CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, December 31, 2014

Majlis Menyambut Menantu~Izwan ♥ Hanim @ Tapah Road, Perak

Assalamualaikum....

~25hb Disember 2014 (Khamis)

Belum hilang lelah pergi ngantor wan nikah kat Kedah aritu minggu ni bersambung pulak balik ke Perak pulak untuk kenduri nyambut menantu.... Julung kalinya buat kenduri kat rumah Yong... ni kiranya hajat dia le nak merasa gotong royong sesama kariah taman indah ni haa....

Jadinya kami balik dalam pukul 10 pagi, sempat lagi goreng nasi dan makan dulu kat rumah... Perjalanan ok je xdelah jem cuma banyak kereta bila 3 link tukar ke 2 link gitu.... Sesambil tu doq main wasup dengan si kakak katanya mak dia masak banyak xyah la singgah makan kat kedai katanya....

Sampai rumah Yong mak tengah masak kari daging dan nak kukus pulut kuning sesambil tu nampak jiran tetangga Yong tengah mengentel tepung nak buat wadai kiping (bubur orang banjar)

Kebetulan kami kelaparan ada pulak lauk ayam masak merah, ayam masak sup dengan gulai tempoyak ikan patin so bedal jelah kan... Mulanya kandaku xjamah pun gulai tempoyak tapi bila dia rasa sekali pastu doq puji² sedap pekat x cair macam kat kedai bukan main menyudu-nyudu kuah hahaha....

Lepas asar baru jiran tetangga datang bacakan doa selamat dan kebetulan kru nak pasang pelamin pun mai depa terus la makan kenduri sekali.... jenuh jugalah ngemas beranda Yong ni banyak sangat barang rumah pun kecik terhad keluasannya.... numpang letak barang kat rumah sebelah klu x xmuat kome....


Kenduri doa selamat
sebelum dan selepas

Haaa ce nengok buaian deme je udah beso gabak makan space iskk..isk..isk... laman beranda rumah yong ni kecik je yelah taman 2 bilik beso manalah kan.... jenuh ngemas barang nasib jiran sebelah kasi tumpangkan jadi lemporkan ke sebelah sekejap semua barang² termasuk beskal dan 2 biji moto...


~27hb Disember 2014 (Sabtu)


 Majlis Berjanzi, Marhaban dan berendoi


Hajat Yong nak buat majlis berendoi untuk cucu ke-2nya... ni anak Mamat (anak ke-3 Yong) si Daniel dulu buat kat rumah mak xdapat nak panggil geng marhaban sebab semua bizi...sedih benor bila mengenangkan nasib ada 2,3 orang tua kat kampung ni sudi meneruskan majlis...

 2 cucu den
Daniel Fahmi & Nurin Ilyana Qaisara


Daku sangat tabik hormat kat Daniel ni sebab senang nak jaganya (merenggek mengamuk tu biasalah kalau lapar kan) kalau bagi makan dia boleh je makan sendiri doq dediam makan sampai kenyang... kalau main pun sesorang xde hal... gamaknya sebab dia dah ada adik xleh nak manja² sangat... sensitif pun ia kalau suara kite keras marah dia akan diam tutup mata dan mengeraskan diri ala² merajuk hahaha... selagi kome xpujuk doq keras kat situ la dia hahaha...

 Selamat datang!
 Yong @ Mak Pengantin
 kakak dan imran
 berarak sang pengantin di iringi paluan kompang


Abangku si cik ndek x dapat joint pi Kedah masa wan nikah aritu sebab menjaga hati kengkawan kompangnya, tu pun dengarnya depa dah malas nak main kompang lagi sebab bebudak muda ni kejap kang kuar pi KL cari kerja agak² xtahan lama balik semula kampung joint semula kompang... pelapis makin berkurangan...

