CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, February 13, 2012

:: Kongsi Info : Siput Sudu@Kupang Sambal ::

Siput sudu atau juga dikenali sebagai kupang, merupakan sejenis famili kerang-kerangan dwicangkerang yang boleh dimakan. Siput sudu boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai dan juga di kawasan pasang surut di pinggir laut di seluruh dunia.

Melalui arkeologi, dapat diketahui bahawa manusia telah lama menjadikan siput sudu sebagai satu sumber makanan. Hari ini, siput sudu laut merupakan sejenis makanan laut yang popular, terutamanya di Belanda dan Belgium, di mana ia biasanya dimakan bersama kentang goreng atau jejari kentang. Di Itali pula, siput sudu biasa dimakan bersama makanan laut lain atau dimasukkan ke dalam pasta. Di Turki, siput sudu akan digoreng dengan tepung dan dimakan dengan kebab ('midye tava') atau dimakan sejuk bersama nasi ('midye dolma'). Siput sudu juga selalu dimakan dengan alkohol (selalunya dengan with 'raki' atau bir).

Seperti makanan laut lain, siput sudu merupakan sumber protein yang baik.

Sumber :  http://ms.wikipedia.org/wiki/Siput_sudu


~12hb Februari 2012 (Ahad)



Semalam tengahari encik suami beli kupang iaitu salah satu makanan kegemaran beliau (walaupun beliau tahu kupang adalah tergolong dalam kumpulan seafood, ohh yea ubat resdung ada kata beliau sambil tersenyum lebar huhuhu...) 

Selalunya sambal je yang akan membuka selera dan nafsu makan beliau, maka setelah beliau memborong sekilo kupang dengan harga 1kg = RM8 beliau jugalah yang akan menyucikan kulit kupang dengan menyental dengan kudrat lelakinya hahaha... Sesudah bersih rendam sebentar pula dengan air panas supaya bersih dan tiada pasir lagi.

Moh masak!

Siput Sudu@Kupang Sambal
Bahan² :


1 kg Siput Sudu@Kupang (yang telah dibersihkan)

Bahan A
Cili Kering * (ikut suka berapa banyak ye suka pedas taruk lebih)
1 biji Bawang Besar *
5 ulas Bawang Putih *
1 batang Serai *
1 inci Halia *
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 inci Belacan                * Kisar Halus

Bahan B
2 ulas Bawang Kecil #
2 ulas Bawang Putih #
1 batang Serai #
1 inci Halia #                # Mayang Halus

1 keping asam keping
Minyak untuk menumis
Garam/Gula secukup rasa 

Cara² memasak : 

Tuang Minyak dan gorengkan Bahan B sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan Bahan A tumis hingga terbit minyak. Bila sambal masak dan terbit minyak masukkan kupang, asam keping dan gaul rata kemudian tutup kuali biarkan selama 5 minit. Rasakan garam dan gula dan gaul rata lagi. Bila kulit kupang tergangga maknanya dah masak la tu....

Nota kecil : kupang ni jenis pembawa air jadi sambal kita akan jadi cair la ye so jangan tambah air sewaktu menumis sambal. Kalu nak sambal kering korang kene rebus dulu kupang dan amik isinya dan leh masak sambal macam biasa :)



No comments :