CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, January 29, 2013

:: ♡ 2F ::


Hai....

Malas la nak update blog tapi ada citer nak kopochi sama korang tapi itu next entry ekk... Ni nak citer pasai anak² lak....

 :: Nur Farisya Aqeela ::
 Tengah nyanyi ni tu mulut terherot-herot...

Budak ni dah makin demok kakak cakap hahaha... semenjak dah campur susu FM cap Dutch Lady 123 lenguh tangan dukung dia... Nasib la leh jalan terkedik-kedik agak² lenguh soh je dia jalan sendiri... Budak ni makan pun sendiri ok kekadang ok kekadang berkecah la meja makan tu.... Kalu suap makan x terkejar jap² jerit "nak asikkkkkkkkk" "nak itannn" "nak ayurrrrrrr" "nak sopppp" "nak airrrrrrrrrrr"

Ohhh sungguh senang budak demok ni tolak kayu ngan batu, makan buah pun suka... Kat rumah Farisya panggil ibu dia "MAMA", "AMA" sesuka hati je kan.... Siap bersembang tapi harap ayah ko nak faham pe ko cakap kan kikiki....

Suka bertanya "Mama apa ni?" Jawab la "ikan" "oooooooooooo itan!" 

2 saat kemudian soklan itu di ulangi semula dan jawapannya tetap sama "oooooooooooo itan!" Hah korang tasbih la menjawab soklan dia hehehe....
 

Ni gambar masa balik kampung 26hb Januari 2013 kebetulan pagi ahad tu (27hb Januari) mak goreng beehun, tanak pulut kuning, rendang daging kan ke kami nak gi merisik tengahari nanti jadi saja jelah buat makan².

Haa bukti kuat makan beehun pun ada kat tepi mulut hihihi....  Tawaflah dia ke depan ke dapur pi interview opah buat pe kat dapur tu jelah aktiviti dia... Ada makanan happy la dia...
:: Farish Akmal ::
Dah besar jadi amik gambor sendiri la kan...

Si abang ni penuh la dengan memacam karenah, lagi² dah sekolah ni kan... Hari² nak kene ingatkan dah jadi tasbih aku tetiap kali hantar gi sekolah tinggalkan memacam pesanan... Bila dia je lelaki rasa bosan kot balik dengan kak zah, kak tasya dan kak atiqah habis tu kalu x balik dengan deme nak balik sendiri herrmmm jangan harap ok!

Farish ni kan ke matanya ada problem sebelum ni jadi lepas operation nampak gaya macam dah ok tapi aku selalu perhatikan dia kalu tengok tv mesti depan² sebab dia nak baca next citer pe agak² x best tukar siaran tension aku ok! Selalu pesan duduk jauh sikit jangan depan sangat... Hermmm kejap jelah kang x sampai 10 minit dia merangkak, mengesot ke depan balik... Dah soh pakai cermin mata dia leh kata "ibu faris rasa macam dah nampak la" maksudnya dia nak tanggalkan cermin mata dan simpan semula dalam beg sekolah aduyaii....

Kalu tengok tv dia khayal dalam dunia dia sampaikan x leh langsung sesambil tengok tv pakai baju bersiap tu pasai pepagi nak gi sekolah aku sorok remote tv! Nak buat kerja sekolah pun aku tutup tv biar dia fokus kat kerja sekolah dia je....

Haa budak ni cerewet makan, kalu suka 1 menu tu dia akan ulang makan menu tu je... Sekarang ni aku dah malas nak bagi bekal sebab dia x makan sangat pun jadi tetiap hari kasi duit belanja rm3... Dia suka nasi lemak jadi menu tulah hari² dia makan... Kekadang aku tanya beli pe je dan macam biasa sosej makanan kegemaran isk...isk...isk....

Kat rumah ada nasi + telur goreng mata + kicap pun dia suka sangat dah.. Soh makan sayur memilih soh makan buah pun sama setakat buah epal limau je makan kalu buah-buahan lain herrmmm jangan harap...

Agaknya tu pasai cekeding je badan dia... makin kurus bila dah bizi sekolah pagi petang alala cian anak ibu kan.... Kasi makan ubat pun payah sangat camne nak kasi vitamin ke hapa ke... serba serbi cerewet lah abang ni........... 



Ni mak budak kebosanan dalam kete jadi mengedikkan diri bersama anak² sebab ayahnya x ikut balik kampung kan... 

So layan yolah kikiki......




Sekian....


No comments :