CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, May 28, 2012

Macam² citer!


Salam,

~18hb Mei 2012 (Jumaat)

:: Tayar Bas Meletop! ::

 Foto : sumber google

Ni kejadian Jumaat petang nan lalu, macam biasa balik kerja aku kan naik bas sekali kooo bas penuh sesak sampai aku kene la berdiri kat depan sekali dekat dengan encik driver. Entah mana silapnya tiba² semacam bunyi tayar yang kekurangan angin tapi di paksa berjalan makin lama makin kuat bunyinya "kelepop...kelepop...kelepop....." Semua cuak + fikir bukan² tapi encik driver degil meneruskan perjalanan juga sampaikan makcik² indon menjerit-jerit ketakutan soh encik driver berhentikan bas di tepian hway.

Akhirnya encik driver akur dan berhentikan bas kemudian gi check tayar bas, katanya tayar belah dalam yang pecah jadi masih selamat untuk meneruskan perjalanan tapi secara perlahan la. Haissshh! lega rasanya tapi tulah jauh lagi nak sampai rumah, yang aku risaukan nanti lewat amik 2F kat rumah pengasuh kalu gini gayanya.

Encik driver hantar kami gi Alamanda sebab kat situ banyak bas, aku pulak tunggu bas lain nak balik rumah sekali bas bawak aku jenjalan pusing Presint 15, gi pusing rumah teres Rimba Alam baru gi Presint 14. Herrmmm pusing sana sini hampir jam 6.20 petang baru sampai rumah pengasuh amik anak². Sampai rumah pengsan kepenatan hahaha...


~23hb - 27hb Mei 2012 (Rabu - Ahad)

:: Himpunan Jutaan Belia 2012 ::
  

Oh yea, sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 nan lalu aku berkesempatan juga gi tengok ++ jenjalan sekitar area HBN 2012 hari jumaat rehat kan panjang sekali ko bila turun nak tunggu Tram mak aiiii ramainya orang! Lupa depa² semua pun nak gi jenjalan juga kekeke....

Sebab Tram lambat bebenor hanya kami berempat je yang meneruskan niat meredah lautan manusia (ehh ye ke? hehehe...) Yang kuat semangat EO Rohana, Pn Mimi, Rozilah dan aku jek, masa naik Tram aku siap doq di tangga sebab sesak ok!

Maka kami berjalan la dari booth ke booth yang ada, agak² ada jualan yang menarik kami singgah rasa dan kalu berkenan beli. Tapi masa nak balik tu tunggu punya tunggu sekali Tram x datang ok! Rupa² para driver Tram gi sembahyang jumaat tapi sampai pukul 3 petang xde jugak kami semua dah gundah gulana risau beb kang boss cari xkan nak bagitau 'encik boss kami kat HBN ni xde kenderaan nak balik' kakakaka.... maunya big boss kata 'sila lah menapak dari Istana Kehakiman menuju KKLW' Pehhh basah ketik ok!


Ni nak bagitau no. tel sekretariat line no. 2 tu tipu ok! 'Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan' hampeh kan... ! pastu call no. atas asyik busy manjang abis camno? Nasib baik ada bas Nadiputra yang versi khas (free) tapi tulah jalan banyak tutup jadi bas kami berpusing-pusing la cari jalan keluar dan akhirnya kuar ikut Presint 8. Sampai opis 3.45 petang naya kan..kan..kan...


Ni bergambar masa sebelum pergi nampak ramai yang nak gi tapi bila jam dekat kul 1 tengahari semua pakat berpecah xmau gi takut xsempat nak balik awal, tengok aku kan lambat sampai opis gara² nak gi juga HBN 2012 hehehe...


Tuesday, May 15, 2012

Sambungan kisah balik kampung Perak


~13 Mei 2012 (Ahad)

Ni sambungan citer sini, sebenarnya aku balik kg awal hari khamis malam jumaat aku dah gerak balik dari Putrajaya sebabbbbbbbbbbbb kandaku ketagih tahap gian nak mancing ikan. (Katanya nak buat ikan kering banyak² dan kasi mak dia) Ohh yea orang Melaka suka ikan kering ni tau hehehe....

Akan tetapi kandaku ni hanya mancing ikan lombong je, spesis ikan raja ni je kegemaran dia sebab katanya syok layan masa berlawan tarik masa nak mendaratkan ikan tu ke tanah. Satu kepuasan katanya jika nak berbanding mancing ikan lain. 

