CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, August 23, 2013

Kebakaran~22 Ogos 2013 (batu 9 cheras)



Assalamualaikum....


~22 Ogos 2013 (Khamis)


Semalam aku di kejutkan dengan menerima 4 miss call dan sms daripada kakak (anak yong no. 1) tapi sayang sekali aku x sedar bila alarm hp berbunyi jam 5 pagi baru perasan... Cuak bila tengok miss call tu terdetik di hati mesti ada berita x baik...

Bila baca sms tu cecepat sms kakak semula dan dia pun balas kata mamat (anak buah no. 3) sekeluarga selamat rumahnya hangus di jilat api.... Cecepat on fb gi wall fb kakak nak tau perkembangan selanjutnya.... 

serius aku x sedar langsung hp berbunyi tidur awal tu pukul 10 malam...

Kakak cerita;

Malam tu dia tidur rumah mertuanya (selang 2 biji je jaraknya) memandangkan dia sesorang je kat rumah sebab asbennya ada latihan kawat kaki jadi tidur di kem (beliau seorang tentera). Sekitar jam 11.45 malam dia terima call daripada siti (wife mamat) nangis² bagitau rumah depa terbakar.

Kakak terkejut dan terus ketuk pintu bilik adik iparnya minta tolong, mereka (adik ipar termasuk mertua) bergegas pergi ke tempat kejadian. Sampai simpang kubur kereta depa kene tahan sebab api dah marak jadi kejiranan kat situ x bagi masuk... Kakak gelisah cari adiknya di mana, semua susah hati selagi x bertemu mata... 

kedudukan rumah yang rapat & rumah papan menyebabkan api cepat marak

Akhirnya mamat membawa anak isterinya menuju ke tempat kakak berada... melihatkan keadaan si mamat sungguh la sedih hanya memakai seluar pendek berbunga tanpa baju (sehelai sepinggang huhuhu). Katanya xde apa yang sempat untuk di selamatkan :(

Kakak hubungi wan (adik no. 2) memaklumkan hal yang sama, wan pun bergegas datang untuk membantu. Mereka adik beradik sepakat untuk tidak memaklumkan yong (mak mereka) malam itu juga bimbang yong susah hati... 

Mereka semua dalam keadaan terkejut dan fobia, apabila bomba datang pihak bomba mengalami kesukaran mencari punca air dalam usaha untuk memadamkan api walaupun begitu akhirnya kebakaran itu dapat di padamkan al-hamdulillah. Keseluruhannya 6 buah rumah hangus di jilat api.
 
**     **    **    **     **    ** 

Detik² cemas itu mamat kongsikan ketika kami sekeluarga datang melawat malam tadi, katanya ketika kejadian dia sedang masak air di dapur dia terlihat cahaya merah di luar tingkap namun detik hatinya mengatakan ianya hanyalah pantulan cahaya lampu jalan. 

Tiba² isterinya terlihat percikan api di tingkap ruang tamu (ketika itu mereka belum tidur lagi) lalu memanggil mamat untuk melihat ke luar apa sebenarnya yang berlaku. Menyedari api kian marak mereka mengetuk pintu jiran sebelah untuk memaklumkan perkara itu dan lari menyelamatkan diri.

 saksi di tempat kejadian menceritakan dalam sebuah forum

Rumah anak buah yang tinggal rangka

Sumber foto : KLIK SINI


 **     **    **    **     **    **

Gambar semasa kebakaran

Balai Bomba & Penyelamat Kajang  



 
 
 
 

 **     **    **    **     **    **



Gambar selepas kebakaran

 pintu hadapan
ruang tamu

Rumah (arah panah) itu yang di katakan punca kebakaran, isteri mamat terlihat percikan api di tingkap inilah.
dinding batu tulah rumah mamat
 bilik tidur utama
ke dapur
dapur
bos mamat membantu mengutip derma kilat 

Al-hamdulillah, semalam derma/bantuan orang ramai xputus² ada juga pihak kebajikan masyarakat/YB dll turun padang melawat dan menyumbangkan bantuan kepada semua mangsa kebakaran. 

