CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, July 29, 2013

1st time cabut gigi~Farish Akmal

Assalamualaikum...

Hai semua! amacam puasa ok ke? eh² persiapan raya dah settle ke? hermmm kita lom lagi beli last minute je kat Masjid Tanah, Melaka hehehe... Tahun ni beraya kat umah MIL yelah ikut giliran lah kan...

Nak citer ni...

Semalam kan, 28hb Julai 2013 (ahad) bawak faris gi klinik gigi sebab gigi dia tumbuh bertindih... giginya elok lagi  x goyang dan x rosak tapi gigi tu nak juga tumbuh x sabo² benor huhuhu... gusi pun nampaknya tumbuh juga.... 

 nengok tu gigi bertindih

Kami gerak dari rumah dalam 10 lebih, memula menuju klinik gigi yang kawan kandaku rekemankan katanya dia cabut gigi kat presint mana ntah mahal tu yang di suruh gi kajang je tapi malang sekali klinik gigi tu tutup... Jadi kami pun menukar haluan kununnya patah balik Putrajaya dan gi jelah klinik gigi yang "digambarkan" servisnya mahal tu...

Masa kat traffic light terpandang la deretan kedai belah kiri jalan ada signboard klinik gigi jayaa, ajaklah kandaku singgah dah alang² jumpa kan... Klinik gigi ni tingkat satu daku 3 beranak pun naik dulu sementara kandaku singgah kedai bawah tu entah cari mende x tau..


Daftarkan si faris sekali kakak yang jaga kaunter tanya, "anak dah makan? lepas cabut gigi x boleh makan dan minum tau dalam 1 jam... " haa?? masa tu faris puasa (kejam kan dah tau anak nak cabut gigi soh puasa huhuhu...x lah sebenarnya faris yang nak puasa sebab ari sabtu dia tak puasa... daku hanya ikutkan je...)

Dah cabut dah!

Ayah temankan faris, ohh ibu memang x sampai hati ibu dengar faris mengaduh sakit yelah kene cucuk bius kan sob..sob..sob... 2 batang gigi faris kene cabut... xpelah nak sakit nanti gigi dah ok ensem semula yea nak yea...

 Bawak balik gigi buat kenangan ek

Gamaknya sebab bagi faris makan roti coklat dan air soya kot dia muntah² sampai ke malam... makan sikit muntah minum air pun muntah sampai la ke malam dan dia tidur... cian anak ibu sob..sob..sob...

 tabung raya boleh?? hehehe...

Ni masa balik kandaku gi hardware jadi kami 3 beranak pow ayah hehehe...yang sakit gigi nak tabung tapi tulah bergaduh lak 2 beradik tu sebab saiz x sama hahaha... si adik x mau kalah dia yang besor yang si abang lak kata sebab dia abang dia punya besar hadoiiiii.......

 Tu je nak cito babaiiiiiiiiiii.......


Friday, July 26, 2013

Melawan perasaan takut dup..dap..dup..dap......

Assalamualaikum...

Hai...

Harini kan 1st time kita 'kene' bawak kereta sendiri gi opis sebelum ni pepagi drive asben ada temankan dan balik kerja dia amik (sepanjang bulan puasa ni jelah, selalunya kalau beliau hantarkan pepagi balik kita naek bas je)

Ni sebab darurat ok... pengasuh nak gi berbuka rumah mertuanya jadi amik 1/2 day la menjaga sang puteriku itu... Kandaku kata kalu 1/2 day keje gi bawak jelah kancil tu gi opis pepandai lah la ek sambil gelak² huwaaaaaa...... Katanya malas nak berulang alik amik dah ada lesen kete sila la bawak....

Nak kata berani ke x sebenarnya x berapa nak berani pun... 2, 3 hari sebelum dah mula fikir macam mana ni nak parking mana kete ni (walaupun orang kata alah kancil je pun...)

