CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, March 25, 2015

Check-up 28 weeks @ Klinik Kesihatan Presint 18


Assalamualaikum

Harini 1st time check-up kat klinik baru... yelah sebelum ni check-up kat Klinik Presint 9 tapi bila Klinik Presint 18 buka (start 2hb Mac 2015) daku kene pi sini sebab Presint 9 x cover dah...

Ok 7.30 pagi udah sampai kome hehehe... tapi klinik ni buka tepat pukul 8 kome jadi nunggu le dengan sabor yea... bila pintu buka je semua berpusu-pusu masuk dan beratur amik no. giliran dekat kaunter pendaftaran, dah dapat no. giliran sila la tunggu sampai no. di panggil ek...

kaunter pendaftaran
ni haa no. teman dapat

Dapat sekali dengan buku appoinment ni dah macam pi Hospital Putrajaya gayanya hehehe... bila no. naik misi lekat code bar tu kat buku pink dan soh gi klinik kesihatan ibu dan anak pulak...


8.15 pagi gitu tunggu nurse register apa² yang patut dekat 30 minit jugalah nunggu baru nurse soh gi makmal untuk ambik sample darah dan urin


Kena ambik no. baru yea kat makmal ni tapi no. yang lama jangan buang pulak sebab nanti kat klinik ibu dan anak akan guna no. pendaftaran tu... haa lagi satu buku appoinment coklat tu stapler sekali dengan no. giliran boh dalam tray dan buku pink kite pegang yeaaa...


Tunggu nama di panggil untuk ambik sample darah kat bilik C settle je kena pergi bilik A pulak yea ada 3 tandas dan tingkap untuk letakkan sample urin. 


Terus pi semula kaunter ibu dan anak masukkan buku dalam kotak kuning tepi nurse baju biru tu... nanti nurse akan agihkan buku tu ikut no. bilik yang depa dah registerkan memula datang tadi... daku dapat bilik no. 24. 


Ramai sungguh orang sampaikan nurse yang baju biru tu (sister ek depa panggil U32 kan...) doq meluahkan perasaan sambil edarkan buku (buku pink dan buku check-up anak) bilik ke bilik. Kebetulan masa daku dalam bilik 24 dia mai edarkan buku sesambil tu dia baca alamat buku pink kami ni... 

Katanya terlalu ramai sangat pesakit/pelanggan kat luar yang datang dari luar kawasan contohnya : ada tu tinggal kat Nilai tapi kerja kat Putrajaya jadi deme nak buka buku pink kat Putrajaya... kebetulan klinik Presint 9 tu pun dah penuh sesak jadi deme datang klinik Presint 18... 

Isu yang si sister ni bangkitkan kesian la terpaksa nunggu lama sebab ramai kan... kekadang deme terpaksa drag sampai malam or bawa ke hari esoknya appoinment tu sebab x leh nak settlekan hari tu juga... kesian kat baby/anak² la nunggu lama kan...

Isu lainnya nurse/doktor xdapat nak fokus dan detail dengan pesakit/pelanggan sebab ramai nunggu giliran kat luar... kebetulan sistem depa ni xde link dengan klinik Presint 9 jadinya sesapa baru 1st time datang amik masa sikit nurse nak key in semula data untuk rekod deme pulak...

Ada juga melibatkan peningkatan jumlah kes kematian yang di rujuk kepada klinik kesihatan Putrajaya dan depa terpaksa cover katanya... contohnya bila si ibu tinggal di sg merap kajang dan kerja di cyberjaya jadinya dia check-up pun kat cyberjaya jugalah kan sebab dekat tempat kerja tapi untuk kes ni dia hantar anaknya kat nursery Presint 15 dan kebetulan anaknya meninggal di nursery tu... Klinik terhampir yang akan di rujuk klinik Kesihatan Presint 18 la kan... adalah prosedurnya daku xtau la nk detailkan...

Fuhh dalam bilik nurse ni je dekat 35 minit key in maklumat dalam sistem depa, timbang berat, tekanan darah, ukur perut, dengar degupan jantung baby dan dengar taklimat pasai kena mula kira pergerakan janin dah...

 ni carta wajib kena tanda setiap hari!

Kuar je dari bilik no. 24 terus masukkan buku PINK dalam kotak bilik no. 29 pulak sebab kena jumpa doktor untuk scan... scan masa 5 bulan aritu katanya placenta low laying jadinya harini nak tengok uri dah naik balik ke x...


