CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, June 29, 2012

Resepi : Spaghetti Simple (ye ke?)

Hai,

Semalam malas nak masak nasi jadi gi kedai runcit bawah rumah beli spaghetti dan sos spaghetti je sebab kat rumah dah ada daging kisar. Jimat masa hehehe...(dasar pemalas!). Si kenit Farisya sangat lah x kisah ape pun ibu dia masak dia makan je tanpa banyak songeh, melainkan si abam Farish je sangat cerewet ishh...ishhh...isshhhh.....

Ni pun malas juga nak taip apa bahan²nya kome tengok jelah step by step ye.....kekeke....

 Celur spaghetti - boh sikit minyak zaitun supaya spaghetti x melekat &
 sedikit garam ye
   bawang besar dan bawang putih di cincang, nak pedas tambah cili padi
 lobak merah, cili capsicum hijau & buah tomato potong dadu
 Daging lembu kisar ni perapkan sekejap dengan sedikit garam dan lada sulah (kasi perasa sikit la) kalu malas beli je daging burger pastu goreng 1/2 masak kemudian cincang lagi sedap ok!
 Sos spaghetti cendawan cap Kimball
 Goreng daging lembu kisar cap Ramly 1/2 masak je tau
 Masukkan bawang besar dan bawang putih cincang
 Masukkan lobak merah dan kacau sekata
 Masukkan sos spaghetti kimbal
 Akhir sekali masukkan tomato dan cili capsicum hijau, perasakan garam dan sedikit gula supaya sekata rasanya
Tarraaaaaaaa dah siap! ni versi kanak² sebab x de cili padi yea...


Thursday, June 28, 2012

Resepi : Sotong ala² Paprik versi xpedas!


:: Sotong ala² Paprik ::

Moh masak!

Bahan² :

sotong - bersihkan dan potong
Bahan A
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih             * blender halus / mayang halus
1 inci halia
1 inci belacan 
1 batang serai  
                                         
Bahan B
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan C      
kacang panjang
lobak merah
bunga kobis 
cili capsicum hijau / merah / oren @ cili merah/hijau
1 biji tomato (potong dadu)
sekeping asam keping
2, 3 helai daun limau purut

Minyak untuk menumis
Garam/Gula secukup rasa 

Cara² memasak :  

 Bawang merah, putih, halia, serai & belacan blender halus tapi kalu suka rasa nak gigit² mayang halus jek
 Sotong  
 Kacang panjang, lobak merah, capsicum hijau/merah, bunga kobis & tomato

Tumis bahan kisar hingga naik bau kemudian masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit (kasi warna sikit la kang pusat lesi pulak sebab xde boh sos cili dah cili boh)

Masukkan 1 sudu makan sos tiram
 Masukkan sayur yang keras dulu - lobak merah dan kacang panjang & jangan lupa daun limau purut yang di koyak-koyak
 Agak² lobak dan kacang separuh masak masukkan sotong (xleh masak sotong lelama kang keras macam selipar jepong je rasanya)
 Masukkan cili capsicum, tomato dan bunga kobis, rasakan garam gula dan campakkan sekeping asam gelugur (untuk hilangkan rasa hanyir sotong). 
Gaul sekata padam api. Siap!



Tuesday, June 26, 2012

Farisya Bam²


Salam,

Sekarang  rasa lega sikit sebab si kenit ni dah mula naik berat badannya, puhhh semangat kome kalu dukung naik lenguh tangan. Aritu masa timbang kat klinik 9++ kg mana x lenguh tangan iya idak! Selalu lepaskan dia berjalan sendiri sebab x larat nak dukung dia hehehe....

Dulu bukan main payah nak naik berat badannya, la ni pantang sua makanan terus cakap 'Nakkkkkkkkkkkkkkkkkkk'! Semalam kat rumah pengasuh katanya Farisya makan banyak : ) kalu kat rumah memalam makan siap berebut-rebut dengan abang tapi si abang ni memilih makanan tapi Farisya x kisah makan apa pun janji perut dia kenyang hehehe....

 Eiii geram budak bolat ni!

Kejap je pun ayunya sebab tocang ni cecepat dia cabut pastu soh ikat semula. Huh! xde koje mak ko nak ikat berulang kali ye!

Sekian ibu Farisya melaporkan tentang si bolatnya :)



Resepi Sardin (Tin)

Salam,

Hek eleh masak lauk sardin pun nak citer dalam blog hahaha.... Blog aku sesuka hatiku la nak citer apa kan..... 'ade aku kesah!' huhuhu....

