CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, February 27, 2014

Catuan air di 71 kawasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 kawasan membabitkan 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami catuan air berjadual hanya bermula Khamis ini hingga 31 Mac depan.
Pengarah Eksekutif, Pembangunan Teknikal SYABAS, V Subramanian berkata pengagihan air berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi.
Beliau berkata demikian pada sidang media Notis Pengagihan Air Berjadual di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang di sini, hari ini.

Kawasan terbabit dibahagikan kepada dua zon yang akan bergilir-gilir menerima pengagihan air selang dua hari mengkikut jadual.

 Foto
Jadual Pengagihan Air. Sumber SYABAS

Giliran mendapat air selama dua hari akan bermula dengan kawasan di Zon 1 Kuala Langat dan Sepang serta Zon 2 Hulu Langat pada 27 Februari ini.

Selepas itu, kawasan di Zon 1 Hulu Langat serta Zon 2 Kuala Langat dan Sepang akan mendapat air untuk dua hari bermula pada 1 Mac nanti.


Pada hari dijadualkan mendapat air, bekalan air disediakan pada jam 4 petang sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi dua hari selepas itu.


Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9 pagi pada hari dijadualkan tiada air sehingga jam 4 petang dua hari selepas itu.


Subramanian berkata, pengumuman SYABAS itu sekali gus menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa catuan air akan dimulakan hari ini.


Beliau berkata, ini kerana sebarang keputusan membabitkan rancangan pengagihan air berjadual perlu mendapat kelulusan Surahanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).


"Pelan berkenaan mendapat kelulusan SPAN semalam, jadi memerlukan notis sekurang-kurangnya dua hari, justeru kenyataan Khalid bahawa catuan air bermula hari ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat khususnya pengguna terbabit," katanya.


WILAYAH HULU LANGAT
Zon 1


  • Taman Juara Jaya
  • Taman Bukit Belimbing
  • Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
  • Taman Harmoni Indah
  • Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
  • Taman Putra Budiman
  • Taman Balakong Jaya
  • Taman Seri Timah
  • Taman Tanming Jaya
  • Kawasan perindustrian Balakong
  • Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
  • Taman Industri Balakong
  • Taman Tanming Permai
  • Taman Industri Lifong
  • Taman Tanming Ria
  • Taman Sungai Besi Indah Zon 1
  • Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan

Zon 2

  • Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
  • Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
  • Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
  • Kampung Baru Balakong
  • Taman Kasturi Cheras
  • Taman Sri Indah Cheras
  • Taman Bukit Emas
  • Taman Cheras Jaya
  • Taman Impian Indah
  • Taman Taming Indah
  • Taman Sejati
  • Taman Seri Sungai Long
  • Taman Bukit Sungai Long
  • Rumah Kenangan Cheras
  • Taman Dutamas
  • Taman Setia Kasturi Cheras
  • AEON Cheras Selatan
  • Taman Industri Balakong Jaya
  • Taman Setia Balakong
  • Taman Sinaran
  • Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
  • Dataran C180 Balakong

WILAYAH KUALA LANGAT & SEPANG
Zon 1

  • Kampung Olak Lempit
  • Kampung Bukit Changgang
  • Kampung Labohan Dagang
  • Selangor Dredging
  • Taman Changgang Jaya
  • Kompleks Perabut Olak Lempit
  • RTB Bukit Changgang
  • Bandar Sri Ehsan
  • Bandar Mahkota
  • Bandar Sungai Emas
  • Taman Arked
  • Taman Ambar
  • Taman Sri Dagang
  • Taman Langat Murni
  • Taman Langat Utama
  • Taman Murnimas
  • Taman Seri Telok Datok
  • Taman Sri Cheding
  • Sekolah Tamil Sungai Sedu

Zon 2
  • Kota Warisan
  • Warisan Bestari
  • Taman Bunga Raya
  • Taman KLIA Indah
  • Tiara Heights
  • Taman Ixora
  • Taman Dahlia
  • Taman Seroja
  • Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
  • Taman Kenanga
  • Taman Desa Vista
  • Taman Desa Bestari
  • Salak Permai

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25Nak tengok jadual KLIK SINI

Haaaa ni nak khabo xde pun kan dalam senarai ni PUTRAJAYA terlibat sama tapi adat le asal dengor desah desuh gitu gini cepat beno percaya hahaha.... Ni dengar cite pengasuh si Farisya la ni terus petang semalam gigih pi Balakong cari bekas nak isi air haiisshhh x mau kalah nak juga bersiap sedia katanya....