Tapi ramai orang suka dengar kompang deme ni sebab macam² lagu depa bawak... Yong pun pernah belajar main kompang ambik bahagian masa wan sanding... kasih ibu kan meraikan anaknya sesungguh hati... yea hajatnya nak kenduri kat taman termakbul... jiran tetangganya dapat tengok mesti berbunga-bunga hati Yong...

 sanding & acara tabur gula²


Seronok famili Hanim tengok kemeriahan kenduri belah Perak ni dengan alunan kompang mengiringi pengantin dan di tambah lak acara kesukaan kanak² iaitu tabur gula²...bukan main hepi  kekanak sekalian rebut gula²...

makan bersuap ehem²
 menu lauk kenduri

1. Nasi Minyak
2. Nasi Putih
3. Ayam Masak Merah
4. Dalca Daging
5. Jelatah Timun & Nenas
6. Kerabu Silom
7. Ikan Kering
8. Sambal Belacan
9. Air Sarsi

Menu Tambahan (Nyah sponser)

1. Masak Lemak Cili Api Nenas & Ikan Masin
2. Ikan Cencaru Goreng

2 lauk tambahan ni xde gambar sebab lauk sampai lambat, lagi malang bila si Mamat dan Edy angkat periuk gulai lemak nenas tu leh lak depa tersadung jatuh jadinya separuh lauknya tumpah.... ralat la hati Nyah sob..sob..sob...

 jemput makan :)
 Hasil seni tangan bakal kakak ipar
 Hantaran belah perempuan kasi
 daq demok
bos wan cawangan Ipoh
 Famili Hanim
ehh Omak den pun ado terselit
Kengkawan Wan


~28hb Disember 2014 (Ahad)

 Melawat bakal kakak ipar @ Hosp Tapah

Al-kisahnya kak Nora ni offer diri buatkan lauk untuk makan beradap pengantin tapi sungguh le kami x sangka yang pagi tu masa Yop datang jemput tetiba dia pengsan@pitam... Yop terpaksa juga hantar lauk kebetulan famili kak Nora call ambulan depa terus bawak pi Hospital Tapah... entah apa masalahnya depa bawak pi Hospital Ipoh pulak takut ada komplikasi lain katanya...

Kesian nengok Yop berbelah bagi dia badannya berada di kenduri anak kakak sendiri tapi fikirannya kerisauan mikirkan kesihatan kak Nora.... Ohh yea sebelum ni Yop pernah berkahwin tapi jodohnya x panjang dan bercerai.... Takdir Allah S.W.T menemukakan dia dengan kak Nora (Janda anak 1 dan dah ada cucu pun) beza umur mereka 2 tahun gitu dan dalam perancangan nak nikah bulan 1 ni bersempena 100 hari pemergian ibu kak Nora...

Semua rasa simpati dan kami pergi melawat kak Nora pada pagi ahad 28/12/2014 (akhirnya doktor mengesahkan dia cuma keletihan, x cukup tidur dan sememangnya ada penyakit darah tinggi) kat Hospital Tapah (refer semula Hospital Tapah). 

Selepas melawat kak Nora daku anak beranak meneruskan perjalanan balik ke Putrajaya. Sekian cerita Disember 2014 yang bizi kekeke....


Tuesday, December 30, 2014

Majlis Pernikahan & Resepsi~Izwan ♥ Hanim @ Jeneri, Kedah


Assalamualaikum....

~18hb Disember 2014 (Khamis)


Harini tarikh famili kami akan bergerak ke Sik Kedah sebab esok pagi wan akan menikah kat Masjid... Daku memilih untuk bergerak sendiri dan x singgah Tapah pun maksudnya straight dari Putrajaya ke Kedah gitu...

Mulanya daku dimaklumkan 2 buah kereta akan bergerak dari Tapah rupanya sebuah kete je (ramai xikut sebab kena uruskan rombongan bas pagi sabtu tu).... Jadinya si kakak, yop, nyah deme semua naek bas... idak le daku sangka deme berhimpit-himpit dalam kereta 5 dewasa 1 kanak² dan 1 bayi....

Daku sampai RNR Tapah dalam pukul 2 gitu berenti rehat dan makan dulu la kelaparan ok... Masa ni wan dah gerak ke utara sempat singgah Ipoh kasi kad kawen dia kat bos cawangan Ipoh...

Masa rehat kat rnr Tapah tu wan dah mula masuk Terowong Menora masa tu dia ada sms cakap kalu jumpa nak tumpangkan sorang (xtau pulak kete deme penuh) tapi sampai ke Jeniang kami baru jumpa sebab sangkut jem kat Juru...

Lama juga le deme terpaksa nunggu kat Tol Gurun tapi akhirnya wan gerak terus ke Jeniang pelan² katanya... Jangkaanku 6 jam perjalanan jadinya sampai pun dan petang terus la cari homestay rehatkan diri ++ memasing sudah kelaparan...