Bersabarlah ek tunggu no. di panggil untuk jumpa doktor @ bilik no. 29 pulak... Al-hamdulillah result scan +ve uri dah naik semula :) berat baby pun dah capai 1 kg...

 uri dah naik semula kedudukan normal katanya...
 bacaan urin / hb / bp pun ok

Lepas jumpa doktor kena pi bilik rawatan no. 33 untuk cucuk kancing gigi pulak... lepas cucuk maka berakhirlah pengembaraan daku mengelilingi klinik ni hahaha... nampak gayanya check-up dah jadi 2 minggu sekali hinggalah masuk 9 bulan nanti dah check-up seminggu sekali pulak yea...

Memandangkan klinik masih dalam tempoh pengujian untuk MGGT hanya dibuat pada setiap hari Jumaat sahaja tapi jangan risau mulai April 2015 dah kembali normal macam kat Presint 9 hari² leh buat ek...

Daku kena mai Jumaat ni minum air gula (MGGT kali-2) pulak nasib baik juga dah apply cuti yehaaa lepas Jumaat nak balik kampung nak jumpa mak rinduuuuuuuu....!!!

Ok² tu je nak kapochi sekian terima kasih kerana membaca hehehe... klik SINI kalau nak tengok panorama klinik ni ek


   

Monday, March 16, 2015

Menghampiri Trimester ke-3

   Assalamualaikum....



Kandunganku di penghujung minggu ke-26 dah terasa banyak baju kurung pinggangnya ketat huwaaa... setakat ni masih lagi gigih pakai baju kurung pi kerja... ada je sekali sekala pakai uniform... nampak gaya masuk 27/28 minggu kena pakai baju uniform lah ek...

Tapi bila pakai uniform anak² mesti rasa pelik katanya ibu nak pi jenjalan kah? hahaha sabor jelah... minggu lepas sempat la merasa drive kete 2 hari aka bertugas mik hantar anak pi/balik sekolah KAFA... dah 2 minggu lebih x drive hehehe agaknya lepas ni masuk 3rd trimester kandaku soh x pi amik anto anak hahaha....

Minggu depan check-up 7 bulan, ikutkan kena pi klinik dulu ni ambik tarikh appoinment baru dan isi borang untuk MGGT... dah call tanya MGGT hari jumaat je sepanjang bulan 3 ni nanti bulan 4 baru la hehari ada katanya la...

Meh nak share gambar Klinik Kesihatan Presint 18 (semua ni copy FB Perbadanan Putrajaya ek sebab daku lom pernah jejakkan kaki pun lagi ke klinik ni...)







 






Tunggu hari pe kandaku free nak pi amik tarikh appoinment... Jumaat depan (27hb Mac) daku nak cuti pepagi tu minum ayo gula petang lepas Jumaat berangan nak balik kampung Perak nak jumpa mak hehehe...

Check-up minggu depan doc akan scan insya Allah sebab nak tau location aritu masa scan masa 5 bulan kan ke doktor cakap Placenta Low Lying.. mana le tau sekarang dah ok ke kan... mudah²an la yea... pusing naik balik ek jangan doq bawah lelama risau daku...

 Yolah tu je nak citer... tata titi tutu...







Monday, March 2, 2015

Scan 4D @24 minggu


Assalamualaikum...

Semalam boring² xtau nak buek po 'dengan sengajanya' ajak la kandaku pergi scan baby hahaha ikutkan sebenarnya nak pi scan hujung bulan ni bila genap 7 bulan tapi entah kenapa semalam rasa melonjak-lonjak pulak perasaan ni nak intai si kenit dalam perut...

Hasil hasutan pengasuh si Farisya katanya scan 3D/4D kat Klinik Sofea Puchong Utama ni murah jek rm80 + dapat CD kata beliau... Hasil google dan baca review blog sana sini daku jadi teruja pulak haisshhh...

Sanggup korek tabung baby hahaha (ini x kelakor yea...) simpanan untuk beli persiapan bersalin dia juga nak pi scan sebab harap maklum kite harus berjimat cermat sebab gaji bulan 3 lambaaaattttt lagi (25-3-2015)....


Klinik Sofea
No. 36, Ground Floor, Jalan PU 7/3,
Bandar Puchong Utama, 47100 Selangor
(belakang Aeon, opposite 99 Speedmart)
03-8061 9628

Gerak dari rumah pun lambat kome pukul 12.00 tengah hari gitu dan hasil bantuan google map berjaya le sampai dalam pukul 12.35 tengah hari sekali masuk je klinik mak aiii ramainya umat manusia!