Ada juga yang macam xpercaya bila kita cerita ketakutan kita pada bukit @ ketinggian cth : nak masuk parking kan ke menurun dan nak keluar parking kan ke mendaki... Haaaa tu la yang kisah risaukan tau... (nasib baik la semalam tengah hari fahimah ajak kuar gi bank jadi kekununnya tengok jalan la kekdahnya huhuhu...)


Ni semalam pagi kandaku sengaja kan gelak² cakap ehh orang amik gambo kete sebelah tu la bukan gambor awak pun elehhh.........

Hampeh je kakak (anak buah) kan 1st komen kahkahkah..

Memula fikir xleh la bawak kete sesorang nak ada orang temankan kat sebelah kununnya rasa selamat sikit @ tenteram kot perasaan gemuruh tu... Tapi kandaku cakap sampai bila? kene beranikan diri jangan la fikir takut manjang.....

Nak parking luar rasa jauh juga nak jalan kaki issshhh memacam kita fikir ok! Tapi tu la harini kita tawakal jelah pukul 6.45 pagi dan turun sebab kalu kuar lambat kang susah nak dapat parking dah le kita xmahir lagi parking selit² ke hapa...

Rasa berdebor bila ada kereta belakang kita adoiii pelan² turun cari parking al-hamdulillah ada kosong kebetulan gamaknya selangor cuti nuzul quran jadi kereta x berapa banyak la... Bila dah parking tarik handbrek matikan enjin keluar kereta toleh² ke depan lampu masih menyala lagi adoiii... masuk balik tutup lampu... 

Bila tekan je alarm lock tetiba alarm menjerit-jerit alamak gabra kejap tekan button biru pun x mau sudahnya bukak pintu guna kunci...cemas kejap tadi pintu x rapat + alarm kereta problem... Nasib baik lepas tu berjaya mengawal diri dan kenderaan tungganganku itu... 


Moga² perasaan gemuruh ni kian berkuranganlah hendaknya...ni rasa debor balik dah sebab nak balik amik anak fikir cemana gaya nak naik bukit lak hahaha.... 


Wednesday, July 24, 2013

Merdunya suara Subhanallah....





Sejuk perut ibu dengar suaramu nak...

Wednesday, July 17, 2013

Percubaan kali pertama~KPSL N27 : 2013

Assalamualaikum.........

Harini ada free jadi nak citer sikit pengalaman 1st time amik exam KPSL N27 kat mengkome² semua... Kengkawan opis ni haa ajak daftar online JPA untuk cari pengalaman lagipun otak lama dah xkerja keras huhuhu...

Udah register mula la kumpul maklumat, pergi pesta buku kat PWTC dapat la beli 2 buah buku warna coklat dgn biru tu...kebetulan buku warna pitch kehabisan stok maka kandaku belikan buku tu di Anjung, Parcel E tu pun 2,3 hari sebelum exam. Kami bertiga (nanad & jilah) pakat kongsi duit beli Kompilasi Soalan N27 untuk study la kununnya... Niat sebenarnya nak tengok soalan² tahun terdahulu camne rupanya...



Ececeh beria kan study la kununnya tu hehehe... gigih buat tagging tapi sempat siap buku undang² je 2 buku lagi tu tagging guna kertas stiker warna warni tu je... Bersungguh-sungguh la buat tagging tu sampai pukul 1 pagi baru tidur... si kenit tu selagi ibunya x tidur dia pun nyibuk kacau kita... Ada le kawan bergaduh mulut memalam hari hehehe...

Esok nak exam malam tu terkial-kial siapkan tagging kebetulan seminggu sebelum exam tu banyak kerja kat opis jadi kepenatan mlm pukul 10 dah pejam mata zzzzzzzzzzzzzzzz....

