CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, March 25, 2015

Check-up 28 weeks @ Klinik Kesihatan Presint 18


Assalamualaikum

Harini 1st time check-up kat klinik baru... yelah sebelum ni check-up kat Klinik Presint 9 tapi bila Klinik Presint 18 buka (start 2hb Mac 2015) daku kene pi sini sebab Presint 9 x cover dah...

Ok 7.30 pagi udah sampai kome hehehe... tapi klinik ni buka tepat pukul 8 kome jadi nunggu le dengan sabor yea... bila pintu buka je semua berpusu-pusu masuk dan beratur amik no. giliran dekat kaunter pendaftaran, dah dapat no. giliran sila la tunggu sampai no. di panggil ek...

kaunter pendaftaran
ni haa no. teman dapat

Dapat sekali dengan buku appoinment ni dah macam pi Hospital Putrajaya gayanya hehehe... bila no. naik misi lekat code bar tu kat buku pink dan soh gi klinik kesihatan ibu dan anak pulak...


8.15 pagi gitu tunggu nurse register apa² yang patut dekat 30 minit jugalah nunggu baru nurse soh gi makmal untuk ambik sample darah dan urin


Kena ambik no. baru yea kat makmal ni tapi no. yang lama jangan buang pulak sebab nanti kat klinik ibu dan anak akan guna no. pendaftaran tu... haa lagi satu buku appoinment coklat tu stapler sekali dengan no. giliran boh dalam tray dan buku pink kite pegang yeaaa...


Tunggu nama di panggil untuk ambik sample darah kat bilik C settle je kena pergi bilik A pulak yea ada 3 tandas dan tingkap untuk letakkan sample urin. 


Terus pi semula kaunter ibu dan anak masukkan buku dalam kotak kuning tepi nurse baju biru tu... nanti nurse akan agihkan buku tu ikut no. bilik yang depa dah registerkan memula datang tadi... daku dapat bilik no. 24. 


Ramai sungguh orang sampaikan nurse yang baju biru tu (sister ek depa panggil U32 kan...) doq meluahkan perasaan sambil edarkan buku (buku pink dan buku check-up anak) bilik ke bilik. Kebetulan masa daku dalam bilik 24 dia mai edarkan buku sesambil tu dia baca alamat buku pink kami ni... 

Katanya terlalu ramai sangat pesakit/pelanggan kat luar yang datang dari luar kawasan contohnya : ada tu tinggal kat Nilai tapi kerja kat Putrajaya jadi deme nak buka buku pink kat Putrajaya... kebetulan klinik Presint 9 tu pun dah penuh sesak jadi deme datang klinik Presint 18... 

Isu yang si sister ni bangkitkan kesian la terpaksa nunggu lama sebab ramai kan... kekadang deme terpaksa drag sampai malam or bawa ke hari esoknya appoinment tu sebab x leh nak settlekan hari tu juga... kesian kat baby/anak² la nunggu lama kan...

Isu lainnya nurse/doktor xdapat nak fokus dan detail dengan pesakit/pelanggan sebab ramai nunggu giliran kat luar... kebetulan sistem depa ni xde link dengan klinik Presint 9 jadinya sesapa baru 1st time datang amik masa sikit nurse nak key in semula data untuk rekod deme pulak...

Ada juga melibatkan peningkatan jumlah kes kematian yang di rujuk kepada klinik kesihatan Putrajaya dan depa terpaksa cover katanya... contohnya bila si ibu tinggal di sg merap kajang dan kerja di cyberjaya jadinya dia check-up pun kat cyberjaya jugalah kan sebab dekat tempat kerja tapi untuk kes ni dia hantar anaknya kat nursery Presint 15 dan kebetulan anaknya meninggal di nursery tu... Klinik terhampir yang akan di rujuk klinik Kesihatan Presint 18 la kan... adalah prosedurnya daku xtau la nk detailkan...

Fuhh dalam bilik nurse ni je dekat 35 minit key in maklumat dalam sistem depa, timbang berat, tekanan darah, ukur perut, dengar degupan jantung baby dan dengar taklimat pasai kena mula kira pergerakan janin dah...

 ni carta wajib kena tanda setiap hari!

Kuar je dari bilik no. 24 terus masukkan buku PINK dalam kotak bilik no. 29 pulak sebab kena jumpa doktor untuk scan... scan masa 5 bulan aritu katanya placenta low laying jadinya harini nak tengok uri dah naik balik ke x...


Bersabarlah ek tunggu no. di panggil untuk jumpa doktor @ bilik no. 29 pulak... Al-hamdulillah result scan +ve uri dah naik semula :) berat baby pun dah capai 1 kg...

 uri dah naik semula kedudukan normal katanya...
 bacaan urin / hb / bp pun ok

Lepas jumpa doktor kena pi bilik rawatan no. 33 untuk cucuk kancing gigi pulak... lepas cucuk maka berakhirlah pengembaraan daku mengelilingi klinik ni hahaha... nampak gayanya check-up dah jadi 2 minggu sekali hinggalah masuk 9 bulan nanti dah check-up seminggu sekali pulak yea...

Memandangkan klinik masih dalam tempoh pengujian untuk MGGT hanya dibuat pada setiap hari Jumaat sahaja tapi jangan risau mulai April 2015 dah kembali normal macam kat Presint 9 hari² leh buat ek...

Daku kena mai Jumaat ni minum air gula (MGGT kali-2) pulak nasib baik juga dah apply cuti yehaaa lepas Jumaat nak balik kampung nak jumpa mak rinduuuuuuuu....!!!

Ok² tu je nak kapochi sekian terima kasih kerana membaca hehehe... klik SINI kalau nak tengok panorama klinik ni ek


   

2 comments :

ctfand said...

salam, terima kasih atas perkongsian.

nak tanya, perasan tak kedai makan terdekat dengan klinik tu sebelah mana? Saya diminta untuk ke P18 sebab berada dalam kawasan terdekat.

kalau kat p9 tak risau lepas chekcup nak pergi makan kat kedai bawah tu je.. kelaparan pulak kat P18 ni nanti. dahla kena pergi awal pagi.

tq in advance..

Unknown said...

Kalo ddk area cyberjaya nk kena refer kkia mane ye?