Daku dah berpakat dengan Yong nak potluck jadi daku bawak sambal sotong, sayur campur dan nasi putih... Yong bawak nasi ayam sikit, ayam masak merah, sambal petai dan kebetulan mak Hanim kasi kami beehun goreng.... al-hamdulillah kenyang semua senang hati kikiki....


Homestay 3 bilik 2 bilik air (2 hari 2 malam = RM300)

Boleh pulak dalam kelam kabut dan bonet penuh barang tu wan tertinggal kasutnya hahaha acaner gaya esok nak menikah pakai selipar alala x comei wan oiii....

Malam tu x de aktiviti sembang² kosong dan nengok gelagat anak sendiri main dengan cucu den si daniel tu lah...


~19hb Disember 2014 (Jumaat)


Pepagi hari soh kandaku tapau nasi lemak dan kekuih sikit buat sarapan, dan kami bersiap-siaplah nak gi ke Masjid sebab nikahnya pukul 10 pagi.... 


Bergambo kenangan dulu yea...
lafaz ayahanda serahkan kepada tok kadi (wali hakim)
2x kali lafaz akhirnya sah :)
Batalkan air sembahyang
Gelagat 2F

Usai ijab dan qabul famili Hanim jemput makan tengah hari kat rumahnya... syukur al-hamdulillah... kami di jamu dengan nasi putih, gulai pisang dengan ikan masin, ikan talang masin masak sambal, ulam betik, pucuk paku dan rebung rebus, ikan termenung goreng dan sambal belacan... Menu kampung memang torrbaeeekk kan... selera makan hehehe...

Lepas makan kami xde aktiviti pun so jadual jumaat petang free.... Kandaku ajak pi Padang Besar pi jalan² shopping gitu... daku ajak Yong sekali baru meriah kikiki... yang lelain (mamat anak beranak, wan dan mak) tinggal je kat homestay rehatkan diri ek...

Akhirnya dapat jejakkan kaki ke Perlis yaahoo!
Angin kuat dan cantik pemandangan ladang tebu sepanjang jalan

Hajat hati nak membelikan MIL kelambu jenis lipat² tu dan pemanggang ajaib... letih dah dengor MIL berangan kalu ada pemanggang ajaib nak masak itu ini senang katanya.... Kebetulan sampai dah Padang Besar terus la cari dan beli....

Daku xdelah memborong sakan pun setakat beli baju buat kenangan untuk anak², beg sekolah dan jajan untuk makan... kalau orang lain beli periuk belanga bagai tapi daku xde nafsu pun nak membeli benda gitu hahaha...

Perjalanan kami dari Tol Gurun exit Tol Bukit Kayu Hitam makan masa dalam 2 jam perjalanan... sepanjang perjalanan nak ke Padang Besar cantiknya pemandangan gunung ganang dengan angin kuat...


~20hb Disember 2014 (Sabtu)

Pagi xde aktiviti cuma berbalas wassup dengan si kakak tanya lokasi bas dah sampai mana...Pukul 12.30 tengah hari bas sampai Jeniang dan kakak punggah barang hantaran dan kasut wan... Leh pulak owner homestay datang soh kuar cecepat katanya ada orang lain nak masuk.... kelam kabut la kami ngemas kain baju dan barang² sebab lepas kenduri wan usai kami akan balik terus xde singgah memana pun... kebetulan pulak malam tu ada bola kan...

Hujan turun lebat, 2F nyibuk masuk dalam kereta si kakak sebab wan yang drive kete kan... tapi sebab sanding pukul 2 jadinya kami terpaksalah tunggu lama... Nasib baik hujan makin reda tapi kelakornya daku somi isteri ingatkan rombongan si wan dah jalan ikut short cut rupanya depa lepak kat surau ciss daku berdua beria jalan bawak bunga telur sampai rumah pengantin hahaha... toleh² xde pun sesapa kat belakang... sudahnya lepak jelah kat khemah pengantin anak² pun xtau mana hahaha... si Hanim pi jemput wan dan depa jalan sesama di iringi rombongan Yong 1 bas ko....

sini pengantin di sambut dengan bunyi mercun 2, 3 biji je gitu...
lepas makan bergambar kenangan dan bersiap balik
Wan dan Hanim
Ucunya, maknya dan jiran sekampung kekeke
Selamat Pengantin Baru!
Hantaran untuk Hanim
Suasana rumah Hanim
Dah² moh balik!


Kami gerak pukul 3 petang dan sampai Putrajaya dekat jam 9 Malam terus la singgah kedai makan laparrrrr okies.... Nasib sempat lagi tengok bola hahaha dan jalan xdelah jem sangat dan hujan pun x lebat 1,2 tempat je hujan....

