CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, July 11, 2016

Syawal 2016~Perak

Assalamualaikum...


Hai semua! Salam SYAWAL 2016 Raya sakan ke mengkome semua? Kami beraya biasa² je.. ala kadar orang kata... kebetulan semua jentera berat kami sakit² belaka huk³.. biasanya si kancil la penyelamat keadaan tapi xkan le nak balik raya naik kancil mana nak sumbat beg semua kan.. x selesa juga untuk perjalanan jauh...

Setiap kete ni ada nama manjanya hahaha anak² le yang bagi.. si kancil tu memang le kancil namanya... si toyota tu Faris bagi nama kerbau..mana datangnya nama tu? sebelum ni toyota tu pun ada roof rack macam kancil jadinya umpama benda tu tanduk la.. kereta yang ke-3 tu hanya untuk jalan² balik kampung je or kalau khidmatnya diperlukan untuk bawak barang² besar kekdahnya... haaa namanya anak gajah hahaha...

Nak jadi cite si anak gajah sakit teruk 1st time masuk wad@bengkel cuma detect water pump bocor so nak repair benda alah tu la.. alahai beli kete 2nd hand kena la stanby risiko rosak itu ini sebab kete tu pun umurnya dekat 20 tahun.. kami ni orang bukan ado² beli kete yang setakat mampu sebab xmau terikat loan bank...

Pomen kata kene turun enjin nak check semua memang banyak sakitnya.. beli sparepart murah je tapi upah pomen gulpss.. total lost kat situ 1k... ohooii ingatkan dah ok tapi masalahnya berulang lagi... air membuak keluar pastu temperature naik semula.. penyudahnya terpaksa beli enjin lain dan ganti terus semua... enjin je 1k lebih+upah pomen semua nangis raya kali ini T_________T 


~2hb Julai 2016 (Sabtu)

Anak gajah selamat kuar wad sebelum raya jadinya kami try bawak balik Melaka dulu sebab nak beli baju raya... kandaku payung baju raya 1 famili tanjat beliau baju raya je dekat 5 ratus tu pun Farha Aneesa xbeli baju sedondon sebab xde saiz..

Kami nolong ngemas rumah nenek pasang sarung kusyen jelah hahaha... sempat la berbuka dan sahur dengan nenek sebelum raya..


~3hb Julai 2016 (Ahad)


budak kenit ni tengah bertatih jalan

Pukul 10 pagi gitu pi Masjid Tanah beli baju raya jenuh la mikir nak beli baju warna apa.. si Faris nak warna oren tapi si ayahnya xmau pulak... dah beli baju raya terus singgah kedai bundle.. kandaku nak beli baju t-shirt buat basahan dan pi kerja hari² katanya.. kami ni doq nunggu jelah sampai dia settle membeli belah kikiki...

Cuaca panas berdenting kat kampung kan.. kami ni kejap baring nak lelap mata tapi xboleh pandang jam alahai lama lagi nak berbuka... doq cari port kipas atas kepala pastu pasang lagi kipas berdiri hala ke muka sambil jerit aaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh hahaha...

Petang mil masak menu berbuka tapi sebab dah lamaa sangat lupa menu apa hikhikhik tapi kandaku pi bazar ramadhan berdua je naik motor dengan Faris.. daku malas nak ngikut panas+capek.. malam lepas maghrib kami balik Putrajaya dalam pukul 11 malam gitu kami sampai.. sahur lupa masak pe ke mil ada kasi lauk? entah lupa hahaha..


~4hb Julai 2016 (Isnin)


 

Lepas sahur daku pelan² ngemas kain baju untuk balik kampung sendiri yippieeee.. taapiiiii... idak le lepas subuh balik kampung hukhukhuk sebab kandaku kerja lepas zohor baru le kami bertolak balik :)

Nasib baik jalan clear xjem sebab ramai dah balik kampung secara berperingkat start sabtu kan.. kami sampai Tapah dalam pukul 4 lebih doq cari 7e tapi daku xsure kat mana hahaha nampak benor balik kampung xjenjalan doq terperuk jelah kat umah.. sudahnya terus pi Langkap alang² nak top up altel kandaku kami pun singgah la bazar ramadhan beli kekuih dan air buat buka... haa kan dah mintak yong masak nasi ayam jadinya menu berbuka kami nasi ayam mabeles!


~5hb Julai 2016 (Selasa)

Harini orang negeri 9 kata hari mantai @ hari masak² sebelum raya gitu.. tapi mak dengan nyah xde sebab mak ada check up.. ngape?? 

Al- kisahnya seminggu sebelum nak raya mak sakit ala2 demam urat sampai la xleh bangun.. dia xtahan dah gamaknya tu ngajak yong pi hospital Teluk Intan.. ni sesiap bawak kain baju ni takut le kene tahan wad..

Sebenarnya mak ada macam ketulan@benjolan kat peha dia.. lamaaa dah dia simpan tapi rupa2nya benda tu membesar dan akhir2 ni sakit nyut2 mak kata.. Lepas check up dengan doktor tu dpt la tarikh hari mantai tu jumpa doktor pakar tulang.. kisahnya....

Maka aku dengan Kakak (anak buah yang sulong) jelah yang tinggal di rumah.. Yong kerja, Nyah bawak mak pi hospital.. pepagi hari tu kami 2 beranak kekupas bebawang semua cili halia buat pes.. kang Yong balik baru le step seterusnya..  pastu mintak tolong Imran carikan lengkuas untuk masak rendang... sekali ko dia bawak ubi bunga kantan hahaha patut putih melepak je rupanya + bau bunga kantan.. sudahnya Yong mintak rumah sebelah sebab kat sekitar rumah mak lengkuas xde..

