CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, September 30, 2013

Resepi : Kek pisang kukus

Assalamualaikum...

Semalam kan daku berangan la nak buek kek pisang kukus sebab pisang MIL kasi minggu lepas udah masak ranum pepagi hari kerja kununnya nak buek cekodok pisang la pisang goreng la harammm sebab sokmo bangun lambat hahaha...

Oleh kerna semalam masak makan tengahari copek bonar pukul 12 tengah hari udah siap jadi pepetang hari bosan lak nak tengok nona ke hapa ke asyik berebut dengan anak² remote tv tu sudahnya soh kandaku ku gi kedai bawah beli telur dengan esen perisa pisang... Misi asah skill memasak kekdahnya + nak try pengukus baru kikiki....

Keluarkan semua bahan² biorkan suhu bilik la kan... ketung ketang ketung ketang kat dapur sesorang sebab 2F dah tidur dalam bilik (payah sungguh nak soh tidur sampaikan kita pulak yang terlelap sama kikiki...)

::: Percubaan Pertama ::: 

ready nak kukus
 elok comei gebu naik kan :)
 Kek bujur menjadi yeyeye...

Bancuhan pertama ni x de masalah cumanya terlebih sukatan gula ada resepi pakai 3/4 gula ada resepi 1 cawan gula jadinya yang ni versi 1 cawan gula gullpss riso dah ni kot² manis benor.... Tu le print screen 2,3 resepi terus confius kikiki....


::: Percubaan Kedua ::: 
Bancuhan kali ke-2
 versi bulat

Pengukus ni bentuk bujur, loyang pulak bulat jadi x cecah lantai pengukus tu yang amik masa lama nak masak pastu bila kek naik terkena lak kain penutup alahai menduga betoi la... bila penutup kukus letak kain jadi semua air kain tu yang serap kalu x nanti air tu menitis atas kek dah x comei kan... (faham x ni...) 

 Haa ni pengukus yang dapat masa Retreat TW @ PD thn 2011 
baru 1st time guna kikiki....


Rupa² bila dah masak angkat leh lak loyang tu turun ke bawah jejak lantai pengukus ko saja kan tadi terkapai-kapai kat atas kunun² x muat alih² loyang tu muat sebenarnya huwaaaa.... sakit hati kita tau!

Terlebih masak kikiki
Disebabkan masalah teknikal tu kek ni jadi terlebih masak hahaha pastu rasanya terlebih esen pisang kakaka rozilah kata kuat rasanyanya ampun² yang ni main tuang je xde ikut sukatan sebab kandaku datang tolong kacau kan + kunun dah terror sikit la kekdahnya kahkahkah....

Nak cuba? Ni kite bagi sekali resepinya sila buek yo... selamat berjaya!




:: KEK PISANG KUKUS ::

Bahan :

2 cawan tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
1 camt baking powder
* ayak bersama

3 @ 4 biji pisang berangan- dilecek
3/4 cawan minyak mazola
4 biji telur size A
1 cawan gula @ 3/4 cawan gula (ikut suka nk manis ke x ye)
1 camt esen pisang
 

Cara² memasak :

- Telur bland
- Campurkan gula dgn minyak
- Pastu gaul sebati telur dgn minyak dan gula..
- Masukan tepung yg di ayak sedikit demi sedikit + esen pisang
- Kukus selama 40minit @ sehingga masak..

kredit : Dapur Berasap

Saturday, September 28, 2013

Hari Keusahawan @ Hari Kantin SK Presint 14(1)



Assalamualaikum....

Hai² pagi tadi kite gi sekolah abam Farish sebab ada hari kantin.. macam biasa seminggu sebelum tu dia dah takzirah ibu dan ayah soh ikut dia sama...hari² pesan jangan lupa bla....bla....bla..... isk² meniru gaya ibu lak ko ye membebel hahaha... Katanya ada rumah hantu ehh ye ke? (xpercaya lak tu anak cerita kikiki...)


Kite gi lewat biasalah orang perempuan nak bersiap lambat kikiki.... abam Farish ayah hantarkan pukul 8 pagi sebab acara tu mula jam 8 sampai 12 tengah hari. Ibu dengan Farisya gi pukul 9 hahaha... 

