CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, January 30, 2012

:: Kongsi Info : Sibu 'Olive' @ Buah Dabai @ Kembayau ::


 
 Sibu 'Olive' @ Buah Dabai @ Kembayau  
 Buah ni keras tau...
 
Rendam dalam air panas dalam 10 minit 
 Setelah 10 minit sedia untuk di makan cicah garam@kicap ye

INFO


Buah Dabai ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, Sarikei, Kapit, Song, Bintangor, Mukah, Oya, Igan dan sebagainya.

Buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.

Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara  tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.


Lagi info : KLIK SINI


2 comments :

Wadah Impian said...

rupanya saya pernah makan buah ni masa kat sabah dulu... baru teringat... patot ar macam pernah tengok jer buah ni... bila c.yang cakap buah dabai terus ignore jer... pastuh tanya en.google rupa2 nyer org brunei panggil nama lain... hehehe... rasa dia lemak2... memang tak kena dengan tekak saya...

εïзmmyHazaεïз said...

alaaa.... yatie ni post yg aneh2, kite ni cepat terleleh, kang ngidam macam mane nak terbang ke S'wak sane... huhuhuhu