmg setiap malam sebelum tidur, mmg pasang ayat nie, smpai lah ke pagi...bangun pagi, tutup lah...alhamdulillah anak2 tidur lena...apa pun, semua nie ikhtiar kita, selebihnya, kita berserah pada Allah .... moga dpt dimanfaat kan sebaik mungkin....wallahualam bissowab...

dari saya,