CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, November 25, 2013

Bubur Asyura & Karipap

Assalamualaikum....

Petang semalam tetiba rasa rajin sebab terbaca post FB anak jiran mak kat kampung, katanya mak kasi dia bubur asyura herrmmmm.... Memang kebiasaanya mak akan masak bubur asyura banyak kekadang berkongsi masak sesama dengan jiran tetangga pastu dah siap masak mak akan agihkan kepada jiran semua....

Simple je xde pun taruk daging ke ayam ke cuma perasa udang kering or ikan bilis je tapi sedap ok! Selalunya mak akan petik dedaun yang ada sekeliling rumah kemudian masak bubur asyura.... Makan panas² memang sedap rasanya pedas² berempah gitu....


rindu bubur asyura mak!
bubur asyura teman masak sendiri.... 
x sama rupa dan x sama rasa pastinya...

Pukul 2.30 petang gigih la turun ke kedai runcit beli sayur kacang panjang, carrot, kangkung, pak choy, ubi kentang, ubi keledek putih, santan rm3 dan ayam sebelah.... Top up kredit dan online internet pi google resepi bubur asyura nak tepon yong pun top up rm5 je kikiki.....

 Daku masak 1 mangkuk (saiz taufo fa) beras dengan 1 bunjut sup adabi, tanak sampai nasi lembut... sementara tu potong dadu ubi kentang, ubi keledek dan carrot.... Ohh yea daku campurkan daging cincang dan ayam juga sebagai penambah rasa....

Rempah yang daku guna sesudu kecil jintan manis, jintan putih, lada hitam (kisar kasar), tambah juga sesudu cili giling yang daku blender sekali bersama sedikit ikan bilis, belacan, sebatang serai, bawang merah, bawang putih dan halia.... Tumis campuran rempah ni hingga wangi dan masukkan daging cincang dan ayam yang di potong dadu.... Masak sampai sekata dengan api perlahan...

Untuk menceriakan warna bubur daku tambah sikit serbuk kunyit :) sesambil tu siang kangkung, pak choy dan potong kacang panjang (ni leh masukkan akhir sekali sebab cepat masak kan....)

Bila beras dan lembut masukkan 3 jenis ubi tadi (ubi kentang, ubi keledek dan carrot) masak hingga ubi tu semua empuk... Leh masukkan rempah tumisan tadi dalam periuk bubur dan campurkan santan, perasakan garam gula dan bila mengelegak leh masukkan sayuran hijau tadi.... Sayur lembut boleh la tutup api tunggu sedikit sejuk dan sedia untuk di makan yummy!!!

Farish x berapa gemor katanya pedas tapi si adik leh makan tambah 3 kali ok! si ayah lak makan bubur asyura tambah kicap manis memacam ragam depa ni huhuhu.... 

Kebetulan semalam (sabtu) kandaku gi masak bubur asyura versi manis yang campuran pelbagai jenis kekacang tu dah rupa macam bubur kacang pun iya tapi aku makan sikit² jelah letih la nak kunyah kekacang tu semua huhuhu.....   



Entah semangat apa yang datang terajin lak nak masak karipap sebab ada lebih daduan ubi kentang dan rakan²nya nak masuk semua dalam bubur kang terlebih ubi lak kan... cakap kat Farish ibu nak masak karipap lah tapi kasi ibu rehat dulu la petang² nanti baru masak yea kasi ibu rehat penat silat kat dapur tadi masak bubur asyura....

Macam biasa nak masak pe pun kene google resepi ek nak kata terror masak tu nipu ajanya kikiki semua bantuan en google nak resepi pe google jek :)

Kali ni inti campuran 3 jenis ubian tadi masak dengan rempah kari dan campuran daging cincang dan ayam nak kasi pekat daku pecahkan telur sebiji kasi inti kering senang nak bungkus nanti kan...

Ohh yea kali ni guna resepi HaSue


Karipap Ros Sedap
Resepi  : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut dan Mashitah
 By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Untuk Pastry Rapuh

Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang

Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam

Cara :

Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.


###   ###   ###   ###   ###



::: Misteri Nusantara..... :::

 ~23 Nov 2013 (Sabtu)

Masa bersidai tengok panorama matahari terbenam kat beranda rumah ternampak la ada sebuah van dengan kereta macam gambo kat bawah ni haa tapi siap ada siren lampu lap lip lap tu doq bertapa tepi kolam tadahan air bawah rumah tu..... Aikk ado pelik ni....


 sumber google

Ado la dalam 10 orang ni pakai t-shirt merah siap bawak kerusi dengan touch light di tangan pastu depa doq dalam kolam tadahan air..... ni buat daku tertanya-tanya siapakah mereka itu? depa buek po kat situ? bla..bla..bla.....

Kapochi tanya kandaku tapi dia marah² cakap nape daku kapochi sangat nak tau hahaha... dia kata tu orang Kementerian Kesihatan tu depa check nyamuk... yea ke?

bawah pokok rimbun tu van dgn kete lap lip lap tunggu
kat sini ada 3 orang
sini pun ado jugak...

Daku pelik sesangat ni sampai pukul 11 malam baru depa beredar.... ingatkan kumpulan paranormal ke hapa tapi xde lak kamera ke hapa ke hanya ada touch light je....

Tu je nak kapochi sama kalian yea tata titi tutu....


No comments :