CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, January 29, 2013

:: ♡ 2F ::


Hai....

Malas la nak update blog tapi ada citer nak kopochi sama korang tapi itu next entry ekk... Ni nak citer pasai anak² lak....

 :: Nur Farisya Aqeela ::
 Tengah nyanyi ni tu mulut terherot-herot...

Budak ni dah makin demok kakak cakap hahaha... semenjak dah campur susu FM cap Dutch Lady 123 lenguh tangan dukung dia... Nasib la leh jalan terkedik-kedik agak² lenguh soh je dia jalan sendiri... Budak ni makan pun sendiri ok kekadang ok kekadang berkecah la meja makan tu.... Kalu suap makan x terkejar jap² jerit "nak asikkkkkkkkk" "nak itannn" "nak ayurrrrrrr" "nak sopppp" "nak airrrrrrrrrrr"

Ohhh sungguh senang budak demok ni tolak kayu ngan batu, makan buah pun suka... Kat rumah Farisya panggil ibu dia "MAMA", "AMA" sesuka hati je kan.... Siap bersembang tapi harap ayah ko nak faham pe ko cakap kan kikiki....

Suka bertanya "Mama apa ni?" Jawab la "ikan" "oooooooooooo itan!" 

2 saat kemudian soklan itu di ulangi semula dan jawapannya tetap sama "oooooooooooo itan!" Hah korang tasbih la menjawab soklan dia hehehe....
 

Ni gambar masa balik kampung 26hb Januari 2013 kebetulan pagi ahad tu (27hb Januari) mak goreng beehun, tanak pulut kuning, rendang daging kan ke kami nak gi merisik tengahari nanti jadi saja jelah buat makan².

Haa bukti kuat makan beehun pun ada kat tepi mulut hihihi....  Tawaflah dia ke depan ke dapur pi interview opah buat pe kat dapur tu jelah aktiviti dia... Ada makanan happy la dia...
:: Farish Akmal ::
Dah besar jadi amik gambor sendiri la kan...

Si abang ni penuh la dengan memacam karenah, lagi² dah sekolah ni kan... Hari² nak kene ingatkan dah jadi tasbih aku tetiap kali hantar gi sekolah tinggalkan memacam pesanan... Bila dia je lelaki rasa bosan kot balik dengan kak zah, kak tasya dan kak atiqah habis tu kalu x balik dengan deme nak balik sendiri herrmmm jangan harap ok!

Farish ni kan ke matanya ada problem sebelum ni jadi lepas operation nampak gaya macam dah ok tapi aku selalu perhatikan dia kalu tengok tv mesti depan² sebab dia nak baca next citer pe agak² x best tukar siaran tension aku ok! Selalu pesan duduk jauh sikit jangan depan sangat... Hermmm kejap jelah kang x sampai 10 minit dia merangkak, mengesot ke depan balik... Dah soh pakai cermin mata dia leh kata "ibu faris rasa macam dah nampak la" maksudnya dia nak tanggalkan cermin mata dan simpan semula dalam beg sekolah aduyaii....

Kalu tengok tv dia khayal dalam dunia dia sampaikan x leh langsung sesambil tengok tv pakai baju bersiap tu pasai pepagi nak gi sekolah aku sorok remote tv! Nak buat kerja sekolah pun aku tutup tv biar dia fokus kat kerja sekolah dia je....

Haa budak ni cerewet makan, kalu suka 1 menu tu dia akan ulang makan menu tu je... Sekarang ni aku dah malas nak bagi bekal sebab dia x makan sangat pun jadi tetiap hari kasi duit belanja rm3... Dia suka nasi lemak jadi menu tulah hari² dia makan... Kekadang aku tanya beli pe je dan macam biasa sosej makanan kegemaran isk...isk...isk....

Kat rumah ada nasi + telur goreng mata + kicap pun dia suka sangat dah.. Soh makan sayur memilih soh makan buah pun sama setakat buah epal limau je makan kalu buah-buahan lain herrmmm jangan harap...

Agaknya tu pasai cekeding je badan dia... makin kurus bila dah bizi sekolah pagi petang alala cian anak ibu kan.... Kasi makan ubat pun payah sangat camne nak kasi vitamin ke hapa ke... serba serbi cerewet lah abang ni........... 



Ni mak budak kebosanan dalam kete jadi mengedikkan diri bersama anak² sebab ayahnya x ikut balik kampung kan... 

So layan yolah kikiki......




Sekian....