Entah le aku xtau hanya orang² yang suka mancing je tau apa yang depa rasakan. Seronok? Kekadang aku rasa macam buang duit sebab alatan memancing ni mahal ok! Nasib hobi mancing dia dah lama berkubur cuma kalu balik Perak je dia akan mancing pagi dan petang lepaskan keingginan memancingnya.

Nak tau rupa ikan raja? 

 Ni la ikan raja @ nama saintifiknya peacock bass
 Suatu masa dulu kandaku ini giler mancing (ehh betul ke ayah pancing ikan besor ni?)

 Oppss melalut dah ++ kasi asben enterprem lebih pulak hahaha... Sebenarnya aku nak cerita yang harini aku balik semula ke Putrajaya tapi sebelum tu sempat makan tengahari dulu. Mak masak macam² menu demi memenuhi setiap permintaan anak²nya, kebetulan pagi tu aku pergi Pasar kat Langkap macam² aku borong hehehe..... 

Hajat hati nak makan terubuk bakar tapi mak kata susah nak dapat jadi wan beli keli 2 kilo buat keli bakar cicah air asam. Masa pusing pasar jumpa daun pucuk salang ni, huisssh lama dah xmakan sayur ni kalu dulu masa mak noreh getah balik bawak daun ni buat masak air je makan dengan nasi panas² lauk ikan goreng dan sambal belacan pun leh tambah nasi 2, 3 pinggan. Siap tonggeng pinggan nak hirup kuah hahaha....

 Daun Salang

Masa aku jaga bara api panggang ikan keli mak x habis² bercerita dengan sepupunya pasai makanan kesukaan anak²nya. Seronok je dia bergelak tawa sambil siapkan makan tengahari. Yong xde masa ni sebab ikut besannya gi Gopeng kalu x lagi galak depa masak kat dapur tu reramai hehehe.... Nyah pulak sibuk ampaikan kain yelah sehari x basuh kain penuh kain berbakul sebab bila berkumpul banyak la kain baju yang nak kene basuh kan...

 Menu simple makan tengahari ahad kami sekeluarga :)

Ikan keli bakar veberet si wan, daun salang tu asalnya aku mintak mak masak air tapi dia kata buat masak lemak pun sedap juga, kepala ikan keli mak x buang buat sup sahang kekadang dia masak asam pedas (versi x tumis), ikan duri tu permintaan Nyah masak apa aku xtau nama.

Lepas asar kami bergerak balik 3 kete tapi aku gerak dulu, mulanya wan nak konvoi dengan asben kakak si imran tapi si imran tu bawak slow agaknya depa kene tinggal hehehe... Seronok dapat balik berkumpul reramai, dah tentu² mak la paling happy kan.... 

Sebelum balik mak tanya 'bila nak balik lagi ni?' Insyaa Allah ada kelapangan kami balik. Ohh yea tahun turn beraya kat umah mak yeyeyeye.....!!!


Monday, May 14, 2012

Hepi Mother Day! + Kenduri Arwah & Kesyukuran...



~12 Mei 2012 (Sabtu tengahari) 

:: Kenduri Arwah & Kesyukuran ::

Mak berhajat nak buat kenduri arwah & kesyukuran sebab dapat $ saguhati dari PDRM RM3K kerna arwah abah dulu anggota Polis sebelum merdeka. $ tu mak repair bumbung rumah dan bakinya mak buat kenduri. Ohh yea aku 2 beradik pun dapat la sikit habuan mak kasi hehehe....  

Cerita pasai tarikh kenduri ni memang menarik sebab mak serahkan kat kami yang doq perantauan (ehh perantauan la sangat!) yang tentukan sebab katanya ikut pada kelapangan kami semua... Maka selaku ketua kumpulan ehh maksu@adik nan bongsu kerja aku cuma sms pada Nyah (kakak 2nd aku daa...) dan kakak (ni wakil anak buah nan 3 beradik yang doq KL) bila mereka rasa sesuai untuk adakan kenduri tersebut.

