CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, June 28, 2016

Cabutan undi PR1MA @ Tapah.. Rezeki/Tuah anak³


Assalamualaikum...


Hai semua! arini dah 23 ramadhan kita puasa kan kejap je rasa.. minggu depan dah raya yehaaa hehehe... xsabar nak balik kampung kome nak makan menu raya kikiki..

Meh² nak sembang sikit...setiap anak ada tuah@rezeki tersendiri.. daku terkenang masa lepas kawen dulu 2005 dan bila dapat tau pregnant 2 bulan lepas tu x disangka-sangka ketika usia kandungan 5 bulan daku dpt kerja gomen.. walaupun sekadar typist je daku bersyukur sangat dapat kerja tetap.. masa Faris lahir hidup kami idak le senang mana gaji pun murah lagi masa tu tapi rezeki katakan masa tu kerajaan bagi kenaikan tangga gaji ke hapa lupa dah..Tahun 2009 pulak rezeki bila perjawatan N11 dijumudkan jadi N17... 

Sebelum Farisya lahir tahun 2011 masa tu ekonomi keluarga kami agak teruk.. daku pernah nanges² mikir camne nak beranak ni barang baby banyak xde kekdahnya.. kandaku pulak kerja xmenentu daku asyik la nak cari gaduh je dengan dia.. hormon pembawakan ni..

Lepas dia lahir kandaku semakin ok.. walaupun macam² kerja dia buat sampai badannya jadi susut/kurus kerna kerja siang malam T___T 

Dan bila si Farha lahir 2015 rezeki kami mampu beli mpv lama yelah anak ramai xmuat dah bagasi nak boh dalam bonet.. ni duit kandaku kumpul sendiri dapat beli secara cash.. syukur al-hamdulillah..

Tak sangka 2016 dapat pulak cabutan untuk rumah Pr1ma Tapah... syukur yang x berkesudahan..rezeki anak²... Ehh² baru cabutan je lom lagi lepas fasa pemilihan rumah dan loan.. debor sangat rasa.. gamaknya layak ke dapat ni? hermmmmm...


~25hb Jun 2016 (Sabtu)

Ramadhan 2016 ni xsangka murah rezeki... syukur al-hamdulillah.. memula kandaku bagitau dia terpilih sebagai penerima sumbangan untuk Program Nur Ramadhan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya... dapat duit raya RM150 dengan 10kg beras, 2kg gula, selai sejadah dan telekung... untung la abe kita pengundi Putrajaya ic pun siap dah tukar alamat sini daku je setia alamat tanah tumpah darahku kikiki...



 26hb Jun 2016 (Ahad)

Rezeki Faris pulak dapat shopping raya katanya Pemuda Umno Putrajaya anjurkan..entah sapa anto nama kami terpilih.. syukur al-hamdulillah dapat cash RM150 buat beli baju raya @ Parkson Alamanda...




 27hb Jun 2016 (Isnin)

Rezeki daku pulak kome... daku ada mohon rumah Pr1ma.. dalam bebanyak senarai projek daku apply Pr1ma Tapah..ikutkan tarikh akhir hantar permohonan awal bulan 6 aritu.. xsangka pulak 21hb Jun 2016 (Selasa) tarikh pengundian..


Dapat email 20hb Jun 2016 (Isnin)

Cara pengundian dijalankan...

Debor kome nunggu result.. ada ke rezeki kami ni.. bila check website/fb xde pulak deme update terus jadi lupa... entah le pepagi Isnin tu dalam 10 lebih mulanya nak despatch doc naik pejabat menteri tetiba teringat pasai Pr1ma ni langsung la try bukak website...

Ya Allah syukur al-hamdulillah bila nengok no. kami naik.. macam x percaya soh kandaku double check sama ke idak no. tu dengan email tu.. dia cakap sama la hehehe... rasa macam x percaya kome!

2 tahun daku peram borang online ni sebab daku rasa renyah masa isi borang online tu macam² depa mintak.. dah le kandaku kerja sendiri xde slip gaji bagai rasa leceh sungguh.. nak kene pi angkat sumpah la bagai tu yang save je x send pun...

Diri sendiri xperonah check kelayakan loan perumahan berapa leh dapat.. yelah daku dulu masuk kerja basic rendah je xcecah 1k pun jadinya daku beranggapan kelayakanku hanyalah 100k je.. mana le nak cari rumah rege tu xdapat kot.. fahaman tu kekal kot sekian lama hahaha.. servis pun 10 tahun dah kekeke..

