CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, December 24, 2013

Cinta Cyber [MIRC 2000]~ Yatie ♥ Saipul

Assalamualaikum......

Al-kisahnya bermula aku pun dah ingat² lupa tapi apa yang aku ingat aku kenal kandaku ini masa tu aku masih bekerja di Institut Kesihatan Umum, Bangsar sebagai Pembantu Penyelidikan (Sambilan) di bawah Projek "Responsivences"

Masa tu aku ada kawan namanya Fadhila (budak IT) kami sesama kerja secara sambilan dialah yang buat program untuk masukkan database selalunya aku la offer diri nak temankan dia buat ot sebab masa waktu opis memang x sempat buat katanya....

Aku boring² masuk la laman chatting paling hot masa zaman tu.... tahun 2000 lepas mana ada FB kan jadi Mirc nilah tempat kami buang masa dan cari jodoh hahaha.... 

korang ingat tak? penah chat kat sini?

  
::: 1st time berkenalan :::
 
Masa tu ada 2 orang nama Nizam (kandaku guna nick name Nizam022) jadi aku keliru hahaha... aku pi kasi no. telefon kandaku ni kat Nizam sorang lagi sudahnya mengamuklah kandaku call aku pepagi buta marah² huwaaaaa orang melaka ni bahasa kuang ajo sikit!

Terkezut beruk aku kena marah terus spoil mood aku pagi itu huh! Tapi aku sengaja kot masa tu main²kan 2 Nizam tu kot hahaha tapi sedebik kena kat aku balik padan muka! Kononnya nak pujuk balik aku sebab call pepagi marah² kandaku tu mula ajak makan tengah hari (kiranya 1st time jumpa dalam dunia chat tu mana ada profile bagai kan) aku cuak giler dah la x pernah jumpa pastu ajak² jumpa dan nak blanja makan tengah hari pulak.

::: 1st time face to face :::
Mulanya aku tolak pelawaan dia tapi kandaku ini sungguh² pulak sudahnya paksa rela aku tunggu depan pintu masuk Institut Kesihatan Umum Bangsar tu... Masa tu dia datang berdua dengan kawan dia depa bawak pi makan kat area kedai makan depan Stadium Hoki Kuala Lumpur (sekarang ni xtau ada lagi ke x kedai makan tu)

Itulah detik permulaan aku kenal dan berkawan dengan kandaku....... Lepas tu ada la dating pi KLCC pi Up Town pukul 2, 3 pagi la merayap sakan sambil mengenali hati budi kununnya.... Jangan tanya bila tarikh kami declare jadi couple serius aku lupa sebab diari aku dah buang/bakar sebab masa dah dekat tarikh nak kawin aku nak buang memori lama xmau dah nak ingat² pakwe lama ke hapa ok....

::: 1st time jumpa bakal Famili FIL/MIL :::
1st time jumpa bakal MIL/PIL memang debor gila ok.... masa tu bakal MIL ada kat rumah abang wan (abang kandaku) di Taman Cuepacs Kajang macam² kene soal lepas tu kandaku kena hantar balik mak ayah dia balik kampung (Masjid Tanah, Melaka) aku pun di ajak ikut sekali phewww.....

Masa kat rumah famili kandaku aku masa tu blur jadi xde la tunjuk rajin ke hapa (doq termenung kat laman rumah) lepas je balik KL kandaku bagitau mak dia cakap kalau ikut balik kampung tu tolong la sapu² laman rumah ke hapa hahaha serius ko terasa aku! Masa tu aku budak² lagi kot fikiran x matang doq perasan diri macam tetamu x kan la kene tunjuk kerajinan seperti itu hahaha....  x senonoh kan aku ni kata nak jadi bakal menantu awal² dah bagi bad record kahkahkah....
 Haruslah masa time hangat bercinta ni kasi kad raya lah semua nak besar²

Kawan² pastu kanda pun aku dah bawak jumpa mak dan famili jadi kami sepakat nak gi jauh lagi maksudnya kawin la.... Teringat masa zaman cecinta dulu dialah gigih anto aku ni kat Jalan Duta siap tunggu sampai aku naik bas lambai² muah² wahhhhh feeling sedih gitu... Dah tata baru dia balik Melaka hikhikhik.... Bagi kad raya siap duit gitu itu dalam sampul jumpa lepas raya duit raya lain lak hehehe....