Belom sampai sekolah Farisya dah berlari gi taman permainan, sempat lagi main gelonsor 2, 3 round baru nak ikut ibu gi sekolah... Kebetulan ada kenduri kawin kat dewan nampak la orang ramai tengah bergotong royong masak dan dll...

Gi sekolah jumpa abam Farish kat tangga tengah makan megi cawan katanya cikgu bagi free sebab dia baik dengan cikgu tu yolah tu... Kupon beli RM5 je tanya dia belanja beli apa? Katanya beli ais krim dan burger balance ada rm2 kasi adik beli ais krim kongsi berdua...

Bosan lak tengok hari kantin ni hahaha terus layan 2F main buaian dan gelonsor tepi padang sekolah, dah puas main ajak depa balik sebab xtau nak buat pe dah... Nak gi rumah antu Q bukan main panjang lagipun si Farish buka berani pun beria je cerita pung pang pung peng....

Hari kantin 2013


Ada promotion buka akaun RM20 je tapi kandaku x kasi sebab x banyak branch katanya alalala... Daku pulak x bawak duit cash lebih maka sekadar mendengar ceramah wakil bank sambil mengejar si Farisya yang xmau di pegang tangan udah berlari dia nyer....

Balik sekolah sekitar jam 10.45 kandaku ajak singgah dewan kot² la daku ni leh tolong depa masak ke hapa... harap maaf le anak² teman ni lasak x reti diam jadinya kandaku je wakil menolong hahaha... Bukan main bersemangat kandaku menolong goreng ayam :)

Jiran ni katanya orang perak habis semua kaum kerabatnya turun nolong, pukul 1 kandaku balik rumah mandi dan ajak kami gi makan kenduri sebab meme teman x masak pun hihihi...

Nak jadi cite nasi minyak dan nasi putih x masak @ jelatah... Kununnya sebab masak pakai kawah dan guna api gas jadi api x sekata yelah kot.... 2 ekor lembu tumbang ada kari daging, daging masak kicap, kerabu perut dengan umbut kelapa, air asam, ayam goreng, ikan masin... lauk semua sedap² belaka nasi jek spoil...

Pengantin dah nak mai depa kukus balik nasi tu kalu x naya rombongan pengantin makan nasi xmasak kan... 

cilok gambo kanda kat FB dia hehehe

Daku berasa jakun sebab sepanjang doq Putrajaya nilah kali pertama nengok kenduri kawin ada merewang bagai ni, selalunya kenduri katering je kan....

Lepas tunjuk muka kat kandaku dan sekalian jemaah yang merewang daku balik le ke rumah, nak tolong pun x tau nak tolong mende kang baru nak bersila anak daraku itu dah pergi merayau ke sana sini jenuh nak mencari...

Masa daku meratah lauk kenduri dia leh lak menghilangkan diri jenuh mencari haaa tengok camne nak nolong sebelum kenduri tadi... nasib baik jumpa balik leh lak dia tanya kite "abang ne?" ehhh dia yang hilang leh buat drama macam dia mencari abang dia hilang huhuhu....


Sebelum kanda jemput gi makan kenduri teman rajinkan diri buat bubur 'wadai kiping' bukan main tamak sampai sebungkus tepung pulut bancuh sekali berjanggut nak gentel hahaha tu ada kecik ada besor versi suka hati den yolah... campur lempok durian walah² sodap je makan time suam² kuku...


 :: Jenjalan Jusco Cheras ::

Sebab lapor xkenyang makan kenduri tengah hari tadi makan la bubur tu dengan Farisya... si demok ni meme suka makan tolak kayu dan batu je... Tamak kan seperiuk bubur tetiba rasa nak jenjalan gi Jusco Cheras alang² si kakak kerja sana leh kasi dia sikit (saja je kan nak jalan alasan nak beli puting susu Farisya kikiki...)

Nak makan Mcd ramai pulak makhluk berbaris sudahnya makan kat kenny rogers gullpss sekali sekala hahaha... Ehhh ni teman rasa musykil kejap si demok tu mabuk berjalan ke hapa or x leh overload makan asal makan lebih je muntah... 

si kakak beli ais krim Mcd dia makan sakan pastu masa nak suap ayam kenny rogers leh lak dia muntah wek² spoil betoi nak jenjalan round Jusco tau dah susah nak pujuk rayu ayahandamu tu huhuhu... 