~25 Jun 2013 (Selasa)

Hari pertama gi kami suami isteri sesat hahaha... dalam slip tulisnya Kolej Murni Presint 17 jadi kandaku berlegar-legar la area kuaters Presint 17 xjumpa² call JPA yang menjawab pun xtau tempat adoiii nasib baik berselisih kawan kandaku kat parking lot kuarters 17 dia tengok slip tu dan bagitau katne kolej tu... kolej warna warni atas bukit tepi highway menuju ke arah Alamanda ikut jalan Pinggiran Putra herrrmmmm tulah kandaku itu teman udah pesan gi survey jalan dulu degil kan salah tempat nasib baik keluar rumah pukul 9.00 pagi dan exam mula pukul 9.30 pagi...

Sebab lewat sampai dewan dah penuh dapat la meja depan sekali, sakitnya tangan menulis esei 3 jam ok! Dapat la jawab 5 soalan betul ke salah x tahu lah huhuhu... Exam ni leh bawa masuk buku teks sebab jawapan semua ada dalam tu kene olah ayat sikit jangan la tiru bulat² ok...

Habis exam kandaku amik terus rasa pening, nak muntah, loya bagai fikir nak tilam... nak bantal... nak tidur... Kanda ajak gi lunch pun x mau nak balik tidur zzzzzzz waaaaaa migrain mari sudah....

~26 Jun 2013 (Rabu)

Hari ke-2 masih dapat meja depan sekali cuma berubah tempat je ok sikit berbanding semalam tapi dapat jawab 4 soalan je... xpandai nak bahagi masa dan masa terbuang cari jawapan... 

Balik kandaku amik dan kami tapau nasi kukus ayam bbq depan INSPEN (dekat area rumah kami je) balik rumah pejam mata kasi lelap kejap ilangkan kejang otak dan tangan hahaha...

 ~27 Jun 2013 (Khamis)

Hari terakhir dewan penuh sesak sebab ramai yang repeat kertas bahagian III ni, walaupun sampai tepat pukul 9 pagi dapat duduk nuuuu di ceruk dinding area korang nampak x tv lcd terlekat kat siling tu haa teman dapat meja kat situ le...



Hari terakhir dapat jawab 4 soalan je sebab masa untuk kertas Bahagian III ni 2 jam je huwaaa rasa xcukup masa kome... Tawakal jelah kalu x lulus tahun depan amik lagi dan lagi sampai lulus ye x...

Kome nak test IQ x meh cuba jawab soalan di bawah yea sila²....

 Contoh soalan :

BAHAGIAN I 3001A
BAHAGIAN II 3001B
 BAHAGIAN III 3001C




Semoga adalah paper yang lulus ye berdebor nak tunggu keputusan bulan 10 ni... Ok sekian, tata titi tutu.........


Tuesday, July 16, 2013

Akhirnya.....baru dapat Lesen P

Assalamualaikum....


Lama dah x sembang sorang² dalam blog ni kan.... bizi ler kunun²nya hihihi... Nak citer salah satu keazaman untuk tahun 2013 dah tercapai al-hamdulillah syukur ;) 

Sebelum ni x pernah pun nak letak target nak buat itu ini nak capai itu ini untuk tahun sekian² tapi tahun ni ada kelainan sikit chewah....

Entah datang dari mana kekuatan nak cabar diri ler kununnya dan kebetulan ada suatu haritu kandaku demam xlarat bangun gamaknya semenjak kejadian itu kot rasa ada sedikit keberanian nak 'mencuba' amik lesen kereta walaupun agak berusia (sob..sob..sob...)....


belajar kat sini

Mula mendaftarkan diri pada 3 Mac 2013 (ahad) gi dengar ceramah 5 jam pastu next week 10 Mac 2013 (ahad) terus mik Ujian Undang² al-hamdulillah lulus dapat 47 markah yeayyy! dan 17 Mac 2013 (ahad) masuk kelas amali 6 jam.

Belajar bawak kereta pada 24 Mac 2013 (ahad) masa ni cikgu sham yang ajornya agak tegas yea orangnya terkial-kial awok ni belajor masuk gear tekan cluth tekan break naek bukit belajor parking dan 3 penjuru... Masa ni sekolah memandu ni masih menggunakan tiang untuk belajor parking.... haaa ada cerita teman nak khabo pasai ni kome tunggu yeaaa....