Entah macam mana suatu hari Allah gerakkan hatiku soh bukak website kalkulator pengiraan kelayakan pinjaman perumahan.. itu pun sebab kak gee kecoh² nak beli ruma PP1M.. kekunun saja kira untuk dia.. sesambil tu daku masukkan la gaji pokokku nak tengok kelayakan diri sendiri.. tanjat beruk nengok katanya gaji pokok rm1'600 leh dapat loan hingga RM260K.. ehhh bukan 100k je ke???? hahaha... umur 35 tahun baru sedor tengok banyak daku kerugian masa/umur meningkat.. ni kadar loan untuk pinjaman perumahan gov bukan bank tau..

Daku mikir kandaku kerja sendiri ekonomi kami xstabil tu yang orang citer pung pang pung pang beli rumah...blablabla harga makin tinggi daku buat xreti je..lagi pulak masih berpegang dengan 100k tu kan memang xla nak beli..

betul kan sama??

Ni nunggu email untuk pi pilih unit.. moga² ada rezeki kami nak merasa ada rumah sendiri.. nak pacak tiang kat tanah mak duit pulak xde selepuk nak tunggu pencen sempat ke idak ntah..


Pr1ma @ Tapah kekununnya dah tua nanti nak balik negeri tanah kelahiran.. kandaku kata dia xde tanah pusaka nak balik Melaka gitu la kami doq sembang..


Email pengesahan no. berjaya...

 gini le rupanya campur² semua dalam tu
Contoh Pelan Lantai


 Pelan lokasi  

Jenis kediaman
Teres
 
Jumlah unit
647
 
Cadangan kawasan tapak projek
50 Ekar

Status tanah
Pajakan 99 tahun
 
Cadangan saiz unit
• Teres satu tingkat jenis A1 & A2 (Tengah): 900 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)
• Teres satu tingkat jenis A3 & A4 (Hujung): 900 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)
• Teres satu tingkat jenis A5 & A6 (Tepi): 900 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)
• Teres dua tingkat jenis B1 & B2 (Tengah): 1,400 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
• Teres dua tingkat jenis B3 & B4 (Hujung): 1,400 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
• Teres dua tingkat jenis B5 & B6 (Tepi): 1,400 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
• Teres dua tingkat jenis C1 & C2 (Tengah): 1,400 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
• Teres dua tingkat jenis C3 & C4 (Hujung): 1,400 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
• Teres dua tingkat jenis C5 & C6 (Tepi): 1,400 kps (4 bilik tidur, 3 bilik air)
 
Lokasi & Akses Mudah
• Melalui Jalan Tapah - Brinchang
• Lebuhraya Utara Selatan
 
Cadangan kemudahan 
• Surau
• Kedai
• Dewan Serbaguna
• Tadika
• Taska
• Taman permainan dengan kemudahan rekreasi
• Trek berjoging
 
Harga daripada
RM164,000*

* Harga tertakluk kepada perubahan
Ilustrasi reka bentuk konsep bergantung kepada kebenaran daripada Pihak Berkuasa tempatan.


Harap² ada le rezeki kami dapat rumah sendiri aminnn ya rabbal alamin....



***    ***    ***    ***    ***    ***


APA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMOHON
  • Sebelum memohon untuk membeli kediaman PR1MA, anda perlu melengkapkan pendaftaran secara online melalui laman web rasmi kami. Pastikan nombor telefon bimbit dan alamat emel anda yang didaftarkan adalah yang terkini serta aktif.
  • Semua permohonan untuk membeli hanya boleh dilakukan melalui laman web rasmi PR1MA. Pihak PR1MA tidak pernah melantik sebarang ejen atau wakil untuk menjual atau membuat tempahan. PRIMA juga tidak menerima deposit atau bayaran pendahuluan untuk permohonan.
  • Pemilik kediaman PRIMA haruslah mendiami kediaman PRIMA mereka dan akan dikenakan moratorium selama 10 tahun. Ini bermaksud pemilik tidak boleh menjual, menyewa atau menukar hak milik kediaman PR1MA selama 10 tahun dari tempoh pemilikan.
  • Semua kandungan lukisan projek ini adalah berdasarkan tanggapan artis. Segala maklumat di dalam ini adalah tertakluk pada perubahan tanpa pemberitahuan awal jika sebarang perubahan dikehendaki oleh pihak berkaitan, arkitek pemaju atau ejen dilantik serta tidak boleh digunakan sebagai tawaran.

Soalan Lazim

1. Apakah kriteria kelayakan untuk memohon kediaman PR1MA?
Warganegara Malaysia.
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara      RM2,500 – RM10,000.
Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA. 
 
