CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, May 31, 2016

sembang² : Nur Farha Aneesa


Assalamualaikum...


Harini teman nak sembang² pasai si kenit... pejam celik..pejam celik dah 11 bulan dah usianya... cepatnya kamu membesar dik... sok lusa sedar x sedar dah setahun yelah 25.6.2016 ni tarikh lahirnya...

Carta pembesaran dan perkembangan pun ok cuma masalah berat jelah x cantik huhuhu..gamaknya sebab dia aktif jadinya berat la susut...check up last aritu turun sikit beratnya dalam 300 gram cik misi cakap nanti check up setahun kalau berat xnaik kene refer pakar pemakanan huwaaaaaa... xcecah 7kg lagi aritu

1st time demam panas/selsema masa umur 2 bulan.. pastu genap 6 bulan demam juga dan yang terbaru 2hb Mei tadi demam pakej nak tumbuh gigi sekali 1+3 = 4 batang naik... sekarang tengah tateh setapak dua rasanya ramadhan or raya dah dapat kaki la in sya Allah..  


4.1.2016 (7 bulan)
Hobi menyelongkar laci kabinet 
15.4.2016 (10 bulan)
Naik sebatang gigi
  28.5.2016 naik lagi 3 batang gigi
Senyum 4 batang gigi ayokkk...
Main sorang² pun ok...

Sekarang ni pantang nampak ibu pakai tudung katanya nak jalan² padahal turun pi kedai je hahaha.. setakat ni lom lagi bawa dia petang² pi taman mainan sebab ibunya malas..


takteh...
hai²...

Stok susu bln 3,4,5 untuk stanby bulan puasa takut kot² susu kurang produktif.. moga perjalanan menuju fully breastfeeding for 2 year dipermudahkan..aminn


  

Monday, May 30, 2016

Karenah Nur Farisya Aqeela masuk Sekolah Tabika Perpaduan!

Assalamualaikum...

Hai² semua! Kejap ado kejap xdo teman ni haa... kekadang rasa malas benor nak nulis blog kekadang rindu pun ado nak pot pet..pot pet.. mentaro teman tengah ado mood nak tulis ni teman nak cite pasai si anak dare Nur Farisya Aqeela...

Tahun 2016 Farisya berjaya dapat masuk sekolah Tabika Perpaduan Presint 14 al-hamdulillah.. tingkat G je jadi senang tengah hari pengasuh turun ambik dia... sekolah separuh hari jdnya petang transit la.. Nak cito excitednya dia nak sekolah.. seronok sangat katanya pi sekolah... 


Hasil kerja 1st sekolah

Mula² je rasa best sebab leh main katanya.. lepas tu sedih rasa xseronok sebab kene belajar hahaha... nama pun sekolah bukannya taman permainan.. si Farisya ni pulak jenis x reti duduk diam biorkan kat sekolah cikgu marah kekeke...

Salah pilih saiz baju L
 Besar godang

Al-kisahnya baju sekolah kan besar mintak tukar saiz..lama kot nunggunya hujung bulan 4 baru dapat.. mentara nak dapat baju tu 2x dah tudung sekolah hilang T___T, Ni minggu lepas (23.5.2016) beli tudung buat kali ke-3.. ibu ayah memang cop duit ek Farisya sekolah x sampai setengah tahun tudung hilang sampai 3x.. camne leh ilang? dia kalau balik rumah pengasuh suka punggah buku dan segala apa yang ada dalam beg buat main.. jenuh dah nasihat jangan la sepah² barang tapi idak le dia ngambik pusing..katanya adik nak main tudung??? ehhh...  

Dah bergambo konvo

Awal bulan 5 dah bergambo konvo dasyat sangat.. selalunya kita hujung tahun baru gocoh² nak bergambo konvo tapi bebudak ni awal² tahun dah mik gambo hehehe...

Buku dah jahanam :(

Buku ni edisi khas untuk Tabika Perpaduan sahaja jadinya bila dah rosak gini cikgu xgalakkan untuk beli sebuah buku ni rm50 sebab nak beli 1 je huwaaaaaaaaa... cikgu soh pinjam sapa² xde lak kenal jiran tetangga yang ada buku ni.. cikgu cakap dia kasi Farisya pinjam buku anaknya sebab kalau tak Farisya ketinggalan la sebab dia je xde buku..

Camne leh rosak? sebelum ni buku ni memang hari² bawak balik rumah untuk bacaan di rumah...ulangkaji bersama keluarga kekdahnya.. tapi x sampai sebulan kulit buku dah tanggal dan lain²... kesudahannya dia pi bawa botol air pi sekolah (tanpa pengetahuan ibunya dia boh dalam beg botol air tu penutupnya x kuat tu yang air menitis keluar) habis tumpah kena buku... kalau check buku memang akan ada macam² dia bawak nak tunjuk kawan².. masalahnya bila sampai rumah pengasuh dia buat main kemudian lupa langsung hilang..

Pensil warna 1st day je ok berkotak susun cantik tunggu la masuk 2nd day kotak dah masuk tong sampah pensil warna dah susut.. taging la macam mana pun hilang juga... bekas pensil pun sama kejap sangat jangka hayatnya... haiii la anakkk pening ibu haisshh...