CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Sunday, March 31, 2013

Resepi : Kari Ayam Kampung versi malas :0

Assalamualaikum...

Nak kongsi resepi lagi.... Kalini masak ayam kampung lak...  Ayam ni pun MIL yang kasi, kalu lain kali balik kampung MIL tanya kandaku "Pul yati masak pe ayam mak kasi aritu?" Haaa ada la jawapan bernas nak kasi kan.... 

Ada satu hari tu daku masak ayam kampung versi sambal membebel MIL hahaha... Katanya masak la kari ke masak lemak cili api ke ade ke ayam sambal.... Entah la aku malas nak masak bersantan bagai tu yang masak sambal or masak merah je... Kekadang kalu malas nak masak banyak kali terus masak kicap je haaa semua leh makan kan....

Kat kampung memang MIL bela ayam kampung katanya ayam kampung mahal maka gigih la mereka suami isteri menternak ayam kampung secara kecil-kecilan dan kebiasaannya kalu kami balik memang ada bekalan ayam kampung untuk di bawa pulang.... Stok telur ayam kampung pun dapat juga jenuh la makan telur sampai habis hahaha....

Versi kari MIL berbeza dengan kari ayam yang biasa omak den masak, jenis rempahnya pun lain sikit (rempah timbang) dan x guna daun kari tapi menggunakan daun limau purut dan serai....


Bawang merah, putih, halia dan serai
Ayam kampung yang udah di kukus (rajin) kalu malas lebur dalam rempah kari tu boh air bebanyak masak api perlahan sampai ayam empuk 
(tapi membazir gas la pulak kan...)
Kiri rempah kari timbang + rempah kari Adabi
Campuran 2 jenis rempah dan 1 sudu makan cili 
(blend cili kering + bawang merah, putih + belacan)
Bancuh dengan air
Minyak masak untuk menumis rempah ye
Tumis bawang merah, putih, halia dan serai sampai kekuningan
campak bunga lawang dan kayu manis
masukkan bancuhan rempah tadi

Tumis sanpai pecah minyak
Masukkan santan
Masukkan ayam kampung

Kalu korang suka leh boh ubi kentang, rajin² kacau supaya x hangit perasakan garam gula dan boh sikit air asam jawa bagi balance rasanya... Kekadang MIL taruk daun limau purut dan akhir sekali boh kerisik kelapa....

Udah siap!

Ni versi daku masak comfirm x sama la versi MIL masak sebab versi menantunya masak sesuka hatinya je nak campak pe hahaha resepi derhaka namanya....

Sekian....





Wednesday, March 27, 2013

Resepi : Ikan Sumbat Kelapa

Assalamualaikum....

Bila ntah masak ikan sumbat ni lupa dah, yang pastinya haritu kandaku gi dinner opisnya buat tapi x invite family huhuhu sedih :( Kiranya edisi balas dendam la kununnya x dapat ikut gi dinner hahaha....

Gigih la daku membeli ikan cencaru nak buat ikan sumbat versi resepi bondaku nan tercinta huhuhu... Nak lawan makan sedap dengan kandaku la kununnya....

Bawang merah, putih, halia, serai dan belacan tumbuk sampai lumat
Cili kering dah siap blend macam biasa
Ikan cencaru belah belakang basuh bersih ye....
Kelapa parut versi putih melepak je tau
Tumbuk sampai sekata dan boh serbuk kunyit sikit la kasi warna kalu x pucat je x berseri kan, perasakan garam gula dan amik asam keping gunting halus² gaulkan sekali... 

Haaa ni kalu taruk udang kering or ikan bilis pastu perah limau leh jadi rencah untuk kerabu kan huhuhu...

Gunakan pemanggang ajaib untuk memanggang hehehe...kekadang kalu kat kg Yong malas nak panggang dia goreng je haaa tu versi malas ye...
Makan bersama sup sayur dan sambal kicap

Macam biasa makan dengan nasi panas² layan fuhhhh berpeluh makan nasi + tergigit cili api kat sambal kicap tu #nangis tapi suap juga la nasi tu hahaha....


