CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, May 2, 2012

Balik Melaka ♥♥♥

  JOM BALIK MELAKA!!! ♥ ♥

~28 hb April 2012 (Sabtu)

Salam,

Cuti panjang korang² gi mana?  [ x de panjang mana pun cuma kalu Isnin amik cuti jadi 4 hari la kan sebab 1 Mei (selasa) cuti hari pekerja ;) ] Balik kampung ke? Cuti kali ni kami 4 beranak balik Kampung Paya Rumput Masjid Tanah, Melaka (Lama dah x balik dekat 2,3 bulan la sebab last jumpa MIL & FIL raya cina awal tahun aritu je)

Kami gerak pun lewat (mengemas 3 beg ok! beg anak teruna & dara + mak terunadara sekali kekeke, beg ayah? ohh dia kemas sendiri hehehe....) Mengemas rumah kasi sapu² bersih, dapur pun kasi clear pinggan mangkuk susun cecantik, sampah makanan ikat mau buang kang kalu x rumah busuk pulak balik nanti kan...kan...kan..... 

Pukul 12 tengahari kami gerak balik, niat asalnya nak ikut jalan hway tapi hati rasa berat nak ikut jalan dalam alih² encik driver tukar haluan masuk hway semula katanya mybe jalan x jam kot. Nahhhhh hamik kau baru sampai Nilai Memorial Park dah jam panjang berjela x kan nak hadap kot jauh lagi ni hehehe.... 

Maka encik driver menukar arah haluan ikut jalan KLIA, seronoknya tengok pemandangan sekeliling (agak bosan ok bila asyik tengok jalan yang sama setiap kali nak balik kan kekeke....) Lalu pekan PD kemudian lalu Linggi, lalu Lubuk Cina dan akhirnya sampai juga ke kampung encik driver nuuu di Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka. 

Rumah beliau ni dekat dengan Kolej Komuniti Masjid Tanah, wahhh macam² benda baru ada (eleh macam dah bertahun-tahun xbalik pulak lagak gaya hahaha...) Yelah dah ada court futsal sebelum ni non ado :)


Sampai rumah kul 3 petang, kalu jalan hway clear xsampai 2 jam dah sampai dah tapi sebab kami ronda² merata ikut jalan lama tu yang rasa lama nak sampai. Si Farish membebel cakap lapar, singgah gerai jual pisang goreng beli nugget la, sosej goreng (untuk 2 beradik tu) pisang tanduk goreng & air tebu buat lapik perut.

MIL masak sambal tempayok daun kayu, beliau dah kenyang gi makan kenduri jadi bila kami sampai terus dia gorengkan ikan. Perut lapar apa je depan mata nampak sedap giler walaupun menu yang simple jek hehehe.... Errkkk kenyang perut al-hamdulillah.




Malam menjelma, ingat nak gi Tanjung Kling nak gi makan Ayam Golek & Roti John Barakat memang feves juga kedai makan ni. Korang nak tau pe yang specialnya Roti John Barakat ni? Selalunya roti john ni orang taruk serunding ayam @ daging @ sardin kan tapi yang ni inti ikan bilis herrmmm lain sikit tapi meme sedap la weii... Kome kalu mai Melaka kasi cari la ini kedai ok!
 

  MAKAN FREE, HATI MANYAK SINANG KEKEKE!!! ♥ ♥
 
Member encik driver call kata ada makan² kat Dewan Orang Ramai Masjid Tanah (kawan beliau penganjur majlis) maka kami 4 veranak dengan muka xmalu hahaha gilah sekali tengok dewan lenggang xde orang meja pun banyak xpenuh kekeke cian penganjur majlis jadi macam ntahhapa²ntah katanya ada pertembungan acara/majlis + VIP ada 3 tempat nak gi di hari kejadian.

Tunggu la VIP mai dengar depa berucap, berdialog la dengan wakil Majlis Perbandaran Alor Gajah bla..bla..bla.. pukul 11 malam baru dapat makan haha cian si Farish siap tetidur, Farisya jek layan makan tembikai merah :)



~29hb April 2012 (Ahad)

JOM SARAPAN PAGI!

Bangun pagi, pas gosok gigi & solat subuh layan pump susu dulu kemudian encik driver ajak gi sarapan kat port biasa tapi kami pergi bertiga veranak je sebab si Farish tidur lagi.

