CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, January 27, 2014

Mak datang yeyeye!

Assalamualaikum....

~25hb Januari 2014 (Sabtu)

Harini ada kenduri kat cheras (rumah MIL kakak) adik ipar dia kawin. Mak, Yong, Edy dan Cik Ndek datang dari kampung yeyeye..... Deme semua gerak dari kampung pukul 5.30 petang yelah yong keje pun balik pukul 4 petang kan...

Dekat pukul 8 lebih deme sampai si kakak siap sms ajak tidur kat rumah dia tapi kandaku ada meting la (ada program futsal belia hari ahad nanti) gi minum dengan kengkawan lah makanya sok pagilah kami gi awal sikit leh sembang² lama sikit dengan mak hehehe....

Pagi tu basuh kain baju pakej ampai sekali kendian sapu² sikit rumah sarapan apa ek lupa hahaha.... Pukul 10 pagi kami 4 veranak pergilah dengan hati riang ria hehehe... Sesampai je rumah kakak terus makan nasi goreng ada pulak beehun goreng, sambal goreng dengan cempedak goreng wahhhhhhhhhhh heaven!!!

Mak pulak gi ikut pengantin gi masjid acara nikah tinggal lah yong, cik ndek, edy, wan kat rumah kakak dengan imran bizi kat rumah mertua (selang 3 biji rumah je jarak rumah kakak dengan rumah mertua dia)

Rombongan pengantin lelaki semua pakat bertandang kat rumah kakak sementara nak tunggu lepas zohor baru bersanding, yang 2 ketoi anak aku tu x reti diam nak main game la sekali depa jahanam mainan si daniel terus aku terpandang mak dia kelam kabut punggut mainan anak dia yang seketoi dua tu masuk dalam kotak (sentap la tu mainan anaknya rosak) aku pun terus terasa hati tindakan sepontan dia tu.... sob..sob..sob....

memperagakan baju ala² princes katanya hahaha.....

Oleh kerna anakku kian banyak karenah aku rasa mau balik rumah cepat! Rasa x happy walaupun rasa rindu kat mak membuak-buak... Bila majlis kenduri kian usai barulah aku lepak² sembang² kosong dengan mak dan anak buahku sekalian.... Sesambil tu sms kandaku dia lepas makan kenduri terus pi cari barang area semenyih katanya...

Tunggu kandaku bukan main la lama... sms dia ajak balik pukul 3.56 petang dia reply 'jap...kat semenyih ni'.... Tapi dia datang rumah kakak jam 5 lebih sabor jelah semenyih ke cheras dekat 2 jam perjalanannya huhuhu.........

Maaf le gambo pengantin non ado sebab malas nak amik gambo hahaha... 

::: Open Table Wan Belanja :::

Balik rumah si Farisya tido penat la tu si abang terlelap kejap je pastu bila balik langsung xleh nak tido pulak dia.... Soh mandi aku pun mandi juga berlegas sudah badan... capek baring² luruskan badan langsung terlelap hikhikhik....

Kandaku gerak katanya dia lapar, yong bekalkan ayam masak merah yang pedas giler dengan sambal goreng aku panaskan cuma tambah telur dadar je....
Malam tu wan sms katanya jam 9 acara makan² bersama keluarga tajaan wan @ sungai ramal junction dia soh cop meja kalau sampai awal memang sama² sampai. Penuh la dengan manusia nak makan satay willy kena tunggu 1 jam 1/2 terus cancel kami makan campur² ada yang oder nasi goreng, burger bakar burn, yong taufu, nasi lemak kukus, nasi kukus ayam, buah berangan dan memacam jenis ayor.... (xleh nak mik gambo sangat kandaku sound asyik mik gambo hyee dia x tau ke tulah modal nak merepek dalam blog ni haaaa selain tu sebagai memori kenangan gitu....)

Belanja kekanak mainan + ganti balik mainan daniel yang jahanam anakandaku buat tu kesian daniel dapat mak pak sedara hyper aktif huhuhu............
 
::: Menu :::
makanan yang sempat snap
cempedak mak kasi

Pembahagian kepada nyah, aku dan kakak sorang sikit merasa hehehe....

mak!

Ok tu je nak kapochi babaiiiiiiiii....

Klik SINI ~ gambar edisi 1st kami makan² bersama
 

Wednesday, January 22, 2014

Kerja Kosong *KONTRAK~Pekerja Sambilan Harian (PSH) @ TW, KKLW

Assalamualaikum....


Satni baru dapat email daripada EO, maka dengan ini daku mau jaja ini email kepada sesiapa yang ingin mencuba nasib bolehlah hantar resume dan sesi temuduga akan diadakan pada awal Februari nanti.
  


Sangat kritikal kan isk..isk..isk.... Tapi hanya 3 jawatan PSH ni je kami nak.... Berminat? Dimaklumkan iklan ni hanya untuk LELAKI sahaja sebab banyak kerja luar gitu....


Boleh email Puan Rohana binti Ibrahim
hana@rurallink.gov.my

Monday, January 20, 2014

Lawatan singkat @ Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak

Assalamualaikum.................

