CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, December 5, 2016

TT Santai AE 9X @ Pantai Merdeka, Kedah


Assalamualaikum semua!

~2hb Disember 2016 (Jumaat)

harini kami akan bertolak pi utaqha... bangun macam biasa la pukul 5 pagi pump susu dulu.. nak pergi holiday kata ko pagi² ni baru terkial-kial nak ngemas beg baju.. sorang ibu kene siapkan baju sendiri dan 3 orang anak.. tiba² laki ko bangun dia cakap ehh xsiap² lagi?!!! amboi² dia kemas kain baju dia je kita ni kemas 4 orang ok isk..isk..isk...

Pukul 10.30 pagi baru bergerak sebabnya kandaku pi pejabat pos uruskan barang orang order kene la pos dulu sebelum coti² malaysia.. 


Pukul 12 tengah hari kami berenti di hentian sebelah tanjung malim.. nunggu 2 buah kete lagi.. nak gerak sesama katanya.. konvoi kuasa 3 hehehe...

geng selangor
kami berenti makan kat rnr gunung semanggol.. lapor kome.. 

lepas tol juru berenti tepi jalan tunggu urus setia ambik kikiki.. follow beliau tunjukkan homestay 2 orang kawan kandaku tu.. kami booking area 800 meter je jaraknya dengan tapak tt esok.. sempat juga riki kawasan jap pastu baru check in homestay..

Kami sampai homestay dekat pukul 6 petang sempat la 2 beradik tu berendam mandi kolam.. maghrib tu hujan turun kandaku pulak sempat la merehatkan diri lelapkan mata sebelum kami keluar makan dalam 9 lebih gitu.. dalam hujan gerimis kami pi sambil berpayungan hehehe..


hujan makin lebat kome.. dapat pulak makanan panas berasap pehh sedap je time lelapor ni.. sesambil busker nyanyi lagu cinta pantai merdeka layann sangat weii..


daku terasa nak makan mee udang, 2F makan nasi goreng pattaya dan kandaku makan nasi goreng ayam.. si Faris hehujan ni selsema dia.. tiba² je order milo suam hahaha tapi Farisya tetap la dengan milo aisnya walaupun ribut taufan..


~3hb Disember 2016 (Sabtu)

ohh yea malam tu lepas makan kandaku anto kami balik chalet kemudian dia kuar semula katanya nak tolong urus setia short baju, stiker bagai.. rupa-rupanya dia balik lepas subuh sesiap beli nasi lemak.. xsedar pun beliau tidak pulang.. katanya dia tidur dorm bebudak urus setia tu..

nasi lemak rm1 ayam secoet kecik seketul hahaha

atte udah kenyang makan nasi lemak dan kuih.. kami anak beranak ni duduk la berkurung dalam chalet sebab kandaku kata xpayah la ikut sebab boring nanti hahaha.. apa lagi xkeruan la memasing sebab bosan... selak² langsir intai sana sini pastu makan la kerjanya menghabiskan biskut dan kekuih yang ayahnya belikan..

akhirnya daku dah penat jerit² soh doq dediam sebab si kenit tu boleh tahan juga lasaknya.. abis semua nak di usiknya.. penyapu dan tong sampah sampai naek atas lemari baju huhuhu..


kami 4 beranak ni gigih jalan kaki menuju ke tapak  TT Santai.. kekununnya dekat la 800 meter tu sekali ko lengguh tangan hahaha.. adik xmau jalan nak berdukung aja.. sebab dah tengah hari lapor la sekalian anak² tu yang pasrah jelah jalan kaki..

sampai je tapak TT Santai tu si ayah bizi mengadili kereta² yang masuk pertandingan sampai dia xperasan anaknya loncat2 depan dia.. dah bapak kome x layan moh kita jejalan sekitar Pantai Merdeka ni.. ada jualan² ada food court.. 

selpie la apa lagiiii
damai je kan
selamat datang!
my nyawa 3F
mendung je cuaca
ronda² la sampai boring
ais kacang gunung jerai katanya
80 ++ buah kereta yang datang katanya
TT Santai ni team Utara yang handle
giler panjang² kepok lekor deme
ni chalet kami menginap harga 1 malam rm140
urus setia
lurus macam pakai pembaris hahaha
x faham teman kegilaan deme ni dengan kereta

** gegambor semua ni daku cilok hahaha sendiri nak ambik idak le FB Fikri Danial


pukul 2 kandaku anto kami balik ke chalet.. dia call katanya dia nak ambik kami pi makan tapi sampai² chalet kami xde hahaha.. udah x nyabor tunggu berkulat rasanya tu gigih menapak jalan kaki..