Tuesday, January 15, 2013

Breast Cancer



As Salam,

Semalam petang chat dengan sepupu belah mak (anak adik mak) katanya adiknya kene Breast Cancer :( sob...sob...sob.... Dah selesai pun operation kat PPUM (kakak aku yang keje kat PPUM dah gi melawat sekarang dengar citer dah balik umah sendiri kat Kota Damansara) Bila tanya si kakak katanya famili depa sendiri x tau pasai penyakit yang adiknya hidap... 

Tau² ada gambar asben dia upload dan tag dia dalam FB depa gi scan kat PPUM, aku pun rasa pelik rupa-rupanya ada berita sedih.... Masa tu semua kengkawan tanya kenapa? tapi x de jawapan sampai la berita tu sampai kat kampung baru la kami sepupu sepapat dapat tau.....

Aku dapat tau pun dengar² Yong citer.... Bila tanya kakak kepada yang sakit tu adiknya x mau bagitau stage berapa... Katanya di antara 1 - 4 maybe pertengahan la kot....

Aku lak x berapa rapat sangat dengan sepupu sepapat aku ni.... add FB tapi nak sembang ke hapa jauh sekali setakat tengok gambor depa or tau kisah terkini je lain² tu xde pun aku mik tau...isshhh teruk betoi kan aku ni! 

Aku bukan macam Yong cepat rapat@senang mesra dengan sesapa pun... aku ni berat mulut dan malas cari sedara adoiiiiiiiiiii............. Depa pun 2x5 x layan aku xkan aku lak tergedik-gedik nak citer pung pang pung pang kan...kan...kan....

Apapun aku tumpang rasa dukacita dan sedih di atas dugaan yang menimpa sepupu aku tu... Dia sanggup derita sesorang diri tanpa beritahu adik beradiknya mungkin x mau mereka pun sama² rasa sedih.... Diorang ni ada 8 adik beradik 5 perempuan 3 lelaki, ayahnya dah meninggal 2,3 tahun lepas rasanya lupa dah aku.... 

Kat kampung (Teluk Intan) tinggal lah makcik aku tu dengan anak terunanya nasib ada Busu (adik mak yang bongsu) sekeluarga buat teman dan kawan rumah pun sebelah menyebelah je.... Sekarang mesti makcikku ada menemani anaknya.... kasih ibu adalah penguat semangat sepanjang proses penyembuhan betul kan.....

Aku sekeluarga mendoakan agar sepupuku itu cepat sembuh dan penyakit kansernya hilang buat selama-lamanya amin....  

Jadi marilah kita berjaga-jaga ye kawan² kanser sekarang adalah PEMBUNUH NO. 1....


                                      :: Tanda-tanda kanser payudara ::


Payudara
1) Perubahan saiz dan rupa
2) Lekuk pada kulit
3) Ketulan atau penebalan

Puting
1) Puting berdarah (jarang berlaku)
2) Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
3) Puting tertarik ke dalam
4) Ketulan atau penebalan (terutama ada cecair keluar dari puting)
5) Penyakit paget di payudara
 
Lengan
1) Ketulan atau bengkak di sekitar ketiak

 Moh baca info berguna ni KLIK SINI,SINI

Friday, January 11, 2013

Karenah si abam Farish Akmal


Salam,

Korang sedia maklum tahun ni Farish Akmal masuk darjah 1, ohhh rasa macam x percaya lak anak terunaku itu dah besar dan 7 tahun sob..sob...sob.... Jadi tahun ni kandaku xlah terkejar-kejar waktu tengahari sebab aku upah seseorang tolong amik dan hantar ke sekolah untuk gi kelas KAFA.....

Tapi nak citer kat sini karenah si Farish sampaikan akak zah (kawan kepada pengasuh anakku daaa) macam merajuk xmau mik dah adoiiiiii sakit jiwa jap..... 

Hari isnin merupakan hari pertama Farish balik dengan kak zah, seperti biasa aku akan ingatkan dia setiap pagi tunggu di mana blablabla.... Nak jadi cerita hari isnin aritu semua orang dah balik tapi Farish xturun² juga ehhh akak zah dah mengelabah dia minta si tasya (anak pengasuh) gi cari rupa²nya kelas Farish lambat habis so xpelah balik sesama...

