CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, January 30, 2012

:: Kongsi Info : Sibu 'Olive' @ Buah Dabai @ Kembayau ::


 
 Sibu 'Olive' @ Buah Dabai @ Kembayau  
 Buah ni keras tau...
 
Rendam dalam air panas dalam 10 minit 
 Setelah 10 minit sedia untuk di makan cicah garam@kicap ye

INFO


Buah Dabai ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, Sarikei, Kapit, Song, Bintangor, Mukah, Oya, Igan dan sebagainya.

Buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.

Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara  tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.


Lagi info : KLIK SINI


:: Kongsi Info : 12 sebab Haid Lewat ::


Haaaaaaa, korang tau x kita baru period 28 Januari 2012 (Sabtu) jam 5.00 petang lepas puhhhh setahun 'dia' x mai melawat rasa janggal pulak hehehe... Korang bayangkan lepas bersalin aritu (Januari 2011 sampai la Januari 2012 x peri0d kalu ada pun kuar tanda coklat² sikit tu jelah).

Yeyeye.... tapi rasa berdebor² pulak dengor/baca komen² dalam Kumpulan Ibu² Menyusukan (KIM) kata produktiviti jadi 'down' iye ker? jeng..jeng..jeng.... Meh kita kongsi info pasai ni sesama moh baca ye kawan² :)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

                               12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

Tekanan: Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.


Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

Terlalu kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

Menopous:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Pencegah hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

Hamil:
Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

laman web: http://portal.alamhamil.com


                             Apakah jenis-jenis gangguan haid?

Seperti keadaan lain dalam tubuh manusia, haid juga mengalami beberapa masalah:

1.    Berbagai jenis gangguan pusingan haid.
2.    Banyaknya darah haid yang keluar.
3.    Jangka waktu haid yang berpanjangan.
4.    Pendarahan yang tidak tentu masa , seperti lepas persetubuhan.
5.    Kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid.
6.    Kelewatan datang haid.
7.    Putus haid.

Gangguan haid berlaku kerana berbagai-bagai punca seperti tekanan jiwa dan emosi, keadaan hormon yang tidak seimbang, kehamilan, penyusuan, kegunaan hormon, penyakit dalam kelenjar pituitary atau ovary atau ketumbuhan seperti barah dalam rahim atau pangkal rahim.


Lambat Keluar Haid !
Kenapakah kelewatan haid dikalangan gadis gadis


Biasanya seseorang gadis akan mengalami haid dalam umor 12 tahun sehingga usia gadis  itu 16 tahun.Ini masih dianggap normal.Jika usianya 16 tahun dan masih belum datang haid, ia perlu mendapat perhatian daripada doktor.Kegagalan turun haid ini mungkin berpunca daripada fungsi ovari atau kilang pituitary yang tidak normal.


Kelewatan akil baligh mungkin disebabkan oleh kecacatan pada faraj atau perkakas peranakan sejak lahir.Kadangkala berlaku dimana selaput dara menutupi keseluruhan lubang faraj (imperforate hymen). Dalam kaedaan ini gadis tersebut mungkin mengalami sakit perut setiap bulan tetapi haid tidak keluar.

Faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan ini ialah taraf kesihatan yang kurang baik dan masalah tekanan jiwa dan emosi yang teruk.   


                     Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah?

Langkah pertama ialah mengenalpasti punca kelewatan haid.Tanda-tanda seperti pertumbuhan buah dada, dan rambut di kemaluan dan ketiak menunjukan tanda pengeluaran oestrogen. Pemeriksaan tubuh dan perkakas peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semula jadi, ujian ultrasound pada perut untuk mengesan ada atau tidak rahim dan ovari. Ujian darah untuk menyukat paras hormon adalah penting untuk mengenal pasti punca masalah.

Rawatan bergantung kepada punca masalah. Pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput dara jika ia tertutup. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk ‘artificial vagina’. Rawatan hormon diberikan jika puncanya ialah kecacatan pada kilang pituitary atau ovary.