~18hb Januari 2014 (Sabtu)

Cecuti 3 hari sempena Deepavali kome² gi mana² tak? Daku 2 hari terperap kat rumah je sebab cecuti pun kandaku kerja yelah kerja sendiri kan..... Entah cemana tetiba kandaku ajak pi Sungkai, Perak keesokan harinya dia bagitau agendanya nak pi pun masa kami 3 beranak nak tidur dah... Wah² berangan-angan kot² esok leh tersesat sampai rumah mak hahaha (memang idak le jawabnya sob...sob...sob...)

 ~19hb Januari 2014 (Ahad)

Bangun pepagi sebab nak iron baju sekolah dan baju kerja stok seminggu yelah dah pi jenjalan comfirm balik rumah penat kan pastu sarapan pun sempat goreng kentang, wedges dan nuget je sarapan ala kadar gitu.... 

Kami keluar rumah pukul 10 lebih terus la menuju destinasi kandaku hajatkan... kebetulan kawannya kerja perhilitan pi memburu rusa di hutan nak pi beli daging dan nak rasa daging eksotik la kekdahnya....  

Sampai pun dalam pukul 1 tengah hari terus la kawannya ajak pi melawat haiwan² dalam pusat ni, memula kite tengok replika @ haiwan dah di awet jek dalam bangunan tapi anak² kesayanganku itu penakut hahaha doq la luar sesambil ibu dan ayahnya melihat dan kapochi tanya itu ini sambil amik gambor.... sempat tumpang bilik ayor lagi kekeke....


Pusat ni dah lama tutup kot xde terima lawatan orang awam ehh ye ke? Mybe untuk buat kajian ada lagi kot entah le sebab aku gi semalam atas pelawaan kawan kandaku itu....

Baca info SINISINISINI SINI


Takut duduk luar la ek, ni trauma pasai gi tengok pameran dinasour kat Pullman aritu la kikiki sampaikan si adik pun sanggup tunggu kat luar juga.....

 Rusa


Lepas 20 minit tengok² terus pi tempat pembiakan pulak, ada macam² jenis burung yang sukar di temui jadi perhilitan cuba biakkan supaya jenerasi mendatang tahu akan kewujudan burung² tu semua...  

Jalan² tengok sarang burung kuang, pegar, merak dll


Nak cite burung enggang ni xtakut orang sedap lepak kat bumbung yelah kat sini mewah makanan xyah sesusah cari makanan sendiri kat hutan kan... Ada kisah menarik kawan kandaku cerita burung enggang ni jenis pendendam sebab ada satu kejadian tukang cuci tengah menyapu sampah tetiba burung ni datang dekat mybe sebab takut acik tu halau dengan batang kayu (acah² nak pukul la kan...). Suatu hari yang lain acik tu baru keluar dari pejabat tiba² burung enggang ni terbang laju tuju kepala acik tu hambikk darah memancut keluar sebab paruh burung tu tajam ok... isk..isk...isk...

melawat baby rusa 
kawan kandaku sembang dengan seladang
 gigih kawan kandaku panjat pokok buah tampoi ni
buah tangan bawak balik Putrajaya
singgah lepak² sebelum balik

Pukul 3 petang kami beransur balik perut pun dah kebuloq dalam perjalanan pagi tadi kami makan keropok hahaha macam bebudak je gaya... Berhenti rehat kat RNR Ulu bernam makan nasi laporrrrrrrr.... Isi minyak dan teruskan perjalanan balik....

Dekat pukul 6 baru sampai rumah, soh bebudak mandi badan berlengas... kandaku dapat la beli daging dalam 2 kg lebih basuh bersih² simpan sesiap untuk kasi mil dan mak.... Ohh ye mak nak datang jumaat ni yeaayyy! 

Adik ipar kakak (anak yong) nak kawin tu yang yong dan mak nak datang meraikan majlis perkahwinan besan yong hehehe.... Daku ambik sebahagian kecil masak sambal cili api ohh yea kandaku x suka sangat rendang² jadi masak la ikut citarasa dia kang masak gegulai dia x makan membazir jek kan.... 


Ni le menu makan malam kami 4 beranak al-hamdulillah jauhhhhhhhhh sangat pi cari lauk hahaha.... sekian daku melaporkan.....
 

Wednesday, January 15, 2014

Piknik @ Sungai Congkak versi bersama anak buah ♥

Assalamualaikum.... 

Salam Maulidur Rasul semua!

~14hb Januari 2014 (Selasa) 

Semalam kami 4 veranak pi picnic bersama-sama anak buah kat Sungai Congkak, ni planning mengejut namanya hikhikhik.... Kebetulan kan cuti umum sempena Maulidur Rasul terus la sms kakak dengan wan ajak depa pi picnic sempena birthday Farisya la juga kekdahnya...

Semua setuju jadi collect duit untuk bayar sewa chalet je (bahagi 5~aku, saipul, kakak, wan & mamat), untuk bbq daku buat amal jariah dan menu breakfast kakak masak beehun goreng, nasi goreng, nuget dan sosej goreng. Aku sempat buat sandwich 2 versi telur dan sardin pepagi tu....