Hari selasa Farish leh lak balik sendiri ikut kengkawan, kak zah + anak dia + si tasya cari merata kawasan sekolah tapi x jumpa! Kak zah dah susah hati call pengasuh tanya tiba² pintu rumah pengasuh ada orang ketuk tengok² Farish dah tercegat depan pintu.... Tanya² dia kata ikut kawan dia balik aduyaiiiiiiiiiii.........
 
Hari rabu Farish dah hilang fokus dia ikut kengkawan bermain-main sampaikan x dengar kak zah ajak balik, haaaa kak zah dah mengadu damba kat pengasuh si Farish ni gitu gini dia dah macam merajuk xmau tolong dah.... Pengasuh siap sms kat aku soh slow talk dengan Farish... Huhhh! balik KAFA pe lagi aku tazkirahkan lah si Farish cakap sampai dia faham.......

Hari khamis xde masalah balik sekolah dan balik KAFA ok je.... Tapi RM5 habis dibelanjakan dengan beli benda² merapu adoiii hangin 1 badan ok! Sebenarnya semalam aku x sempat masak jadi xdelah bekal untuk dia, aku siap pesan waktu rehat nanti belilah makanan kat kantin sekolah.... (dengan harapan dia leh belajar cara² nak membeli makanan sendiri)

Bila balik aku check wallet dia mak aiii x baki kome! Aku tanya dia beli apa? dia jawab beli nasi lemak RM1.00 (xhabis sebab xde telur=xde lauk+pedas katanya), beli air kotak RM1, beli sosej RM1 & keropok pedas RM1 jadi ada balance RM1 kan? Aku tanya mana balance duit?? Leh lak dia cerita dia beli pemadam RM1 kat koperasi (pemadam gambar kartun² tu wat koleksi)  

Meroyan aku tau x sekolah baru seminggu lebih pencil warna dah kontot bantai diasah setiap hari, pemadam aku beli stok 1 kotak jadi satu dalam beg sekolah pagi 1 lagi dalam beg sekolah KAFA leh lak dia gi koperasi beli pengasah, pemadam wawawa nangis aku.......

Lom lagi citer gi kelas KAFA Farish siap cerita ada belajar sembahyang, ngaji jadi dia xmau dah ngaji kat tingkat 4 tu malam hari sebab masa dia menonton kartun dah xde, aku cakap xleh sebab ngaji kat tingkat 4 cuma hari selasa dan rabu je so jangan nak ngegada!

Ada jualan makanan kat kelas KAFA jadi dia girang gumbira cerita beli sosej + air kotak setiap hari... aku ulang SETIAP HARI tanpa gagal! Bekal makanan selalunya x habis bila tanya Farish kenyang (tapi minggu ni memang dia demam batuk mybe xde selera nak makan habis).

Bila x kasi bekal leh lak dia tanya "ibu kenapa x masak harini? beras habis ek?" Aku jawap "ibu xsempat nak masak bila ibu kasi bekal Farish makan x habis penat ibu masak" sambil buat muka mintak simpati.... Macam biasa dia akan menjawap punya "mulut Farish dah bunyi macam kenyang tu yang x habis makan, nanti makan banyak² perut Farish sakit perut camne?" alahhaaaiiiii........ x habis makan bekal tapi sosej tetap beli kan...kan...kan... 

Aku harap harini dia ikut arahan dan x susahkan kak zah & tasya, bekal harini roti telur 2 keping dan nuget ayam.... Semalam aku bising² xmau kasi duit belanja tapi hati ibu mana leh tahan marah² pun kasi jugak RM3...

Masalahnya bila dia memilih makan tu yang aku susah hati, dah la sekolah pagi petang beg pulak berat (lom dapat jadual lagi)  badan pun sekeping je makin kurus aku tengok.... Aku harap dia makan lebih sikit tengahari sebelum gi KAFA (makan di rumah pengasuh) dan x bergantung sangat makanan merepek-repek kat sekolah tu....

Ni songkok gi kelas KAFA dah hilang cuai betoi! nak kene beli lain la pulak..... 


 sila abaikan rambut versi abu bakar elah & dinding yang 
penuh contengan farisya tu

sekian...

Wednesday, January 9, 2013

Jeng³........ [Period lewat 65 Hari???]


Haaaaaaaaayoookkkkkkkkkkk xxxttttaaaauuuuuuu........... 





Ni nak mengadu damba ni.... Peri0d teman udah lewat seminggu sob...sob...sob.... Last peri0d 20 November 2012 sampai ke harini ni lom ada tanda² bendera Jepun nak berkibar tapi ada la sebijik jerawat besor bawah bibir kiri ni sebagai tanda memang minggu ni waktu untuk peri0d....