 Haid tidak teratur !
Apakah yang dimaksudkan pusingan haid yang tidak teratur?


Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari.Ini dianggap tidak teratur, ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. Keadaan ini sering berlaku dikalangan anak anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi hanya disebabkan oleh gangguan hormon walaupun wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.

Kegemukkan (obesity) merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat atau jarak yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada dikalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak (Polycystic ovary).

Bagi seseorang yang perjalanan haidnya tetap dan teratur,  gangguan pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang berlaku.Salah satu  puncanya ialah kehamilan. Apabila kehamilan terjadi haid dengan tersendirinya akan berhenti.  Wanita yang menyusukan anak juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu  (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu.

Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitary menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala sahaja.Wanita demikian juga sering kurang subur.Gangguan hormon mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam  kelenjar ovari.Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan kedatangan haid.

laman web : http://ibuhamil.maugratis.com/InitialHaidGangguan.htm



Friday, January 27, 2012

Pencapaian STOK EBM Tahun 2011

Salam,

Rasa macam xpercaya aku leh capai tahap begini, maksud aku leh motivasi diri pump susu setiap hari untuk mencapai misi & impian 100% bf Nur Farisya Aqeela. Syukur al-hamdulillah walaupun ada waktunya susu agak 'merudum' tapi aku x putus asa berdoa semoga susu cukup dan Farisya :)

♥Pencapaian keseluruhan (oz) bagi bulan Jun 2011

Ni carta setiap hari aku update nak tengok berapa oz susu aku dapat setiap hari. Masa ni susu masih meriah dan lumayan walaupun aku mula bertatih mengantikan puasa tahun lepas hehe... 

♥28-5-2011@ 3.36 am
 ♥4-6-2011@ 6 am
 ♥13-7-2011@ 6.17 am
 ♥Stok susu Apr, Mei & Jun 2011
 ♥Stok susu Okt, Nov & Dis 2011

♥Pencapaian keseluruhan (oz) bagi bulan Dec 2011

Berakhir sudah tahun 2011, tanpa aku sedari masa berlalu dengan pantas dan usia Nur Farisya Aqeela menginjak 1 tahun. Al-hamdulillah sepenuhnya susu ibu tanpa campur susu FM :)

♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥ ♥  ♥ ♥  ♥  ♥  ♥ ♥  ♥ ♥  ♥   ♥  ♥ ♥  ♥ ♥  ♥ 

# Tahun 2011 hingga 2012 = 1 Tahun perjuangan #
 
 ♥6-1-2012

 ♥lewat pump 17-1-2012@2.35 pm
♥Pencapaian (oz) bagi 1/2 bulan Jan 2012

Tahun baru bermula dengan azam baru semoga Allah perkenankan doaku agar dapat menyusukan Farisya hingga usia 2 tahun. Kalu nak buat perbandingan hasil oz susu setiap bulan memang ada naik turun tapi aku akan berusaha sehingga yang termampu insya Allah. Hanya untukmu anakku ibu akan berusaha cyaiyok²!!!

Thursday, January 26, 2012

Menu 4 My ♥ Farisya Today

Salam,

Pagi ni terlambat bangun (set jam pukul 5 pagi tapi bangun hampir² pukul 6 sebab Farisya merenggek nak susu) sebab aku berkira² nak mai kerja ke x sebab si Farisya balik je dari rumah pengasuh petang semalam badan dia panas... Hermmm demam on off je camne nak naik berat badan tu sayang :(

Balik rumah macam biasa rutin munggah kain baju kotor kemudian siap sedia masak untuk makan malam. Menu simple sambal ikan kembung dengan sayur kangkung goreng je, sesambil memasak tu kasi 2 beradik tu makan biskut la, keropok ikan la sementara si ibu bersilat kat dapur. Farisya pulak meragam xmau main² dengan abang asyik nak berkepit@drama pegang kaki ibu pulak haha....