Mertua mamat datang memberikan sokongan moral dan membantu apa yang termampu, aku pun mencari baju² lama (baju farish) untuk di berikan kepada danial kesian dia sob..sob..sob... kami bawa bersama buaian untuk danial...


~23 Ogos 2013 (Jumaat)

Harini juga ketua kampung memaklumkan akan diadakan mesyuarat tergempar untuk semua mangsa kebakaran. Baru sebentar tadi (jam 4.20 petang) kakak memaklumkan Econsave juga menghulurkan bantuan kepada semua mangsa kebakaran... syukur al-hamdulillah... walaupun sumbangan mereka x seberapa namun ianya dapat mengurangkan beban yang mereka tanggung kan...

                                               sumbangan Econsave

 
si demok yang xtahu apa² herrmmmm...




sekian...


Wednesday, August 21, 2013

SeLaMaT HaRi RaYa ~ AiDiLFiTRi 2013 @ MeLaKa / PeRaK

Assalamualaikum semua!


Hai² harini dah syawal ke-14 huhu baru berkesempatan nak cerita pasai riang raya 2013 hehehe yolah tu macamlah ada yang nak baca pun kan..kan..kan... poyo je lebih haha ada mak kisah sendiri tulis sendiri baca sendiri gelak hahaha.... adoilaaa....

Dah² merepek meraban lak....

Nak khabor ke mengkome semua cuti sekolah start 12hb ogos kan jadi pengasuh khabor katanya dia nak balik kampung awai haaaa sudah mana gaya mikiorkan anak² teman 2 ketoi tu... 

Tapi memandangkan isnin tu asben pengasuh masih keroje jadi boleh le 2F menumpang kasih ececehh... Tak boleh nak bawa 2F ke ofis 1 hari haru biru kang ofis teman... ramai keroje lagi lagipun awak ada kerja dan usaikan sebelum cuti panjannnnnnnnnnggg.....


~6hb Ogos 2013 (Selasa)


Udah semalam menumpang kasih jadi harini ndak x ndak terpaksa le bawak deme 2 beradik gi ofis... awak ni dah le pemandu 'Percubaan' risau juga kalu x dapat mengawal keadaan bila 2F buat onar dalam kereta ye nasib baik deme berkelakuan baik bagus²! sila beri kerjasama ye...

Seperti umum sedia maklum memang haru biru bila 2F berkolaborasi bersama-sama atin haha... si farish jadi cikgu seni lukis ajor si atin buat topeng muka karektor kartun la kekdahnya.... Habis kertas A4 kat area ruang rehat belakang meja kerja eo dengan fahimah deme kerjakan...

Farisya pun sama je ngecahkan tempat fahimah adoiii losyen fahimah dia tuang 1 badan dah basah lencun nasib baik ada bawa baju lebih terus tukor.... Ibu² mithali la katakan siap bawak bekal nasi goreng dan roti kang 2F kebulur nak cekau mana makanan bulan² posa ni... Kebetulan cafe pun dah cuti raya... 

Faris memang x puasa bila weekend dan cuti umum x tahan godaan haha farisya la tu suka makan depan² dia....
 

Masa pagi masih ceria harum wangi 3 jam kemudian si Farisya dah tukor baju si Farish dah berulang alik ke tandas buang hajat segala alalala...

Ohh yea arini awak kerja 1/2 hari je tu pun rasa sesak nafas bila 2F tu ada sekali...terpaksa bawak gi ofis sebab xde sapa nak tolong jagakan.... Mulanya nak pecah 2 si abang ikut ayah si adik ikut ibu tapi si abang dah muncung xpuas hati nak ikut gi ofis juga katanya... Alahai x sampai hati pulak tu bawa juga walaupun dah dapat bayangkan apa akan terjadi hahaha...

Tepat pukul 1 salam² semua nak balik rumah dah yeayyy nak bersiap-siap nak balik Melaka petang tu juga... Sebelum gi kerja kandaku dah pesan balik isi minyak kereta tau alamak dub..dap...dub..dap... ini ada debor ni hehehe....