7 Apr 2013 (ahad) belajor lagi dalam trek, 13 Apr 2013 (sabtu) sambung lagi belajor haa cikgu dah mula bawak gi jalan raya pulak kelas amik hari sabtu sebab esoknya teman kene out station gi Port Dickson. Pastu sibuk dengan balik mengundi bagai sambung kelas pada 18 Mei 2013 (sabtu) dah dekat sebulan x bawak kereta udah rasa mengelabah semula jadi tambah kelas 3 jam pada 26 Jun 2013 (ahad) sebab nak test JPJ 28 Mei 2013 (selasa).

Maka berserah diri pada yang maha Esa 28 Mei 2013 (selasa) hari terakhir untuk ujian parking menggunakan kaedah tiang dan selepas itu @ sesiapa yang gagal kene repeat test JPJ TETAPI kene tambah kelas untuk belajar parking yang tidak menggunakan tiang...

Ditakdirkan hari itu, dapat sesi ke-3 iaitu sesi petang dengar cerita jumlah calon yang mengejar tarikh akhir tu seramai 400 calon. Sangatlah dukacita bila Ujian Praktikal Bahagian II GAGAL kat 3 penjuru (masa dah berjaya buat bukit dan parking terus rasa gelojoh pakej gelabah, teruja sampai silap langkah hahaha sayang 1000 kali sayang kan... Terus menggeletar masa sign result tu huwaaaaaaaa kene ulang semula!)

Bila masa menunggu giliran untuk Ujian Jalan Raya Bahagian III, mulut ni doq bertasbih la semoga dapat la kereta kancil sebab xPERNAH langsung bawak kereta viva ok... Tapi nasib masih xmenyebelahi diri dapat juga kereta viva huwaaaa sekali lagi... 

Takdir tertulis sudah ujian tu LULUS hahaha dapat markah kesian 17 je al-hamdulillah bersemangat la balik walaupun tahu selepas ni kene tambah duit dan kelas untuk belajar step baru hadoiii.....

Haa...keesokan harinya gigihlah daku menaip email panjang berjela buat rayuan kat JPJ rupa² daku ini mangsa keadaan kekdahnya kesian kan xtau cerita patut la jiran sebelah meja ni amik lesen dia cerita belajar parking kat tempat dia x guna tiang pun aiikkk....

Hari rabu email pagi khamis orang JPJ cawangan Padang Jawa Shah Alam call tanya 'pe masalah ko ni ek?' (xde la dia tanya gitu ye jadi jangan percaya hihihi..) Teman pun cerita la A-Z maka beliau pun menceritakan hal sebenarnya begini begitu... Maka rayuanku telah di tolak oleh sebab² yang dinyatakan di bawah ni huwaaaaaaaa lagi dan lagi dan lagiiiiii..... Dapat reply dari JPJ Putrajaya juga via email bagus² pantas korang buat kerja hehehe....






Selepas je tau kisah sedih tu terus merajuk kejap xmau fikir pasai lesen kete sementara waktu sebab nak fokus untuk Exam KPSL N27 (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) la kununnya pada 25 hingga 27 Jun 2013. Gigih la melaburkan sejumlah duit beli buku sendiri sebab buku kat library dah habis orang pinjam... Dah usai exam baru rasa lega aman damai tenang dan leh la sambung balik masuk trek belajor kereta ye...

Dalam tempoh merajuk tu lesen L pun xpired hahaha padan muka! kene renew dah terbang rm30... 7 Julai 2013 (ahad) kembali belajor tapi menggunakan kaedah baru trek pun dah berubah katanya ramai gagal kat 3 penjuru tu gullppsss telan air lior teman... belajor la 2 jam tapi rasa lom mengusai sepenuhnya lagi...