Macam x percaya pulak tetiba kandaku ajak pi Balakong cari bekas air aiikkk dia pun terpengaruh cite sapa pulak ni? Katanya baca kat paper la.... Yolah² marilah kite pi beli....

survey² dulu pilih mana yang berkenan di hati
Gulllpppss harga....
La ni tong sampah pun laku tau!



Kedai ni kat area Jusco Balakong tu sederet la dengan Econsave, tapi setakat ni al-hamdulillah PUTRAJAYA lom kena catu lagi... Simpan jugalah air kot² tetiba kena catu lak kan... mak kata sediakan payung sebelum hujan hehehe....

La ni musim panas sampai rumput², pokok sekalian kekuningan cian deme haus hujan lama dah tak turun.... hutan, semak samun pun hehari terbako kat sana sini haiisshhh jerebu pun datang semula....

Semoga krisis air dan musim kemarau cepat berlalu pergi... dan semoga hujan turun agar empangan/kolam semua x kekeringan air....

Sekian pot pet pot pet kite hehehe......... 

 

Wednesday, February 19, 2014

Bengkel Penyediaan Kertas Strategi RMKe-11~Focus Group KKLW

Assalamualaikum...

 ~16hb Februari 2014 (Ahad)

Al-kisah bermula petang Ahad unit TW (Pn Azlin, En Amir, EO Rohana, Kak Gee dan aku) bertugas sebagai urus setia untuk Focus Group dan TW handle group 4 "Hala Tuju LKW" 

Benda alah pe tu? ce baca bawah ni haaa....

Jawatankuasa Kumpulan Perancang Antara Agensi (IAPG) Pembangunan Inklusif telah menubuhkan 22 Focus Group (FG) di bawah sub topik Bab 9 : Memperkukuhkan Pembangunan Inklusif. Penubuhan FG ini adalah bertujuan untuk memantapkan peranan dan tanggungjawab kementerian dan agensi dalam menyediakan input Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Terma rujukan Jawatankuasa FG adalah seperti berikut :-

(a)  mengenal pasti dan menganalisis keberkesanan pelaksanaan dasar, program, isu, 
      cabaran dan kekangan dalam RMKe-10;

(b)  membincangkan isu² berkaitan dengan bidang teras yang ditetapkan dalam
      mencadangkan intervensi/penyelesaian kepada Kumpulan Kerja Teknikal (TWG);
 
(c)  menyelaras input daripada ahli kumpulan untuk penyediaan Kertas Strategi RMKe-11;

(d)  menyediakan Kertas Strategi berpandukan kepada format yang telah ditetapkan; dan

(e)  mengemukakan dan membentangkan Cadangan Kertas Strategi kepada TWG.


Serba sikit itulah matlamat bengkel yang bahagian Perancangan Strategik KKLW anjurkan sepanjang 3 hari 2 malam. Pelbagai pihak bersama memberi pendapat/idea/merancang untuk menentukan hala tuju agensi LKW di masa akan datang...

 Tentatif program

Peserta bengkel ada yang menginap di INFRA dan ada yang menginap di luar, macam kami ni sebagai urus setia balik rumah le... Lagipun Puan Azlin xmau ikut sangat tentatif ni dan cuba balik awal maksudnya pukul 6 hingga 8 malam kami masih berbincang. Ada juga group lain ikut macam kami dan ada juga yang follow tentatif bulat² gituw.... 

 :: 1st day ::
 minum petang

Kami sampai sebelum pukul 2 petang kat INFRA terus pi tengok bilik perbincangan yang telah ditentukan oleh Bahagaian R, sewaktu sesi taklimat jam 3.30 kami bizi susun atur kedudukan kerusi dalam bilik. Keahlian pun x ramai masa 1st day sebab ada yang lom sampai (jarak perjalanan yang jauh), ada yang pi cari hotel untuk check in dll alasan yang tidak dapat dihuraikan hahaha...


