CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, March 29, 2012

Cik Nur Farisya Aqeela : mai keje :)


Hai untie² semua :)

Ite kene itut ibu ite dtg keje sebab :-

i)  pengasuh ite @ mamaira ite balik kampung sbb mama + papa + nenek 
dia nak gi umrah;
ii) ibu ite xmau ponteng keje jaga ite kat rumah sebab dia ada kerja; dan
iii) xde sapa nak jaga ite (ibu & ayah ite xmau susahkan nenek mlk utk 
jaga kami 2 beradik).

Jadi............ kite gi kerja yeayyy! Habis meja ibu ite sepah²kan hahaha  
(*gelak jahat!)

1st day : 26 Mac 2012 (Isnin)

2nd day : 27 Mac 2012 (Selasa)
3rd day : 28 Mac 2012 (Rabu)

Abam ite ikut ayah gi kerja juga tau! Lepas sekolah dia ikut ayah bila petang mrk datang amik ite dgn ibu pulak. Cian abam penat sampai tertidur kat dlm kete. Ite? Dah tidur lena dlm surau kat opis ibu jadi tenaga banyak sangat untuk buat onar huhuhu...

Ite nak ucapkan :

Many² THANK YOU pada kakak² chomel, untie² yang baik hati (tolong jaga ite sementara ibu buat kerja + pada untie² yang suka buli ite tu ite dah maafkan pun hahaha....)

Semoga Allah S.W.T balas jasa baik untie² & kakak² sekalian ek, ibu ite blanje makan puding roti dengan puding coklat ok la ek..... Tq untie EO Ana sebab bagi gaji kat ite yeayyyy suka ite leh beli roti jagung!



Tata Titi Tutu....


Macam² Perasaan Ado!

Salam,

Wahhh harini ada mood cemas sebab pagi tadi pumping susu dapat 1 1/2 oz je! Ohhh no xtau pesal pe, sejarah terburuk buat aku ok! Mood sedih : sob...sob...sob.... (maybe 3 hari ni jadual pumping lari sebab bawak farisya mai kerja + dia malas minum direct asyik main jek + ibu xsempat nak pump sebab bz & mesin MODU demam lagi sekarang tengah guna Avent Single).

Nasib juga masih ada warranty 1 tahun (beli thn lepas 2-6-2011) leh la mintak jasa baik kanda hantarkan pi servis nuuu di Sarakids Shah Alam. Tapi rasa janggal la pulak guna single pump ni sebab dah terbiasa double pumping kan.... Xpelah sabar ok!

Ohh ye harini ada Mesyuarat Agung Puspanita kat Kementerian, dah la nama xde dalam senarai tapi nasib dapat masuk dewan. Pukul 11 baru penaung datang haih! (nak mengumpat sikit : datin wife YBM tu memang selalu xmenepati masa dlm tentatif tulis majlis start pukul 9.00 pagi tengok dia lewat 2 jam ok!) Memang setiap kali majlis dia buat peel gitu mentang² dia VIP leh sesuka ati ekk? Tunggu PRU 13 kot² laki dia masih jadi YBM KKLW lagi huhuhu....

Ok tu je nak citer daaaa hahaha....


Sunday, March 25, 2012

Sandwich Goreng Berkeju



ayam cincang + sayur campur + cendawan + serbuk kari
lenyek dulu roti ok kalu x nanti roti serap minyak masa mengoreng
kraft cheese sekeping ni potong 4 (jimat² hahaha..)
boh cheese + 2 sudu ayam
Celur roti dalam telur sebelum goreng ok
Goreng jangan x goreng
Hamik selambak dapat muahaha kenyang sampai pagi... 
 

Moh masak!

♥ Sandwich Goreng Berkeju ♥
Bahan² :

Roti Gardenia
Daging Ayam cincang cap Ramly Burger
Sayur Campur
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih              
Cendawan Shitake @ Butang   * cincang dadu
            
1 sb serbuk kari
1 sb sos tiram            

Minyak untuk menumis
Garam/Gula secukup rasa 
4 biji telur untuk celup roti

Cara² memasak inti : 

Tuang minyak dan goreng bawang merah, bawang putih dan cendawan sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan daging ayam cincang (sila gunakan api kecik ye), bila daging ayam mula layu leh masukkan sayur campur, sos tiram dan serbuk kari masak lagi hingga daging masak sekata akhir sekali boh garam dan gula secukupnya. Ok siap inti roti ketepikan dan biarkan sejuk!