Ni aku nak share 2 resepi mengarut untuk tatapan korang hehehe....


:: Kari Sardin ( x bersantan) ::


Bahan² :

1 tin besar sardin (buang sos tomatonya ok)

Bahan A
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih             * Mayang Halus
1 inci halia
                                             
Bahan B
2 sudu makan cili kering (blender)
2 sudu makan rempah kari
1 batang serai (di ketuk)

Bahan C      
1 biji tomato (potong dadu)
Air asam jawa secukupnya

Minyak untuk menumis
Garam/Gula secukup rasa 

Cara² memasak : 

Tuang Minyak dan gorengkan Bahan A sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan Bahan B tumis hingga garing, bila rempah masak dan terbit minyak masukkan Sardin dan Bahan C. Kalu kuah agak kering leh tambah air sedikit, rasakan garam dan gula secukupnya. Siap!

 :: Asam Pedas Sardin ::


Bahan² :

1 tin besar sardin (buang sos tomatonya ok)

Bahan A
10 biji cili kering @ 2 sudu cili boh          * Blender / tumbuk
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih        

1 inci halia                                       
1 inci belacan
1 inci kunyit hidup @ 1 sudu kecil kunyit serbuk
sedikit lada hitam

Bahan B
1 batang serai (di ketuk)
sedikit halba campur (halba, biji sawi, jintan putih & jintan manis)
Air asam jawa secukupnya
 

Bahan C
Daun Kesom / Bunga Kantan @ Daun Limau Purut (ikut suka sila pilih hehehe)
Buah Tomato & Bendi 

Minyak untuk menumis
Garam/Gula secukup rasa 

Cara² memasak : 

Tuang Minyak dan gorengkan Bahan A sehingga layu dan naik bau tumis hingga garing, bila rempah masak dan terbit minyak masukkan Sardin dan Bahan B. Kemudian masukkan Bahan C (aku xboh sebab xde stok kat rumah) Kalu kuah agak kering leh tambah air sedikit, rasakan garam dan gula secukupnya. Siap!




:: Sambal Sardin ::

Bahan² :

1 tin besar sardin (buang sos tomatonya ok)

Bahan A
10 biji cili kering @ 2 sudu cili boh          * Blender / tumbuk
1 biji bawang besar(potong bulat je)
2 ulas bawang putih        

1 inci halia                                       
1 inci belacan

Bahan B

Air asam jawa secukupnya
 

Bahan C
Ubi kentang potong ala wedges perasakan garam kunyit dan goreng kekuningan

Minyak untuk menumis
Garam/Gula secukup rasa 

Cara² memasak : 

Tuang Minyak dan gorengkan Bahan A sehingga layu dan naik bau tumis hingga garing, bila cili masak dan terbit minyak masukkan Sardin dan Bahan B. Masak sekata kemudian masukkan Bahan C  Kalu kuah agak kering leh tambah air sedikit, rasakan garam dan gula secukupnya. Siap!

Ok daaaaaa.........



Friday, June 22, 2012

♥ DIY ~ Baju Kurung Lama ♥

Salam,

Entry semalam citer pasai projek menjahit yang dah berjaya aku siapkan (ehhh xsiap lagi ada 3 pasang lagi lom jahit silang pangkah maknanya xsiap lagi la kan kekeke....) weii serius aku cukup malas nak jahit silang pangkah ke jelujur ke hapa² jelah yang seangkatan dengannya sebab aku ni jenis P.E.M.A.L.A.S! Kalu boleh nak jahit mesin jek jasssssssssssssss terus siap hahaha....(dasar pemalas nak mampus!)



Malam tadi aku gigihkan diri siapkan jahit silang pangkah untuk baju ni, cehhh pagi ni rasa pelik sebab 1st time pakai baju hasil jahitan sendiri... Aku rasa janggal sangat rasa macam x kene je kombinasi warna baju dengan kain tu tapi kengkawan kat opis kata ok jek. Entah la rasa macam rendah diri pulak (aku ni pelik sikit aku lebih suka beli @ hasil jahitan orang sebab aku rasa kalu aku buat x cantik, xkemas macam orang lain... ada ke gitu? sengal x boleh blah hahaha...!!!)

Pagi ni pusing² depan cermin panjang rasa macam x yakin jek nak melangkah gi kerja, kang gi opis orang gelak² kan aku camne? Bengong kan fikir mengarut je aku ni.... Asben aku cakap 'ok je bu macam warna Wanita UMNO' Cehhhhhhhhhhhhhhhh!