sampai chalet 2F apa lagi terus terjun mandi sampai kecut.. biorkan berendam le kome mandi pepuas.. mula² budak² belakang tu nengok je xtahan kot nengok deme pun mandi sama.. berkawan pun geganas memasing.. yang kelakornya si Farisya leh koyak suar hahaha tu pun muka tebal wat lek pis mandi xkisahkan orang gelakkan dia..

pukul 4 lebih kandaku balik.. mandi semua dia soh kemas² kain baju.. ehh kan kita booking 2 malam? katanya geng 2 biji kete yang sesama datang tu nak balik malam ni juga sebab ada emergency.. memula janji nak balik sesama lepas maghrib sebab nak rehat tidur kejap.. rupa² kami kene tinggal hahaha..

so kami pun balik la juga sebab kandaku kata boring hukhukhuk.. gerak keluar dari area tu dengan bantuan waze entah ke mana² ntah di bawaknya kami nasib jumpa hway huhuhu.. gerak jam 8 malam berenti makan kat rnr sungai perak sebab anak² lapar yelah makan tengah hari je pastu tenaga habis berkubang x ingat dunia...

ingatkan nak singgah Tapah tapi kandaku kata dia larat nak drive terus balik Putrajaya.. takut esoknya hway jem katanya.. kami sampai rumah jam 1.30 pagi.. so ahad tu rerehat jelah kat rumah qado tidur hahaha..

sekian percutian singkat kami.. moga² ada rezeki lebih leh bawak anak² cecuti lagi..


Sunday, November 20, 2016

Hari Graduasi Tabika Perpaduan Wilayah Putrajaya 2016


Assalamualaikum semua!

~12hb November 2016 (Sabtu)

harini ada raptai untuk majlis konvo keesokkan harinya.. semua mak pak berkumpul jam 9 pagi.. kami sekeluarga kuar rumah jam 8 pagi pi sarapan dulu kat cafe ikhwan presint 15. lepas sarapan terus la pi Auditorium kompleks E.. kandaku turunkan kami pastu beliau pi stornya uruskan barang² ada orang order katanyaaa...

tunggu punya tunggu pukul 10 lebih baru raptai mula.. kelas farisya punya turn no. ke 6.. deme ni ada 9 kelas seluruh putrajaya. jadinya 7 kelas je terlibat masuk acara.. semua menari-nari la ada tarian cina, ada tarian hindi, ngajat tampi, sewang dll 

dekat pukul 12 baru settle balik rumah kelaparan la semua orang.. pi singgah kedai beli ayam separuh masak la ayam sambal dengan pak choy sos tiram.. ayahnya memang hari sabtu kerja lepas hantar kami balik rumah dia kuar semula.. 


~13hb November 2016 (Ahad)

harini kena ada awal.. pukul 8 dah start katanya jadi gigih la daku masak nasi malam tadi dan goreng nasi sebab kalau nak pi mamak pun kang lewat pulak.. siap masak soh bebudak makan sikit lapik perut.. si Farisya kene pi awal sebab nak bersiap bersanggul bagai katanya.. cikgu pun ada sediakan roti dan air kotak untuk dia..

daku ni siap bawak bekal nasi goreng dan air sesambil tunggu acara bermula kami 3 beranak makan kekenyang laa.. si ayah pi sarapan luar dulu sesambil tapau roti dan air untuk kami.. 

dah comei pentas semalam xde apa pun lagi hiasannya
anak² beraksi
selpie dulu kikiki...
ni datang mintak air haus katanya
ehsan ibu bapa lain tolong ambikkan gambar
belakang tabir deme tengah bersiap
tu si farisya belakang sekali baju oren tu

xnampak muka ;( belakang sangat terlindung
camne la cikgu sanggulkan rambutnya sebab pendek

kelas farisya dapat nasib johan menabung terbanyak dalam 4k.. pastu kategori individu kelas farisya dapat johan sebab ada anak murid menabung dengan jumlah 1k sepanjang tahun 2016 wow!!

ibu² tulang belakang cikgu untuk menyiapkan semua anak²

pukul 12 usai majlis pastu deme bgambor dan akhir sekali boleh balik rumah.. Farisya dapat kfc sekotak.. seronok le dia.. sekian kisah konvo si Farisya 😊


Saturday, November 19, 2016

Pi sign S&P ~ PR1MA@Tapah 17.11.2016 (Khamis)

Assalamualaikum semua...

1hb November 2016 (Selasa) lepas dapat call daripada panel peguam Pr1ma katanya tengah sediakan dokumen S&P alang² tu daku mintak depa masukkan nama asben dalam S&P tanda kasih sayang gitu hahaha... 

15hb November 2016 (Selasa) setelah 2 minggu berlalu, puan Regina call semula untuk tetapkan tarikh untuk daku somi isteri datang sign S&P... daku bincang² dengan abeku so kami sepakat nak pi 17hb November 2016 (Khamis).