Gerak dari rumah pukul 9.00 pagi dengan memasing kelaparan sementara tunggu kakak dan asbennya kami pi melantak roti canai dulu kat area rumah sewa kakak tu... Tengah sedap makan roti canai pisang nampak kakak melintas jalan, katanya wan dalam perjalanan lagi si kakak pun sempat jamah canai minum air milo kekanak tu huhuhu....

Huh! makin bulat daku ini sob..sob..sob :(

Kakak naik kete kami sebab kereta dia penuh sesak rupanya huhuhu... 2 adik imran + anak buahnya ikut sekali, siti dan daniel demok pun ada :) sayang MIL kakak yang beria nak ikut x dapat ikut sebab kereta penuh dan kebetulan mamat pi kerja (apalah cecuti dia pi kerja hahaha katanya dia nak cuti 18hb Januari 2014 (sabtu) tu yang keje cuti Maulidur Rasul ni dapat la cuti lama sikit katanya....)

 

Nasib baik kakak dah call booking awal² jadi sampai je En Amir tu bukakan pintu rumah dan aku terus bayar untuk sehari (pagi ke petang) rm50 je murah kan! Kalau nak bermalam rm100 je. 

Aku suka chalet ni sebab selesa lepas berkubang mandi sungai nak bilas badan pi je masuk rumah ada bilik air gitu x macam piknik kat Pangsun aritu seksa dah la parking kena bayar pondok pun bayar tapi bilik air azab...

klik sini : Cahaya Kaseh Chalet

 Kami pilih rumah no. 2 memang terbaekkkk!
Ada 5 buah rumah, kawasan parking pun luas

Ada kejadian lucu masa aku tengah bizi bayar harga pelampung untuk kekanak ribena tu wan lalu dan berhenti dia naek kete biru nilah (dulu dia pakai kete wira manalah aku perasan sapa mamat yang sengih² tapi x buka tingkap pelawa naik ingatkan orang tu berhenti nak beli pelampung macam aku juga hahaha... Kebetulan aku pun xpandang sebab aku membelakangkan kereta tu si penjual tu yang sengih² kat wan)

Pastu gamaknya aku dengan Faris buat xtau je dia pun blah, sambil aku jalan kaki nak ke chalet semula Faris cakap tu abang wan la, aku cakap kalau abang wan kenapa dia xpelawa kita naik hahaha.... Si kakak pulak tanya wan x nampak ucu ke? x tumpangkan dia ke? alahaii.........

:: Menu Pot Luck ::

Malam ahad (12 Januari 2014) pi kedai Burger Ramly @ Bangi memborong ayam dan lamb chop 6 jenis barang ni total rm100. Sempat makan burger Ramly dulu sebelum balik yelah esoknya kan ke hari kerja kenalah balik tidur awal.... 

 Dah siap perap transfer bekas mau pi picnic kan

~13hb Januari 2014 (Isnin)

Balik kerja keluarkan kepak ayam dan bahagian peha kasi defrost dulu sesambil tu aku blender bebawang, halia, serai, jintan manis, jintan putih, lada hitam. Pastu kandaku soh masukkan perencah nasi goreng adabi aku pulak tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis, madu, memacam aku taruk sekali rasa xkena jek hahaha rasa dedor hujung lidah terlebih halia ke? seriau aku ok! Aku tambah pulak gula kabung berserah jelah jangan x jadi sudah...Masukkan dalam bekas dan marinate ayam tu semalaman boh dalam peti ais huh settle! 

Menu makan malam pulak aku goreng ayam kendian campurkan sekali dengan carrot, kacang buncis dan brokoli ala² paprik x pedas la sebab boh cili sikit dan sos tiram jek 1 menu jek makan bertambah lagi² taruk kicap manis cap kipas udang atas nasi makan la bersuap dengan 2 kanak² tu.... 

sambal sardin dan telur bermayo untuk sandwich 
dah masak/buat malam tadi

:: Teruja nak mandi ::

 Abang wan la rajin melayan deme 2 beradik
 kakak pulak sambung abang wan dah kesejukkan
 seronok x mau naek si Farisya
 adik ipar kakak dan anak buahnya, 
wan sambung makan lamb chop pulak

cucu aku ni dah berjalan setapak dua bukan main seronok tolak kerusi tu ke hulu hilir sebelum tu masa Farisya mandi mak dia dah rendam dia dalam sungai tu kesejukkan pastu menyusu terus tido lena dalam rumah...

Farisya pulak sampai balik ke rumah dia dengan pelampungnya, si abang pulak dengan cerita seronoknya pi "Hotel" hahaha chalet tu kan ada katil tu yang hotel katannya kesian anak aku jakun kikiki....

Al-hamdulillah seronok reramai berkumpul makan², si mamat pun sempat singgah tapi dah penghujung dapat makan kambeng jelah ayam resepi rahsia imran kata tu habis hehehe depa tapaukan untuk MIL kakak bagus² nak resepi calling² ucu tau hahaha....

Sekian tu je cite cecuti semalam.....