CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, April 23, 2012

Wow chomel gituw! Mood : Happy ♥♥♥


Salam,

Pepagi ni macam biasa rutin WAJIB check fesbuk dulu sebelum gi beli breakfast hehehe... Aku jarang update status tapi kebiasaannya aku on je fesbuk 9 jam waktu bekerja (jahat kan..kan..kan...) tengok orang punya status or ada apa² verita menarik untuk di baca sebagai kudapan hahaha....

:: FESBUK UDAH KENE BLOCK KOME ::

Tapi harini udah xleh nak buat gituw sebab dah kuar notis ni haaa.... Minggu lepas Youtube yang kene block tapi sehari je hari Jumaat boleh pulak bukak dan sesuka hati leh dengar lagu / tengok dengan riang ria :)

Tengahari ni kene makan lelaju sebab nak bukak fesbuk boleh gituw? hahaha.... Nikmat keseronokkan dah kene tarik kome! Jangan fikir asyik ngadap fesbuk keje x jalan, sebagai manusia biasa aku perlukan hiburan juga hehehe....

Ye betui keseronokan nengok fesbuk dll buat kita lalai yang itu aku akui! Betoi x? kome lekeih angguk kepala cepat :)

UPDATE : Waktu operasi Fesbuk di Opis KKLW :-

             => TUTUP pada jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari
       => BUKA pada jam 12.01 tengahari sehingga jam 2.00 petang
             => TUTUP pada jam 2.01 petang hingga jam 4.00 petang
     => BUKA pada jam 4.01 petang sehingga kome balik la ye....

Padan muka aku hehehe...


:: AL-HAMDULILLAH SLIP GAJI + GAJI BARU UDAH KELUOR KOME ::

Internet pagi ni very² slow giler macam siput b**i, jenuh nunggu nak loading dah le aku ni kurang penyabor sikit (tapi kome percaya x aku dapat buat failing surat² yang penuh atas meja ni dengan jayanya wowww!!!!~eleh tu sebab mood dah datang gamaknya @pun sebab xleh bukak fesbuk kekeke... sengal aku ni deh!)

Akhirnya dapat juga aku nengok gaji baru (dah tau sebenornya sebab dah buat kira² tapi kene nengok juga atas kerotas macam mana ropenya ye idak... ) Slip bulan ni siap tulis berapa masuk wahhh nengok gaji kasar macam x percaya banyaknya gaji aku yeaaa... tapi tang bahagian kene tolak tu jejeh² air liur keluor banyak juga kene tolaknya wawawa... Tapi kan deme tulis berapa ratus ringgit duit aku kene tolak dalam slip gaji sebab menginap di istana (Kuarters gomen ler) sebelum ni idak pulak ada di catatnya herrmmm ngape yea? diam² udah ler, boleh x? :) ....

Slip gaji baru :)  

:: WAJAH BARU EMAIL RURALLINK ::

Hari² bukak email guna Internet Explorer (lambang e kecik nuu..), tapi pagi ni jiran sebelah si Jilah tunjukkan sesuatu yang chomel ok! Boleh tukor² theme tapi kome kene gunakan Google Crome kemudian bukak email seperti biasa pastu ce kome nengok bahagian kanan tu ada Option kan klik situ kemudian pilih la theme apa kome suka.... chomel kan..kan..kan... suka laaaaaa hehehe...!

Ni email versi baru kiut miut je kan...kan...kan...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

:: BERITA YANG X BERAPA NAK CHOMEL SOB..SOB..SOB... ::


~19hb April 2012 (Khamis)

Petang kala macam biasa gi ngambik 2 beradik di rumah pengasuh akan tetapi si pengasuh cerita BPH datang serbu, katanya ada aduan@ada penghuni istana (rumah kuarters gomen) yang hantar email mengadu kepada KSN. 

Pengasuh mengadu lg beliau terpaksa amik cuti keesokkan harinya kerna BPH panggil beliau dan rakan² sepejuangannya untuk mendengar taklimat di pejabat BPH. Aku pun ada dengar dan ada terbaca post di Fesbuk dalam group 'Komuniti Putrajaya' yang memaklumkan kuarters Presint 8 & 9 dah kene serbu dan BPH adakan dialog bersama penduduk sekitar pada Rabu malam Khamis, 18.4.2012 jam 8.30 malam di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9.

Susulan kepada dialog tersebut:


Menurut SUB BPH (kita pun sedia maklum) mengikut perjanjian menerima tawaran menduduki kuarters (dokumen warna biru) ada menyatakan tidak boleh manjalankan sebarang aktiviti perniagaan dsb. So tindakan BPH tidak salah apatah lagi kerana atas arahan KSN yang mengambil tindakan atas aduan penghuni sendiri.

 
So keputusan setakat ini:

1. Pengasuh diberi kelonggaran untuk menjaga max 3 orang shj. Untuk 4-9 orang perlu dapatkan lesen (bergantung pertimbangan JKM), 10 orang ke atas perlu ada premis. Walaubagaimanapun setiap pengasuh juga masih di pantau.

2. Sebarang perniagaan jika tidak mengganggu org lain (maksudnya tiada urusan jual beli secara langsung di rumah/kawasan kuarters macam pelanggan keluar masuk rumah) masih boleh dijalankan.


Menurut BPH, surat notis mengosongkan rumah bagi penghuni yang telah disenaraikan telah disediakan. Hanya menunggu masa untuk ditandatangani sekiranya penghuni tidak mengendahkan arahan BPH. 
~20hb April 2012 (Jumaat)

Maka harini Farisya mai opis dan mengacau nganggu kehidupan kakak²/abang², antie² sekalian hehe... Kali ni dia dah mula mau berkawan² dan ikut tapiiii dengan syarat beliau xnampak@dengar suara merdu si ibu ok! Layan yolah aktiviti beliau sepanjang hari di opis.


Lepak kat meja Nurul Fahimah sambil baca katalog Domino Pizza :)
 
Hello... Hello... ite nak oder pizza ni...
Haus pulak meh minum ayor mineral dulu ek..
Ok sambung kerja semula ye!
Apa air masak je? Susu xde ke?
Ujikaji nak transfer air masak dalam botol satu lagi tu...
Cari makanan... nak makanan... tolong...tolongggg..!!
Aikk xde makanan? Haish!

No comments :