CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, October 9, 2014

Import khas pengasuh si Farisya

Assalamualaikum....

wah² raya sakan kome ye balik kampung siap sambung cuti kan... daku je x cuti keje macam biasa hikhikhik....  Al-kisahnya pengasuh si Farisya mulanya sms bagitau minggu ni direct seminggu dia nak cuti...wah cuti sakan nampak... alasannya nak buat akikah anaknya... daku ni walaupun rasa x puas hati tapi ada juga rasa timbang rasa yelah kalau balik pantai timur comfirm depa pakat amik cuti panjang kan... sebab perjalanan yang jauh lagi² musim perayaan jalan jem teruk kan... yela..yela... daku pasrah...

Tapi..... ingatkan dia balik lepas keje (Jumaat 3hb Oktober) tapi daku dapat sms sesubuh Jumaat beliau nak balik kampung dah... acaner ni janji aritu lain...bengang giler pagi tu... gerak si Farisya mandikan dia usung la pi ofis.... sebab xde kawan memang berebut pc la sebab dia nak tengok citer upin ipin bagai.... Nasib baik juga ramai pakat amik cuti balik kampung kan sesuka hati jelah dia membuat onar dan bising haiisshh.... Petang tu balik naek bas Nadiputra wah suka sangat la dapat naek bas...

Hari Selasa 7hb Oktober, bawa juga pi ofis yelah sapa nak jaga pengasuh kan cuti raya lagi... nasib baik si atin dan syirah ada kat ofis maka ada la kawan bermain... balik petang tu kandaku mai ambik sebab ada beli barang dengan Lazada berat kot nak naek bas...

beli pressure cooker

Wah² beria ni nak masak sup tulang sekali dapat pressure cooker ni besar gabak hahaha macam xsesuai je dengan kuantiti tulang yang daku nak masak... dah la x reti nak guna memang terkial-kial lepas 20 minit siram kasi tekanan tu ilang bukak rasa daging keras lagi letak balik masak lagi 10 minit rasa balik x lembut lagi letak balik masak lagi 10 minit barulah dapat kelembutan yang di ingini hehehe... tu haa dekat 40 minit baru daging lembut hehehe...  

Ingatkan kakak nak mai tidur rumah sebab sok dia mula mengasuh di Farisya kat rumah... Katanya dia baru sampai dari kampung dan asbennya masih bercuti lagi Khamis baru masuk kerja kan jadinya dia nak dating² dengan asbennya dan berjanji pepagi rabu dia datang....


~8hb Oktober 2014 (Rabu)

Pukul 5 pagi bangun rendam beehun nak buat sarapan, sesambil tu rebus daging buat sup yelah sup masak malam tadi dah habis hehehe... kakak dengan asbennya sampai dalam 7.10 pagi si Farisya tido lagi jadi daku tinggalkan depa kat rumah... makan sarapan + tengah hari dah siap tinggal layan jelah karenah si Farisya tu je... kebetulan mintak tolong kakak ambik  dan hantarkan Faris gi sekolah juga.... 



Sebelum balik rumah pesan dengan kakak soh dia kuarkan ikan sardin, lala kasi defrost... berangan nak masak lemak cili api lala dan nak masak laksa... sampai rumah dalam pukul 5.40 petang sebelum tu singgah kedai runcit beli serai, kunyit, halia, garam halus/kasar, kicap manis cap jalen dan twisties untuk 2F.

Sampai rumah kakak tengah rebus ikan (nak masak laksa) dia dah rendam cili kering dan laksa kering daku pun apa lagi kupas bebawang halia dll blender untuk masak lala dulu... sesambil tu blender ikan dan buat kuah laksa... dah siap masak lala rebus laksa kering pulak... Sipa masak kuah laksa goreng kacang panjang dan akhir sekali goreng ikan kering


 lala masak lemak cili api
nak resepi Klik SINI
 kacang panjang goreng bersama telur
ikan kering dan ikan gelama jeruk

Lepas maghrib kami makan nasi... wahh sedap ko makan nasi dengan ikan gelama jeruk goreng taruk bawang dan perah limau... lawan pulak masak lemak cili api lala (makesure kuah pekat memang layan...)

Pukul 9 malam baru kakak beransur balik... sebelum tu soh dia tapau bawa balik laksa yelah banyak tu sapa nak makan memalam hari kan... ingatkan bila pengasuh sms kata (Khamis) dia mengasuh daku pun beria-ria cakap sok kakak xyah mai dah sebab sok mamaira ada leh jaga Farisya... cian lak dia berulang alik kan...


laksa asam


~9hb Oktober 2014 (Khamis)


Tapi sayang..... daku terjaga jam 6 pagi tengok² ada sms pengasuh sms bagitau dia masih otw sangkut jem kat kuala lipis jam 4 pagi huwaaaa... why?? why?? daku ingatkan dia dah balik Putrajaya sebab semalam bukan main pukul 2.00 petang doq sms cakap khamis dah leh hantar Farisya macam biasa hadoiii...

Kelam kabut tanak nasi nak buat nasi goreng, call kakak bagitau dia daku terpaksa mintak pertolongan dia sekali lagi... xsempat pun nak masak lauk makan tengah hari... Riso tunggu kakak x sampai² call x berangkat tertido ke? atas moto ke? Pukul 7.20 pagi baru dia sampai... masa daku nak pi kerja dia bagitau dia nak bawa Farisya pi Rawang.

Adik ipar si kakak nak bersalin dah overdue 2 minggu... sekarang MIL dia doq temankan kat Rawang nuu... Rasa bersalah sangat pulak bila tau dia dah susun program untuk harini... yelah ikutkan 3 hari mintak dia tolong jagakan Farisya tapi malam tadi daku dah bagitau xyah mai sebab pengasuh 'kununnya' dah sampai/ada di Putrajaya kan....

Baru satni kakak sms dah gerak pi Rawang bawa Farisya semoga selamat la perjalanan korang ek...

Terima kasih buat kakak yang sanggup tolong ucu... terhutang budi dengan anak buahku ini...semoga Allah s.w.t balas segala kebaikan ko kak... ucu doakan ko murah rezeki dan insyaAllah suatu hari nanti di kurniakan anak ye... doa bebanyak ok...

 





No comments :