:: sesi perbincangan ::

Ikutkan jadual kelas mula 8.30 malam tapi kami start perbincangan petang tu juga lepas taklimat sebab memasing nak balik awal.... Disebabkan keahlian x ramai jadi sesi malam tu sekadar perbincangan (sesi luahan rasa mengenai agensi memasing) agensi yang ada pun KEDA, KESEDAR, KEJORA, BDA, UPEN Pulau Pinang, UPEN Terengganu, KPKT je KORIDOR semua non ado wakil haisshhh.....

Malam tu Puan Zaniah ada duduk bersama memasing berkongsi cerita agensi memasing dan bertukar-tukar pandangan nak serius² pun x cukup corum kan.... 

Balik rumah anak² xde deme semua pi mamak makan roti canai (pagi tu sempat la goreng beehun dengan ayam masak kicap buat lauk makan tengah hari) pening kepala hamboi² macam kite lak beria pecah pale mikior kan hahaha....
 

~17hb Februari 2014 (Isnin)

Pepagi macam biasa siapkan kanak² hantar pi rumah pengasuh dan sekolah pastu dah janji dengan kak gee nak tumpang kereta pejabat maka bertabahlah menunggu... Sampai INFRA terus pi kafetaria minum pagi sebelum meneruskan misi menjadi urus setia hihihi....

Ok meh tengok pulak pecahan group pulak......

Terdapat 5 Focus Group yang ditubuhkan di bawah Inter Agency Planning Group Inklusif ini dan Bahagian Kemajuan Tanah & Wilayah (TW) akan menyelaras / mengurus setiakan Focus Group 'Hala Tuju Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW)'. 


 Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 40 Peratus Terendah (B40%) 
dan Miskin Luar Bandar
 Urusetia : Bahagian Perancangan Strategik
 Ekonomi Luar Bandar di bawah Transformasi Bandar dan Transformasi Luar Bandar
 Urusetia : Bahagian Pengupayaan Ekonomi
 Infrastruktur, Ameniti dan Utiliti di bawah TWG Transformasi Bandar 
dan Transformasi Luar Bandar
 Urusetia : Bahagian Infrastruktur
Hala Tuju LKW di bawah TWG Transformasi Bandar 
dan Transformasi Luar Bandar
    Urusetia : Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah
 
Modal Insan di bawah TWG Transformasi Bandar 
dan Transformasi Luar Bandar
  Urusetia : Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa

 Encik Abidullah (Kejora) & Encik Mohd Nazaruddin (KPKT)

Serius jek muka pegawai 2 orang ni buat slaid yelah yang datang pun level² Timbalan Pengurus Besar kan jadi deme ni level Penolong Setiausaha kena le mencatit dan buat slaid kalu suruh teman yang buat gamaknya hancus la slaid deme hahaha...
 
Perbincangan bermula 

Oleh kerna bos xde puan azlin lah terpaksa mengetuai sesi perbincangan mengupas lebih mendalam isu dan permasalahan setiap agensi. Di samping tu semua peserta berkongsi idea memikirkan jalan penyelesaian.
 
 Urus setia buat origami kotak nak isi gula²

TW bawa geng hehehe bersama 4 buah laptop, 1 unit projektor lengkap pakej dengan printer ok.... Alat tulis kertas semua lengkap siap bawak extension wayar gituw... Encik Amir tu dah jadi macam runner pulak bila tetiba TPB Ketengah mintak gula² sebab ngantuk katanya sabar jelah.....

Harini pun balik pukul 8 lebih (paginya x sempat masak lauk :( kekanak dan ayahnya makan kat kedai mamak) asal balik je kepala sakit hahaha.... 


~18hb Februari 2014 (Selasa)

ku yang setia menunggu kak gee dan kete pejabat mai jemput hikhikhik....

Harini bos baru ada bila dia mai jadi riuh rendah semula sebab bercanggah idea/pendapat hahaha kesian la deme semua sebab semalam dah bertungkus lumus perah idea kan hadooii la bos ni.... Kebetulan last day ni ada wakil KORIDOR iaitu IRDA jadi leh la bertukar pendapat sesama sendiri....