Memula macam nak pi jenjalan kat Eon Big kat belakang tu dulu sebab pukul 1.00 tengah hari kan ke lunch time xkan klinik buka kot kan (gitu le gerak hatiku berkata-kata...) Tapi sebelum tu baik register dulu kan...

Dah register kami anak beranak pilah Eon Big sengaja buang masa kekdahnya sesambil tu beli susu si Farisya dan kitchen tissue paper... rupanya 2 beranak (si ayah dan abang Faris beli selipar baru) rasanya 5 barang je dekat rm70 ko termasuk 5 ketoi coklat Ferrero Rocher isk...isk...iskk...

Datang semula dekat pukul 2 tengok dah x ramai orang risau juga kot² nama dah naek tadi kan tu tanya kaunter tapi katanya sikit lagi nama teman akan di panggil le ooo ok²... x sempat pun nak makan tengah hari tadi tapau roti ala² roti boy tapi versi banyak pilihan inti gitu daku beli 4 ketoi 2 ketoi inti coklat, seketoi inti durian, seketoi lagi inti apa ntah lupa... deme 3 beranak makan le roti tu sesambil tunggu giliran maknya ni nak di panggil...

Dekat 2.30 petang baru nama di panggil apa lagi kami semua pakat masuk reramai... doktor sofea soh baring dan bebudak tengok screen dekat doktor ibu dengan ayahnya pandang screen kat dinding...

Godek² si kenit ni x bagi kerjasama... siap mengiring ke kanan bagai nak dapatkan gambar muka... boleh pulak tutup muka dengan tangan segala... Tapi doktor kata baby ok x de cacat cela x de sumbing al-hamdulillah... ibu je kot rasa pehal lama sangat doktor ni godek² nak juga dapatkan gambar muka budak bertuah ni hahaha... ibu sebenarnya teruja nak tau jantina je sebab nak shopping baju hahaha....

Yup uri masih bawah lagi :(
ibu ada apoinment dengan Klinik Kesihatan Presint 18 25hb 3 ni (28 minggu) untuk minum air gula sekali lagi T___T, jumpa doktor untuk scan pasai kedudukan uri dan kena cucuk kancing gigi gamaknya...

Kalini ibu kena pindah klinik Presint 18 pulak sebab Presint 9 dah x cover pesakit dari Presint nombor belas² ni... Klinik Presint 3 pun mulai tutup harini dan semua pesakit kat klinik tu transfer ke Presint 9 pulak...


 posisi dr atas kepala... yang hitam tu rambut
 tangan kat pipi pulak
 tangan kat dahi pulak
 haa nampak pun muka

 ni doktor doq cakap hidung mancung hahaha gelak ibu

rasa abang dengan si kakak hidungnya penyek

 ni yang doktor cakap gegirl??? ye ke? terlindung dengan kaki
ayah xpuas hati soh scan lagi ni haa tunjuk bontot pulak

Berat baby pun ok x obes dan x kurus sangat... 24 minggu = 896gram. lega ibu dengar perkembangan kamu baik² saja di dalam perut ibu ni... walaupun dah seminggu ibu batuk teruk minum ayor suam je kot (tapi semalam tengah hari makan nasi kat kedai ibu oder sirap ais tu pasal malam tadi x leh nak tidur sebab batuk dan sejuk econ gamaknya... pukul 3 lebih terjaga sebab batuk² sampai rasa terkencing gitu... perut sakit dada pun sakit herrmm...

 bacaan degupan jantung pun ok
 berat baby
due awal 3 hari doktor kata

Bab gender baby tu doktor yang yakin sangat cakap gegirl ibu lak rasa macam xberapa caya hahaha... yelah gerak hati kata boy asben pun cakap gamaknya boy ++ kiraan nadi dia rendah bawah 140bpm bukan ke bacaan tinggi baru le girl... keliru sudah!

Xpelah janji baby sihat ibu x kisah kalau gurl sekalipun itu lagi ibu suka sebab Farisya ada kawan xdelah kelakuan kejantanan sangat hahaha... si abang jelah frust sebab dia ingat dapat adik boy... Si ayah pulak memandai menenangkan si abang katanya xpe² nanti ayah kasi adik ke-4 lelaki ek... amboi² macam dia je yang mengandung kan main oder jek...

Ok tu je nak citer babaiii...



PS : sayang sekali CD xde kuar apa² gambar or video @ kosong mybe kesilapan teknikal masa copy nak pergi semula agak malas x berbaloi xpelah xde rezeki cuma ada versi print je sebagai kenangan al-hamdulillah...