Cara² :


1. amik roti sekeping roti kemudian gunakan kayu pengelek (rolling pin) gelek sampai roti jadi leper.

2. letak 1 potong cheese dan 2 sudu inti di atas roti kemudian sapukan telur/air keliling roti (jadikan gam supaya roti leh melekat) gunakan garfu untuk tekan di kawasan

3. leh lipat dua @ gulung ikut kreativiti kome² semua :)

4. pukul telur boh garam sikit (ala² macam buat telur dadar) 

5. roti yang dah siap lipat celup dalam roti dan sedia untuk di goreng. 


Ok daaaaaa.........


Thursday, March 22, 2012

ceritera Farish Akmal Part 6



~28 Februari 2012 ( Selasa)

Salam,

Nak tau x progress terkini tentang si abam Farish? Ingat x lagi 12-11-2011 yang lalu Farish baru saja menjalani pembedahan mata klik sini. Selepas 2 minggu ada temujanji dengan doktor untuk monitor perkembangan selepas pembedahan dan doktor kata mata Farish ok. Al-hamdulillah  3 bulan pun berlalu maka pada tarikh ni ayah kene bawak Farish untuk pemeriksaan lanjutan.

Kali ni ayah bawak Farish je dan ibu kerja macam biasa (x yah ikut nanti meracau xde tempat nak pump susu hehehe ...). Doktor bagitau ayah mata Farish ok dan dia kasi surat refer untuk pemeriksaan lanjutan ke Hospital Putrajaya. (senang dekat sikit HKL tu jauh ok - + jalan jem memang kene kuar awal pagi).

Di hari kejadian ayah kuar rumah jam 6.30 pagi dan sampai HKL sekitar jam 8 pagi. Amik no giliran dan tunggu nak jumpa doktor lebih kurang pukul 11 pagi baru settle semua. Syukur al-hamdulillah sekarang xde lagi tekanan emosi/perasaan buat Farish kan sebab mata dia dah ok, ibu dan ayah pun rasa gembira kalu x ibu pun rasa down bila ada 'orang' tanya kenapa mata Farish juling? kenapa leh jadi? bila terjadi? ada sejarah keluarga ke? Bla..bla...bla...

Dah tentu Farish sendiri pun xmau kan mata dia jadi juling, hari² balik sekolah (Tabika KEMAS Presint 18) dia mengadu kawan² ejek dia cian anak ibu sob...sob...sob....




Referral Letter 2 HPJ


Wednesday, March 21, 2012

Telur Rebus~Kenduri Kawin



Salam,

Haiishhh cite pasai makan lagi hahaha..... Ohh ye semalam pagi dapat telur rebus, biasa la bila ada kengkawan yang balik kampung sempena majlis kawin adik-beradik, saudara-mara mesti akan ada ole² buat kengkawan kat opis weeeee suka hati i ok dapt telur rebus hehehe :). 

Nak citer kalu kat opis ni si Ella la penyumbang makanan, macam² makanan kudapan dia bawak opis (kat opis ni biskut kering pun nampak sodap lagi pulak makan reramai sambil bergosip opppppssss.......... hahaha...)

Okies citer pasai telur ni mulanya nak makan la dengan nasi buat lauk makan tengahari akan tetapi sebab pantry dah pindah (alasan malas nak gi amik kat meja + terlupa sebenarnya) maka bawak la balik rumah. Alah sebiji je pun kan, ok lambai kawan² nak balik si Nurul bagi pulak sebiji telur rebus yang dia dapat maka dapat la 2 biji :).

Wahhh berangan balik nak masak telur masak merah, tapi xkan 2 biji je kan... Goreng lagi 3 biji telur mata kerbau buat geng dengan telur rebus tu. Sebiji buat lauk 2 beradik tu kene la asingkan kang depa meraung pulak kepedasan hehehe.... 

Si ayah tu suka sangat telur kalu makan sokmo 2 biji dia sorang bedal, tapi malam tadi makan lebih pulak dia (sedap sangat kot ibu masak sampai bertambah-tambah makan siap berebut telur pulak dengan ibu kekeke....)

Telur Masak Merah

Kacang Botol Goreng dengan Ikan Bilis


Moh masak!