Dah muntah daku lap² jelah kiteorang sambung makan rugi woo mahai kan hahaha... Yang peliknya dia leh habiskan 1 pinggan makaroni cheese and chicken sesorang sebab makanan sebelum tu dah habis keluarkan sabor jelah....

Ok lah tu je nak cite, sebelum balik kene pow oleh si abam beli donut pastu kiteorang balik rumah x tawaf habis pun sebab Farisya tu dah bau masam muntah herrmmmm... G tandas lap² je....




Wednesday, September 25, 2013

Result KPSL N27 = KANDAS :(

Assalamualaikum....


Nak khabo yang result exam KPSL N27 aritu dah kuar nampaknya xde rezeki sedih la pulak 2 sahabat jiran depan dan tepi meja kerja ni lulus 1, 2 paper tapi daku kandas semua sob...sob...sob... nampak tak di situ daku ada rasa kecil hati hahaha sepertinya daku ini otak berkarat huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........


Bohong la kalu ku kata aku happy dan dapat pujuk hati untuk terima result tu sedih siot makan dalam ni...... Sesungguhnya aku ada meletakkan sedikit harapan rupa² hampa.... Sesungguhnya aku telah berusaha sedaya upaya namun kecundang juga... Ku cuba pujuk hati yang lara ini dengan berkata sesungguhnya sudah tertulis belum rezeki aku kan... xpelah leh cuba lagi tahun depan... Walaupun boleh jawab mybe rujukan tu salah kan bak kata pemeriksa kertas kat FB :

Dalam semakan saya tu, ramai calon yg salah buat rujukan, dan seterusnya tk blh la pemeriksa nk bg markah..

Staf sy pun pelbagai, ada yg kandas, dan ada yg lepas semua..

cuba pm sy apa jawapan jawapn saudara saudari utk Bhgn B, so sy blh tgk betul ke tak.

Saya menanda kertas bab B ari tu, pada saya sangat mudah tips menjawab.
Pastikan calon tahu apa rujukan di dalam PKPA yang perlu dirujuk, dan salin betul betul dari A hingga Z.

Tulis rujukan bab apa utk jawapan tu.
Jangan simplify dengan ayat-ayat sendiri, guna ayat dalam buku tu jer..
Make sure salin semua yang berkaitan hingga habis, jangan separuh jalan atau simplify.

Markah lulus mmg tak diberitahu kepada kami pun.. kami sekadar menanda kertas dan bagi markah..

Kekadang mungkin juga pemeriksa kertas tu tegas dan terlalu strict, jadi kami juga dinilai sebenarnya.. 

mungkin kah kita over confident? Kita faham soalan, tapi mungkinkah kita salah pilih rujukan dan seterusnya salah salin jawapan?




Ohoo setuju kata pemeriksa tu kita faham soalan tapi rujukan yang kita bagi tu tak tepat, over confident pun kekadang memakan diri kan... Maka amik pengajaran kegagalan kali ni semoga lebih bersemangat untuk menjawab tahun depan huhuhu.... TAHNIAH daku ucapkan kepada kengkawanku yang telah lulus tu tahun depan kita amik lagi bagi paper yang korang kandas tu...


Maka boleh la daku siapkan tagging buku yang aritu xberkesempatan nak buat comei² kan... (mood pujuk hati hahaha....)


 KANDAS percubaan pertama

Friday, September 20, 2013

Pengorbanan....




Assalamualaikum...

Petang² jumaat ni tetiba sayu hati ni bila baca status birasku yang sekarang ni terpaksa berjauhan dengan cinta hatinya semenjak sebelum puasa aritu lagi akhirnya akan kembali bersatu semula mulai 1 Okt ni.

Kalu kome nak tau birasku aka Kak Midah ni sebelum ni 1 Kementerian dengan aku tapi beliau berstatus PTD kontrak masa memula aku lapor diri dulu (tahun 2006) pernah la aku menumpang kete gi keje sesama (sebelum dapat kuaters aku doq kajang, masa tu kak midah dah beli rumah jadi aku doq umah sewa yang kak midah pernah sewa sebelum ni....) 