Ehhh semalam aku janji nak tunjukkkan baju yang aku pernah jahit tahun bila ntah aku lupa tapi la ni x siap² lagi. 3 pasang baju ni aku xsiap jahit getah pinggang sebab aku x pandai nak buat kedut² kat pinggang tu jadi kemas dan cantik masa dulu. Jadi kebetulan masa mood nak menjahit kain datang berkobar² (baca sini) aku pun dah pandai sikit bila google kat internet, tengok kat youtube dan ajaran cikgu qasseh secara lisan maka aku pun boleh buat dan nampak kemas dan cantik al-hamdulillah......

Kome nak tengok x baju kurung yang aku pernah buat dulu tu? Ok meh scroll ke bawah.... (Alamak malu la x cantik... korang jangan gelakkan aku ye janji tau!....)

v


v


v


v


 v 


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v

 Tarraaaaaaaaaaaaaaaa..................




Baju ni masa aku belajar jahit dulu aku xreti pun guna kain gam untuk buat leher baju kurung jadi Yong ajar aku teknik lipat ke dalam dan jahit jelulur ke jahit hapantah aku xtau nama tapi masa jahit tu aku dah terbalik jadi kat leher tu patutnya kain terbalik kat dalam tapi tengkuk aku kain terbalik kat luar kain cantik kat dalam (ehh korang faham ke ni? Korang nampak x pelik je tengkuk baju tu kan..kan..kan...)

Baju ni sukatan pun x betul (ehh dulu aku kurus sikit tapi la ni dah naik bam² jadi baju tu x muat pun nak sarung hahaha....) Kain murah siap ada lap lip lap lip gitu... Nak kasi sapa la ek sebab kecik (ada ke orang nak dah la jahit x kemas sob..sob..sob....) 

Masa belajar dulu gigih aku jelujur dulu sebelum jahit mesin, nak jahit pesak dengan kekek pun x reti apatah lagi nak sambung tangan.... Bak kata Yong aku 'ko hemtam karolah janji jadi' hahaha....


Belum siap baju ijau aku beli pulak kain kat Mydin lagi kununnya warna ni leh matching dengan tudung korporat KKLW la (berangan x ingat macam dah terror sangat la menjahit hahaha...) 

Baju ni pun salah sukatan singkat tangan, singkat baju tapi leher ok betul x terbalik macam baju ijau tu hehehe... Nampak benor kain murah kan nama pun baru belajor kang beli kain memahai x jadi macam ni haa kan menyesal x sudah betul x!


Ehhh yang ni tinggal kain jek sebab bajunya ada kat kampung, masa balik kampung kenduri arwah dan kesyukuran + sambutan hari ibu (baca sini) aritu kununnya nak soh Yong jahitkan tengkuk yang serabut dan ajarkan aku silang pangkah kat tangan dan bawah baju tapi kebetulan masa tu Yong bz sangat. Masa aku kelam kabut berkemas kain baju nak balik Putrajaya Yong mintak baju tu sebab dia nak jahitkan tengkuk sebab x sempat siap aku tinggalkan je kat kampung.

Yong dan anaknya si kakak gelak² aku sebab baju kurung merah ni kecik saiznya sedangkan aku saiz dah 2 x ganda besar hahaha..... Takpelah nanti aku kasi mak jelah 3 pasang baju ni semua hehehe.....

Sebenarnya ada 2 pasang lagi aku tersalah gunting, masa nak gunting lubang keher aku tebuk depan belakang kekeke hancus! Kain yang ke-2 pulak kain mahal bunga besar gabak kain tu kakak ipar (angah) aku kasi (alamak kalu dia tau kain tu aku dah tersalah gunting kecik hati dia kan...maaf...maaf....~#buat gaya zizan rajalawak) 

Kelmarin aku geledah jumpa semula kain pemberian angah tu, rasanya dapat buat baju je sebab x cukup nak buat kain sekali (tersalah gunting sebab bunganya besar dan menegak~aku xpandai gunting kain lagi masa tu baru belajar la katakan.....) Kene beli kain warna lain 2 meter buat kain. Insya Allah weekend aku cuba siapkan hehehe....

Dah..dah... tu je citer pasai kedai kain aku hahaha.... Xdelah aku menjahit untuk diri sendiri jek bukan sebab nak amik upah ke hapa....

Ehhh² wajar x aku rasa bangga sebab dapat DIY Baju Kurung? Soklan bengong hahahahaha........!!!