Kalu ikutkan memang kiraan peri0d teman ni agak ting tong sikit, ikut dan je + sesuka hati je nak datang ke x....



Oleh kerana rasa cuak melampaui batasan kikiki teman gi la beli pregnancy test strip cap Guardian tapi si ayah lak yang x sabar² soh ngak teman test pas balik daripada Warta kira² jam 9 malam gitu dan resultnya adalahhh..........................



*


*


*


*



*


*


*


*



*


*
 
*


 * 
  NEGATIVE
Mengapa Saya Tidak datang haids Rasa Hamil tetapi ujian UPT Negative?


 Haaaa negative + peri0d masih x muncul tiba acanerr tu??? Tapi aku rasa pelik sebab berat naik mendadak sekarang ni pakai korset bila cuti x pakai la kan malas aiikkk 2,3 hari x pakai dah rasa mcm mmula² pakai korset rasa x selesa, sendat, ketat haaaaaaa sudahhhhhhh!


Ehhhhh² jangan terpedaya ye entah² teman banyak makan kot cuti weekend tadi, tenyeh juga la felinna inchlose kat perut macam biasa ehh perut ni idaknyer mau kempis² korset pakai inchlose pakai tapi idak juga leper ye hehehe....(ada hati nak kempis tapi makan semua balun ajeeyerrrr)

 
Maka apakah status teman ni ye? Ke masalah hormon menimpa? sabar jelah......

 

ni kalu betoi la teman pregnant tapi tidak rasanya....




 
P/S : setelah 65 hari penuh tanda tanya dan 2 x ujian UPT GAGAL maka semalam 24hb 1 2013 (ahad) PERIOD datang kikiki misi menjadikan Farisya kakak gagal huhuhu....... sekian.


Tuesday, January 8, 2013

comeinya...comeinya...comeinya (dialog yus JAMBU)


Phewwwww....... aku tabik spring la kat NobleBaby My ni sebab gigih sediakan makanan untuk anak dengan begitu kreatif sekali.... Aku yang tengok pun terliur apatah lagi anak² bukan.... Tapi sayang imaginasi aku x sepertinya kekekeke..... @ yang lebih tepat sekali P.E.M.A.L.A.S ajanyerrrrrr hehehe......

 


 


 


 

nak tengok gambar lagi????? klik sini pulak

Gamaknya kalu tiru mau x si Farish makan? tapi bila masanya nak buat terkial-kial pepagi mengejar masa x sempat lerrr.............

Jadinya nengok jelah mampu hihihi.......................

Friday, January 4, 2013

Orientasi Tahun 1 ~ Farish Akmal


::: ORIENTASI TAHUN 1 :::


29 Disember 2012 (Sabtu)

Pagi² bersemangat la bangunkan kanak² ribena soh mandi bersiap (tapi xsempat ngak buat sarapan hahaha gi sekolah harapkan makanan kat kantin sekolah jelah kikiki....) Gigih la kami 4 veranak gi sekolah kul 9 pagi


mik gambo dulu sebelum gi sekolah
tanda nama
senarai nama kengkawan sekelas 34 orang jumlahnya
beratur ikut nama kelas memasing
dapat kelas 1 Hamka (kelas no. 1 wahhh cam x percaya jek kikiki....)
sesambil ibu bapa bayar yuran cikgu kasi kerja yea...
doq depan sekali bagus²!
dah siap kerja termenung lak kome berdua yea...
bayar yuran rm41++

~30 Januari 2012 (ahad) 

:::Marathon ziarah anak buah baru + shopping yeah! :::

Hari ahad xde buat menda sarapan pagi pun kandaku yang beli wahhh syiok bangat!  Perancangan nak ziarah anak buah baru kat Kajang (anak adik ipar yang bongsu anak yang ke-2 so sepasang la sudah). 

Dalam kul 11 pagi kami  4 veranak pun gi lah sesampai jek nengok alalala baby asyik ngempeng jek si abangnya pulak demam kebetulan MIL pun x sihat juga sama² baring berjemaah kat ruang tamu sesama orang yang berpantang hihihi....