# ♥ ♥ ♥   ♥ ♥ ♥   ♥ ♥ ♥   ♥ ♥ ♥   ♥ ♥ ♥ #

::: Majlis Merisik :::

Cincin merisik

Majlis merisik pun aku dah lupa bila hahaha.... tapi masa ni agak kelakor sebab mak pakai gigi palsu yang sebenarnya x sesuai tu yang nampak mak senyum 24 jam hahaha.... Aku doq ingat MIL cakap cincin merisik kena pulang balik mengamuk aku tau sebab cincin tu kandaku beli ikutkan adat orang dedulu kan cincin merisik tu macam pinjam cincin mak or sesapa sebab xtau ukuran jari tapi nasib baik PIL cakap biarlah hehehe....
 
::: Majlis Bertunang :::

MIL sarungkan cincin tunang

Hantaran untuk kandaku
 Hantaran untukku

Aku pun lupa tarikh aku bertunang hahaha serius banyak wayar putus ni.... Majlis ni ramai juga ahli keluarga kanda datang, kenduri pun meriah penuh rumah gitu....

 Jiwang² masa dalam tempoh bertunang pulak hahaha.......
 Aku pun sama jek hahaha.... 

Bila kata sepakat di capai maka kami memilih tarikh 24hb Disember 2005 (sabtu) selepas waktu asar untuk menikah dan tarikh 25hb Disember 2005 (ahad) majlis bersanding. Zaman ni kamera pun guna kodak jadi amik 2 roll kodak, 2 persalinan, 2 x make up masa nikah je x de make up tu yang pusat lesi gambar kat kampung x sempat nak bawa balik Putrajaya.

Akuan bujang trang tang² gitu....
 
 kad kawin murah jek
 signboard arah tuju la kununnya... simple benor kan hahaha....
 kad ucapan masih simpan lagi


::: Special THANK YOU! :::
 
 Sesungguhnya aku dan kandaku rasa sangat terhutang budi pada angah dan abang ngah (kakak sulung kandaku) mereka banyak membantu dari segi kewangan malahan sanggup bayarkan kos penginapan untuk semua ahli rombongan yang mengiringi semasa majlis di rumahku.

Bahkan sewaktu saat akhir semasa nak membeli persiapan untuk barang² hantaran abang ngah bermurah hati bagi kami berdua sejumlah wang untuk menampung apa² yang kurang... Aku menyimpan sikit² untuk persiapan majlis perkahwinan kami kandaku pulak siap main kutu dengan kengkawan MIL untuk kumpul duit kawin hahaha dulu keje swasta mana la boleh nak apply personal loan bagai kan.... Buat kenduri ala kadar je ikut kemampuan.... Al-hamdulillah lepas kawin x de pening kepala fikir hutang kan....

Mybe sebab tempoh bertunang lama kot (1 tahun 1/2) sempat la kumpul duit, beli barang hantaran pun sikit² ada sale sana sini pi terjah gitu la berdikit-dikit kumpul kan.... 

::: Majlis Nikah & Sanding ::: 
 
 ~24 Disember 2004 (Sabtu)

Rombongan famili kandaku dan sanak saudara serta rakan² bertolak pagi dari Melaka kemudian mereka check in kat Rest House Tapah sebelum menuju Masjid Tapah Road untuk upacara nikah selepas asar.

Kali ini abang kandungku wakilkan tok kadi sebagai wali hakim menikahkan kami, pucat lesi muka aku sebab x make up aku cuma amik 2 x make up (malam berinai + sanding esok) mak pun x ikut sekali ke masjid sebab bizi menguruskan persiapan makan petang untuk famili kandaku....