Agensi merasakan kewujudan KORIDOR ni menyebabkan pertindihan skop kerja apa agensi buat depa pun buat tapi depa punya skala projek dan peruntukan kewangan adalah lebih besar..... Agensi pulak kekangan budget untuk melaksanakan projek² mereka kiranya setakat jaguh projek kampung jelah... tanaman herba, homestay, burung puyuh, madu dll....

 sesi pembentangan

Akhirnya slaid siap dan TKSU(R) datang lepas lunch semua group pi buat pembentangan kat Auditorium tapi aku dengan kak gee balik awal letih dah weiii.... xsempat nak tunggu giliran group kiterorang bentang.... nak balik awal nak masak makan malam nak amik anak² nak basuh kain bla..bla..bla....... 

sekian cerita kita tatatititutu..............
 

Monday, February 10, 2014

Aktiviti Riadah Kanak²

Assalamualaikum...

 ~8 Februari 2014 (Sabtu)


2 hari cuti terperap kat rumah cuma petang je bawa kekanak main² kat taman, kandaku ikut kawannya gi Lumut mancing laut (melepaskan gian dah lama beliau x memancing laut) jumaat malam sabtu dah gerak lepas isyak tinggal lah daku 3 beranak di rumah huk..huk...huk...

Aktiviti cecuti macam biasa la basuh kain, lipat kain & kemas rumah, masak pun ikut rasa tekak ni nak makan pe kekanak ikut je apa ibunya masak deme nak x nak kena la makan kang banyak songeh lapor baru tau hahaha..........

Lepas asar turun siap bawak bola (kurang sikit anginnya) ingatkan kalau Faris xde geng nak main bola main jelah dengan si Farisya hehehe... Sekali bila turun dia nampak anak jiran sebelah rumah ni tengah main bola tu yang semangat giler nak joint main sesama... 1st time dia joint main tau kesian kan hak..hak..hak...



Masalahnya sebab bola tu dia punya habis merata dia kejar (kalau terkeluar dari padang) bola xkasi orang lain ambik mana x penat! penjaga gol tension je tengok gelagat dia hahaha... giler kuasa + x tau camne peraturan main bola (lek arr nama pun main suka suki hentam keromo jelah janji happy hahaha...)


Sebab nak sangat kejar bola kan dia jadi goal keeper pulak habis bolos sesaja hahaha.... Tapi main campuran tahun 3 la menang sebab badan deme pun besor sikit kalau compare gabungan tahun 1 & 2

 seronok si abang dapat geng main bola
si adik main sesorang cari kawan barulah

Adik layan perasan main sesorang sambil cari geng baru, asal x kenan kat mata selamba hoi² kat orang tu sabar jelah! Nak kawan tapi garang hahaha.... 

Balik singgah kedai syabas ibu kena pow huk..huk..huk...


 ~9 Februari 2014 (Ahad)


Menyapu lagi dan lagi asyik buat sepah je depa 2 beradik ni haisshhh... sarapan pun buat cucur bilis je, petang baru masak nasi... Iron baju sesiap stok seminggu sonang!



Hajat hati dan balut buku tapi x cukup plastik dapat 2 balut 2 buah buku je, pi la kedai bawah rumah kot² ada la jual plastik balut buku tapi non ado tu yang beli roti cheese tu tapi roti tu x sodap :(

Ohhh sebab semalam seronok main bola + dah dapat geng baru main bola sesama Faris doq tasbih tepi telinga aku ni haa pukul 5 nak turun main bola katanya... Yolah² tapi kan semalam panas terik pukul 6 baru kasi kekanak turun beriadah... Soh kekanak tidur dulu kalu x tidur xleh turun pi main hehe....


Tengah semua bersuka ria tiba² kedengaran suara orang mintak tolong....

Blok C ni berhadapan dengan taman permainan, oleh kerna riuh rendah dengan suara kekanak main bola dan play ground macam sayup² je suara minta tolong tu....



Bila dah ada yang perasan jeritan tu semua mata memandang ke cermin bilik air tu sebab ada tangan lambai² sambil jerit 'tolong saya' akan tetapi memasing masih terpaku x bergerak pun (x berani ke hapa haku pun x tau termasuk la diriku la haha..)

