CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, June 28, 2011

Donut Bantut@Mini

Salam

Entah kenapa meracau nak buat Donut tapi xmenjadi kesudahnya huhu... x menjadi sebab x ikut resepi sebenarnya main latam je sesuka hati heeee.... Tu pasainya bila hidup bergantung harap pada resepi bila resepi ilang or malas nak bukak internet gini la jadinya...

Al-kisah teruja bebenor tu sebab baru beli acuan donut weeeee selama ari kalu buat donut awook guna cawan je tekap..tekap..tekap pas tu buat lubang tetengah gitu je jadi xsama saiz jadi Jumaat lepas 24hb Jun 2011 gi merayau kat Giant Mines terlupa acuan tu terus beli :) sukaaaaaaaa........


Donut Bantut@Mini
Patutnya kembang 2x ganda
Ni la acuan donutnya :)
Goreng jangan x goreng...
chomel kan kecik molek (haha puji kuih bantut... ) 
 Sira dengan gula aising 
(awookk blender je gula pasir tu xsiorrr nak beli gula bagai)


Pasai pe bantut/kemetot je donut ni? Haaa...sebabnya adalah :-
  • Yis MAURIPAN ku rendam dlm air panas mati kejong yis tu hahaha patutnya rendam dlm air suam² kuku je...
  • Mentega/Buttercup keras (baru keluar dr peti ais) aku cairkan di dapur lom sejuk aku sudah campur dalam adunan berisi tepung...
  • Telur, gula dan susu pekat pun xsempat bubuh huhuhu...

Miskipun donut ni bantut/mini (naik sikit je) tp teksturnya tetap lembut+chomel uuuu i loike...Farish pun suka makan banyak dia tau... Siap bagitau ayah kuih ibu sedap! Hahaha ko xtau nak ibu kau ni masak main² tu pasai jadi cengitu....

Nak resepi Donut Gebu dan Sedap sila korang ikut arahan ye jangan sesuka hati nanti jadi donut bantut@mini macam awook punya ni hehehe...


Ceritera Farish Akmal Part 3

Salam

21hb Jun 2011 (Selasa)

 Hari ini pulak kami 3 beranak pergi Hospital Kuala Lumpur untuk check-up dan dapatkan tarikh operation mata Farish Akmal. Kali ni lebih awal gerak jam 7.00 pagi dah keluar rumah (tu pun sampai HKL jam 8.30 pagi)

:: Panorama pagi di Kuala Lumpur ::

Menuju Department of Ophthalmology (Mata), ya Allah ramainya umat manusia... memang sesak sampaikan xde tempat nak duduk... hermmm si ayah selamber ye duduk bersila atas lantai. Nasib baik juga aku xbawak si Farisya, nak pump susu la kunun²nya sementara menunggu giliran Farish yang entah bila nak naik nombornya. 

Tapiiii...jenuh aku pusing merata xjumpa port nak mengepum susu tanya kaunter pertanyaan pun xjawapan yang memuaskan hati. Aikk xkan nak pump kat TANDAS? ohh no tandas pun yang guna berbaris panjang camno nak pump susu??? Takdelah sampai terdesak sangat kot sampai dalam Tandas eeiiii x lalu mak nyah oooii... xpelah skip 1 sesi hehehe....



Kami sampai terus gi register kat kaunter pendaftaran, 1st kene buat pemeriksaan mata sebab nak tengok urat saraf dalam mata dan nak pastikan samaada Farish rabun atau x kene boh ubat titis dalam mata (macam eyemore tu tp doktor cakap rasa pedih dan mata akan jadi kabur la 1 hari huhu...)

Masa pemeriksaan tu doktor soh Farish tengok screen di dinding soh teka apakah gambaran yang ada memula dia layan la lelama tangan dia mula capai itu ini...sungguh x diam walau seminit huh! Lepas taruk ubat titis doktor soh rehat 1/2 jam dan akan ada sesi kedua  lepas tu..... 