Kebetulan hujan renyai² masa balik tu tapi harung jugalah xkan nak tunggu lagi kang makin huru hara ofis kanak² ini kerjakan... Hajat hati nak isi minyak kat kat Petronas presint 18 tapi entah mana leh lak tersalah simpang kikiki patutnya masuk simpang depan lagi satu... Sudahnya teruskan je perjalanan dan isi minyak kat Petronas Presint 16 hehehe misi berjaya!

Sampai rumah solat dll terus kemas kain baju... Kandaku kerja jadi tunggu dia balik dululah baru leh mulakan perjalanan kan... Dia bagitau hway seremban dah jem dan cadangkan balik ikut jalan dalam @ PD...

Lepas asar baru kami 4 beranak bertolak balik... kami sampai PD pun ngam² azan maghrib terus berenti berbuka tepi petronas nasib baik ada bazar ramadhan... dah ujung² tu dapat beli nasi sebungkus lauk asam pedas ikan pari... kanak² makan ayam goreng crispy tu dengan ayor 4 jenis janji dapat alas perut dan berbuka syukur al-hamdulillah... 

Teruskan perjalanan seronok je lalu jalan kampung nampak lampu pelita keliling rumah cantik je pemandangan tu kan... Dek kerna asyik mengunyah je kerjanya si farisya tetiba muntah bluwekkkk adoiii dah le lencun habis seluar dia kandaku berenti tepi jalan lap muntah dan tukor baju farisya... nasib baik ada towel lap² dalam bonet kereta haisshhh baju penuh muntah tu awak campak je nasib baik bukan baju lap lip lap kan... mabuk jalan kot hahaha....

Malam tu juga gi pekan Masjid Tanah (kedai kemboja) beli baju raya katanya... kandaku recycle semula baju raya tahun 2009 awak pula konon²nya pakai jelah baju batik yang beli kat Terengganu bulan 1 aritu (baju koprat bahagian la kekdahnya berbatik lukis tangan versi lap lip lap gitu...). 

Masa memilih baju 2F susah sebenarnya sebab di Farisya tu nak bergerak bebas xmau di pegang awak ni risau hilang dalam reramai umat manusia tu kan... Dalam kepayahan nak memilih tu akhirnya awak pun dapat sepasang baju raya hahaha kandaku kata supaya match dengan 2F wahhh i love u muahhhhsssss!

Kali ni beli baju kurung kosong je xde lap lip lap macam tahun lepas hehehe....


~7hb Ogos 2013 (Rabu)

::: Hari Mantai :::

Haaa harini hari mantai orang Melaka kata ye....  

Pagi ni juga abang dan adik bongsu kandaku sampai bersama famili memasing kan... Kiranya kami 4 beranak sampai dulu huhuhu... Tetiba pagi tu MIL soh kandaku beli daging MIL mintak kami masak rendang tok alahai ni awak malas ni bukan pandai benor pun 2 tahun lepas masak tu pun google resepi tau...

Kanda soh google resepi hahaha... gi la Pasar Masjid Tanah cari rempah ratus... Haaa dah pandai sikit gi kedai dalam pasar tu (peniaga kemboja juga aikkk...) beli jintan manis, putih, ketumbar dll versi timbang RM1 je hehe nak pakai x banyak pun kan... Kandaku lak pi berbaris beli santan mak aiii ramainya umat manusia beli santan huhuhu...


Lepas beli santan dan rempah ratus sempat lagi kandaku singgah kedai bundle kegemarannya beli t-shirt lagi dan lagi.... Cuaca petang tu panas kan tekak ni rasa hauss bebenor rasa macam nak buka peti ais dan minum air sejuk tapi sayangg puasa terakhir ramadhan tu kan hehehe... sabor²...

Tu le rupa rendang tok tengah di masak versi dah siap masak awak xde amik gambo hehe bila nengok hasilnya x serupa macam 2 tahun lepas salah resepi gamaknya hahaha... Daging batang pinang 1.5 kg tu masak tapi x berapa jalan x laku rendang tok tu deme² xgemor kot ;(... (awak cadangnya memang x nak masak pun rendang tok tapi MIL soh masak tu yang masak le juga sudahnya bila MIL tengok banyak xterusik terus dia cakap lepas ni xyah buat lagilah yeyeyeeeeeee sonok dengornya hihihi dasar menantu malas masak kikiki....)

