CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, May 31, 2011

Family Day aka Retreat TW

Salam,

Ni citer basi dah huhu peristiwa berlaku seminggu nan lalu. Aku ini di landa penyakit M.A.L.A.S ok! Mood pun asyik ke laut hahaha.... Balik rumah amik anak² dari rumah pengasuh, kemas kain baju anak basuh botol-rendam air panas bagai kemudian dan capai periuk belangga masak untuk makan malam. Kadang² berita kat tv or drama pun aku xtengok ok sebab ponek! Lepas isyak masuk bilik tidur zzzzzzz tp aku xtidur selagi anak daraku xtidur la....

Ok meh kembali kepada tajuk cerita ye....

~20hb Mei 2011 (Jumaat)

Hari ini aku keje macam biasa tapi opis makin lenggang sebab ada yang dah gerak awal (urusetia kene la riki tempat dulu kan). Selepas sembahyang Jumaat tinggal aku berdua je dengan Zalila@Ela jaga kesejahteraan opis. (Eleh xleh balik sebab kandaku kerja, sama le jugak dengan si ella tp dia kene tunggu mamat antor banner Family day)

Jam 4 petang baru la kandaku sampai MIECC amik aku balik rumah dulu untuk bersiap nak gerak ke PD (kain baju tak kemas laei huhu...) Lepas asar baru gerak, dengan hujan sepanjang jalan + jalan jem akhirnya jam 6.00 petang sampai le kami anak beranak ke RISTEC ni.

Ristec Beach Resort Port Dickson

RISTEC Beach Resort
Lot 3073, Bagan Pinang, KM5,
Jalan Pantai, Port Dickson, 71000
Negeri Sembilan

Ok sesampai je terus gi register + dapatkan kunci bilik. Pusing² cari di mana sekalian yang dah sampai melepakkan diri. Urusetia doq berdiskusi kat swimming pool, farish pun sempat la berendam sekejap huhuhu.... (kes jeles tgk atin berendam sakan...)

Tajuk Family Day aka Retreat kami
 Kaunter Pendaftaran
 Urusetia yang bekerja keras :)
 Jeling² sapa tu Amad ooii...

Malam tu dah bermula perbincangan pasai Fail Meja / SKT. Disebabkan ramai yang sampai lambat (termasuklah SUB) jadi agenda terencat / agak tersasar dari jadual. Sepatutnya 8.30 mlm dah mula tapi tunggu boss dan keluarganya makan sudahnya jam 9.30 mlm baru mula. 


Diskusi Fail Meja / SKT - Pinjam cover fail org lain boleh? huhuhu..
 Ucaptama oleh Big Boss, Amad jadi MC plus berpantun bagai ko ya...
 EO Rohana fikiran ke mana tu?
 Bacaan doa oleh si Pojie@Abang Hensem Atin kata...
 En. Nasir, En. Khamis (Unit Agro) & En. Baha
Tekun nar main sms ko Alan erkk...

Dalam hati mula risau fikirkan si Farisya yang aku tinggalkan bersama suamiku. Herrmm leh ke si ayah handle kanak² ribena tu. Sebelum masuk kelas aku dah menyusukan dan dia tidur lena (xleh caya farisya tidur² ayam je tu). Tepat jangkaan aku pukul 9.00 mlm si ayah dah heret 2 beradik tu cari aku hahaha... Kat bilik aku dah perah sesiap susu tinggal nak kene panaskan je kalau si Farisya nak susu.

Minum mlm sepatutnya jam 10.30 mlm tapi tersasar lagi sampai pukul 10.50 mlm, maka setelah orang catering warning manja terhegeh² la kami semua turun minum hehe... (yelah makan malam tersasar sampai pukul 9.00 malam maunya depa xbengang huhu). Aku bawak la naik bilik kuih burger mini + seri muka (kunun² 3 beranak tu dah tidur lah rupa²nya si Farisya tengah test vokal menangis haha). Jadi aku xturun pun sambung perbincangan dengarnya pukul 12.00 mlm baru selesai.