:: Gerai ni femes tau kat Masjid Tanah ::
:: Sentiasa penuh dengan pelanggan ::
:: Special menu : Kari Perut cicah Roti Canai pong sodap ::

Haaa ni pun kedai makan femes ok kat pekan Masjid Tanah, setiap kali balik comfirm FIL akan tapau roti canai dengan aneka kuah (kuah dal, sambal & kari perut ni lah) Nak citer masa awal² dulu tekak aku xleh nak terima masakan berasaskan organ dalaman encik mooo ni tapi lelama tekak ni dah leh terima :)

Kedai ni berhadapan dengan Balai Polis Masjid Tanah dan sebelah Balai tu ada Dewan Orang Ramai Masjid Tanah. Selalunya FIL akan minum 'teh kong' sesama kengkawan beliau kat sini dan menu kegemarannya nasi putih dengan lauk asam pedas, wahh pepagi hari deme udah makan meriah menu macam lauk makan tengahari ok! Nanti kome cari tau kalu sampai Masjid Tanah!


JALAN² DI PETANG AHAD          

 ~Tengok Laut : Pantai Pengkalan Balak, Melaka

 :: Selamat Datang! ::
:: Pantainya nan damai ::
Foto : Sumber KLIK SINI


Rumah Kecil Tepi PENGKALAN,
Tutup Pintunya Kenakan Selak,
Harimau Di Hutan Mengamuk Sakan,
Tempat Tidurnya Ditimpa BALAK.

Sejarah nama tempat :
Suatu masa dahulu tempat ini tempat pedagang memunggahkan kayu-kayu balak mereka dari sekitar negeri Melaka.Sekarang hanya sebatang kayu balak replika sahaja di tempat tersebut.
info di sini

~Pasar Malam @ Masjid Tanah, Melaka



 :: Apam Lenggang ::
Nak tau camne masaknya? KLIK SINI
:: Kueh Bakar Kemboja ::
Nak tau camne resepinya? KLIK SINI
:: Puteri Mandi ::
 :: Roti Baghdad ::
:: Jagung Bakar ::
Foto : Sumber KLIK SINI

Kami 4 veranak + MIL ronda² Pasar malam (xmalam lagi pun masa gi tu petang dalam pukul 6 gituw), aku xbeli makanan berat pun setakat beli kuih muih je. Encik driver beli Roti Baghdad dengan Jagung Bakar (feveret anak teruna dia). Masa meronda abis kami tawaf semua ceruk dan lorong sambil kasi can kat Farish tengok arnab secara live siap leh belai² gitu.

Tanpa ku sedari MIL kecapekkan hahaha cian beliau kejam tau kami merayau x ingat dunia! Tapi MIL cakap dah lama dia xpergi pasar malam xde benda pun nak di cari kata beliau. Semasa encik driver pergi mencari makanan dia pulak maka di suruhnya kami tunggu dalam kete. Wah² aku macam terrer bawak kete ni tunjukkan skill buka enjin kete + kununnya leh doq dalam kete la sementara tunggu encik driver datang semula.

Korang tau x aku bukan idupkan enjin, pulas sikit jek kunci kete tapi kan radio berbunyi + aircoon macam blow angin je rasa panas pulak doq dalam kete ni. Encik driver pun sampai bila dia masuk dalam kete dia geleng kepala hahaha dia gelakkan aku nan xberdosa ini cissh!

Yang malangnya masa on kan enjin kete kemudian aku beralih duduk kat tempat co-pilot aku leh tinggalkan sebelah selipar kat luar pintu kete (kekdah masuk kaki kanan dulu kemudian sebelah kaki lagi kat luar pintu tanpa sedar aku tinggalkan~dalam kete meme suka bukak selipar rasa lagi selesa). Sampai rumah cari² xjumpa sebelah lagi selipar wahh mengelupur la aku... herrmmm kene gelak lagi kalini MIL joint gelak sama hampeh!

~30hb April 2012 (Isnin)

Harini aku amik cuti dan si Farish ponteng sekolah kekeke, sebelum balik Putrajaya kunun² nak gi cari baju kurung siap buat baju gi kerja tapi harga x hinggat mahal sepasang je dekat rm100 terus xjadi beli. Balik bungkus kain baju lepas Zohor kami 4 veranak balik. Singgah beli belacan perkara wajib hehehe....

 :: 3 biji RM10 tapi makin kecik pulak hermmm ::
:: Buah Mangga Gergasi panjangnya 30 cm ::

Mangga ni MIL kasi + ada buah pisang 1 tandan nak kene buat agihan kepada ipar duai. Ok tu je citer sempena cuti nan panjang ..............


1 comment :

εïз mummyHaza εïз said...

uiiihhh lama nye berkg kat Melaka... lama dah x kesana.. Sedapnye apam lenggang tu yatie.. kite panggil apam masam.. hehehhe