Al-hamdulillah hajat meraikan anak buah kesayangan tercapai tinggal si bongsu tu je kalau nak kawen cari dekat² jelah ek.... sekian nanti sambung kenduri kat Perak pulak ek...
   

Fire drill @ KKLW

Assalamualaikum....

Malam tadi dapat info yang ada latihan kebakaran pagi ni 30hb Disember 2014 (Selasa) dan lebih malangnya Perbadanan Putrajaya dah letak sesiap kon sepanjang jalan dengan Notis larangan meletakkan kenderaan sebab ada latihan Fire Drill KKLW...

Hampeh la kan semua tau jadi memasing main ngelat ada yang sesiap turun kat tingkat 2 lepak2 tunggu sampai bunyi siren, ada yang kuar ofis sesuka hati pi minum la huhh! Daku lak tunggu juga bila siren nak bunyi ni rupa-rupanya dekat pukul 10.15 pagi baru siren bunyi....

Kami berkumpul dan buat pemeriksaan akhir (sapa yang cuti dan dll) kemudian perlahan-lahan mula menuruni tangga... ohhh yea kami berada di aras 25 so ibu² mengandung kenalah turun ke tingkat 20 untuk transit kang kalu sengaja turun tangga apa² jadi sila tanggung sendiri yea....

 foto : sumber fb Edwin
sesi berkumpul di aras 25 dan menunggu bomba di aras 20

 bomba tolong rescue kami hikhikhik...
sampai bawah kena lapor diri pulak

 berkumpul di dataran gemilang
 32 tingkat kome!
 Taklimat oleh Bomba
 2 buah trak Bomba
bersurai

Inilah kenangan pertamaku naek lift bomba ketika latihan kebakaran sebelum ni 2x dah merasa ketaqnya lutut turun 25 tingkat hehehe... ada 1 insiden td dengarnya ada sorang ibu hamil ni berdegil turun tangga bila sampai bawah mengadu sakit haiishh ngaper la siksa diri kang x pepasai bersalin awal xke naya....

Ok tu je nak kapochi daaaa.... nenanti kite update kenduri kawen si wan kat Kedah dan Perak ek...

   

Monday, December 22, 2014

Moh Balik Kampung!


Assalamualaikum....

~27hb November 2014 (Khamis)

Mulanya tarikh ni sepatutnya ada retreat TW kat Cherating tapi Bahagian Kewangan x benarkan buat fail meja kat luar aka nak berfamili day la bhs halusnya hahaha...

Sebab xjadi kanda ajak balik kampung (Perak) siap soh ambik cuti Khamis dan Jumaat gitu... leh lak last minute tu google cari hotel nak pi Cameron Highlands yaahoooo.....

Cuti sekolah hotel harga xingat dunia double triple ko.... tapi sebab nak kasi happy kat anak2 daku gagahi jua call tiap 1 hotel survey harga....



 enjin panas berasap kome
 braket ek namanya

Tapi pepagi hari otw nak pi sekali kete buat hal lepas makan nasi goreng (sempat lagi tu goreng nasi sebab nasi banyak lebih) kami terus pi bengkel kat Kajang nasibb baikkk bengkel dah buka terus la ganti benda alah yang rosak tu...apa namanya braket haaa yelah kot...

Tunggu la 1 jam depa settlekan.... Rasanya pukul 10 lebih baru kami gerak....

Sampai rnr Tapah dalam pukul 1 tengah hari gitu terus la makan nasi lapor kot.... dah kenyang kami meneruskan perjalanan menuju Cameron Highlands yeyeye....

Pertengahan jalan tetiba hujan turun makin lama makin lebat....risau juga sebab masa mendaki dalam keadaan hujan sangat la mencabar... ada tanah runtuh, limpahan air hujan yang turun laju dari lereng² bukit dan ada juga pokok tumbang...

Hampir pukul 3 petang barulah kami sampai dan check in Hotel Snooze Brinchang.... hotel ni agak tersorok sikit so landmarknya adalah Star Regency Hotel di belah kiri kita dan kedudukan hotel Snooze ni di penghujung deretan bangunan kedai yang baru dibangunkan tu... (belah kanan kita)



hotel baru
bilik ni keluasannya kecik je
parking berbayar ok rm10 per entry (sehari)


budak² teruja tido hotel kekeke....