~21hb Mei 2011 (Sabtu)

Seawal 7 pagi aku anak beranak dah siap nak turun sarapan dan ada aktiviti senamrobik + sukaneka sepanjang hari (pagi sampailah ke petang). Dah la heater rosak 2 beradik tu mandi air sejuk la huhu cian anak² ibu.

Di mulakan dengan sesi bergambar untuk kenang-kenangan, pastu acara senamrobik dan kemudian acara sukaneka di padang nan sekangkang kera hahaha.... Layan yolahh......


- sesi BERGAMBAR -
Sesi bergambar utk semua k/tgn TW sahaja
Sesi bergambar utk semua k/tgn TW + ahli keluarga
Ahmad, Yatie Ahmad & PA Tn. Hj. Ahmad huhuhu...

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

- sesi SENAMROBIK@POOL -


Golongan terkecuali hahaha (menyusu anak yo)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

- sesi SUKANEKA - (Out Door) -
 Urusetia bz buek persediaan

- Versi Kanak² Ribena - 
Mummy Atin bagi taklimat, Ummi Ilah pun sama
Fina yang Moody@demam alalala....
Ni je tinggal harapan Rumah Hijau go Mamai go...!!!
Farish pun seronok bersukaneka :)

- Versi Dewasa -
Riri yang teruja setelah 1 bulan 1/2 berada di Taiwan
Ella & asben ewah² sukanyerr
 Kasut Terompah Gergasi

 Tarik Tali
Barisan Terpanjang 

- sesi SUKANEKA - (In Door) -
Music Chair versi Kanak²
Music Chair versi Dewasa
Tiup Belon versi  Kanak²
Tiup Belon versi Dewasa
Maintain vouge ok!

- sesi DINNER -
Pemandangan sekitar malam BBQ 
 Meraikan Hari Jadi bulan Mac, Apr & Mei
 Makan Time yumm..yummm...
Tarian Poco² mengiringi Kak Yus~Bossanova

Hakikatnya aku yang ada anak kecik toek ni mana la leh nak berseronok sangat, makan pun dengan kadar kelajuan maksimum yelah si Farisya udah terlentuk kat bahu ayahnya. xde nikmat wei makan lelaju ni...!!!

Cabutan bertuah hanya untuk orang yang "bertuah" je dapat kan???. Syukur al-hamdulillah aku dapat food steamer (bertuah sesangat la tu huhu....)

 No. 18 ok!

Macam biasalah kalu x mengkaroke barang sebuah 2 lagu xsah la kan. Kandaku menyumbangkan suara beliau yang sumbang mambang tu dengan lagu peberet beliau Azura  - Jamal Abdillah. Aku dengor ok walau dalam bilik...

Ohh Azura

Kemuncak pada malam itu, korang nak tau sapa dapat cabutan "bertuah" hadiah besor² korang KLIK SINI dan KLIK SINI aku malas nak citer (panas hati hahaha...)

~22hb Mei 2011 (Ahad)

Lepas b/fast pagi tu kami anak beranak bersiap nak balik tapi sebelum itu kami melencong gi Masjid Tanah, Melaka menjenguk keluarga mertua. Alang² dah dekat balik la, Farish demam pulak jadi lembik je dia sepanjang hari. Main pun xmau makan apatah lagi cian anak ibu (kekdah dia berendam kat s/pool lama bebenor + main sakan masa sukaneka semalam)

Lepas asar kami balik Putrajaya. Ok dah penat tau siapkan entry ni makan banyak hari hohoho....


Sunday, May 29, 2011

:: Kongsi Video : Breast Crawl ~ Baby First Meal ::

Salam,

Korang sila la tengok video ni...





Syahdu giler sampai menitik air mataku tau...Sungguh besar kebesaran Allah S.W.T. Kisah seorang bayi yang baru beberapa saat lahir ke dunia dan di letakkan di atas dada ibunya. Subhanallah bayi itu bergerak sendiri mencari puting ibunya dan dengan kudratnya dia berjaya menyusu tanpa pertolongan sesiapa. Itulah makanan pertama bayi tersebut setelah lahir ke dunia.... Sob..Sob...Sob....