Dalam 5 minit orang tu jerit dan lambai² tangan barulah ada yang berani tanya dan gi naik (usaha nak menolong) kemudian ada orang telefonkan Bomba sebab katanya ada anak kecik (umur 1 tahun dalam rumah tu si mak terkurung dalam bilik air tu)

Tak lama kemudian Bomba pun sampai tapi aku tengok Bomba pun mundar mandir je kat koridor tu entah hapa deme buat... Gamaknya nak pecahkan pintu kot... xtau la apa kesudahan kisah terkunci dalam bilik air tu...

Dulu kandaku pun pernah terkunci dalam bilik air nasib baik aku dan anak² ada dalam rumah, terpaksa la pecahkan pintu sebab ketuk tombol pintu tu dan setahun kemudian baru maintenance datang ganti pintu sabor jelah... sesungguhnya tombol pintu sekarang ni x berkualiti (kat kuaters nilah) 

Ok pukul 7 ajak kekanak sekalian balik....



::: Kanda pulang bawa ikan :::

Pukul 8 malam baru kandaku sampai bawa hasil jadi nelayan 1 hari 1 malam di Lumut... Gigih la daku siang ikan sebab nak masak sambal buek lauk hahaha 2 hari ni goreng telur jek sebab malas nak beli lauk kat bawah hahaha...

 Ikan Siakap (kecik nar), Ikan x tau nama hahaha

Daku goreng 3 ekor ikan kerapu (saiz 3 jari) dengan 3 ekor ikan xtau nama (macam ikan merah je yang saiz besar tu kandaku kata masak kari sodap) apo laei masak sambal lah! Si Farisya walaupun sambal pedas sulam air kendian minta suap lagi nasi lauk sambal ikan tu... (ikan fresh jadi rasanya manis kan) 3 kali ko daku tambah nasi... 

Abang rileks je sekarang pandai dah makan pedas (sambal tu x de la pedas sangat tapi budak² mana leh tahan kan)

Ikan Cencaru 3 ekor
Mentarang
nak resepi mentarang? Klik SINI

Ohh ni kandaku beli kat tepi jalan deme balik ikut Kuala Selangor, dialah yang cuci bersih² celur dan kupas mentarang ni... Daku capek sudak siang ikan tu semua....

Ok tu je nak kapochi... meh layan pemandangan laut luas terbentang yang cantik :)

Hasil memancing bahagi 12 orang katanya

Bye².... Jumpa lagi nanti ek

   

Wednesday, February 5, 2014

31 Jan 2014~kenduri Najo+Nad & Balik Melaka

Assalamualaikum....

Minggu lepas kan ke cuti panjang sempena Tahun Baru Cina dan isnin tu lak cuti hari Wilayah (Hari Penubuhan Wilayah Persekutuan) maka daku sekeluarga pergi kenduri  belah Najo kat Pusat Komuniti Manjalara, Kepong sebab masa kenduri belah Nanad (minggu sebelumnya) mak, yong sefamili mai KL jadi x dapat la nak pi kan.....


~31 Januari 2014 (Jumaat) 

Ikutkan hati kandaku nak balik Melaka harini tapi aku pujuk² rayu sebab rasa teruja hahaha nak tengok nanad bersanding secara live kan sebelum ni tengok gambor dia kat FB je sambil feeling syahdu syahdan gitu... Waaaa macam xpercaya adik bongsu TW ni dah kawen dapat pulak pasangannya 1 opis haaaa nanges pulak tu sehari sebelum cuti kawen sebab dapat call dr PSM kena tukar bahagian (yelah xleh la suami isteri 1 bahagian kot² 'tergaduh' kat rumah kot la terbawa-bawa ke opis katanya....)

Ok² berbalik pada perancangan nak pi kenduri kawin si najo + nanad ni gigih la daku kemas rumah, basuh kain pakej petangnya lipat terus.... siap iron baju sekolah Faris dan baju kerja untuk seminggu fuhhhhhhhhhh!

Ehh aku lupa aku masak ke x sebab penat hahaha.... Tapi x kan x masak kot dah la soh tunda balik kampung dia masak pun nak malas memang nak kena la tu huhuhu.... masak versi simple² jek kata penat iye idak....


 masak lemak sawi dengan suhun dan cendawan
 sambal ikan sardin
 telur mato curah kicap

Lepas maghrib kami pi dengan bantuan waze tu pun tersalah jalan nasib baik juga kandaku tau sikit² jalan area tu hihihi akhirnya sampai juga kami pada jam 8.30 malam. Melilau cari parking nasib baik bawa kancil leh selit² je hehehe....


