CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, September 20, 2013

Pengorbanan....




Assalamualaikum...

Petang² jumaat ni tetiba sayu hati ni bila baca status birasku yang sekarang ni terpaksa berjauhan dengan cinta hatinya semenjak sebelum puasa aritu lagi akhirnya akan kembali bersatu semula mulai 1 Okt ni.

Kalu kome nak tau birasku aka Kak Midah ni sebelum ni 1 Kementerian dengan aku tapi beliau berstatus PTD kontrak masa memula aku lapor diri dulu (tahun 2006) pernah la aku menumpang kete gi keje sesama (sebelum dapat kuaters aku doq kajang, masa tu kak midah dah beli rumah jadi aku doq umah sewa yang kak midah pernah sewa sebelum ni....) 

Lama juga dia berstatus kontrak dan macam² dugaan lain yang tak tergambar dengan kata² untuk aku ceritakan satu persatu... Tapi rezeki Allah tak siapa yang tahu kan, menanti sekian lama akhirnya dapat PTD TETAP tapi terpaksa berpisah jauh dengan cinta hati nuunn ke Pantai Timur (Pasir Mas Kelantan).

Cuba bayangkan diri kita kat tempat dia mesti xtertanggung rasa rindu kan, selang 2 minggu berulang Kelantan - Nilai - Kelantan menjenguk suami & anak². Sepanjang bulan puasa bersahur dan berbuka sendirian di perantauan. Syahdu gile kan...

Sepanjang kak midah berulang alik ni mertua aku la tolong tengok²kan 3 orang cucunya, makan pakai depa macam mana kan kalu nak harapkan si suami apalah yang si suami leh buat kan... (orang lelaki kan x semua leh amik alih tugas isteri kan betoi x huhuhu...) 

Sepanjang mertua ada kat Nilai ni hujung minggu anak²nya bergilir-gilir hantar amik ke Melaka sebab mertua rindu ayam, bunga dan rumahnya huhuhu... Kekadang sedara mara ada kenduri kendara x kan x gi lak kan...

Sesungguhnya pengorbanan, kesakitan, kepenatan terbalas sudah syukur al-hamdulillah...Aku tumpang gembira sebab mereka dapat bersatu kembali, memandangkan kesihatan mertuaku itu kesian juga terpaksa berulang alik (orang tua manalah suka doq lelama kat bandar kan).

Takpe² semua tu  pengalaman yang xleh di beli kat mana² kan... Tahniah kak midah! Semoga akak bertambah kuat dan tabah harungi cabaran mendatang insya Allah....




No comments :