Maka nak tunggu 1/2 jam lagi tu kami gi minum kat food court hospital (masa tu dah pukul 11.00 pagi) Farish meroyan nak makan mee gara² Aci sebelah makan mee rebus hahaha layan jelah sambil ibu ayah tumpang sesudu dua... Sesi ke-2 nak boh ubat titis agak susah sikit yelah Farish dah tau huhu... Jenuh la kene peluk, pegang kekuat baru berjaya siap di rasuah dengan gegula (berjaya pun sebab di paksa haha).

Result ujian ke-2 xde rabun. Al-hamdulillah. So tunggu lagi kene jumpa doktor pakar@doktor yang akan operate mata Farish. Doktor bagitau secara detail sebab/risiko sebelum dan selepas dan selidik secara detail apakah faktor/punca mata Farish jadi gitu. 

So kesimpulannya punca mata Farish jadi gitu mungkin disebabkan oleh : -
  1. Faktor jenetik (samaada bawaan dari keluarga si ibu or si ayah);
  2. Kesan trauma (akibat terjatuh);
  3. Rabun yang menyebabkan juling; dan
  4. Faktor² lain yang berkaitan dengannya.
Kes si Farish ni seolah² mata hitamnya ditarik masuk ke dalam mata (urat saraf matanya ketat) jadi hanya dengan bantuan operation sahaja dapat membantu untuk memulihkan matanya semula. 80% bantuan operation dan selebihnya diri sendiri... 

Hopely semuanya akan berjalan lancar, so next misi yang akan ditempuh oleh Farish iaitu sesi operation matanya akan dijalankan pada 14hb November 2011 (Isnin). 13hb November 2011 (Ahad) Farish dah kene warded awal (bius supaya Farish tidur lena). Doktor bagitau tempoh pemulihan memakan masa selama 2 minggu.

HKL kami akan datang lagi nanti... So tunggu jelah tarikh itu ye........





Monday, June 27, 2011

Cucur Roti Gardenia Berbilis

Salam

Korang pernah x beli roti tapi xhabis makan? Haa nak kejar xpired date kan jadi kalu banyak bahan di rumah boleh la buat Puding Roti Bersos Kastard kalu xde meh cuba resepi ahkak ni ye huhuhu....

:: Cucur Roti Gardenia Berbilis ::

Bahan² :

1/4 cawan Tepung Gandum
7 keping Roti Gardenia (potong dadu)
1 Biji Telur Ayam
1 Biji Bawang Besar * kisar/tumbuk kasar
2 Biji Bawang Putih * kisar/tumbuk kasar
Sedikit Ikan Bilis / Udang Geragau / Udang Segar * kisar/tumbuk kasar
Daun Kucai @ Daun Bawang (ikut suka nak taruk ke tidak)   
Cili Besar Merah / Hijau (ikut suka nak taruk ke tidak) 
Garam sesedap rasa
Air secukupnya (agak² la bancuh jangan sampai lembik sangat pulak ye) 
Minyak untuk mengoreng  

Cara² Memasaknya :

Sonang baitu... Korang campurkan semua bahan² di atas nuu hingga dapat bancuhan sama macam cucur bilis yang biasa kita bancuh tu kan, agak² la bancuh jangan sampai lembik sangat pulak ye sebab roti tu akan sedut air nanti. 

Panaskan minyak kemudian sudukan ikut citarasa nak besar² or nak chomel² goreng sampai kekuningan dan masak lah ye... 


 Ni lah rupanya bancuhan cucur den yo...


 Goreng sehingga kekuningan
Toskan minyak
Sesuai makan dengan sos or ikut suka la cicah ape kan

Sedap tau luar garing kruk krak dalam lembut :) sila cuba ye....



Thursday, June 23, 2011

Ceritera Farish Akmal Part 2



 PEACE!!!