Thursday, June 21, 2012

♥ DIY ~ My 1st Baju Kurung ♥


Salam,

Wah² tajuk x leh blah! kekekeke...........

Al-kisah bermula bila kakak ipar aku kasi 1 set mesin jahit dan mesin jahit tepi (masa tu beliau berhajat nak menetap terus di Malaysia akan tetapi masa berpindah rumah dari Shah Alam ke Bangsar rumah sewa tu kecil dan sempit jadi banyak barang di agih-agihkan kepada adik beradik hehehe..... Tapi xlama lepas tu beliau balik semula ke Melbourne sebab Danish nak sekolah. Danish xfasih cakap melayu dan yuran sekolah & transit mahal bebenor kat KL nuuu...)

Oleh kerna aku dah ada mesin jahit jadi mesin jahit angah aku kasi kat birasku 'Kak Midah' (beliau pun minat jahit menjahit ni) Wahhh gembira la aku bukan kepalang sebab dah ada mesin jahit tepi kat rumah kununnya leh la jahit baju kurung sendiri.... Berangan la pasni xyah la sesusah nak gi kedai jahit tepi kalu nak buat baju kurung ke apa ke kan...kan...kan...


Mesin jahit tepi cap Janome

Bak kata asbenku 'ada mesin jahit tapi buat tukun!' Hampeh je lakiku itu sound aku setepek wawawa terbakar hati teman tau! Tapi memang betui pun lama giler mesin 2 beradik tu tersadai dalam bilik, dulu aku pernah berkobar-kobar nak menjahit baju kurung tapi rasanya sebelum mengandungkan si Farisya lagi siap beli kain kat Mydin Presint 15 (kain memurah je RM9.90 buat percubaan la kununnya....)


:: 1st Time Menjahit pada ???? lupa tahun hahaha... ::

1st time mengunting kain aku mintak 'Yong' ajarkan tapi sebab balik kampung kejap sangat belajar pun lelaju x berapa nak faham sangat. Aku beli pulak buku nota jahitan online kat sini. Sesambil tu google juga nota free kat internet tapi aku x pandai² juga mula meroyan nak gi kelas menjahit la tapi xmau kuar $ bayar yuran boleh x? Maka impian berkubur bersama semangat yang hilang di bawa angin hehehe....

Akhirnya projek menjahit terbengkalai jadi semuanya aku simpan balik dalam kotak bebaik. Dalam hati berkata-kata 'entah tahun bila pulak aku nak siapkan aku pun x tau hahaha.....'

Masa mengandungkan si Farisya aku guna la mesin jahit tu sebab nak jahit sarung tilam baby (baca sini) Lepas tu simpan semula sampai sekarang.....


 :: Mula Menjahit Semula ♥ ::

Mood nak menjahit datang semula sebab asalnya nak kasi kain pasang kat mak, mil & yong sempena hari ibu (baca sini) la kununnya tapi last minute aku tukar ke hadiah lain. Terdetik dalam hati nak buat baju kurung la (al-maklum la badan dah membesar jadi baju pun dah banyak x muat hahaha....)

 Kain ni Cik Qasseh tolong ajarkan cara menyukat & mengunting! Tq Cikgu!
Kain ni mencabar sikit nak jahit pecah² (xtau nk terangkan)
Kain beli kat Nilai 3 RM50 3 pasang murah kan!
 Orang tamak bukan nak buat satu² sekali 4 pasang aku buat tapi baru 
siap 3 tengkuk je
 Seronok bukan kepalang bila berjaya buat tengkuk guna kain gam :)
Ce tengok aku dah terkerat lebih jadi lurah tu jadi 6 inci panjang hahaha....
Baju purple tu beli kat Mydin RM9.90 hehehe...
4 pasang baju dah siap tinggal nak jahit silang pangkah kat hujung tangan 
dan bawah baju je :)
Kain pun berjaya buat kedut² dengan jayanya.... yeayy!!!

Makanya 4 pasang baju kurung ni bukanlah baju 1st time aku jahit la kan, nanti aku mik gambar baju yang pertama kali aku buat tu ye... Kalu tengok huduh jek sebab singkat tangan la, kecik la macam² cacat celanya, rasa macam malu pulak nak tunjuk hehehe....

Waaaaaaahhh bangga jap dapat buat baju kurung sendiri! Opppsss riak sudah! Ok daaaa....

ps : Terima kasih Cikgu Qasseh sebab tunjuk tutorial cara sukat dan gunting kain, semoga perkongsian ilmu yang anda berikan di berikan pahala yang berlipat kali ganda amin....