Monday, May 16, 2011

:: Kongsi Info : Himpunan petua/amalan merancang jantina anak ::


*GIRL*
 vs
*BOY*

1. MELALUI PEMAKANAN

Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu

Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut pertua diatas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus

2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG

Waktu tidur boleh d**etahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur

ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

3. TAHAP KEASIDANAN

Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.

4. TAHAP KEPUASAN ISTERI

Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tanda kemungkinan anda akan mendapat Bayi Lelaki :

* Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
* Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
* Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
* Perut anda kelihatan bulat sempurna
* Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
* Bentuk perut condong ke arah bawah
* Sukakan makanan yang masam dan masin
* Suka makan daging dan keju
* Tapak kaki selalu berasa sejuk
* Tangan selalu kekeringan
* Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
* Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
* Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
* Hidung tampak lebih mekar @ kembang :P
* Selalu sakit kepala

Tanda kemungkinan anda akan mendapat bayi Perempuan;

* Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
* Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
* Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
* Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
* Bentuk perut condong ke arah atas
* Perut tampak agak lonjong
* Mengidam makanan manis
* Sukakan buah-buahan
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam
* Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
* Mudah moody berbanding sebelumnya
* Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
* Tidak suka makan roti bersama kulitnya
* Payudara kelihatan mengembang
* Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kalau anak kita, nipple nya tu sebelah bulat,sebelah terbelah..
berkemungkinan dapat adik perempuan..
kalau nipple tu dua2 bulat atau dua2 terbelah..
berkemungkinan dapat adik lelaki..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lg satu org kata tgk peha baby, kalau lipatan nya 1 nnti esok dapat adik boy.. kalau lipatan lebih dari 1 nnti dapat adik gurl..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ada satu lagi petua orang dulu2..
kalau masa preggy tu..cuba tengok buku lali anda..
kalau kehijau-hijauan..berkemungkinan dapat baby girl..
kalau putih bersih..berkemungkinan dapat baby boy..
tapi..tak sure pulak kesahihahannya..wallahualam..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada ustaz cakap, kalo kita nak anak perempuan, somi datang dari arah kiri kerana hawa adalah tercipta dari tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. kalo nak anak lelaki, somi datang pula dari sebelah kanan.

Apapun, kita boleh merancang, Allah yang menentukan mana yang terbaik untuk kita...Insya Allah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

petua daripada seorang Ustaz di Darussyifa'.

Dia kata, pembentukan janin dalam kandungan ibu terjadi dalam masa 40 hari - 40 hari - 40 hari - 40 hari.

40 hari pertama, ketulan darah. 40 hari kedua, akan bersalut daging. 40 hari ketiga, tulang temulang akan terbentuk dan 40 hari ke-4 tulang akan dibaluti semula dengan daging. (Yang ni kena tanya balik....mummy ingat-ingat lupa).

Jantina akan ditentukan sebelum kandungan berumur 4 bulan.

So kalau nak anak lelaki, kena lebihkan baca surah Yusuf sebelum kandungan masuk 4 bulan. Kita juga boleh berdoa pada Allah, minta anak apa....lelaki atau perempuan.

Kalau nak anak perempuan, lebihkan baca surah Maryam dan berdoa pada Allah, minta kurniakan anak perempuan.

Insya-Allah berhasil. Tapi Ustaz tu ingatkan Mummy, kena buat sebelum kandungan mencecah 4 bulan. Lepas 4 bulan tu, dah tak dapek nak nolong ler sebab jantina dah ada time tuh. Wallahu'alam.... Cubalah! Mana tahu berjaya. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

=> Nak tau lagi? KLIK SINI

=> Baca ni KLIK SINI

=> KLIK SINI juga


Monday, May 9, 2011

:: Kongsi Info : Menyusu badan boleh KURUS? ::


Sebagai wanita dan isteri, kita semua berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk, yang gemuk nak kurus. Bukan tak puas dengan apa yang dah dikurniakan, tapi nak menjadi lebih baik. Tapi maklum saja lah, bila dah bersalin sekali dua,  berat badan susah nak turun. Tambah lagi bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh ambil ubat pelangsing sebarangan nak berdiet berlebihan pun tak digalakkan. Takut² menjejaskan pengeluaran atau membahayakan bayi yang sedang disusukan. 