Macam biasa biras awak @ wife abang kandaku masak kuah lodeh makan dengan nasi impit... MIL masak kari ayam kampung sebab anak bongsunya nak makan roti jala cicah kari... Kandaku ajak gi bazar ramadhan petang tu tapi awak malas dia nak cari air katanya beli sampai 3 jenis dengan roti jala yang lelain pun beli air juga sampai 5 jug air berwarna warni gitu kami berbuka puasa ...


Bila semua balik berkumpul sama ada raya / kenduri kendara ke hapa mesti masalah air xde jenoh le nak basuh pinggan mangkuk nak yak² pun susah kan... tarik la air dari paip jiran tetangga kalu x lagi haru kami semua x mandi huhuhu.........

Malam tu kanak² bersama bapak² mereka main bunga api / mercun dah macam perang je dum dam dum dam sana sini... nak raya katanya kan...


~8hb Ogos 2013 (Khamis)

::: Syawal 1 :::

Yeayy udah raya!


Ni panaroma sekitar selepas sembahyang raya sesi nak bergambo sakan bersama sebagai kenangan kan... Tahun ni angah x balik Malaysia beraya la beliau bersama suami dan anak terunanya di Melbourne. Kakak ipar yang sorang lagi tu pun x mau bergambar maka nilah keluarga kecil kandaku.... 

Tahun ni dapat bergambar sekali dengan FIL/MIL al-hamdulillah 2 tahun lepas FIL bizi xsempat nak bergambar...

Kelabu Picth : keluarga abang one
Hijau : keluarga saipul 
Hitam Hijau : keluarga Ijal

ragam 2F nak amik potret keluarga

versi beranda luar lak kikiki

ececehhh

macam² ragam kikiki...

ni sebelum kami gi bertandang umah saudara mara...
ziarah menziarahi sanak saudara...


Seperti kebiasaanya rumah saudara kandaku ni (alamak lupa pangkat pe adoiii...) selalunya akan hidangkan kami nasi impit bersama kuah lodeh dan kuah kacang, sambal ikan bilis dia awak suka sodappp! rendang lemang tu biasalah...

Si Farisya makan nasi impit dengan kuah lodeh dengan ayahnya sodap sungguh la tu, si Farish macam biasa x layan menu² gitu dia makan la kerepek raya.... Bila singgah rumah ke-2 ada mee bandung kot haaa kali ni Farish makan habis semangkuk siap terbalik tonggeng mangkuk tu hahaha.... Farisya pun makan lagi raya katakan nampak lak mee bedal lah...

Rumah ke-3 dan 4 minum ayor jelah x lalu dah nak makan, si Farish dah berulang alik tandas minum banyak keluarnya pun banyak la kan... Akhir sekali rumah ke-5 (rumah mak ngah) pun sama minum air je kenyang dah hehe... 

Sebenarnya ada lagi rumah kene gi ziarah tapi semua x larat dah nak jenjalan pakat balik rumah tolong FIL/MIL sambut tetamu lak ye tengah hari dah pun...

main² di laman nenek sambil petik rambutan

Budak² pun dah tukor baju doq la depan tv nengok kartun hehehe... Layan tetamu tu je aktiviti selain meroloh dalam bilik hahaha panas kome oiii...


~9hb Ogos 2013 (Jumaat)

::: Syawal ke-2 :::


Harini MIL puasa 6 jadi menu sarapan dan tengah hari menantu² sekalian yang uruskan MIL cuma pantau je... Awak dengan kak midah (wife abang one) je berkecah di dapur biras yang bongsu jaga anaknya... Macam biasalah awak memang amik tender basuh pinggan la kan awak ni x reti masak hehehe....

Tengah hari tu MIL soh kak midah masak tulang masak lemak cili api, awak tolong gorengkan sayur je selain tu tolong kemas rumah, ampaikan kain baju tu jelah aktiviti raya ke-2...

Petang tu juga kami balik Putrajaya, abang one pun sama deme balik Nilai yelah memasing nak gi umah keluarga pasangan pulak ye... Kami gerak balik pun dah pukul 6 petang sebab tunggu FIL/MIL balik menziarah ada jiran meninggal dunia... 