Sejak azali rumah mak ni meriah dengan menu raya tu pakat pengsan semua hahaha.. mak macam biasa ketamakkan dia xleh nak ditegah hahaha.. mulanya dia order ayam pencen 8 ekor dan 2 ekor ayam daging.. aku pun slow talk cakap mak xpayah la bebanyak nanti membazir je terbuang.. jadinya aku soh kurangkan jumlah ayam tu.. Rasanya 2 ekor masak rendang, 2 ekor masak kari dan 2 ekor masak kicap.. 

Jadinya maghrib berbuka tu kami dah makan menu raya yeayy! sedap woo ketupat makan dengan ayam kicap (versi yong ni berkuah)


~6hb Julai 2016 (Rabu) Raya Pertama

Yeayy raya!!.. walaupun dalam kelam kabut semalam akhirnya berjaya juga lauk raya kami.. disebabkan kemerosotan kesihatan mak jadinya idak le beliau membako lemang.. kami bagi sedara pulut deme bakorkan.. tapi kene ambik kat rumah mertua dia nun kat bendang Sg Manik tu..

Macam biasa lepas solat sunat raya jemaah surau akan datang rumah ke rumah aka baraan orang jawa cakap.. kami hidangkan kekuih je sebab xmasak lauk banyak.. lagi pun xsemua nak makan sebab 1 kampung nak ronda kan.. makan jamah² je orang kata..

baraan datang
jemput makan semua!
sedara jauh nunn dari brunei nk jumpa opah
dgn cik ndek dan si kakak
la farha aneesa ni
yong, mak dan menantu bongsu yong (sedondon deme)
yong, mak, dhia, kakak dan bawah tu nyah @ mak naga hahaha...
potret tanpa anak bujang
xsudah² selfie ibu ni haishhh :)
otw nak pi Bagan Datoh rumah adik mak
Assalamualaikum! kami datang nak selpie ehh raya!!

Lepas je jemaah bersurai kami terus tutup pintu hahaha.. nak pi beraya kome! 2, 3 tahun kebelakangan ni kami pecah tradisi hari raya kami kuar pi beraya.. biasanya tunggu orang datang rumah memerap jelah kat rumah..

Pi Bagan Datoh sebab adik mak nak kawenkan anak dia sabtu ni so tunjuk muka la dan kasi alasan x dapat datang sebab dah tukar shif balik rumah mertua.. lagi pun nyah nak balik petang ni juga sebab esok dah kerja katanya..

Singgah beraya pulak rumah sedara yang tolong bakarkan lemang tu alang² rumahnya pun dekat² situ juga.. lepas tu otw balik tu singgah Teluk Intan umah adik² mak.. agak kelam kabut sebab nyah nak cepat balik rumah..

Sampai je rumah sepupu Teluk Intan datang balas ziarah.. macam biasa depa akan datang raya umah mak sebab depa suka menu raya mak.. ala² jawa tapi mak banjar hahaha.. sambal goreng jawa memang febret semua.. sambal tahun kulit lembu pun buat juga.. haa ambik rendang, lemang, kuah lodeh, ketupat, ayam 3 jenis semua menu tu nak di buat mau x pengsan.. nasib lontong xbuat.. 

Kenapa daku x kasi masak bebanyak? sebab nak beraya umah orang kan lauk sendiri masak x habis pastu sebab kepenatan masa petang lepas balik raya tu semua lauk lupa nak perangat sudahnya gegulai semua basi.. yong doq membebel cakap lepas ni nak pi beraya simpan lauk dalam peti ais huhu..


~7hb Julai 2016 (Khamis) Raya ke-2

Hari ni daku nak balik Putrajaya dah.. Yong bising² soh ziarah mak sedara belah arwah abah.. katanya kesihatan deme kian merosot juga.. jadinya kami tutup rumah lagi hahaha.. daku xsangka abangku yop nak ikut sama selalunya dia bizi je dengan kengkawannya..

Kali ni si Edy sebuah kereta, kakak dengan asbennya follow sama.. wan dengan mamat beraya rumah mertua deme.. kami pi kampung jawa dulu ziarah adik arwah abah..

yong, mak dan bibik

Lepas tu kami terus bergerak pi Tanjung Malim ziarah paman pulak.. rumah ni memang daku xpernah jejakkan kaki.. tu yang mak beria ajak pi ziarah..

Faris, Paman, Cik Ndek, Farisya dan Yop
paman pun x berapa sihat jatuh kat masjid katanya
yop dan mak
kakak dan adik ipar bongsu
imran dan edy berasap la deme berdua

Kami berpecah la.. memula datang mak dan yong naik kereta dengan kami jadinya balik deme numpang la kereta kakak dan Edy.. dengarnya deme beraya sakan.. merayap la deme beraya pi Slim River la sampai ke malam katanya.. pi umah besan Yong kat Sungai Buaya dasyat²...


~8hb Julai 2016 (Jumaat) Raya ke-3


Lepas Jumaat baru kami gerak balik Masjid Tanah.. memasing dah sampai ipar duai semua.. biasanya raya ke-2 deme dah sampai tukar shif.. lupa tahun ni mertua beraya dengan anak bongsunya.. sakan katanya menantu order makanan jadinya raya kalini ada la berhidang atas meja untuk tetamu makan menu raya.. biasanya kami jamu kekuih raya je sebab xde masak lelauk raya bebanyak.. sekadar untuk kami makan anak beranak je.. deme xbalik Kelantan beraya tapi raya haji deme raya sakan hehehe..

Daku dah lupa sabtu malam or ahad pagi kami dah balik semula Putrajaya sebab xmau mengharungi jem yang maha dasyat hehehe.. gitu le cuti raya kami.. kat umah mertua xde pi memana pun sebab kandaku sejenis xsuka jalan jem² ni..