CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, October 27, 2011

Mana Mak?





Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, "Along mana?' 

Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan." 

Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?" 

Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola." 

Ayah tanya Mak, "Ateh mana?" 

Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?" 

Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?" 

Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik." 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, "Mana Mak?" 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu." 

Ayah tanya Angah, "Mana Mak?" 

Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu." 

Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?" 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, "Entah." 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, "Mana Mak?" 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!" 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak.

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka." 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?". 

Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada." 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.

Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Hargailah ibubapa anda sewaktu mereka masih lagi ada di dunia ini. 

Salam. 
copy from KLIK SINI


Tuesday, October 25, 2011

Senyumanmu membuatkan hatiku berbunga²


Ohh Nur Farisya Aqeela

Hadirmu buat ibu, ayah dan abang kegirangan
Hinggakan ibu terpaksa mengambil masa untuk menerima hakikat
Ada kalanya bagaikan xpercaya kau puteri dambaan yang di nanti

Ohh Nur Farisya Aqeela

Doa ibu siang dan malam sewaktu mengandungkanmu
Akhirnya dimakbulkan Allah S.W.T
Biarpun sakitnya bersalinkanmu sungguhlah ibu tak tertahan menanggungnya
Sungguh berbeza berbanding abangmu

Ohh Nur Farisya Aqeela

Kini usiamu menginjak 9 bulan
Pengalaman denganmu berbeza sungguh dengan abangmu Farish Akmal
Ibu bersyukur bila berjaya menyusukanmu hingga kini
Ibu gembira kau bersemangat makan bekalan ibu sediakan setiap hari

Ohh Nur Farisya Aqeela

Keletahmu buat ibu tersenyum girang
Saat tanganmu mengamit-gamit melambai ibu
Itu pun sudah buat ibu rasa teruja
Apatah lagi bila kau semakin yakin berdiri sendiri tanpa berpaut
Itu semua buat ibu bahagia

Ohh Nur Farisya Aqeela

Saat nakalmu bermain dengan abang membuat ibu geli hati
Sewaktu kecil kehadiranmu buatkan abangmu geram dan irihati
Kini bila semakin membesar kau pula mahu membuli abang
Hehehe detik² itu sangatlah melucukan...

Ohh Nur Farisya Aqeela

Membesarlah kau nak dengan sempurna
Miskipun kehadiranmu mengugat kasih sayang pada abang
Tapi ibu sayang kalian sama rata, sama rasa 

Bahagianya rasa hati ini
Miliki kalian berdua sebagai harta yang ternilai harganya
Terima kasih Ya Allah
Ku bersyukur atas nikmat bahagia ini

Al-hamdulillah

 

Monday, October 24, 2011

:: Mini Konvoksyen FARISH AKMAL ::

 Salam semua... =)

~23 Oktober 2011 (Ahad)

Hari ni merupakan hari Konvoksyen abang Farish, ikut aturcara majlis 'kunun²nya' mula jam 8.30 pagi tapi kami gerak dari rumah pun jam 8.30 pagi hehehe... Sesampainya di Auditorium JPM masih ramai ibu bapa yang belum mendaftar dan yang paling tragisnya VVIP yang sepatutnya merasmikan majlis xmuncul² sehingga lah jam 9.30 pagi. Isk..isk..isk....

Dewan pulak dah penuh sesak al-maklumlah yang datang pun ramai (contohnya daku ini angkut MIL & FIL sekali hehe). Ada pulak kaunter jualan bunga, teady bear, belon ala² mini konvo yelah kalu anak sorang xpe jugak kalu yang datang berderet² anaknya botak wei!! Sejambak kecik je udah RM15 kalu yang besok maunya merah ijau le RM nya.

Mulanya daku terpengaruh juga tapi asben dan kawan dia cakap xusah nak membazir duit lagipun si Farish anak jantan xkan nak ber tedy bear dan berbunga kot... hehehe


Daftar dulu, ada sesi mewarna tapi nama Farish xtersenarai pun.. Huh! anak teruna den ni kureng berseni macam ibu ayah dia hahaha....