Sekarang ni tengah musim durian luruh dan rambutan cempedak segala MIL soh bawak balik durian kandaku xmau kang pening kepala bau 1 kereta hahaha jadi aku cuma amik rambutan je... Bekalan lain macam biasalah cuma aku malas nak amik daging ayam sebab keras membatu... 

Nasib baik jalan clear cuma kereta banyak kat hway kami sampai rumah (Putrajaya) sebelum pukul 8 malam. Memandangkan malas nak kecah²kan dapur makan malam kami cucur bilis dengan teh o panas al-hamdulillah... Basuh kain baju yang kotor, ampaikan kemas beg baju dan sapu² rumah sikit terus tidur sok pagi insya Allah nak balik Perak pulak...


* * *            * * *              * * *            * * * 

Balik Perak yeayy!!!


~10hb Ogos 2013 (Sabtu)

::: Syawal ke-3 :::

Pagi ni semangat nak balik jumpa mak yeayy! Siap sms abang kat kampung mintak Yong masakkan laksa adoii teringin nak makan laksa la pulak hehehe... Sebelum meneruskan perjalanan pi kedai mamak dulu sarapan roti canai la kan buat alas perut...


Hway ke utara pun ok cuma banyak kereta je... Masa nak sampai exit ke Tol Tapah ada berlaku xcident di laluan ke KL ada kereta terbalik kat line laju adoii kesian la jalan dah mula jem... 

Tak sangka masuk je Tapah jalan jem dan kene buat lencongan sampai lepas Balai Polis Tapah nu, alang² terus kandaku isi minyak kat Petronas Tapah tu... 

Sampai je umah mak terus peluk cium mak melulu ke dapur tengok mak/yong masak pe hehehe sedapnya dapat makan sambal goreng... mak siap frozenkan lauk raya untuk kita waaaaaaa....

Raya ke-3 kakak & asbennya imran (anak sulong yong) dah balik, Nyah pun dah balik KL, mamat (anak yong no.3) beraya umah mertuanya kat Batu Gajah. Kandaku macam biasalah dia gi melepaskan gian mancing ikan raja katanya nak buat ikan kering...


 ~11hb Ogos 2013 (Ahad)

::: Syawal ke-4 :::

Pepagi hari kandaku dah gi ngail ikan, celik² mata rasa ketat melekat rupa² mata belah kiri sakit dah naik merah alahai...

Harini yong ajak gi kenduri kawin rumah pak yop (dulu masa awak kekecik pak yop jual aiskrim naik basikal, sungguh mengimabau masa lalu bila ada aiskrim free hari tu hehehe). Menu kenduri kawin rumah pak yop udang masak kari, rendang tok, ayam goreng berempah dan nenas masak air kot ala² jelatah tu.... 2F makan aiskrim sakan ekk ishhhh³....

Lepas gi makan rumah kenduri kawin, kami gi rumah terbuka YB Dato' Shamsudin (ADUN Ayer Kuning) Farish teruja nak makan sate kami berbaris la nak amik sate tapi xde rezeki sate daging je ada sate ayam kehabisan sudah... Gerai sate depan sana ada banyak lagi sate tapi rasa malas pulak nak berbaris panjang hehehe...

Yong amik cendol fuhh sedap la minum cendol kan..., dah kenyang makan gi Kg Bahagia, Teluk Intan lak sebab wan nak balik KL malam ni jadi gi la jumpa mak sedara (adik arwah abang ipar@asben yong) masa raya pertama deme gi x dapat berjumpa tu yang tunjukkan muka hehehe...

ececehh beria je farisya tu @ Kg Bahagia, Teluk Intan...

Balik petang tu mak gi mesyuarat, adik mak (Busu Ehsan @ adik bongsu) datang sekeluarga ziarah raya tapi mak lom balik lagi jadi kami jelah layan busu.... Siap bekalkan kuih raya dan pisang nak buat cekodok pisang katanya...

Petang tu juga besan yong datang ziarah raya2 buah kereta, si mamat beli kuew teow yong goreng hidang kat besan sebab kami xde masak pe pun sebab sepanjang hari gi kenduri kawin la rumah terbuka lah....