17hb November 2016 (Khamis) rutin macam biasa seawal 5 pagi bangun pump susu untuk si kenit dan siapkan beg baju/beg susu segala untuk bawak pi pengasuh la kan.. sebab nak pi Ipoh janji kata 10 pagi nak sign S&P kan gigih daku goreng kuew teow kununnya buat sarapan dan bekal sepanjang perjalanan... 

pagi tu si Faris xmau makan kat rumah jadi tapaukan untuk dia bawak pi sekolah.. si Farisya pukul 7 tu makan je kat rumah.. daku siap tapau air sekali kang haus kan.. hantar baby pi pengasuh dan antar Farisya pi tabika so 7.30 pagi kami bertolak la dari Putrajaya.

boleh pulak jalan jem sangkut ko sesama semua yang nak pi kerja kat Putrajaya ni sebab apatah lorong masuk ke Presint 12 tu tutup sebelah.. lepas je susur tu baru clear hadoii... sangkut juga lagi kat Damansara menuju ke Sungai Buloh.. masuk highway Sungai Buloh dalam 8.30 pagi gitu.. cuaca ok cerah je al-hamdulillah...

rasa janggal pulak dating berdua hahaha.. selalu jalan jauh² ni bawak anak² ni kami somi isteri je dalam kete.. kejap nyembang kejap kang senyap sunyi kikiki... sampai Tapah dekat pukul 10 pagi.. alamak janji bukan main pukul 10 pagi nak sign kan.. rasa serba salah pulak x menepati janji so call balik pn Regina cakap lewat sikit sampai..

tepat 10.30 pagi kami sampai tu pun google maps salah location hahaha rupa²nya ke depan sikit lagi opis tu.. abeku cakap dia xsuka guna google maps sebab xup to date map nya better guna waze gitu..



ni la nama panel peguam pr1ma tu
puan Regina yang duduk kerusi merah tu
puan yang baru merah ni la banyak jawab soalan² daku tanya

sampai je kami duduk kejap depan kaunter ni.. kecik je opis ni ada 2 bilik untuk urusan sign dokumen... xsampai 5 minit kami kene masuk bilik.. sempat lagi partner firma ni en Meor sapa dan salam abeku.. datang dari mana? putrajaya yea...


al-kisahnya kami sampai je si Farah (dia handle untuk client sign dokumen je yang prepare semua dokumen tu pn Regina) ni mintak ic nak photocopy katanya.. daku tanya la asben saya punya ic xmau copy ke sebab S&P 2 nama.. si Farah ni gelabah katanya ehh dokumen ni 1 nama je.. bila masa puan mintak letak 2 nama? daku cakap la 2 minggu lepas pn Regina call saya dah bagi detail nama dan no. ic asben..

kecoh la kerani kat luar semua tu.. yang sorang tu kata xpe² meh sini ic asben saya buat sekarang katanya.. so si Farah ni buka la dokumen S&P ni soh daku check betul ke tak nama dan no. ic semua..


bila daku tengok nama orang lain aikk patut la si Farah ni salah ambik fail.. daku appoinment jam 10 pagi yang nurhayati ke hapa namanya lupa tu pukul 3 petang kakakaka.. bila ambik fail yang sebenar memang betul dah siap ada nama asben haisshh.. gelabah juga minah ni.. konpiden dia tu pehhh macam betul je hahaha...

senaman tangan
si Farah nama saya hehehe
harap² developer ni ok la yea...
salinan geran

daku tanya si Farah ni apa beza freehold dan leasehold dia xleh jawab hahaha panggil bantuan masuk dalam terangkan... katanya kat perak ni susah nak jumpa freehold sebab kebanyakan tanah milik Kerajaan Negeri.

hartanah daku beli ni pajakan 99 tahun kalau ikutkan semua orang nak beli hartanah yang statusnya kekal kan @ freehold tapi dah rezeki kami dapat gini so syukur jelah.. terima dengan lapang dada yea.. baca sini ada info lagi sini 

Secara am, tanah yang digunakan untuk projek perumahan pada masa ini memegang status Pajakan. Ini sebab tanah yang ada sekarang dipinjamkan kepada oleh kerajaan kepada pemaju untuk dibangunkan. Hanya projek perumahan terdahulu yang tanah itu dimiliki oleh individu sahaja yang memiliki status freehold.

daku tanya si Farah lagi kalau tanah milik Kerajaan Negeri mesti ada sekatan kan? kalau nak pindah milik ke hapa kena mintak kebenaran kan?  dia xleh jawab hahaha panggil bantuan lg masuk dalam terangkan... so untuk makluman meh baca sini sekatan 

carian rasmi

acah² bijak la tanya itu ini.. dulu masa kerja law firm tahun 2003 hingga 2006 kita sama je gelabah bila client tanya hahaha...