Telur Masak Merah
Bahan² :

Telur Ayam (Goreng @ Rebus)

Bahan A
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih             * blender
1 cm belacan
                                            
Bahan B
2 sb cili giling
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos tiram            


Minyak untuk menumis
Garam/Gula secukup rasa 

Cara² memasak : 

Tuang Minyak dan gorengkan telur rebus sebentar kemudian angkat. Gunakan minyak yang sama tumis  Bahan A sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan Bahan B tumis hingga garing sedikit (kalu pekat tambah air kasi cair dan sambal masak dulu~sila gunakan api kecik ye). Bila sambal masak dan terbit minyak akhir sekali boh garam dan gula secukupnya. Dah masak siram je atas telur mata kerbau @ telur rebus yang dah di goreng sebentar tadi ok Siap sudah!


Ok daaaaaa.........

Tuesday, March 20, 2012

:: Retreat TW 2012~Marina Cove Resort Lumut, Perak ::


Salam semua,

Ohhh sangat la lama menunggu mood datang untuk mengarang n3 pasai Retreat TW yang lepas huaaaaa (ngangga luas tangan kat molot aksi ngantuk hahaha...)

Tajuk Retreat tahun 2012
Memo

Haaa ni memo arahan big bos sign arahkan kami semua gi Lumut yeehaaaaaaa....!!!


~24 Feb 2012 (Jumaat)

:: Putrajaya - Bidor - Lumut ::

Aku balik rumah kul 12.30 tengahari dari opis, tunggu Farish dan si ayah datang jemput kat opis (haku lom kemas kain baju ok ni balik baru nak kemas hehehe....). Si ayah tunggu kawan dia la hantar barang la sudahnya dekat kul 1 baru amik si kenit kat umah pengasuh. 

Balik rumah dengan pantas dan tuntasnya kemas beg si kenit dan kemudian beg si abam Farish. Beg haku campak² baju pe nak pakai + kunun² nak share beg dengan si ayah alih² ayah bawak beg sandang je (beliau kata baju haku je penuh 1 beg mana space nak taruk bebaju dia hehehe.... Pasni kene beli beg besau ler leh le kite campak semua baju kita anak beranak lam tu xde la si kenit 1 beg, si abam 1 beg, si ibu 1 beg beso dan 1 beg ayah kan..kan...kan.....)

Kali ni anak buah@kakak nak tumpang balik kampung tapi hantar sampai Bidor jelah sebab arah tuju kami berlainan destinasi tapi balik dari Lumut nanti ucu singgah ziarah opah ok :)

 Gerak dari rumah kul 4 petang, langit dah mula gelap tanda hujan nak turun tapi perjalanan tetap di teruskan dan kami guna tol Bandar Saujana Putra ke Bidor.
  
~(Tol Plus Bandar Saujana Putra ke Bidor = 155 km, Tol RM20.60).


:: Badan naik gatal-gatal ::

Tiba² Farish mula menggaru dan mengadu gatai² 1 badan (gamaknya kene hama kat baju yang dia pakai * baju doq dalam almari lama kot + dia pun jenis xreti doq dediam melompat sana sini haissh...) Nasib la bawak bedak 1 botol jadi sepanjang jalan si kakak la tolong sapukan bedak kat dia, jenuh nasihat jangan garu² tapi dia cakap gataiiiiiiiiiii la buuuuuuu...!!! 

Gerak dari Putrajaya kul 4 petang, sampai Bidor kul 6.30 petang drop kakak kat KFC Bidor kemudian meneruskan perjalanan gi Lumut. Hujan dah mula turun dengan lebatnya dan hari makin gelap ok, Farish dah terjaga dari tidur dan mulutnya mula la bertasbih 'bila nak sampai ni bu, jauh lagi ke bu? gatal la badan Farish, tolong la sapukan bedak kat belakang Farish ni... 

Aduyai serba xkene aku ok dengan kepayahan la tolong urut² dan sapukan bedak, sebelum tu aku dah tukarkan dia baju lain dengan harapan dapat mengurangkan rasa kegatalannya tapi hampeh! Dia senyap jap tapi tangan masih garu² alalalala cian anak ibu, sabar ye nak hujan lebat ni mana nak brenti lagi pulak jauh lagi Lumut nuuu.....  