Salam,

16hb Jun 2011 (Khamis)

Hari ini kami perlu mendapatkan second opinion daripada Pusat Orthoptik K C Chu. Gerak dari rumah jam 8.00 pagi dan setelah mengharungi jem  (adat la KL kalu x jem bukan KL la namanya kan..kan..kan..) pukul 9.30 pagi kami selamat sampai... Doktor nan ado lagi katanya pukul 10.00 pagi baru doktor sampai. Sabarlah menunggu ye... sampai ada yang nak yak² (si ayah + farish) tapi tandas x ada air maka 2 beranak menapak gi cari tandas awam huhu...

Hasil pemeriksaan doktor cakap peluang untuk kembali normal (selepas pembedahan mata la) insyaallah ada. Al-hamdulillah boleh tarik nafas lega sikit fuhhhhh.....

Pusat Orthoptik K C Chu

Company Name: Pusat Orthoptik K C Chu
Core Business: Orthoptists
Address: Unit 4C, 4th Floor Bangunan UMNO Selangor, No. 142, 4th Floor, Jln Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Telephone: (+65) 03-4042 4220



Sekitar jam 11.30 pagi baru selesai pemeriksaan dan ujian imbasan mata, dengar taklimat doktor dan akhirnya di kenekan charge RM65 tunai huhu... Dapat la report (ukuran brapa cm urat saraf mata nak kene potong or laser or xtau versi medik depa sebut apa huhu...).

Maka debaran masih bersisa ye...


Wednesday, June 15, 2011

Ceritera Farish Akmal Part 1


Di hening petang ini
Ibu bergelumang resah gelisah
Mikirkan kamu anakandaku FARISH AKMAL

Gundah gulana, menganggu emosi
Sesungguhnya hati ibu dan ayah berdebar²
 Semoga esok akan berakhir dengan sedikit ketenangan

Menanti detik 21hb Jun 2011
Menyusul ke HKL pula
Bertambah debar ayah dan ibu

Kawan² ibu semua
Doakan anakanda ibu ini ya
Esok yang penuh debaran juga
Dup..dap...dup...dap.....




:: Kongsi Info : Solid Food 4 Baby :) ::


Ketahuilah bahawa bkn semua bayi dpt menerima perubahan dlm makanan mereka dgn mudah.Oleh itu,lakukannya secara perlahan-lahan..

Umur : 5-6 bulan
 
Tekstur makanan : Puree halus
Minuman : Susu Ibu 5x sehari
Makanan : Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga
Elakkan : Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang.
 

Umur : 6-8 bulan

Tekstur makanan : Puree sedikit kasar
Minuman : Susu ibu 4x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang
Elakkan : Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin(sardin), organ dalaman haiwan.

Umur 8-9 bulan

Tekstur makanan : Lenyek atau kisar
Minuman : sama seperti 6-8 bulan
Makanan : sama seperti 6-8 bulan
Elakkan : sama seperti 6-8 bulan

Umur 9-12 bulan

Tekstur makanan : Cincang
Minuman : Susu ibu 3x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur
Elakkan : Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam dan gula (sedikit sahaja), organ dalaman haiwan dan lemak.

Umur 12-18 bulan

Tekstur makanan : Cincang
Minuman : Susu ibu 2x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga
Elakkan : Telur mentah, cili dan kerang-kerangan




Friday, June 10, 2011

Pitam@Pengsan di Tandas??

Salam


Entah apanya nasibku ini, malam tadi Pitam@Pengsan di tandas. Masa menyusukan farisya tiba² aku sakit perut memulas-mulas (rasa sakit perut masa senggugut pun ia). Farisya terlelap je aku cecepat masuk tandas, sedang elok duduk kat mangkuk toilet tu zaaassss macam seram sejuk naik laju ke kepala langsung aku xnampak apa (xsedar diri). Aku dengar suara Farisya nangis sayup² (dia meragam 2,3 hari ni nak sambut harijadi 5 bln), dengan suara tu lah aku tersedar yang aku sedang tertiarap kat lantai (aku fikir aku tengah tidur celik mata tengok kiri kanan ya Allah aku pengsan rupanya).

