CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, December 10, 2013

Meja Kerja nan serabut macam tuannya hahaha............

Assalamualaikum.......

Wah² free ek! x de kerja ek! 

Baru je melepasi bulan² yang bizi al-hamdulillah settle sudah hantar Laporan Tahunan Agensi ke Parlimen hamboi bukan main pergi parlimen kome anto buku tapi bila mohon kenderaan jabatan kebetulan semua pemandu pergi kursus jadinya pegawai terpaksa bawa kenderaan sendiri.

Bukan sikit ok! 1 Agensi je buku Laporan Tahunan 120 buah naskhah + 350 set CD ce kome bayangkan x 5 agensi berat ke x? Nasib baik juga ada pegawai sorang ni bermurah hati pinjamkan kereta Exora ayahnya jadi semua buku dan CD sumbat dalam kereta dia, kereta pengiring cuma bawa 2 buah troli tapi yang tukang menyibuknya pun ramai termasuk dakulah hahaha....

Kalu daku x pergi pegawai baru tu x tau mana nak pergi sebab tahun ni 1st time beliau jaga Laporan Tahunan RISDA kebetulan pegawai unit daku x leh pergi ada kerja urgent kat opis maka dakulah mereka harapkan hahaha sedangkan aku pun x tau jalan nak pi Parlimen ++ ingat² lupa jalan tikus nak ke stor penyimpanan sementara buku² tu semua. 

Nasib baik dah call pegawai bertugas dan suruh tunggu kat lobi hehehe.... Kebetulan ada 1 agensi ni (KETENGAH) depa dah gerak dari Terengganu malam tu jadi depa tunggu kat Parlimen sesiap sebab ada masalah percetakan katanya tu yang lewat hantar ke KKLW bagus juga kurang bebanan kiterorang nak kena bawa kan.

Kebetulan hari Jumaat 22hb November 2013 tu tarikh akhir semua Kementerian untuk hantar buku Laporan Tahunan ++ jalan di Kuala Lumpur mana pernah lenggang kan jem 24 jam kan... Selesai hantar kami bergegas nak balik semula Putrajaya tapi sebelum tu singgah Selayang makan tengah hari (kebetulan pegawai si Amir tu nak hantar semula kereta ayahnya).

Balik opis pi ikat pulak buku² (kami dapat 30 naskhah bagi setiap agensi) tu semua untuk edaran dalaman termasuk untuk simpanan Perpustakaan... Settle sudah bab tu fuhhhhhhhhhhhh.....!

 Buku L.T RISDA + CD
Buku L.T 5 Agensi di bawah KKLW
(KEDA, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR & RISDA)

Sekarang buat kerja mengikut arahan dari masa ke semasa dah hujung tahun ni kan target untuk tahun ni dah selesai, kalau kengkawan unit lain ada meting besar or kerja mendesak yang memerlukan bantuan aku akan tolong gitulah kerja kat opis ni saling bantu membantu gitu....

 saja nak riak fridge magnet kengkawan opis kasi
 key chain ni semua pun kengkawan opis kasi
 koleksi gambar masa kursus induksi, umum, BTN
 meja nan serabut
 tray xde surat hahaha dah clear :)
sila minum air putih bebanyak ye

Sekian tu je nak kapochi hahaha x de modal nak sembang dah................ 


No comments :