daku tanya lagi berapa invois nak kena bayar ni? katanya xtau lagi kena tunggu loan lulus berapa baru boleh kira... yelah nak tau juga anggaran berapa bil nak kena bayar tapi si Farah ni kata tunggu dulu.. tapi masa pemilihan unit @ bidor aritu agent insuran bagitau dalam anggaran 4k la

banyak yang daku tanya deme xleh nak jawab.. tanya tempoh gov loan lulus bila start pemotongan gaji pun deme xsure.. kata panel peguam Pr1ma pastu xkan xde client sebelum2 ni yang ambik gov loan.. pelik teman.. tanya pasai proses untuk apply loan tu kan kene isi online pastu ada dokumen iringan termasuk salinan S&P bagai sapa uruskan? daku sendiri ke? katanya depa handle dokumen sahaja yang akan anto ke bahagian LPPSA agent insuran buat semua.. tanya insuran yang ok pun xde jawapan.. camne tu.. 

Duti setem dikecualikan 50% untuk surat cara pindah milik (atau dokumen S&P), dan had pembelian ditingkatkan dari RM400,000 kepada RM500,000 untuk pembeli rumah kali pertama.


PETIKAN BUDGET 2017

Satu skim pembayaran akhir atau end-financing khas jenis step-up untuk program PR1MA.

Melalui skim khas ini, pembiayaan lebih mudah dan accessible kepada pembeli, dengan jumlah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus, dan kadar penolakan pinjaman akan berkurangan secara drastik.

Proses permohonan bagi skim ini akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2017. Skim ini merupakan hasil kerjasama di antara pihak Kerajaan, Bank Negara Malaysia, KWSP dan juga empat bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

Contohnya, pemohon yang berpendapatan RM3,000 sebulan, hanya layak mendapat pinjaman lebih RM187,000. Melalui skim pembiayaan khas ini, pemohon boleh mendapatkan pinjaman sehingga lebih RM295,000.
Di samping itu diumumkan pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan. Ini membantu mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus pada masa ini.
Walau bagaimanapun, layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga RM300,000 bagi pembelian kediaman pertama sahaja, antara tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018.


dalam pukul 11 lebih kami settle sign semua dokumen.. abeku ada janji dengan kawannya budak Teluk Intan nak jumpa kat kedai makan nasi ganja kebetulan juga member tu beli barang kereta..

alang2 sampai Ipoh dia pun wassup la kengkawan dia selalu lepak kalau balik Tapah Road mesti naik Ipoh mengopi.. amboi mengopi Ipoh sesaja... jadi le jumpa 2 orang geng sesama minat make up kereta ni gitu katanyaaa...

 nasi ganja @ Ipoh
 ayam goreng
                                                             kari kambing
 sirap limau & teh o ais

usai makan kami beransur la balik.. singgah jenguk mak kejap pastu terus balik Putrajaya semula.. kami masuk tol Tapah lebih kurang jam 3 petang.. ujan selebat-lebatnya xdapat le nyinggah beli bebuah ke hapa... sampai Putrajaya pun pukul 5 petang kami jejak je tanah Putrajaya hujan pulak belah sini.. kiranya dari Tapah sampai le ke Putrajaya hujan lebat kome!

gitu le.kisahnya... nunggu dokumen S&P di sign oleh Pr1ma dan developer pastu mati stamp baru le deme bagi salinan untuk kita apply loan pulak.. mudah2an le proses mohon loan dipermudahkan.. aritu kan ingatnya loan nak guna khidmat ex bos tapi xboleh katanya 1 lawyer ni buat untuk dokumen S&P dan dokumen loan..

kalau kata makan masa sampai sebulan lebih pun xngaper hehe teman teringin juga nak merasa 100% waive stamp duty tu ececehhh tp kalu 2016 lulus loan adoiii jelesnya sebab jarak masanya alaaaa dekat bebenorr...

ni teman compius.. kalau S&P ada nama asben boleh ke dia keluarkan duit KWSP sedang loan teman sesorang pastu full loan pulak...kalau boleh kuarkan duit KWSP tu boleh le buat blanje beli barang2 rumah kan.. herrmmm kene google kot lg ni huhuhu...


tunggu lg ni.. step sign dokumen loan pulak.. kene turun Ipoh lg kome!


21hb November 2016 (Isnin) dapat call dari Pr1ma HQ mintak salinan ic abeku..depa soh emailkan.. sebab S&P kan 2 nama tapi aritu masa pemilihan unit ic teman je deme ada.. rasa macam wow dokumen udah sampai HQ ke? cepat ni... alaa nak diskaun 100% hahaha..