~(Bidor ke Lumut = 107 km, 1 jam 44 minit anggaran masa perjalanan) 


:: Salah Simpang = Sesat Jalan ::

Hujan lebat + minyak keto makin mengering, mengelabah cari stesen minyak (aku bukan familiar sangat jalan nak gi Lumut ni walaupun aku orang Perak, pecah peluh ok! nasib ada Garmin asbenku install lam handphone aku maka gunakanlah khidmat bantuan Garmin). Entah mana silapnya si Garmin settingnya dah xbetul kuar map besar versi 1 Malaysia punya map wawawa nangis haku tapi si Garmin berjaya juga la tunjukkan mana stesen minyak terdekat.

Berenti isi minyak di BP Stiawan, tukar pampers si kenit, beli air dan roti wat lapik perut yang mula kerongcong ni. Kami meneruskan perjalanan, ujan makin lebat + hari makin gelap entah macam leh terlepas simpang nak gi Hotel Marina Cove Resort maka kami anak beranak dah sesat ok gi sampai Pekan Lumut!

Waaa asbenku naik angin ok dia marah sebab haku xprepare awal² dan haku pun sama naik hangin la aku pun penat juga  + aku pun xtau jalan hanya mengharapkan bantuan signbord jelah... Tawakal jelah pi tanya orang, 2 kali brenti tanya jalan akhirnya sampai jugak...puhhhh lega rasa!

Pukul 9.00 malam baru kami sampai, perut lapar terus serbu cafe hotel makan malam memang disediakan. Aku pulak perut naik sebu masuk angin apo laei gi tandas muntah ijau weeekk.... Makan malam naik bilik mandi kemudian pengsan kami 4 beranak. (Malam tu sepatutnya ada taklimat daripada bos tapi aku xlarat dah sori ye boss sok pagi lah kite jumpa boleh x hehehe...)

~25 Feb 2012 (Sabtu)

:: Ceramah Pengurusan Emosi & Stress ::
Tentatif pada hari kejadian
Farisya dalam bilik kuliah 
Belajar amik nota hehehe...
Bergambar dengan Penceramah & aksi² chomei huhuhu...


:: Telematch & Team Building ::
Gambar Warga TW & Family
 Sukaneka
Kanak² Ribena :)
Waaaahhh dapat hadiah :)


Habis jek berpanas di tengah padang maka semua pakat serbu Water Park (dapat masuk free weeee sukaaaa) Tapiiiiiiii kan sungguh la x best sebab Team Park tu lantainya pasir ok rasa geli² kaki kite tau hahaha....

Udah naik kecut kaki tangan 2 beradik tu berendam kami pun dengan basah lencun sambung pulak berendam dalam swimming poll agak² si abam puas hati baru kami naik bilik sebab malam nanti ada BBQ.....


Malam hari ado BBQ, si ayah sedia maklum dia akan nyanyi 1 lagu (sebab aritu complain asyik nyanyi lagu Azura je terus dia tukar lagu lain pas2 jadi sumbang seh hahaha....) Makan kenyang² terus naik bilik sebab anak daraku ituw udah ngantuk, si ayah tunggu cabutan bertuah. Depa yang bujang² layan karaoke sampai kul 11 malam.


~26 Feb 2012 (Ahad)

Pepagi hari lepas b/fast terus gerak balik tapi sempat singgah umah mak dan tapau Mee Rebus Mastan Ghani, akhirnya dapat juga makan lepas sekian lama mengidam @ teringin nak makan. Tengahari gi makan kat umah 'kakak ipar' (kenduri arwah ayah mertua abang 40 hari) 

Pukul 3 petang kami balik Putrajaya, sepanjang jalan hujan lebat dan yang syoknya mak kasi bantal kekabu untuk 2 beradik tu huhuhu....

Sekian tamat la sudah citer Retreat TW untuk Tahun 2012, jumpa lagi next year (kot ada budget nak gi la kan hahaha....)

Yummy³ sodapnya.....


Salam,

Pepagi hari dah buat n3 pasai makan hahaha ni gara² semalam dapat souvenir si khai kasi (dia adalah pengail ikan terhandal ok huhuhu...)

Balik semalam singgah ke kedai runcit beli telur ayam dan sayur petola. Terus gi jemput 2 beradik tu kat rumah pengasuh kemudian bersilat la kat dapur masak makan malam. 
Jangan banyak cito layan yolah menu kami malam tadi hehehe.........