8 Julai 2013 (isnin) tambah lagi 2 jam sesi petang sebab pagi bizi siapkan kerja² kat opis sebab esoknya 9 Julai 2013 (selasa) adalah hari penentuan huhuhu... Kali ni cikgu faiz lak yang ajarkan sampai faham... 

Hari yang di tunggu² pun tiba bertemulah kembali kengkawan yang sesama kandas aritu rupa²nya dia masuk kali ke-3 mencuba nasib tapi gagal kat 3 penjuru tu... Takdir tertulis lagi harini ketika ujian tu hujan renyai² kemudian semakin lebat...

Giliranku pun tiba masa tu jam 12 tengah hari, dapat kereta kancil versi lama masa naik bukit comei je kedudukannya, sebab ada 2 cikgu confius jap kat atas bukit tu haha...cikgu sham ajor xyah free gear bior je stay gear 1 tapi kaki kiri stay kat cluth jangan lepas versi cikgu faiz lak free kan gear tapi tulah masa ujian tu gear xmasuk habis dah mengaum-gaum enjin kete atas bukit tu haha... Nasib baik encik JPJ baik hati dia kata ce masukkan gear semula (dia bagi ceramah katanya haritu hari jadi dia maka nak tolong semua orang lulus la...) baru la ada mau kikiki... ok lepas dah bukit...

Masa masuk side parking nasib teman kurang baik :( entah mana silapnya gamaknya kereta ke tengah sangat kot patutnya rapat ke kotak parking masa kira jalur hitam putih border parking sampai kiraan 3 je patutnya sampai garisan ke-5 selari badan kereta udah rasa sedih dah la hujan lebat buat muka kesian cakap kat encik JPJ yang jaga garisan 'boleh x saya buat semula?' masa tu lom masuk kotak parking pun... Encik JPJ kasi kebenaran apa lagi betoikan balik kedudukan kereta dan berjaya buat tapi enjin kereta asyik mati je masa nak keluar kotak parking adoiii... Encik JPJ tegur lagi 'apasal teruk sangat harini?' huwaaaa....

Tadi masa dengar ceramah Encik JPJ dah pesan amik masa untuk bertenang masa nak buat 3 Penjuru sebab ramai GAGAL sebab kelam kabut, gelojoh, rasa teruja sebab dah dapat buat bukit dan side parking kan... haaa betoi tu! Aritu gagal sebab 3 Penjuru tu la huhuhu...

Al-hamdulillah 3 Penjuru berjaya buat masuk kotak ok undur pun x langgar garisan fuhhhh leganya.... Tapi tulahkan Allah tunjukkan kat situ juga pada kita bukit dan side parking yang kita anggap 'mudah' tapi masa hari kejadian sangkut kat 2 tempat tu.  3 penjuru yang 'susah' tu Allah permudahkan pula.... rasa bersyukur sangat... 

Suasana ketika pagi mendung 

Lesen siap 12 Julai 2013 (jumaat) lepas lagi tapi petang semalam barulah kandaku tolong amikkan... dapat free pelekat P lagi... Bila nak gi kerja pagi ni tengok² kete kancil kandaku dah siap tampalkan P lepas antar Faris gi sekolah kandaku soh belajar bawak fuhhh kumat kamit mulut ni zikir baru sedar debaran bawak kereta atas jalan raya kan... Walaupun auto tapi daku masih kurang keyakinan diri lagi....

Lepas ni kandaku kata nak gi memana xyah dah susah² ajak dia leh gi sendiri huwaaa pasni kene gi kerja sendiri la ek kanda xmau antar sob..sob..sob... 

Apa² pun nak ucapkan TERIMA KASIH kat kandaku sayang yang garang tu (dia penah ajar bawak kete manual pastu marah² kita tau haha terus kita merajuk seminggu xmau cakap dengan dia...) sebab tolong jagakan anak² sepanjang tempoh kita gi masuk kelas belajor kereta jasamu daku kenang ok i lap u kanda muahhhss!

Sekian edisi merepek meraban semoga bertemu lagi di lain n3 ye daaaaaaaaaaaaaa......