Si Farish ala² malu kucing bila cikgu panggil dan asyik nak mengikut ke mana ibu ayah gi alala ngegada pulak dia ye hehe... Pagi tu dapat la dia bekalan mee goreng & air kotak ribena (ingatkan mak apak dapat makan juga rupa² non ado... lapor weii kat umah sempat makan jemput² je...)

 
Atucara pun agak serabut +++ mc yang gelabah sokmo, memang asik geleng kepala jelah daku sepanjang acara bermula sampai berakhir.... Masa ucapan alu²an daku masih bersidaian di luar Auditorium sebab xde tempat duduk pun nak naik ke tingkat atas kang anakandaku tercari² pulak akan ibu dan ayahnya.

Oh ye MIL + FIL dapat menyelit masuk dalam Auditorium tapi xdapat duduk sesama sebab kerusi penuh, kasi depa bersuka ria sikit la sebab dah 3 minggu doq umah anak² bersilih ganti kalu tinggal rumah bosan jugak kan. (Nak tunggu anak bongsunya kuar kete Grand Livina - mood nak merasa naik keto baru weii hehe...)


Macam² acara persembahan ada, tarian kebudayaan, Dikir Barat, Choral Speaking, Pakaian Beragam dll lagi memang terhibur tengok gelagat anak² kecil tu hehe. Mulanya daku pun xde tempat duduk sampaikan anak daraku tertidur lena di bahu ibunda tercinta. (Udah kekenyangan makan bubur bekalan dan minum susu ibu lena la dia... )

Kemudian ada sorang akak tu murah hati kasi kerusi dia (agaknya sebab cian tengok Farisya yang terlentok tidur hehe- terima kasih ye akak! lengguh juga berdiri tapi semangat nak tengok anak naik pentas walaupun dah tau Tabika Matahari naik pentas lambat lagi)


Akhirnya jam 12.00 tengahari barulah anak terunaku naik pentas, huishh! Lapor perut wei nunggu... Gambar ni ayah yang amik, mulanya ayah xmau amik tapi saat² akhir dia amikkan juga hehe tapi xsempat snap masa Farish salam dan terima sijil hp ibu cap ayam je anakku hehe......


Usai sudah acara bergambo dulu dengan atok dan nenek & nak pulangkan balik jubah :) Kami gerak balik jam 12.30 tengahari terus gi Lot 10 cari lauk nak makan... kebuluq sudah! Nasib pagi tadi dah tanak nasi balik tinggal ngap je...

Ok habis cito babai!


Monday, October 10, 2011

Adooii sakitnya :(

 Salam semua,

Cuti 2 hari ni aku di serang demam 'bengkak susu' (untuk info Klik Sini.) Aduyai sakitnya Tuhan je tau, masa si Farisya menyusu sakit nar rasanya wawawa.... Tula padah skip pump susu hari cuti :( aku pump aku soh Farisya menyusu dan urut pun masih rasa bengkak dan aliran susu x ok... Tuam dengan air panas adoiiiiiiiii menahan sakit dan panas botol huhuhu...


Oh ye, Jumaat malam MIL + FIL datang rumah (asben pun rajin ngajak mak ayah dia gi memancing jadi kunun² ari sabtu tu leh mancing lepaskan gian + mencari lauk la. Akan tetapi xde hasil hehe penat yang dapat hehehe...)

Weekend xgi memana pun doq umah je melayan 2 beradik yang sering bercakaran haha, kalu x si abang kacau adik maka si adik lah yang mengacau si abang... Sekarang Farisya dah bertatih-tatih² nak belajar jalan ek... Ibu ajar gamit² tangan ala² macam nak genggam tangan untuk simbol babai/tata/bye chomel x!

Farisya kalu menyusu suka buat aksi macam gambo di bawah ni sweet je ibu tengok huhuhu....