Friday, March 22, 2013

Resepi : Sotong Sambal


Hai semua,


Petang semalam balik rumah sesambil nunggu bas kat bus stop tu verangan la nak masak pe balik ni....hermmmm memandangkan ada lagi balance sotong 2 hari kelmarin (kununnya kelmarin tu nak cuba masak sotong goreng tepung guna Tepung Magik (beli kat SINI) yelah orang kecoh citer sana sini sodap lazat tu yang nak cuba hehehe....) 

Daku dah sedia maklum kandaku lebih suka areka jenis masakan bersambal jadi sotong goreng tepung tu xmemenuhi piawai dia la kikiki.... Untuk menebus kekecewaannya itu maka daku masakkan la sambal kegemaran beliau ececehh...... 

Kelmarin malam masak Ayam Masak Asam Pedas walaweiii sedapnya pedas² + masam²..... style daku makan nasi biar kering ayam masak asam pedas tu masuk mangkuk lain sambil makan sambil hirup kuahnya pehhhhh nikmat sungguh sampai x sedar dah tambah nasi 2 x kakaka..... 


Ok² meh kita masak! 


 Haaa... ni nak khabo petua masak sotong supaya nanti kuah sotong tu x berair kan....  Ni MIL yang ajar ;)

Korang sedia maklum yang sotong ni kan berair jadi sebelum nak masak sambal ni korang campak sotong ke dalam kuali dan biarkan dalam 4-5 minit biar air sotong tu keluar kan pastu angkat terpulang kat korang nak guna ke nak buang ke air sotong tu ye......

 Tumis bawang merah & putih yang ditumbuk kasar
versi daku memang gemor tumbuk bawang merah dan putih tapi kalu korang malas blender je terus dgn cili hahaha senang kerja kan... Tapi daku ini kali sangat rajin menumbuk bagai maka tumis la bawang merah dan putih tumbuk hingga kekuningan ye.....

 Masukkan cili yang telah di blender

Bawang naik garing masukkan cili ye (bahan² cili yang di blender = cili kering + bawang merah + bawang putih dan belacan) cili ni memang dan siap blender stok seminggu jadi daku cuma ambil anggaran 3 sudu makan untuk menumis ye....
 
 Masukkan sotong

Bila sambal masak dan pecah minyak barulah masuk sotong perasakan garam, gula dan air asam jawa supaya balance rasa sambal tu kan... Haaa sotong dah separuh masak kan jadi jangan la korang masak lelama kang rasa macam makan selipar jepun lak sotong tu....

 Maka inilah dia sambal sotong kegemaran kandaku si Saipul Nizam bin Nonan....
 sambal ni agak cair tapi totap licin habis kekeke...

Korang percaya x malam tadi beliau ulang makan kasi habis ini sotong tetengah malam sambil nengok tv.... Senang je nak tau dia suka ke x masakan daku bila dia bertambah nasi or kalu ada lebih dia akan ulang makan tetengah malam ahahaha....  
 
 Sayur taugeh goreng dengan tauhu, fish ball & daun kucai

Ada la juga menu tambahan kan iaitu sayur taugeh jadilah sayur paling murah dan senang nak masak kikiki...... Goreng kering je sebab sotong tu dah berkuah....


Ada juga telur dadar yang penuh bawang hahaha...

Al-kisahnya masa menumbuk bawang tu tamak sangat sampai 2 biji bawang besar yang bersaiz sedang² gitu jadi udah dibahagikan 2 dengan sambal sotong dan goreng sayur taugeh maka berbaki 1 1/2 makan terus pecahkan 3 biji telur buat telur dadar....

Sekian itulah kisah sambal sotong versi daku kikiki....


Kalu korang nak mencuba sila²kan lah ye....   

Wednesday, March 13, 2013

Kongsi Info : MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?


 
Jangan Pandang Remeh Bab ni.....
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. 

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

 

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana² bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala. Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke-3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu
² yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu² di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab
² seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab²nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok
²nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Baca SINI juga ye


 
LIKE | SHARE


Monday, March 11, 2013

Kongsi Info : Anak anda demam? Selesema? Batuk?




Anak anda demam? Selesema? Batuk?

Jika anak Demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila Selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

copy paste dr SINI