Makin lama dia menangis makin kuat mintak simpati (sebenarnya dia dah ngantuk dan nak menyusu) siap masak kasi Farisya makan ubat demam + vitamin (kasi selera makan) menyusu Farisya langsung dia tertidur, lega leh mandi dan buat apa² yang sepatutnya. 

Jam 10.30 malam baru aku dan Farish masuk tidur alih² badan Farisya panas semula dan dia meragam jam 2.30 pagi, masa menyusu dia semacam nak termuntah terus aku bawak keluar bilik mak aii cergas kooo..... Kasi makan ubat demam lagi + tepek cool fever.

Aku fikir mesti Farisya lapar jadi aku kuarkan instant oat heat 1 minit dengan fresh EBM + tambah sikit garam (kasi rasa lemak manis) berselera dia makan habis licin hehehe..... Si abam Farish pun bangun sama siap bukak tv dan berebut termometer dengan si adik haih! Kami tidur semula jam 3 lebih adoii rasa ngantuk la sebab set jam pukul 5 nak bangun semula....

 Al-hamdulillah pagi ni badan dia ok x panas tu yang ibu dia leh gi opis dengan riang ria + ada bekalkan ubat kat pengasuh kot la demam dia datang balik la kan....

Ni menu untuk si jelita Farisya untuk harini... (ibu dah hilang akal nak masak pe setiap pagi tau)

Bubur Nasi + Scamble Egg Bersayur

Bahan²
2 senduk bubur nasi@nasi lembik
sedikit carrot (sagat kasar)
sedikit kentang (sagat kasar)
sedikit bawang merah/putih (sagat kasar) 
sebiji telur
2 sudu mentega untuk menumis
sedikit hirisan daun bawang/sup
sedikit garam dan gula sebagai penambah perasa

Cara memasak

Cairkan mentega tumis bawang merah dan putih hingga agak² layu masukkan pulak carrot & kentang masak hingga naik bau dan sayur layu kemudian pecahkan sebiji telur kacau² kasi hancur perasakan dengan sikit garam gula terus padam api. 

Campurkan nasi + scamble egg bersayur dan akhir sekali hirisan daun sup/bawang sebagai pelengkap maka siap la menu bekalan 2 x makan kat rumah pengasuh untuk harini.



p/s : tengah berusaha kumpul petua/menu untuk misi naikkan berat anak daraku ituw.... 
 

Wednesday, January 25, 2012

Kurang Berat (kg) :(


Salam

Betapa dalam hatiku ini sangat risau melihatkan carta berat anak daraku itu kini di paras 'Bahaya' ohhh tidakkkkkkkkkk........... betul² atas line dah nak jatuh ke paras 'underweight' sob...sob...sob... ibu berduka lara ok!

umur : 1 tahun, berat : 7.59 kg

Selera makan ok apa je ibu, ayah & abang makan dia nak. Nafsu makan xde masalah tapi berat je segan silu nak naik, hari² ibu bekalkan makanan hasil air tangan ibu tp....................................................................


Ce kasi idea, resepi atau apa² petua bln Feb ni gi klinik sebab nak tengok berat dia naik ke x....


p/s : mak bagitau masa kita kecik dulu memang kurus kering bila dah masuk sekolah menengah baru badan naik haaa tengok sekarang bila dah kawin dah beranak hambik kau masalah berat xmau turun pulak hahaha...


Friday, January 13, 2012



Hepi B'day Nur Farisya Aqeela....


Sunday, January 1, 2012

1.1.2012~Jodoh buat Yoep Nadzri

~23 Disember 2011 (Jumaat)

**Hari Ijab Kabul** 

Syukur al-hamdulillah majlis perkahwinan abang sulong aku berjalan lancar dan semua adik beradik, saudara mara, kawan² terdekat datang meraikan majlis kenduri abang aku ni.. Banyak impian dia kami dah tunaikan, akhirnya dia tersenyum dan sebak hingga mengalirkan air mata saat duduk di pelamin impiannya sob...sob...sob....