Aku bangun dan pujuk farisya soh tidur semula pastu aku keluar bilik cari air nak minum. Asbenku tengah asyik main game Angry Bird Reo, farish pulak tengah asyik tengok citer cartoon. Aku mengadu la yang aku jatuh pengsan dalam toilet tiba² farish amik kayu penggaru meluru masuk bilik dan idupkan lampu bilik (masa tu lampu tutup) apa lagi menangis la si kecik tu.

Rupa² farisya berak patut la xmau tidur... Aku dah mula rasa sakit... kepala dah mula pening tapi gagahkan diri 'cebokkan' farisya. Aku rasa xlarat dah sudahnya ayahnya yang pakaikan pampers dan seluar. Ayah panaskan tungku elektrik dan soh aku tuam benjolan kat kepala, farisya lak landing baek atas dada dan aku tepuk² soh tidur.

Macam biasa pukul 5 pagi jam aku berbunyi... rutin harian mengepam susu untuk bekalan farisya kat rumah pengasuh. Tapi badan aku rasa sakit² jadi aku nekad amik mc jelah ari ni. Hantar farisya dan farish pun lambat dan terus gi klinik kesihatan Presint 3 (berhadapan MOA). Al-hamdulillah xramai orang dan cepat selesai. Aku rasa ngantuk nak tidur dan berehat kat rumah....


Agak besar benjolan di dahiku ini kan wawawa....


Aku dapat mc untuk hari ni dan nasib baik jugak esok lusa weekend jadi leh la rehatkan diri (ye ke leh rehatkan diri tadi sesampai je rumah terus aku capai penyapu sapu rerambut luruhku yang bertaburan di merata tempat - huh! rambut aku gugur teruk huhu... )

Aku dapat ubat pening, air garam untuk cuci perut dan krim panas.... Tu je herrmmm...nasib tekanan darah normal. Yang penting kuih bakar@kemboja aku sempat buat dan makan... teringin tahap meleleh air liur petang semalam..al-maklumlah puasa huhuhu...

Ni surat mc saya ok...


Thursday, June 9, 2011

Farisya baca buku???


Salam

Meh layan gambar anak daraku yang teruja membaca buku huhuhu chomel kan 
(puji anak sendiri wink**!!!)


Adik lapor ek?? Sabar² sebulan je lagi... 

Sebenarnya Ayah dia yang "Extra Teruja" nak bagi Nur Farisya makan sebabnya karektor Farisya ni beza sangat² dengan Farish Akmal. Apa pun perbezaan mereka berdua, ibu & ayah sayang Abang Aish Cmal dan Farisya :) ...



Wednesday, June 8, 2011

Saya mengidam? MODU

Salam,

Entah kenapa keinginan ni membuak² je rasanya. Tapi di luar kemampuan adanya wawawa... Yelah tanggungjawab dan belanjawan dah bertambah jadi kene lah berjimat cermat dalam segala hal.

Adakah aku ini manusia yang tak bersyukur dengan apa yang ada? Mahu lagi dan lagi... Nafsu apakah ini? Sekadar berkongsi impian dan semoga suatu hari nanti aku dapat miliki dan penuhi nafsu nafsiku ini hehehe...

Wahhh serius je kan :) Apa lagi yang xcukup ni? Ni cerita pasai breastpump la huhuhu....

Suatu masa dulu sewaktu Farish Akmal lahir ke dunia aku seperti ibu² yang lain juga punya keinginan dan harapan agar dapat menyusukan anaknya. Ye waktu itu aku masih belum terbuka hati seluas-luasnya untuk mempelajari, memahami dan tiada pengalaman tapi aku ada usaha ke arah itu. Jadi waktu nipple melecet dan terluka sebab cara menyusukan anak salah suami tercinta berusaha membelikan breastpump untuk aku.