Setelah tot..tet..tot..tet... berperang sms akhirnya dapat la tarikh ni, asalnya MIL aku nak ikut. Sungguh wei serius jek dia cakap nak ikut sekali balik Perak alih² last minute x jadik pulak maka hampa lah aku dan besannya (mak aku la)

Ni menu makan tengahari yang sempat aku snap gambornya, semua nengok aku cakap dalam hati 'jakun ke apa si nana ni amik gambo lauk bagai' kakaka ada aku kesah kome nak cakap apa hehehe................ Ada lagi menu lain macam bubur kacang, kuih sagu bungkus dll tapi xsempat nak snap gambornya....


Mak happy sangat bila semua anak²nya balik + cucu² sekalian ada memeriahkan suasana. Sepupu mak pun datang siap bermalam hampir seminggu, bagus juga leh temankan mak bersembang :) cian mak bila semua dah balik mesti mak sunyi semula.....


12 Mei 2012 (Sabtu malam Ahad)

:: Sambutan Hari Ibu 2012 ::


Malam tu semua nunggu dengan sabar sebab perancang majlis sambutan hari ibu bawak MIL dia jenjalan ke pasar malam Teluk Intan, opppsss kali ni MIL + SIL kakak ikut sekali sebab nak melawat adik ipar bongsu kakak yang masuk PLKN di Gopeng.

Jadi alang² MIL dia datang jumpa Yong aku aka besannya kakak bawak la bersiar-siar, tapi tunggu lama bebenor dekat jam 10 malam baru nak sampai. Teluk Intan tu jauh juga 1 jam perjalanan dari rumah aku, depa nak nengok menara condong yang kalerful tu kejap kaler ijou, kejap pulak tukor kaler pink kejap lagi kaler merah meriah gitu bila tengok malam² hehehe....

Sumber foto : klik sini

Ohh ye menu makan malam kami Tomyam kekeke.... Lauk kenduri tolak tepi malam makan menu lain ok! Yong ada celur beehun kalu campur kuah tomyam jadi beehun tomyam lalala.... Stress nunggu kakak, udah le tinggal hp kat rumah sekali ko laki dia pun pakat tinggalkan hp juga hermmm aji gilerr kome! Buat panas hati adik² dia je yelah deme budak lelaki ada je program nak melencong ke mana ntah memalam ni....

Malam tu mak dapat hadiah dari anak menantu dan cucunya :) 

 1)  Wan sponsar kek + kasi RM200 untuk kenduri (untuk arwah abah katanya)
 2)  Kakak kasi mak dia, opah dan MIL dia hadiah kasut raya
 3)  Aku lak kasi hanger tudung (semua dapat walaupun belum kawin)
 4)  Yop & wife dia kasi mak & yong lampu tidur 
 5)  Pakcik Ndek + Edy sponsar khemah makan (abang aku & anak buah yang bongsu)
 6) Nyah pulak katanya kasi kerahan tenaga je xsempat nak beli hadiah

Ok tu nak citer hehehe...

Selamat Hari Ibu!

Majlis untuk anak², cucu² berkumpul dan bergumbira!

Oh Bulan!


Tarikh : 7 Mei 2012 (Isnin)
Lokasi : Tingkap bilik tidur umah den 
Jam : 10.00 malam
Gadget : hp sony ericsson cap Vivaz 




cantik kan...bulan mengambang penuh :)


Friday, May 4, 2012

Cucur Bilis Oat & Carrot

Hai................

Kome peronah buat cucur oat? Haaa ni nak citer oat ada lebih kununnya nak buat bubur kasi Farisya makan tapi macam xluak² je hehehe... 

Jadi meh le buat cucur kome... adunannya sama je macam buat cucur bilis cuma kome tambah la 2,3 sudu oat ok... sagat sikit carrot atau kome suka boh daun kucai ke daun sup ikut selera tekak kome lah kan.... nak boh bilis ke udang terpulang, boh la juga sebiji telur tau...

adunan
sedap cicah sos cili thai ni
see gebu kan

Ni kekdah Oat si Farisya banyak lagi x habis maka kita bikin cucur la ye :)


Wednesday, May 2, 2012

Balik Melaka ♥♥♥

  JOM BALIK MELAKA!!! ♥ ♥

~28 hb April 2012 (Sabtu)