Usai majlis nikah kat Masjid Tapah Road (fuhhh setengah jam kandaku kena interview dan dengar tazkirah) semua ahli keluarga kanda mai rumah kami ada makan² sikit pastu bergambar lagi.... 

Malam tu ada bersanding siap berkompang, berarak dan ada pertunjukan bunga api (kalu kenduri kat Melaka comfirm bunga api ni ada) meriah la kununnya hahaha.... Tapi sayang xde gambar juga lagi masa zaman jahiliyah baju lengan jarang memang x dapek la nak upload dalam blog ek.... Video kawin pun x tau mana hala maklumlah rajin mengemas hahaha.....
 
~25 Disember 2004 (Ahad)

Famili & sanak saudara kandaku



Kiri : Kak Baya (Bos), Eija (officemate)
Kanan : Erni (kwn sebilik), x bf erni (lupa nama hahaha)
Kiri : Abg Ngah, Iejal (adik bongsu); MIL
Kanan : Abg Wan (abg ipar), PIL
Bawah : Angah, Ateh & Kak Midah (biras wife abg wan)

 Hantaran untuk kandaku
Hantaranku

Hantaran pun x delah grand mana beli pun time sale kan rasanya jadi nampak banyak sebab ada sedara mara bagi. Kenduri kali agak meriah sebab jarak perkahwinan Yong (masa tu aku baru 6 tahun kot) maka serata ceruk mak jemput sebab dah lama x de kenduri kawin huhuhu...
::: Majlis Bertandang :::

1 Jan 2006 (ahad) ohhooo aku siap sewa 1 bas untuk bawa sekalian sedara mara gi kenduri kat Melaka ni.... gambar pun x tau mana hala.... Memula x de sapa pun nak ikut sebab kena bayar tiket gitu entah macam mana hujung² tu aku dapat bayarkan maka deme pergi free terus sedara mara berebut-rebut nak ikut sampaikan anak buah aku x dapat ikut dan Yong duduk kat tangga bas Perak - Melaka - Perak.... Tragedi betoi!

::: Angah dapat anak angkat :::

Kisahnya masa kenduri ni lah angah dapat anak angkat  kat JB, famili si comei ni ada masalah sikit jadi terpaksa serahkan kepada famili angkat. Depa uruskan pasai surat beranak dll terus bawak terbang ke Melbourne jadilah mat saleh celup yang x pandai cakap melayu hahaha.....

 
 

Besar panjang dah Danish sama usia perkahwinan aku dan saipul, kami jarang² dapat berjumpa sebab angah memang menetap kat sana & alasan bahasa menyukarkan Danish nak sekolah kat sini....  ehhh pepandai jek kikiki....

::: Cinta Terakhirku :::


Tu je kisah penamat pencarian cintaku.... 

Semoga jodoh ini tertulis hingga ke jannah hendaklah insya Allah.... Adatlah dalam pelayaran cinta ini ada ombak badai yang menimpa semoga kasih sayang kami tetap utuh dan tiada yang mengugat kasih sayang kami.....

Amin ya robbal alamin......

::: Pregnant sudah! :::

Selang sebulan lepas kawin period aku x datang masuk bulan ke-2 x datang juga haaaa sudah! Memula nangis² gedik gitu sebab pesal awal sangat? (hek eleh sendiri x amik langkah pencegahan lagi mau ehek² nangis poyo kakaka....) Tapi kandaku pujuk² gitu xpe² pasni kalu ada rezeki anak ke-2 kita jarakkan ek.... Haaa memang betul pun 5 tahun ko baru dapat si Farish (Farish 2006/Farisya 2011) nasib baik selang bunga kalu tak meroyan nak anak perempuan kikiki....

Ok lah letih dah doq ingat kronologi percintaan gitu.... selamat menyambuat ulangtahun ke-8 untuk diri sendiri yeyeye (tepuk tangan ramai²!)

Sekian.


No comments :