Lama juga dia berstatus kontrak dan macam² dugaan lain yang tak tergambar dengan kata² untuk aku ceritakan satu persatu... Tapi rezeki Allah tak siapa yang tahu kan, menanti sekian lama akhirnya dapat PTD TETAP tapi terpaksa berpisah jauh dengan cinta hati nuunn ke Pantai Timur (Pasir Mas Kelantan).

Cuba bayangkan diri kita kat tempat dia mesti xtertanggung rasa rindu kan, selang 2 minggu berulang Kelantan - Nilai - Kelantan menjenguk suami & anak². Sepanjang bulan puasa bersahur dan berbuka sendirian di perantauan. Syahdu gile kan...

Sepanjang kak midah berulang alik ni mertua aku la tolong tengok²kan 3 orang cucunya, makan pakai depa macam mana kan kalu nak harapkan si suami apalah yang si suami leh buat kan... (orang lelaki kan x semua leh amik alih tugas isteri kan betoi x huhuhu...) 

Sepanjang mertua ada kat Nilai ni hujung minggu anak²nya bergilir-gilir hantar amik ke Melaka sebab mertua rindu ayam, bunga dan rumahnya huhuhu... Kekadang sedara mara ada kenduri kendara x kan x gi lak kan...

Sesungguhnya pengorbanan, kesakitan, kepenatan terbalas sudah syukur al-hamdulillah...Aku tumpang gembira sebab mereka dapat bersatu kembali, memandangkan kesihatan mertuaku itu kesian juga terpaksa berulang alik (orang tua manalah suka doq lelama kat bandar kan).

Takpe² semua tu  pengalaman yang xleh di beli kat mana² kan... Tahniah kak midah! Semoga akak bertambah kuat dan tabah harungi cabaran mendatang insya Allah....




Monday, September 16, 2013

Beskal Baru utk Abam Farish Akmal :)

Al-kisahnya....

Beli beskal baru sempena dapat duit raya kan... beli beskal nampak kalau makan x nampak pe dah hehehe...


Adik dapat beskal si abang... setakat ni x reti kayuh lagi hehehe............


 

Friday, September 6, 2013

Sakit telinga lagi isk...iskk...iskkk...

Assalamualaikum....

Harini dah masuk opis semula semalam amik mc sebab rasa sakit lagi...ikutkan harini pun masih sakit tapi doq umah pun tidur je huhuhu....(al-hamdulillah di beri peluang berehat kan xyah buat apa² kerja walaupun mata nampak sakit je tengok keadaan rumah yang berselerak tapi kata hati kata biarlah tidur itu penting huhuhu melayan rasa sakit katakan...)

Nafsu makan hilang lebih suka minum air masak je... bukan sebab xleh mengunyah ke hapa tapi sebab sakit kot terus hilang selera :(

Timbang berat pagi tadi ehhh² dekat 2 kilo hilang huhuhu jangan lepas sihat nanti naik balik ye haiippp!!!

Al-kisah bermula,

Petang selasa (3hb September 2013) tu dah rasa semacam, sakit berdenyut-denyut je kat dalam telinga kiri ni.... telan la panadol actiFast kekunun leh legakan rasa sakit tapi hampeh.... pi titis ubat titis dalam telinga kununnya leh baik xyah gi klinik bagai... Tapi hampa juga...

4hb September (Rabu) sakit makin kuat... mintak izin kat kanda nak drive sendiri kereta (sebenarnya daku nak haft day terus gi klinik petang tu tanpa pengetahuan dia pun daku ini sedang menderita sakit... masak makan malam tetap daku masakkan tapi lepas tu terus kelubong dalam selimut sebab rasa seram sejuk nak demam herrmmm....)

Pagi tu di opis ada 2,3 kerja kene langsaikan tu yang bertahan sampai pukul 1.30 tengahari, rasanya pukul 10 dah rasa sakit balik terus mintak kak gee minyak angin sebab terasa bengkak belakang telinga sapu la area tu kasi reda kesakitan :( lari sat masuk surau pi lelapkan mata sekejap...