Akhirnya pada tarikh keramat ini selepas waktu asar abang aku selamat di ijab kabulkan dengan sekali lafaz al-hamdulillah...

Kawan² kasi semangat...
Berdebar² menunggu saat di ijab kabulkan

Sesungguhnya aku xde dalam gambar ini, bayangkan detik pernikahan abang sendiri kami adik beradik x balik, tapi mak mengharapkan kami semua balik pada  1 Januari 2012 (Ahad) untuk majlis menerima menantu di pihak lelaki.

Kami semua xbalik pun sebab dapat tau last minute masing² susah nak dapat cuti, xmengapalah kenduri nanti kami semua balik meraikan majlis dia ok!. Perancangan awal abang aku nak menikah pada 25 Disember 2011 (Ahad) tapi kebetulan mak sedara aku kat Teluk Intan tu dah berjanji nak gi hantar rombongan kawin anak kawan dia ke Kelantan tu yang majlis akad nikah abangku ini di awalkan.

Tragisnya abang aku xcukup duit nak sewa baju songket (sedih wei aku dengar sob..sob..sob...) aku offer dia pinjam baju aku dan saipul (baju ni aku tempah masa aku kawin dulu). Abang aku happy sangat bila aku sms dia nak kasi baju masa sanding nanti terus dia call aku tanya 'betul ke? Warna biru kan?'. Oh yea kebetulan tema dia sama macam aku kawin dulu huhuhu...

  ----------------------------------------------

~31 Disember 2011 (Sabtu)   

 **Malam Berinai**

Aku balik kampung selepas Johor sebab Encik Suamiku kerja pada pagi sabtu itu, sekitar jam 5 lebih baru sampai rumah mak, ohh ye ramai sungguh jiran tetangga datang tolong mak apa² yang patut.

Malamnya ada sesi berkompang dan sesi berinai untuk sang pengantin, kebetulan hujan turun lebat dari petang bawak ke malam hari. Rumah pengantin perempuan naik air dan banjir cian beliau dan famili beliau.. rumah mak pun air naik dan bertakung penuh laman dengan air hujan.

 Geng kompang mula beraksi
 Nyanyi dengan penuh semangat!
 Yong lepas gian main kompang
 Farish pun nak cuba juga hehe
Chomei la sangat tu ye..

 ----------------------------------------------

~1 Januari 2012 (Ahad)

**Hari Bersanding**

Segak bergaya menunggu saat untuk di bawa berarak...
 Ahli keluarga, kawan² mengiringi dengan paluan kompang
Adik Ipar (adik wife) jadi pengapit Yop :)
 Bersanding kat luar sebelum sesi menabur gula²
 Pelamin hasil kerja seni anak buah@kakak

Malang sekali kamera aku rosak pastu bateri hp habis jadi xdapek la nak mik gambar masa bersanding, makan beradap, potong kek lagipun rasa penat melayan tetamu yang ramai huhuhu...

Aku pulak bergegas balik semula ke Putrajaya Ahad malam Isnin sebab keesokkan harinya Encik Suamiku kene kerja (ciss orang cuti sempena Tahun Baru beliau kene buka kedai pulak huhu...). Kakak 3 beradik pun balik saing sekali sebab masing² kene kerja hari Isnin maka tinggal lah rumah mak dengan keadaan tunggang langgang. Kecian Yong, Mak & 'Kakak Ipar' (ehh umur dia muda dari aku pun kene panggil 'Kakak' juga ekk mana accciiiiiiiiiiii.....)  

 Farish pun xlepas peluang hehe...
 Abang² pakat nak tolong Farisya ye...
 Si baju biru tu anak tiri abang aku (dah 12 tahun umurnya)
 Seronok sungguh anak daraku ini mengoyak kertas hadiah yea..
 
Akhir kata : Meh layan gambar 2 beradik ni tolong pakcik & makcik sedara depa bukak hadiah kawin heeeeee.........