Salam,

Cuti panjang korang² gi mana?  [ x de panjang mana pun cuma kalu Isnin amik cuti jadi 4 hari la kan sebab 1 Mei (selasa) cuti hari pekerja ;) ] Balik kampung ke? Cuti kali ni kami 4 beranak balik Kampung Paya Rumput Masjid Tanah, Melaka (Lama dah x balik dekat 2,3 bulan la sebab last jumpa MIL & FIL raya cina awal tahun aritu je)

Kami gerak pun lewat (mengemas 3 beg ok! beg anak teruna & dara + mak terunadara sekali kekeke, beg ayah? ohh dia kemas sendiri hehehe....) Mengemas rumah kasi sapu² bersih, dapur pun kasi clear pinggan mangkuk susun cecantik, sampah makanan ikat mau buang kang kalu x rumah busuk pulak balik nanti kan...kan...kan..... 

Pukul 12 tengahari kami gerak balik, niat asalnya nak ikut jalan hway tapi hati rasa berat nak ikut jalan dalam alih² encik driver tukar haluan masuk hway semula katanya mybe jalan x jam kot. Nahhhhh hamik kau baru sampai Nilai Memorial Park dah jam panjang berjela x kan nak hadap kot jauh lagi ni hehehe.... 

Maka encik driver menukar arah haluan ikut jalan KLIA, seronoknya tengok pemandangan sekeliling (agak bosan ok bila asyik tengok jalan yang sama setiap kali nak balik kan kekeke....) Lalu pekan PD kemudian lalu Linggi, lalu Lubuk Cina dan akhirnya sampai juga ke kampung encik driver nuuu di Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka. 

Rumah beliau ni dekat dengan Kolej Komuniti Masjid Tanah, wahhh macam² benda baru ada (eleh macam dah bertahun-tahun xbalik pulak lagak gaya hahaha...) Yelah dah ada court futsal sebelum ni non ado :)


Sampai rumah kul 3 petang, kalu jalan hway clear xsampai 2 jam dah sampai dah tapi sebab kami ronda² merata ikut jalan lama tu yang rasa lama nak sampai. Si Farish membebel cakap lapar, singgah gerai jual pisang goreng beli nugget la, sosej goreng (untuk 2 beradik tu) pisang tanduk goreng & air tebu buat lapik perut.

MIL masak sambal tempayok daun kayu, beliau dah kenyang gi makan kenduri jadi bila kami sampai terus dia gorengkan ikan. Perut lapar apa je depan mata nampak sedap giler walaupun menu yang simple jek hehehe.... Errkkk kenyang perut al-hamdulillah.




Malam menjelma, ingat nak gi Tanjung Kling nak gi makan Ayam Golek & Roti John Barakat memang feves juga kedai makan ni. Korang nak tau pe yang specialnya Roti John Barakat ni? Selalunya roti john ni orang taruk serunding ayam @ daging @ sardin kan tapi yang ni inti ikan bilis herrmmm lain sikit tapi meme sedap la weii... Kome kalu mai Melaka kasi cari la ini kedai ok!
 

  MAKAN FREE, HATI MANYAK SINANG KEKEKE!!! ♥ ♥
 
Member encik driver call kata ada makan² kat Dewan Orang Ramai Masjid Tanah (kawan beliau penganjur majlis) maka kami 4 veranak dengan muka xmalu hahaha gilah sekali tengok dewan lenggang xde orang meja pun banyak xpenuh kekeke cian penganjur majlis jadi macam ntahhapa²ntah katanya ada pertembungan acara/majlis + VIP ada 3 tempat nak gi di hari kejadian.

Tunggu la VIP mai dengar depa berucap, berdialog la dengan wakil Majlis Perbandaran Alor Gajah bla..bla..bla.. pukul 11 malam baru dapat makan haha cian si Farish siap tetidur, Farisya jek layan makan tembikai merah :)



~29hb April 2012 (Ahad)

JOM SARAPAN PAGI!

Bangun pagi, pas gosok gigi & solat subuh layan pump susu dulu kemudian encik driver ajak gi sarapan kat port biasa tapi kami pergi bertiga veranak je sebab si Farish tidur lagi.