Dah sampai lapar balik tapi malas nak keluar jadi makan jelah bekal nasi goreng pagi tadi hehehe.... budak² soh tidur xmau lak depa tengok tv la layan citer kartun ibu dan ayah tidur zzzzzzzzzz... ayah perli² ibu katanya bayar hotel mahal² semata-mata nak tidur je chehhh bior la hehehe....

Pukul 5 lebih dah rasa bosan terkurung dalam bilik ajak kandaku pi pasar malam brinchang leh lak dia xmau bangun huh! ini mendatangkan amukan..... terus ajak 2F turun kami berjalan bertiga je ggrrrrr....

Wahh bukan main membeli belah.... beli buah strawberi, sayur-sayuran dll tetiba kandaku call tanya kat mana... ehhh tadi cakap nak tido akhirnya turun juga wuekk hehehe.... sambung lagi jenjalan sekitar pasar malam tu... beli nasi goreng, udang galah celup tepung, beli jagung rebus dan bakar dll


kuar lagi pukul 9.00 malam
angin malam yang sejuk jadi terpaksa beli sweater untuk Farisya
asparagus nanad kirim (rosak jadi kempunan dia sob..sob..sob..)


~28hb November 2014 (Jumaat)

Pukul 8 lebih kami check-out sebab kandaku nak pi kedai potong area Ipoh... katanya nak carik duit la duit habis hahaha yolah tu...


Merata kedai potong kami terjah dapat la barang yang di idamkan so teruskan perjalanan balik kampung pulak... Sang lelaki pi solat Jumaat kami tunggu kat rumah... mak dah berkampung kat rumah adiknya jadi xde sesapa pun kat rumah.... bertambah bosan bila tv pun rosak alahai....

Pukul 3 Yong datang rumah mak ajak pi bendang ambik kek yang daku tempah dan depa terus pi Teluk Intan nak tengok kazen nikah tapi daku keletihan malas nak ikut jadi 2F je ikut yong dengan kakak....


kek sedap!

~29hb November 2014 (Sabtu)

kakak dan adik bongsu
my familia with penantin

Niat datang makan je kan jadinya lepas pengantin bersanding kami blah balik kekeke... alah kazen² daku tu pun bukannya tolong buat kerja pun buat² bizi usung kamera sana sini haisshh sabor jelah padahal ada dah jurukamera... yang bizi kazen lelaki la angkat² pinggan dll

Tapi sentap juga la bila paksu sound masa nak balik... leh lak dia cakap 'ehh datang makan je' hahaha ado den kisah! alah kalau mak buat kenduri kazen² ku sekalian datang makan je pun so xpelah kami balas gitu kan... 

Penat dah dulu kekecik sebab x de kenderaan sendiri terpaksa tumpang pak sedara balik kampung jadi tiap kali kenduri kendara kedrat kami nilah nolong... Yong pun buat peragai sama hahaha tapi dia kena stay lama sebab Nyah otw dia naek bas dr KL... So semua adik beradikku datang ado masa kenduri kazenku yang bongsu ni cuma cik ndek je x leh nak datang sebab dia main kompang kenduri kawen...



Sempat lagi usha kedai potong area Teluk Intan pulak... xde jumpa barang yang dihajati so terus balik.... Oleh kerna bosan tahap gaban kandaku nekad ajak balik Putrajaya petang tu juga sebab kalau stay pun tv xde nak mancing joran Yop ilangkan so dia bosan....

Sampai rumah mak rehat² jap kemas kain baju terus balik.... Ikut jalan lama singgah bidor teringin nak makan buah limau bali...hermm ambik ko sebiji rm18!

limau bali Bidor

Meneruskan perjalanan sampai Sungkai pi jumpa kawan kandaku yang kerja Perhilitan tu katanya dia ada memburu rusa liar (kekadang dia memburu rusa sebab nak kasi harimau makan... kena ajar juga makan daging lain asyik ayam je....) so ada lebih dia offer la kengkawan yang minat tapi harga x ingat mahal ko sekilo rm70 gullppsss.... 

Tapi guna sistem barter hahaha tukar dengan lampu kereta (bebudak main kete ni memang kegilaan depa buat kete cecantik termasuk le kandaku haisshhh...) tapi kawannya kena tambah duit la sebab lampu tu lagi mahal dari harga rusa hehehe...

Ok² settle dah citer ni lama doq peram sebab mood MALAS hehehe...