Inilah breastpump pertamaku jenama TOLLYJOY berharga rm60.00. Gembira dalam hati dapat pump susu sendiri meskipun waktu itu susu xsemeriah mana tapi nipple pulak melecet agaknya silcone nipple agak keras tu cedera wawawa... Maka patah hati = GAGAL meneruskan misi perjuangan :(


Breastpump ke-2 jenama AVENT adalah hadiah daripada kakak iparku KLIK SINI untuk baca kisah hadiah tersebut. Sesungguhnya gadget itulah yang membantu aku mengumpul stok susu untuk Nur Farisya Aqeela syukur Ya Allah...

Dah tu? Apa yang cukupnye? Alaaa nak double pump....

 
Ameda Lactaline Dual Breastpump Harga pasaran : RM888.00 

Ye masa aku mengandung dulu ada kawan opis (penggepam susu tegar = My SIFU) rekemenkan breastpump ni, tapi masa tu aku bz buat persiapan untuk bersalin, baby dan kumpul budget untuk kenduri cukur jambul. Maka aku pasrah dengan apa yang aku ada.

Akan tetapi kekangan masa dan kadar masa mengepam yang terbuang (versi single pump 15 minit x 2 belah = 30 minit persesi berbanding double pump 15 minit sahaja untuk 1 sesi). Aku juga bertekad nak pump 3 x kali opis (sebelum 1 Jun 2011 aku cuma pump 2 x je kat opis).

Semua alasan² itu membuat aku kian rasa terdesak, mula memikir² wajarkah aku mencari breastpump ke-2? Ohh tidak sama sekali aku akan melupakan AVENT ku itu kerna dengannya lah aku berjaya mengumpul stok EBM untuk anakku yang tersayang. Sesungguhnya jasanya tidak ternilai cuma lumrah manusia mahu lebih dan lebih lagi....

~3hb Jun 2011 (Jumaat)

Al-hamdulillah, rezeki Allah S.W.T nak kasi tidak siapa nak jangkakan, pabila aku rasa tertekan sebab budget lari dan terpaksa tarik diri daripada nak joint main kutu (ye aku bercadang nak main kutu untuk beli breastpump ke-2). Pagi itu aku rasa berbelah bagi sama ada nak ikut serta main kutu atau tarik diri (aku gembira sangat sebab dapat no. 1) dan aku mula bertanya pendapat suamiku. Yea suamiku mengizinkan dan dia berjanji akan bantu meringankan bebanan kewangan yang terpaksa aku hadapi kiranya aku main kutu. Tapi aku rasa xpuas hati jugak....

Aku cari pendapat ke-2, opkos la jiran sebelah jadi tempat aku meluah rasa dan minta pendapat. Beliau memberi kata 2 mana lagi penting? (Aku mikirkan persediaan nak raya tu yang jadi gundah gulana tu) Waktu itu Angah (kakak iparku yang hadiahkan aku AVENT) online chat FB, aku tanya pendapat ke-3 daripada beliau pulak. Aku rasa sebak bila dia kata dia nak bagi 'DANA' untuk aku beli breastpump versi double pumping. Ya Allah aku rasa sebak sangat...terima kasih Angah!

Akhirnya aku berjaya miliki breastpump ini pada tarikh yang tercatat diatas.. Al-hamdulillah syukur impianku tercapai....



 
MODU Breastpump Harga pasaran : RM559.00 

Serba sedikit pasai MODU :-

* Pam berganda 2 – double pumping – di datangkan dengan 2 set utk kegunaan pam berganda di dalam satu kotak – tak perlu beli aksesori tambahan. Semuanya 2.
* Mempunyai 6 level digital, level 1 dan 2 utk fasa stimulasi, dan seterusnya level 3 utk fasa vakum
* Pam penyusuan yang menyerupai nada hisapan bayi (mimic baby’s suction)
* Pam penyusuan yang tidak akan sekali-kali backflow
* Pam penyusuan yang mempunyai side function – nasal suction (utk bayi) dan cleaning function 
* 2 corong silikon – selesa dan tidak menyakitkan
* Pam FULLY elektrik (tiada battery operated) yang mempunyai jangka hayat sehingga 2000 jam.
* Tekanan 500 – 1060 hPa
* Berat: 700 gram sahaja
* Warna: PINK
* Warranty: 1 tahun
BOLEH BELI KAT SINI : ONLINE

Tuesday, June 7, 2011

Video : Farisya belajar menyusur

Hai...