MIL tunjuk tangannya bengkak (ohh yea MIL ada gout sebelum ni kalu silap makan jek kakinya akan bengkak x leh jalan la ni naik ke tangan pulak dah.... Aku tanya "mak ada makan pe² ke sebelum ni?" Mak jawab "semalam mak makan kacang sebiji" hermmmm...mungkin sebab tu kot orang gout kan x leh makan kekacang) Disebabkan MIL xlarat nak masak aku pun apa lagi tolong la setakat goreng ikan, goreng sayur + panaskan lauk asam pedas semalam jek pun..... 

Ayah dan kandaku dan adik ipar dah kelaparan yelah yang menjaga orang pantang pun x berapa sihat kan....

dapat voucher rm100 al-hamdulillah shopping alat tulis kat Mydin Putrajaya :)

Balik tu kununnya nak pi singgah Tesco Kajang carikan beskal untuk Farisya tapi x de yang berkenan di hati sudahnya shopping baju sekolah Farish. Sebelum ni dah beli 2 pasang baju sekolah + 2 pasang baju melayu untuk Kafa tapi rasa tamak hahaha tu yang beli lagi 3 pasang kikiki....

murah giler! kain pun bagus kualitinya
rembat 2 pasang
seluar beli 2 pasang je
singlet beli 2 helai
sesi menge'Pow' si ayah hehehe.... dapat la kasut cinderella :)

Aktiviti bersambung selepas anak² mandi manda di Pusat Komuniti Presint 9, balik tu terus gi Mydin Presint 15 lak shopping alat tulis untuk Farish. Kan ke dapat voucher apa lagi kasi belanja la kan.... Itu pun kene top up rm35 sebab sesuka hati je amik tu ini x ingat dunia kakaka.....

si Farisya nak jugak yelah mana aci abang je dapat ye x...


Sudah capek berjalan-jalan, mandi manda, shopping habiskan duit si ayah maka gigih la bonda si Farish nulis nama kat semua buku kerja, buku tulis (alalala kalu ada chop kan best tapi bila mintak si ayah buatkan banyak nar alasannya hermmmm.....) Nasib nama anak x panjang sangat kalu x lengguh tangan kome!

 
hamik ko tulisan besor²
banyak narr bukunya kome!

::: TAHUN 1~ 1 HAMKA :::

2 Januari 2013 (Isnin)

Beria-ria amik cuti sekali x gi pun hantar anak ke sekolah sob...sob...sob.... Kesiangan x sempat nak pump susu, masakkan bekal si Farish lagi jadi ku serahkan tugas menemani anakanda teruna ke sekolah kepada ayahnya.... Tengahari gigih la kami (aku + Farisya siap berpayung bagai) pi jemput abangnya balik sekolah....

Al-hamdulillah setakat 3 hari ni aku sempat masakkan bekal Farish ke sekolah, $ belanja kasi RM2.00 kot² dia teringin apa² ke kat kantin sekolah tu (RM2.00 nilainya kecik sangat sosej 2 ketoi rm1.00, air milo ais rm1.50, nasi lemak kosong x de telur rebus dan kawan² rm1.00 kalu ada telur mata rm1.50 kalu lauk ayam lak rm2.00 ke rm2.50....) bila tanya beli apa Farish jawab beli sosej bu..... 


Nasi Goreng + Telur mata
makaroni goreng + nuget ayam (xhabis x suka sayur katanya)
 nasi goreng + telur lagi (Farish request)

Semalam rasa swing giler mood fikirkan minggu depan camne la nak hantar amik Farish gi Kafa, runsing fikir...... Al-hamdulillah keserabutan tu dah ilang petang semalam bila pengasuh ajak gi rumah kawan dia bincang sendiri dengan kak zah tu tentang urusan amik hantar Farish ke Kafa.

Maka mulai isnin ni Farish balik sekolah kak zah akan amik hantar terus ke rumah pengasuh mandi makan kemudian kak zah akan hantar ke sekolah untuk kelas Kafa dan balik jemput pada 5.30 petang (kebetulan anak pengasuh sebaya umur ( 8 tahun) anak kak zah dan setiap hari memang kak zah yang uruskan amik hantar ke sekolah), pasni si ayah xperlu terkejar sana sini lagi syukur al-hamdulillah :)

Yang kalutnya masa pendaftaran untuk kelas Kafa lepas jumaat tadi si ayah mengamuk sakan sebab surat beranak x de (aku xtau mana letak cari² dalam fail x jumpa) mykid pun aku yang pegang hahaha.... Terus sms detail kang terkial-kial lak si ayah nak isi borang..... Sabar ye yah jangan marah² tau i love u muahhh hehehehe........

ok tatatititutu.....................