Tuesday, June 19, 2012

♥♥ Stok EBM Menyusut? Oh No! ♥♥



Salam, 

Harini nak citer pasai stok EBM si kenit @ Farisya, wawawa berdeborrr weiii bila buka peti ais termenung jap tengok stok yang makin lama aku tengok makin susut x macam dulu² penuh sesak sampaikan xde ruang langsung nak simpan lauk basah....

Dalam hati doq fikir adakah ini petanda untuk si kenit akan berpisah @ bercerai susu dengan aku????????  Yelah usia anak aku tu dah 1 tahun 5 bulan maknanya  7 bulan lagi genap la 2 tahun dia menyusu badan sedih laaaa....

Nanti aku akan rindukan saat bila dia menyusu memalam tangan dia meraba-raba sana sini, bila dia marah sebab xsuka tangan aku menghalang dia nak pegang put*ng (dia pegang je pastu bangun nak meyusu belah yang dia pegang pulak) Mula² dulu aku rasa geli bila dia buat aksi gitu lama² suka hati ko la nak janji ko kenyang dan tidur lena kekeke.....

Meh layan reramai kesedihan aku ni sob...sob...sob.... Ce tengok dulu meriah je kan....


Ni la stok terakhir bulan 4 aku guna pagi ni, selalunya pagi aku akan bekalkan 2 botol stok beku, 2 botol susu fresh (semalam) dan 1 botol susu fresh (pump pepagi buta sebelum gi kerja)

Tapi pagi ni aku dah terpaksa amik stok beku bulan 5 sebab 2, 3 bulan kebelakangan ni aku 'GAGAL' nak simpan stok beku secara tertib@sewajarnya... Paham x? Maksud aku SETIAP HARI harus simpan beku sekurang-kurangnya 1 botol supaya ada bekalan untuk bulan mendatang. 

Tapiiiiiiiiii semenjak 2 menjak ni bila aku dah mula peri0d jadi susu pun makin kurang jenuh giler nak dapatkan 20 oz sehari ok!!! Korang leh tengok perbezaan setiap bulan kan. Aku kekadang xdisplin pump x ikut time bila aku bz @ gi memana cth : seminar ke ceramah ke comfirm lari jadual punya! Balik pulak x pump hermmm memang cari pasal la kan...

:: Bulan 2 :  2 x je dapat 20 oz ::
:: Bulan 3 : 1 x je 20 oz ::
:: Bulan 4 : 1 x tu pun 19 1/2 oz je ::
:: Bulan 5 : dah x de dah dapat 20 oz! sob..sob..sob... ::
:: Bulan 6 : Mulakan Azam baru walau apa pun yang terjadi WAJIB simpan 1 stok  beku setiap hari! ::


< > < > < > < > < > < > ♥♥♥ < > < > < > < > < > < > 

Pagi tadi aku bermuhasabah diri depan peti ais, bersaksikan baki stok EBM yang ada cuma bulan 5 je (tu pun aku dah guna mulai pagi ni) aku berazam nak kumpul balik untuk persediaan nak puasa nak demi nak memenuhi misi penyusuan selama 2 tahun Insya Allah....

Semoga perjalanan nan berliku ni aku dapat hadapi dengan tabah... cyaiyok²!!!

 Bekalan setiap hari gi rumah pengasuh
 Susu fresh (semalam)

Orang kata nak tau anak kita minum kenyang ke x tengok lapisan air sikit tapi lemak banyak haaa tu insya Allah ada la zat² yang dia dapat. Lagi kata sifu@otai² nak dapatkan susu yang berlemak krim gitu ibu kene makan makanan yang berkhasiat la kan... Cuba amalkan makan dulu baru pump...Cuba jangan x cuba!

~19 Jun 2012 (Selasa)

pump pagi ni @ 6 am
 pump @ 11 am (lewat sebab gi Perhimpunan Bulanan KKLW)
pump @ 1.30 pm
pump @ 4.15 pm

Selalunya bila petang susu segan sikit nak keluar paling banyak dapat la 3 oz 

pump @ 10.30 pm

Sesi terakhir untuk harini.... So total tuaian adalah = 17 oz al-hamdulillah

< > < > < > < > < > < > ♥♥♥ < > < > < > < > < > < > 

:: 10-5-2012 ::
Stok bulan 3 & 4

:: 19-6-2012 ::
 stok yang ada bulan 5 jek :(

Ce kome² tengok ni haa peti ais teman udah kosong wawawawa....................