Tengah hari tu ada undangan jamuan raya KEMAS buat kat dewan B1 gagahkan diri gi makan sebab kalu balik nanti xde sapa kat rumah, nak masak pun x daya... Sempat makan kuew teow goreng sikit, amik ubi kayu dengan lempeng cicah sambal bilis pun x habis makan.... Telan la air cendol semangkuk...

Kengkawan yang lain meneruskan jamuan mereka, daku naik ke opis capai kunci kereta dan drive balik... Target nak pi klinik jam 2 petang... Nasib baik juga x ramai pesakit jadi memang x tunggu lama al-hamdulillah...

Doktor perempuan tu lemah lembut je masa dia doq teropong telinga katanya memang bengkak dan kene jangkitan kuman... Terus terang jelah sebab korek telinga huhuhu... Doktor kata "xpe² saya kasi ubat kuat sikit makan dan kita tengok perkembangannya macam mana ye...." Masa ni budget kot² doktor nak ceramah TABIAT BURUK daku itu rupanya tidak..... Sungguh lah tidak mengambil ikhtibar langsung daku ini apalah nak jadi ek...

Doktor tegur apa tampal belakang telinga tu, daku cakap la sebab sakit daku tampal la koyok huhuhu....

 dapat 4 jenis ubat

Balik tu terus makan ubat dan dapat la tidur lena sekejap tanpa rasa sakit... Pukul 5 kandaku balik dia heran ehh² daku dah tidur lena dalam bilik awatnya... Sebelum dia keluar semula sempat lagi dia pesan jangan lupa amik anak ye...

Pukul 5.45 petang pi la amik kanak² kat umah pengasuh tup² pengasuh tanya "sakit telinga ke ti?" lupa pulak semenjak jadi FRIENDs kat FB semua perkara cepat je sampai kat dia hahaha padan muko den! Petang tu masak kasi bebudak makan apaknya pun makan pastu dia pi open house mana ntah....

5hb September 2013 (Khamis) daku bangun macam biasa siapkan baju sekolah dan beg farisya gi rumah pengasuh bekalan susu dan masak air panas untuk anak terunaku itu mandi... terasa seram sejuk tapi area muka tengkok panas berkatalah dalam hati pagi ni nak pi klinik semula amik mc sebab semalam kan gi petang doktor x kasi mc petang nak mc kene mai pagi² hari....

Lepas bebudak ayahnya uruskan penghantaran ke sekolah dan rumah pengasuh daku slowkan kipas dan sambung tidur, sesambil tu sapu jugaklah balm kat belakang telinga... Terjaga pukul 9 lebih mandi kasi turunkan panas badan....ohhh lega sikit rasanya....

Oleh kerna klinik Presint 14 ni sistem manual jadi kenelah bayar RM1 kalu x mau bayar kenelah bawak GL daku x bawak pe pun bawak ic dengan duit je bayor jelah.... Berdoa-doa moga² dapat doktor semalam senang cite dapat doktor lain kang kene teropong lagi telingaku yang sedang sakit ni ++ kot² dapat pakej TAZKIRAH xke naya.... Al-hamdulillah doa makbul huhuhu...

Doktor tanya sakit lagi x? serius x sakit sampai nak demam² rasa badan ni nahan sakit woo..."xpe² aktibiotik tu baru makan sekali kan teruskan makan sampai habis ye.. kalu x ok juga jumaat or sabtu datang balik kite tengok semula...ubat tu tengah jalan tu..." Maka daku mintaklah dia kuarkan MC sebab daku x daya mau bekerja rasanya mau tidur je sepanjang hari sebab ubat tu je leh kasi kurangkan kesakitan... Dapat la MC sehari syukur...

Pagi tu kandaku tapaukan roti canai daku cuma lalu makan 2,3 suap je sebab nak penuhi syarat makan ubat SELEPAS makann.... Telan ubat, titis ubat dalam telinga terus baring kat sofa ohhh lega sekejap sebab aman damai senyap sunyi....