:: Gerai ni femes tau kat Masjid Tanah ::
:: Sentiasa penuh dengan pelanggan ::
:: Special menu : Kari Perut cicah Roti Canai pong sodap ::

Haaa ni pun kedai makan femes ok kat pekan Masjid Tanah, setiap kali balik comfirm FIL akan tapau roti canai dengan aneka kuah (kuah dal, sambal & kari perut ni lah) Nak citer masa awal² dulu tekak aku xleh nak terima masakan berasaskan organ dalaman encik mooo ni tapi lelama tekak ni dah leh terima :)

Kedai ni berhadapan dengan Balai Polis Masjid Tanah dan sebelah Balai tu ada Dewan Orang Ramai Masjid Tanah. Selalunya FIL akan minum 'teh kong' sesama kengkawan beliau kat sini dan menu kegemarannya nasi putih dengan lauk asam pedas, wahh pepagi hari deme udah makan meriah menu macam lauk makan tengahari ok! Nanti kome cari tau kalu sampai Masjid Tanah!


JALAN² DI PETANG AHAD          

 ~Tengok Laut : Pantai Pengkalan Balak, Melaka

 :: Selamat Datang! ::
:: Pantainya nan damai ::
Foto : Sumber KLIK SINI


Rumah Kecil Tepi PENGKALAN,
Tutup Pintunya Kenakan Selak,
Harimau Di Hutan Mengamuk Sakan,
Tempat Tidurnya Ditimpa BALAK.

Sejarah nama tempat :
Suatu masa dahulu tempat ini tempat pedagang memunggahkan kayu-kayu balak mereka dari sekitar negeri Melaka.Sekarang hanya sebatang kayu balak replika sahaja di tempat tersebut.
info di sini

~Pasar Malam @ Masjid Tanah, Melaka



 :: Apam Lenggang ::
Nak tau camne masaknya? KLIK SINI
:: Kueh Bakar Kemboja ::
Nak tau camne resepinya? KLIK SINI
:: Puteri Mandi ::
 :: Roti Baghdad ::
:: Jagung Bakar ::
Foto : Sumber KLIK SINI

Kami 4 veranak + MIL ronda² Pasar malam (xmalam lagi pun masa gi tu petang dalam pukul 6 gituw), aku xbeli makanan berat pun setakat beli kuih muih je. Encik driver beli Roti Baghdad dengan Jagung Bakar (feveret anak teruna dia). Masa meronda abis kami tawaf semua ceruk dan lorong sambil kasi can kat Farish tengok arnab secara live siap leh belai² gitu.

Tanpa ku sedari MIL kecapekkan hahaha cian beliau kejam tau kami merayau x ingat dunia! Tapi MIL cakap dah lama dia xpergi pasar malam xde benda pun nak di cari kata beliau. Semasa encik driver pergi mencari makanan dia pulak maka di suruhnya kami tunggu dalam kete. Wah² aku macam terrer bawak kete ni tunjukkan skill buka enjin kete + kununnya leh doq dalam kete la sementara tunggu encik driver datang semula.

Korang tau x aku bukan idupkan enjin, pulas sikit jek kunci kete tapi kan radio berbunyi + aircoon macam blow angin je rasa panas pulak doq dalam kete ni. Encik driver pun sampai bila dia masuk dalam kete dia geleng kepala hahaha dia gelakkan aku nan xberdosa ini cissh!

Yang malangnya masa on kan enjin kete kemudian aku beralih duduk kat tempat co-pilot aku leh tinggalkan sebelah selipar kat luar pintu kete (kekdah masuk kaki kanan dulu kemudian sebelah kaki lagi kat luar pintu tanpa sedar aku tinggalkan~dalam kete meme suka bukak selipar rasa lagi selesa). Sampai rumah cari² xjumpa sebelah lagi selipar wahh mengelupur la aku... herrmmm kene gelak lagi kalini MIL joint gelak sama hampeh!

~30hb April 2012 (Isnin)

Harini aku amik cuti dan si Farish ponteng sekolah kekeke, sebelum balik Putrajaya kunun² nak gi cari baju kurung siap buat baju gi kerja tapi harga x hinggat mahal sepasang je dekat rm100 terus xjadi beli. Balik bungkus kain baju lepas Zohor kami 4 veranak balik. Singgah beli belacan perkara wajib hehehe....

 :: 3 biji RM10 tapi makin kecik pulak hermmm ::
:: Buah Mangga Gergasi panjangnya 30 cm ::

Mangga ni MIL kasi + ada buah pisang 1 tandan nak kene buat agihan kepada ipar duai. Ok tu je citer sempena cuti nan panjang ..............