Menurunkan berat badan bagi ibu² yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan² bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang disalurkan kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah, menurut kajian ibu² yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu² yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200~500 kalori setiap hari. Bagaimana pun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan. Sikap "makan untuk dua orang" hanya akan menambahkan digit² pada mata timbang. 

::Sedikit tips yang mungkin berguna untuk ibu² yang ingin menurunkan berat badan::

(1) Minum air secukupnya - Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seeloknya hanya minum air setengah jam selepas makan.

(2) Makan apabila lapar - Ingat pada wasiat rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang" Paling baik sekali adalah makan 6 kali sehari dengan portion yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur. Kalau ikut omputeh pulak, breakfast like a king, lunch like a beggar. Tapi, make sure jangan pulak makan roti canai atau nasi lemak dan mi goreng bagai ya. Sandwich dengan segelas susu atau juice. Sandwich tu 2-3 keping takpe.

(3) Kunyah perlahan-lahan - Paling baik sekali kunyah 44 kali untuk mengurangkan beban perut nak menghadamkan makanan yang cebis besar². Selain dari tu, otak akan terima signal kekenyangan pada waktu yang betul. Kalau makan laju sangat nanti otak tak sempat nak bagi signal dah terlebih kenyang.

(4) Jangan bercakap ketika makan - Selain dari nampak kurang sopan bercakap dengan mulut penuh. Kita akan dapat menikmati makanan dengan lebih baik sekaligus mengelakkan dari tak perasan dah makan banyak mana.

(5) Makan makanan seimbang - Tahu tak yang kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan zaman sekarang ni sebab tak cukup zat! Ini kerana, kekurangan protein akan menyebabkan badan tak dapat produce enzim (enzim terbina dari asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. 

Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi sebab protein ni biasanya akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau kurang, lemak tak dapat dibakar, jadilah lemak² lebih yang bertampung² tu. Kekurangan Vitamin B secara keseluruhannya akan menyebabkan sistem metabolisme menjadi lambat. Kesimpulannya, makan perlu seimbang. Kalau rasa² tak dapat nak penuhi keperluan zat seharian, cubalah ambil supplement. Tapi utamakan makanan seimbang, jangan asyik duk harap pada supplement je.

(6) Kurangkan gula dan makanan rapu - Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Selain itu ia juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan saja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal, ia juga dikaitkan dengan risiko penyakit darah tinggi. Tambah lagi, kebanyakan makanan rapu dan makanan segera bukan saja mengandungi garam yang tinggi, malah ia juga mengandungi jumlah MSG yang tinggi.

(7) Banyakkan aktiviti fizikal - Saya pasti ibu² tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Ini kerana, walau pun tidak dapat meluangkan masa ke gym atau pun ber aerobik, ibu² akan sentiasa sibuk dengan tugas² rumah tangga. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan. Bagaimana pun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti:-

- Gunakan jalan yang lebih jauh untuk sampai ke satu² tempat dengan berjalan
- Berjalan sambil menghayunkan tangan menambah penggunaan kalori

- Melakukan kerja rumah juga membantu membakar kalori

- Aktiviti bersama anak² termasuk baby wearing juga membantu

- Gunakan tangga instead of lift atau escalator


(8) Susukan bayi dengan lebih lama dan lebih kerap menggunakan banyak kalori. Berita baiknya, ia juga membantu menambah pengeluaran susu.

(9) Sentiasa positif dan sabar - Ibu² yang menyusukan anak juga dinasihatkan agar tidak menurunkan lebih dari 4-5 pound (lebih kurang 1.8~2.25kg) dalam masa sebulan.

Note : Keperluan protein bagi individu normal adalah 1.2g/kg, keperluan protein bagi ibu hamil adalah 2.5g/kg

Copy from internet KLIK SINI
----->> Lagi info yang bagus KLIK SINI

----->> 10 kesalahan dalam menguruskan badan KLIK SINI