Kandaku balik pukul 11 kot amik barang kemudian dia kata ada regular customer dia kasi batik jawa sebagai ole² drpd indon yolah terima kasih ya pak... Kemudian dia keluar semula beria-ria lah isterinya ni wassup tanya dia katne kot² ada area putrajaya nak kirim makan tengah hari rupanya dia x nengok pun mesej tu huhuhu... Ada nasi balance malam tadi lauk ikan cencaru masak kicap 2,3 hari lepas ku panaskan itulah daku makan untuk alas perut al-hamdulillah syukur kenyang :)

Melawan rasa sunyi wassup la anak buah sembang² kosong dengan dia, buka tv nengok siaran citer masak² pastu bosan dah... tidur balik lepas makan ubat, pukul 4.30 petang basuh pinggan mangkuk, sambil tu basuh kain baju dah penuh sebakul, kemas plastik sampah ikat bebaik (sampah kene ikat bebaik letak kat luar rumah kang kandaku uruskan pembuangannya ke rumah sampah tu pun nak malas lagi xtau lah hahaha) pastu terajin lak kupas bawang putih dah 2 malam rendam xterdaya nak kupas menjak sakit kan tu gagahkan diri tapi xde stok lauk nak masak jadi rajin kupas bawang jelah...

Kandaku balik kul 5.00 petang mandi² terus mik anak² sebab daku buat mimik muka sakit hahaha.... Malam tu dia tapaukan sup ekor (ohh daku mintak sup tengah hari tadi sebab terbau jiran tetangga masak sup akhirnya dapat juga syahdu jap...) telur bistik dan untuk kanak² beehun goreng... Kandaku soh tanak nasi ingatkan nak makan sekali rupanya dia dah makan nasi goreng pataya kat kedai sebab tengok bil dalam plastik makanan tu... Cian kandaku lapor sob...sob...sob... Lepas makan baru lah terasa panas badan tadi seram sejuk siap berselimut sweater bagai...

Farish lepas maghrib terus pi ngaji tapi si adik xtau nape leh lak dia tertidur pukul 8 malam tu selalunya dia paling lewat tidur tapi kejap je pukul 9 terjaga nangis² sumbat botol pun merenggek juga... Daku yang sakit telinga ni rasa nak marah je dengor bising² ni... 

Farish mengadu lapar lagi alahai dah la daku xde masak lauk nak goreng telur rasa malas dia panjat kabinet cari kerepek yang ada cuma karipap mini sedihhh sob...sob...sob... sambil ampai baju pandang la si abang ni makan karipap mini tu tapi gamaknya x sedap dia letak balik kat dapur... Daku pi geledah peti ais ada lah separuh lagi roti canai telur pagi tadi x habis makan kan panaskan dalam microwave bagi dia makan...

Elok pulak dia kongsi makanan tu dengan Farisya selalunya bercakor je, habis roti tu 2 beradik tu makan si abang cakap dah kenyang bu sambil tunjuk ibu jari (isyarat good/sedap)... Dulu mengeluh anak teruna ni x kuat makan sekarang bising lak dia nak makan je apolah jenis mak gini ek adoiii....

Malam tadi rasa telinga kanan ni dah jangkit sakit alalala kiri kanan berdegung ni acaner... jadi masa nak gi keje tanya kandaku antarkan ke soh daku drive sendiri tapi dia kata minyak kete xde kalu nak bawak pi isi dulu ye (nak isi minyak dulu kang lambat la sampai pastu parking susah lepas 7.30 pagi) terus cakap ayah antar jelah hehehe...

Pagi mulanya rasa x ok pun lagi tapi lepas makan bubur telan ubat rasa sikit perubahan, cuma rasa bergema cakap pun x leh kekuat tapi orang cakap sekeliling leh je dengar... Semoga apa terjadi ni jadi ikhtibar sebab layankan sangat perasaan gatal lah hari² kemaruk nak korek telinga.... Pang sekali!

Sebab takut kene tazkirah dengan kandaku sanggup diam tahan sakit sesorang pi klinik sesorang mati² dia ingat daku demam biasa² gitu, xtaulah kalu dia tau maklumlah petang semalam kandaku pi amik kanak² kan pengasuh doq tanya "yati dah ok ke pul?" Gullppp masa dia pi amik pun dah rasa debor je dada ni jangan la dia tau.....

Ohh ye tahun 2010 dulu pernah juga sakit telinga ni ce baca SINI



Ucapkan ALHAMDULILLAH.... banyak dosaku ini Ya Allah....ampunkan daku ya Allah....