Mikiorkan nak makan pe malam tu sebab yong nak balik dah esok dia kerja kan, soh yong masak nasi lemak dan tanak pulut sikit terliur sudah kalu makan dengan sambal bilis sedapnya alahai ngegada je kan hehehe... 

Masa kami tanak nasi lemak kat dapur adik mak datang (lupa yang no. berapa tapi deme doq Felda Gunung Besout angah Ijah kami panggil), kebetulan kandaku gi Langkap jadi beliau beli 1 bucket KFC al-hamdulillah rezeki angah makan malam nasi lemak lauk ayam KFC huhuhu...
 

~12hb Ogos 2013 (Isnin)

::: Syawal ke-5 :::


Yong dah balik, wan dan mamat pun balik KL tinggallah kami 4 beranak bersama opah dan c. pendek... Hari raya cite kat tv semua pasai raya nyanyi² la drama raya la anak terunaku itu x senang duduk xde cite kartun hahaha... Masa balik Melaka kami bawak bali rekoder astro jadi leh la dia dan sekalian rakyat jelata tengok kartun 24 jam kan... Kat Perak manede Astro tunggu lah siaran kartun tv9 kikiki kesian....
 
ni aktiviti bila xde cerita kartun bagus jugak berkembang sikit minda kan...


Raya ke-5 kedai x buka lagi, lauk basah dah xde mak soh c. pendek beli kat kedai tanjung keramat kot² ada ikan basah non ado katanya... belilah telur dengan sardin tin. Tengah hari tu ku petik la daun ubi kayu, pucuk kadok dan pucuk mengkudu rebus makan dengan kuah kacang... Mak kupas betik dan masak lemak putih ya Allah sedapnya! Ikan sardin tin tu mak masak taruk asam belimbing sedap³....

Haa tu la ikan raja yang dah siap diperam dengan garam semalaman, awak tolong jemurkan je siang basuh semua kandaku uruskan hehehe...

Malam tu adik mak yang doq Bagan Datoh datang dengan 2 orang anak terunanya... Datang pun dekat pukul 10 malam hehe siang hari anak² tidur malas nak jenjalan katanya... 2 sepupuku tu dapat masuk uitm al-hamdulillah syukur walaupun susah semangat nak belajar masih kuat bagus²!


 ~13hb Ogos 2013 (Selasa) 

::: Syawal ke-6 :::



Pagi ni dah nak balik Putrajaya dah sob..sob..sob... sedihnya walaupun cuti panjang tapi kandaku nak kerja esok xleh nak berlama-lamaan dengan mak :(

Kebetulan ada rombongan baraan nak datang rumah (versi perempuan je selalunya pagi raya baraan orang lelaki dari rumah ke rumah kan) jadi tolong mak susun kuih dan bancuh air siap² sebelum bertolak balik.... Sempat la jumpa kawan sekampung tu pun xleh cakap lelama sebab kandaku dah tunggu dalam kete adoii..

Masa sampai simpang keluar nampak c. pendek lambai² ingatkan nak salam 2F rupanya nak tumpang gi Tapah nak gi amik kad OKU katanya, sampai Tapah Road yong dah tunggu depan sekolah rendah Pendita Zaaba sebab dah berjanji dengan dia nak gi survey freezer untuk mak (mak kan ke jual ais batu dengan aiskrim jadi bulan puasa tadi dapat la untung RM80) peti ais mak sekarang kecik dapat buat 6 ketul je sehari..

Dah survey harga antor c. pendek kat pejabat OKU Jalan Bidor pastu antorkan yong klinik kesihatan jalan damai (dia terlupa amik ubat katanya dah lepas tarikh) pastu terus isi minyak kereta dan bertolak balik... Babai semua :(

Sampai Putrajaya dalam pukul 1 lebih makan tengah hari kat Lot 10 (medan selera kg. dato' abu bakar baginda) dah kenyang baru balik rumah....



foto sumber : SINI

Habis dah cerita percutian riang raya 2013.... semoga tahun depan dapat berjumpa sekalian adik beradik dan sanak saudara yeaa.... Basuh kain baju tetiba rasa nak buat roti jala kuarkan durian frozen kasi cair dan sms kandaku soh beli santan, daun pandan dan acuan buat roti jala (beliau masa tu dah kuar semula)

 * * *            * * *              * * *            * * *

::: Masak² di kala cuti nan panjang :::
Percubaan pertama roti jala tu x berapa menjadi sebab bancuhan terlalu cair, tambah tepung dan akhir berjayalah mendapat hasil seperti di gambar... Wahhh bangga jap dapat buat roti jala kikiki....