Ni video puteriku nan tersayam belajar menyusur...Udah pandai berebut mainan dengan abang Farish Akmal huhu... Udah 4 bulan 3 minggu 5 hari dan dah pandai meniru aksi mengunyah makanan. Adik lapar ekkk sabar ye next month (umur 6 bulan) adik dah leh makan Yahooooooooo.....



Friday, June 3, 2011

Masak² dan Makan!

Salam,

~2hb Jun 2011 (Khamis)

Hari ini aku berpuasa sunat@membayar nazar. Herrmm nazar pe ek? Masa mengandung tahun lepas kiranya lepas ujian Urine Pregnancy Test (UPT) resultnya +ve (masa tu kandungan aku dalam 2 bulan la) aku berniat kalau dapat Baby GIRL :-

  •  aku nak berpuasa SEHARI setelah aku sihat sepenuhnya (ye puasa pada 2/6/2011)
  •  bersedekah dalam bentuk makanan or wang ringgit (aku beli cheese tart pelbagai perisa kat SINI makan dengan kengkawan opis)
  • aku berniat/berdoa agar aku dapat menyusukan Farisya (Al-hamdulillah Farisya hingga detik ini menyusu badan dan xcampur FM)

So hutang tu aku dah langsaikan Al-hamdulillah. Ok meh layan kerajinan yang melampau ni, aku sangat kapochi nak masak untuk berbuka dan sibuk nak cuba resepi si ELLA kasi. Untuk berbuka puasa aku masak Cabonara, siap gi GIANT cari barang nak buat kek dan cabonara.

------------------------------------------------
Menu Berbuka : 

Cabonara with Chicken & Musroom
Wow nampak mengiurkan x? haha...

Resepi campak² :

1 Biji Bawang Besar *
3 Biji Bawang Putih *
Dada Ayam di potong dadu
Cendawan
Fettucini
Sos Cabonara

*cincang dadu

Cara masak campak² :

Tumis bawang besar & bawang putih cincang sampai masak layu dan naik bau kemudian masukkan cendawan (beli cendawan kering jek balik rendam dalam air kembang molek la ia). Agak² cendawan pun berbau harum campak pulak dada ayam yang dipotong dadu, goreng la sampai ayam masak.Last sekali masuk perencah/sos cabonara Leggo's masak seketika dah siap! 

Air dah panas masukkan Fettucini, tunggu Fettucini masak angkat. Siap untuk di hidang dan makan. So simple kan..kan..kan...



Ni paste yang aku guna ok


Hiasan semata copy gambar kat sini

Ok memula aku tepek gambar sos cabonara ni dan secara spontan dapat komen kt SHOUT BOX oleh Incek Fik pasai tajuk sos cabonara ni. Pehhh tersentap aku! Mula lah rasa cuak betul ke aku dah termakan? Seingat aku masa aku pilih sos ni aku dah belek kandungan dan segala detail xkan la aku nak makan sos yang ada kandungan bab* kan.... Huh rasa sangat cuak ok! Korang semua hati² masa memilih sos cabonara ye, peringatan untuk aku juga :)

-------------------------------------------------
Menu Sampingan :

Carrot Cake with Walnut & Cheese
Versi dalam cup
Versi tepek cheese
1st time buat yeyeye jadik!

Jenuh woo nak ngabiskan kek ni jadi separuh bawak rumah pengasuh dan bawak gi opis. Aku makin gemuk la gayanya makan dan makan dan makan lagi waaaaaa....