CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, November 14, 2012

Cuti Deepavali : Picnic @ PD + Kenduri Tahlil @ Masjid Tanah (rumah MIL)


Hai!

Semalam kome² buat ape sempena cuti umum Raya Deepavali? Ohh kami gi picnic (kengkawan opis rancang sesaja suka² + merapatkan silaturrahim sesama kengkawan kerja). Petang isnin itu di kala nak balik ke rumah haku dapat sms ohh kandaku kata beliau amik di opis wahhh seronok² kebetulan hujan renyai² petang itu...

Sesambil berdua aja dalam kereta haku pun cerita apa perancangan kengkawan untuk acara picnic esok, beliau menyuarakan cadangan nak gi beli khemah kat Giant. Aku iyakan aja hehehe...........


~12hb November 2012 (Isnin)

:: Borong Khemah @ Giant Warta, Bangi ::

Lepas isyak kandaku bersiap-siap gaya macam nak keluar je, so macam biasa tanya beliau nak gi mana. Katanya nak gi Giant beli khemah (mybe risau sok kang anak terunanya jakun gi terjah masuk khemah orang sapa yang malu mak apaknya jugak kan...) apa lagi aku merengek-rengek la nak ikut. Mulanya beliau xkasi ikut tapi telah merayu damba akhirnya cair juga hati beliau hahaha apa lagi melompat girang + lelaju pakai bersiap yelah dah kul 9 malam kang Giant tutup melopong kan...

 budak ni jakun jugak lari sana sini tapi buaian ni buat dia doq diam jap
 teruja pulak bila nampak beskal alahai dik beskal tu besar la x sesuai untukmu ok!
 beli khemah dengan lapik sekali
 Ohh dah ada Big Apple rupanya depan mamak Warta ni
 chomei pulak kerusi kedai mamak ni colorfull huhuhu...
 aku dah kenyang tapi kandaku ajak ngeteh juga hahaha.... 
Aku masak makaroni goreng jek petang tadi
beli cerek baru wahhh jakun lagi tengok ada color² pulak cerek ni hahaha.....


 ~13hb November 2012 (Selasa)

 :: Picnic @ Tanjung Biru, PD ::

Sangat gigih balik dari Warta tanak nasi 4 pot dengan impian besar nak goreng nasi pagi sok untuk makanan tambahan kot² x cukup ke kan (tamak dalam hati tu hahaha...) 

Sebenarnya aku nak bawak coslow jek rupanya coslow x laku x de sapa pun jamah :( nasib baik nasi goreng teman licin deme makan hehehe... Bak kata fahimah nasi gorengku penuh lauk ada telur hancur, ada sotong, ada ikan bilis dan fish ball/fish cake + versi x berapa pedas jadi semua leh makan yo....

Sori semalam aku  xsempat nak amik gambor makanan sebab bizi jaga anak dara dan teruna yang x habis² bertasbih nak mandi lauttttttt! Aku memang x bawak baju sehelai pinggang je jadi camno nak temankan depa mandi? Soh ayahnya gi temankan mandi jadi x leh la nak berlama-lama berendam dalam air masin tu... Farish teruja sebab ni 1st time terjun laut beliau dulu² penakut sangat hahaha.............

Meh la tajuk makanan boleh? Konsep Pot Luck yoo...  
 
1) Nasi putih - Rohana Ibrahim
2) Sandwich - Siti Fazilah
3) Mee goreng - Lela Manja
4) Hati ayam masak cili padi - Puteri Nur Dhiya
5) Coslow / Nasi Goreng Merah - Yatie Ahmad
6) Popia goreng - Cik Yaya Zainudin
7) Air -
Khairul Nizam
 
Lain² menu
 
Daging & kepak ayam / Daging / Sotong BBQ
Daging burger / Sosej / nuget goreng 

Buah²an

buah rambutan / durian

dll lagiiiiiiiiii........
 
 ini makanan eden bawak : )
air surut
sesi masak, makan, kenyang perut

 kandaku layan durian en lazman bawak
Ya Allah tuan blog ke tu haisshh pesal comei bebenor kekeke (kutuk diri sendiri?.....)
 kami balik awal nak gi Masjid Tanah umah MIL

Nak kuar sekali jalan sesak, nk keluar x leh nak masuk pun x leh jadi semua pakat doq dediam dlm kete xde usaha nak undur ke hapa ke. Akhirnya kandaku gigih arahkan kete ni ke sana sini baru la jalan ok leh kuar dan masuk. Masalahnya parking sikit kawasan pantai ni berlekuk nasib baik la kami datang awal pagi...

Kami ikut jalan dalam balik Melaka maka dapat la jenguk tapak RTC Kuala Linggi, so di situ jakun lagi tengok kapal besor² wahh!!! Otw tu hujan turun renyai² sepanjang 1 jam perjalanan. Kami tiba rumah MIL baru usai baca doa tahlil dan semua pakat menjamu selera dengan penuh nikmat sebab kat luar hujan makin lebat.

Bila semua dah beransur balik aku, kandaku dan MIL pun jamah makanan (aku rasa kenyang lagi kan ke baru balik dari picnic) tengok lauk bukan main meriah ada ikan parang asam pedas, ayam kampung masak kari, sotong goreng kunyit, daging masak kicap, kobis goreng, ikan sepat kering, ada buah tembikai sebagai pencuci mulut dan air oren pengilang dahaga.

Kenduri tahlil ni agak mengejut MIL kata sebab busu dari sabah balik semenanjung jadi mereka kongsi 3 bersaudara untuk kenduri tersebut. Tu nasib baik Adik kandaku mesej kat FB bagitau tu yang dah alang² ada kat PD kami gigih singgah. Abang ipar pun x tau sebab kami x sempat nak info huhuhu...

Nasib anak dara busu ada jadi dia la tolong cuci pinggan mangkuk, aku pun memang amik tender cuci pinggan kalu kenduri (sebab x reti nak masak hahaha...). Aku kemaskan dapur pakej mop sekali baru la leh berehat-rehat dan lepas asar kami anak beranak balik Putrajaya. Adik kandaku lepas johor balik Kajang dia pun datang dengan anaknya je wife dia kerja.

Sementara nak lelap mata deq kepenatan aku ni x tenteram jiwa tengok 2 ketoi anak aku ni x reti la doq dediam, si Farish asyik merunggut marah² nyamuk gigit dia hahaha ko tu anak bandar sangat ke? Siap repot kat atok lak tu "Tok rumah atok ni banyak nyamuk la" Si Farisya pulak tawaf ke sana sini masuk bilik keluar bilik sekali terjumpa bakul mainan hamik ko di punggahnya sebakul mainan tu! Yang aku tension tu depa pakat lalu lalang depa wife busu yang tengah solat dalam bilik tu hadoiii sakit jiwa jap.....

Korang tengok tongkat nenek busu depa buat apa? nyanyi????????

Lepas asar, tapau lauk sejenis dua terus balik sepanjang jalan hujan tapi x lebat sangat. 1 km sebelum exit Nilai jalan jam tapi xde sebab xcident bukan kereta rosak pun bukan lehh lak tetiba jam alahai.... Sebelum maghrib kami sampai al-hamdulillah :)

sekian cito cuti diwali semalam babaiiiiiiiii.............


1 comment :

Unknown said...

Salam kenal....

http://cochicine.blogspot.com/

sudi2 la jenguk blog saya...