Kuah durian dah siap, tetiba nampak daging ayam kampung frozen kuarkan rasa nak buat kari ayam lah... Kedai runcit tutup lagi jadi guna jelah rempah yang MIL kasi aritu masak guna bahan² yang ada kat dalam fridge jadilah nampak macam kari ok lah kan hehe...

Masak banyak² sapa lak nak makan ni? terus sms anak buah soh mai makan... Sementara tu tanak nasi mana le tau depa nak makan nasi tapi lauk cuba ayam kampung kari tu jelah... Sms kakak (anak buah) kirim telur ayam otw mai umah kan... buatlah telur dadar sebagai lauk tambahan... Habis 3 pot nasi al-hamdulillah, 3 orang anak buah datang bersama pasangan masing² ehh² wan pun dah ada bakal ehem² juga hehe....

roti jala


 ~18hb Ogos 2013 (Ahad) 

::: Syawal ke-11 :::

Hari terakhir untuk cuti nan panjang, maka cargaskan diri iron baju stok seminggu, iron baju sekolah, kapur kasut, kemas beg sekolah, beg nursery, kemas rumah dll aktiviti di rumah... Esok dah nak kerja setelah hampir 2 minggu cuti raya...

Sepanjang doq rumah cuti sekolah ni masak untuk makan malam lambat, pagi sarapan pun dekat waktu makan tengah hari dasar pemalas kan hehe... Budak² x banyak songgeh kalu ibu masak jemput bilis ke nasi goreng ke beehun goreng ke sampai ke petang la deme ulang makan selagi x habis la... Karang dekat pukul 2, 3 baru lah awak masak untuk makan tengah hari...

Tekak teringin nak makan nasi ayam, gigih la beli seekor ayam (masak separuh je separuh lagi simpan buat stok lauk) separuh tu pesan xyah potong bior je besor gedabak cadangnye nak bako le.... Tanak 4 pot nasi habis kome makan 4 beranak sedap ekkk ibu masak hehehe...


Sebenarnya nyah ada jemput gi rumah dia katanya buat makan² raya @ rumah terbuka, menunya nasi lemak ayam berempah dengan laksa dll tapi awak x gi sebab kandaku penat, nasib baik masak sedap leh la cover ralat x gi tu je hahaha...


 ~19hb Ogos 2013 (Isnin)

::: 1st day Kerja :::

Haaa... lama sangat cutinya yeee... awak ikut cuti sekolah kalu idak sapa nak jaga anak awak yea ndak... Dah le 1st day mai kerja terus lak gi KL jamuan raya syok sangat hehehe...


Kami pi naek bas jabatan wahh² sambutan tahun ni sampai ke KL gitu kalu idak sebelum ni kat Infra je ni siap ada retis² bagai hebat²....

Pengacara majlis ari kejadian :-
 
Jihan RajaLawak

Zahid AF2

Artis yang menyumbangkan suara :-

 Uji Rashid dan Hail Amir
 
A.Rahman Hassan
 
 David-Arumugam
Farhan AF4
Ada lagi penari Istana Budaya lah, ada group gamelan (negeri 9 katanya) dll xkenai huhu... Target aritu nak makan satay hermmm sedapnya nasi impit kuah kacang ada timun dan bawang kan... Pastu makan laksa johor, pasembor, tapai pulut, rambutan, nangka madu, rock melon tu yang lalu nak makan sebenarnya banyak lagi menunya perut penuh huhuhu...

Pukul 2 kami balik Putrajaya maka berakhirlah cerita riang raya 2013, majlis sambutan raya untuk bahagian masih dalam perancangan tarikh pun belum tentukan bila...

Fuhhh letih bercerita, sekian tata titi tutu..............