 Petola Tumis Air Bersama Udang Kering
Ikan Kembung Berlado 

Simple jek kan menu kami, xkuasa la nak masak 2,3.4 menu. Ni pun bukan main payah lagi nak memasak ok dengan si kenit tu sikit² merenggek kemudian tawaf ke dapur ke ruang tamu kemudian berkejaran, main dengan si abam pastu nangis bila di usik, di sergah @ terjatuh... Haisssh..!!!


Oklah apo laei lauk yang special? Ce skroll ke bawah ye kawan²....


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Ikan Kering ~Sepat / Haruan 

Haaaaaaaaaa... nilah menu tambahan yang membuek den makan bertambah-tambah, ikan kering special request tau...

Tq Khai! Next time leh niaga pulak tau hehehe....


Monday, March 19, 2012

Hot Air Ballon Fiesta 2012

  
Salam,

Kite nak bagitau uoll yang kite pun pergi tengok belon panas ni petang ahad 18 Mac 2012 (Ahad) nasib ada nak buah yang sudi mengajak maksu dia yang terperok je kat rumah weekend lepas hehehe....

Sebenarnya yang teruja sangat nak pergi tengok belon panas ni si kakak la, siap arahkan maksu yang malas ni masak sedap² hari ahad tu. Udahnya pening pala den nak masak mende? Masak sayur campur dengan ikan selar asam pedas je, sedap x sedap belakang kira janji perut kenyang hati ala sinang la kan....

Tunggu punya tunggu x sampai² bebudak ni rupa² depa datang petang lepas asar. Wan siap tapaukan pisang goreng tapi peniaga tu terlebih letak garam dalam tepung jadinya pisang goreng masin hahaha.... Buat teh o panas makan dengan pisang goreng versi masin layannn...

Pukul 5 kakak soh maksunya yang serabai ni bersiap, apaaaa? Depa ajak gi tengok belon panas sesama wahhh..wahhh..wahhhh..... sukanya hati mak ok! Dengan cergasnya salin baju 2 beradik tu dengan haku² sekali tukar t-shirt je senang cepat pantas dan ringkas kan..kan..kan....

Humangai ramainya umat manusia yang sama jakun macam aku hehe nak tengok belon panas, dan macam biasa bila bawak kanak² ribena terutamanya si abam Farish COMFIRM anda..anda...dan anda sekalian akan di POW hahaha.... Siapa mangsa kali ni?   

Wan la kene sebab beliau abang sepupu febret Farish, memula wan dengan rela hati belikan belon atromen xpelah baru RM5 jek kemudian dia nampak pulak yoyo tapi kami buat xtau je permintaan dia. Jalan² lagi kemudian dah nampak belon panas tengah nak naik dia pusing sana sini alih² nampak taman mainan. 

 Ni taman mainan berbayar
 
Ingatkan masuk taman mainan tu free ropa²nya kene bayar lagi RM5, wah bukan main seronok dia melompat-lompat, mengelonsor sana sini. Kami pulak tunggu la deme dengan penuh kesabaran sambil nengok gelagat sekalian  manusia yang datang tanpa henti. Aku rasa pelik jap deme² yang datang time nak maghrib@matahari nak terbenam ni nak nengok mende? Kang malam menjelma mana la nak nampak belon tu ropa apa ye x?

Pukul 6.30 petang wan telefon (tapi sungguh pelik line telefon & sms jadi jem ok masa kat area presint 2 tu xtau la apa sebabnya) dia ajak balik lagipun dah nak maghrib kan. Sampai kat kete si abam Farish dah sengih² dia berjaya POW abang wan dia robot (RM10) pulak kekeke....

Kesudahannya kos kerugiaan si abang wan pada hari kejadian bersamaan RM20 hahaha... Xpelah abang wan baru gaji kan... Si kenit cuma dapat pegang kejap² je robot, belon abam Farish sorok dalam stor hampeh jek!

 Belon baru nak naik


 Lautan manusia

Kawasan naik belon panas berbayar 7 minit = RM10

 Farisya & Kakak (mood xmau dengan org lain selain ibu huh..!)

Kami selamat sampai rumah hampir nak maghrib setelah mengharungi jem yang agak kronik, kete banyak nar ok! Mulanya depa xmau singgah naik rumah dan makan haisshh yang kome soh aku masak bebanyak pastu xmau pulak makan ye amboi...amboi...amboi....

Akhirnya lepas maghrib dan setelah menolong makan deme pun balik. Sekian laporan edisi jalan² di ujung minggu daaaaaaaaaaa............

Korang nak tengok lagi leh  Klik Sini