Masa melangkah masuk dewan tetiba mata ni terpandang susuk tubuh yang amat aku kenali... alahai ex bos aku daaa... (yang berdiri baju merah segan la nak mik gambo berdua mak apak dia 'Dato' Datin ok' kang kena jeling baru tau huhuhu....)

Aku lambai² tangan dan terus salam laga² pipi gitu sembang la camne leh ada kat majlis yang sama x bos aku cakap mak apak dia geng FIL/MIL nanad oooOOOooo aku lak bagitau dedua pengantin ni 1 pejabat pas aku sempat la salam mak dia sekali 'awat la buat muka pelik hahaha' sori la saya ni ex staft anak datin ni dulu aku doq explain... 

Pastu aku melilau cari kengkawan kununnya nak doq semeja tapi xmuat jadi menumpang meja orang la... apa lagi pi amik nasi doq dediam makan kasi kenyang perut ek... kekanak x mau makan nasi depa mintak keropok papadom je suka hati koranglah! selalu gitu bila bawa pi makan bukan nak makan kang dah sampai rumah bising lapor sabor jelah....

Sedang elok usai makan pengantin pun berarak masuk ke dalam dewan... aku ni berat bontot amik gambo sambil duduk je hahaha dasarrrr pemalas kan (sebenarnya aku segan pastu anak dara aku tu seluarnya londeh lupa pakaikan tali pinggang tu yang gigih la aku pegang dia x kasi dia bersilat sakan hahaha...)

Ni ada la gambo pengantin sanding aku soh kandaku pi amikkan kalu idak xde le gambo deme ye hikhikhik... Nasib baik kandaku dah kenyang makan nasi minyak tu yang sanggup je di arah² oleh isterinya ni hehehe..........

 sempat la jakun bergambo 4 beranak hahaha
x lama lepas tu geng TWrian pun sampai

Rasanya pukul 9 aku beransur balik xdelah sempat nak tunggu bergambor dengan pengantin yelah bawak kekanak mana leh nak santai² nak rasa semua makanan sibuk je memerhati tingkah laku depa tu terlebih hormon gumbira hahaha....
 

~1 Februari 2014 (Sabtu) 

Kununnya nak balik awal kan tapi pukul 10 pagi juga baru gerak, kain baju pun sesubuh hari baru kemas masuk beg nasib baik beg kekanak aku dah kemas semalam petang hehehe....

Tapi malang sungguh hyway jem huk..huk..huk...
 

Sampai rumah MIL pukul 12 lebih terus makan hahaha bertuah punya menantu... Tu pun lepas zohor kandaku ajak pi kedai bundle febret dia beli baju t-shirt dan baju kekanak tu sekali... Sempat singgah makan nasi ayam hainan kat pekan Masjid Tanah oder 3 set + 1 nasi tambah untuk Farisya. Memang sedia maklum si Faris tu cakap jek pot pet pot pet makannya sikit je tapi si Farisya habis nasi sepinggan kus semangat!

Dah kenyang dan dah shopping balik rumah sepah²kan mainan kat rumah nenek pastu lepas asar pi Pantai Pengkalan Balak pulak layan karenah Faris nak mandi laut... 

 melayan anak² nak mandi laut
 ramai orang sempena cuti nan panjang
 

 ~2 Februari 2014 (Ahad)

Lepas makan tengah hari terus nak balik Putrajaya ehhh bukan aku yang meroyan nak balik awal tapi kandaku yang nak balik katanya isnin ada kerja (walaupun isnin cuti lagi) kecik hati MIL/FIL balik kejap sangat :(

Gerak balik pukul 2.30 petang sampai Putrajaya dekat pukul 6 petang phewww ikut PD pun jalan jem teruk hadoi padan muka! Sampai rumah bluerk muntah mabuk ooo jalan jem huhuhu....

 ~3 Februari 2014 (Isnin)

Apo buek cuti? Doq rumah la kemas rumah, mop lantai, masak, makan, tidur, main candy crush blablabla hehehe....
 
Sekian saya melaporkan aktiviti cecuti nan panjang... tatatititutu.............