 
2. Bolehkah saya mendaftar untuk PR1MA sebagai kediaman kedua saya?
Ya, anda boleh mendaftar.
 
3. Jika saya di Malaysia tetapi isteri saya berada di luar negara, adakah kami layak untuk mendaftar?
Ya, anda boleh mendaftar selagi pendapatan purata isi rumah adalah antara RM2,500 – RM10,000. 
 

PENDAFTARAN
 
1. Bagaimanakah mendaftar untuk kediaman PR1MA?
Pendaftaran boleh dilakukan secara online di laman web rasmi PR1MA di www.pr1ma.my
 
2. Adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar kediaman PR1MA?
PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA. 
 
3. Adakah pasangan saya perlu mendaftar sekiranya saya telah mendaftar untuk kediaman PR1MA?
Setiap pasangan perlu mendaftar sekali secara bersama. Jika anda sudah berkahwin, sertakan butiran pasangan anda dalam borang pendaftaran.
 
4. Saya akan berkahwin tidak lama lagi. Perlukah saya memohon sebagai individu atau pasangan?
Anda boleh memohon sebagai individu buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, untuk permohonan dan cabutan undi, anda perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti butiran diri pasangan anda.
 
5. Berapa kerap saya perlu mengemas kini profil saya?
Anda perlu mengemas kini maklumat anda di dalam sistem pendaftaran PR1MA jika terdapat sebarang perubahan.
 
6. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah semasa membuat pendaftaran?
Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian 03-7962 4374 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang). Anda juga boleh e-melkan ke info@pr1ma.my
 
7. Terdapat kesilapan IT di bahagian pendaftaran di laman web PR1MA. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila e-melkan paparan skrin (screen shot) ke pihak PR1MA ke info@pr1ma.my
 
8. Di manakah saya boleh melihat senarai dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran PR1MA?
 
9. Saya tidak boleh mendaftar kerana Kad Pengenalan saya telah digunakan di dalam sistem. Apa yang perlu saya lakukan?
Hubungi kami di 03-7962 4374 dari jam 9:00 pagi – 6:00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang) maklumkan kepada PR1MA ke info@pr1ma.my
 
10. Bagaimanakah jika saya terlupa kata pengguna/kata laluan?
Anda boleh dapatkan semula dengan mengklik di sini https://register.pr1ma.my
 
11. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan PR1MA?
Anda perlu menghantar:
i. Salinan kad pengenalan (KP)
ii. Slip gaji atau penyata bank terkini
 

PEMBANGUNAN PRIMA
 
1. Adakah kediaman PR1MA pegangan kekal atau pegangan pajakan?
Ia bergantung kepada hak milik (“pemilik”) tanah pada setiap pembangunan PR1MA.
 
2. Di manakah lokasi pembangunan PR1MA?
Pembangunan PR1MA terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.
 
3. Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran & harga kediaman PR1MA?

4. Berapakah harga kediaman PR1MA?
Kediaman PR1MA berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.
 
5. Apakah saiz-saiz kediaman PR1MA?
Secara umumnya, rumah teres PR1MA berukuran dari 850 kps hingga 1,850 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 600 kps hingga 1,200 kps.
 
6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Panggilan 03-7962 4374 
Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) 
atau Sabtu (9:00 pagi – 1:00 petang) 

E-mel:  info@pr1ma.my



  

Monday, June 13, 2016

Iftar with ♥

Assalamualaikum...


Hai semua! pejam celik pejam celik dah seminggu puasa.. al-hamdulillah walaupun baby menyusu badan gagah lagi ibu berpuasa xde la ponteng sebab x larat ke hapa setakat ni.. stok susu pun al-hamdulillah boleh la cuma xmeriah sangat la..

Sesambil nak citer Iftar bersama mak semalam (12hb Jun 2016 (Ahad), kita tepek sekali apa yang udah teman masak untuk berbuka dan sahur 2,3 hari lepas...


~10hb Jun 2016 (Jumaat) Ramadhan - 5

Bangkit pagi macam biasa tiba si baby jaga awal nengok dia merenggek+batuk dan selsema rasa x sampai hati nak antor pi umah pengasuh..dalam 5.30 pagi tengah pump susu doq berkira-kira nak cuti ke kerja..cuti kerja..cuti kerja errmmm cutilah... walau pun nekad nak cuti tapi dalam hati nanges huwaaa cuti tinggal sikit huhuhu...

Entah camne gaya makin siang hari perut lak sakit pedih.. semalamnya berbuka puasa masak daging sambal dengan sayur campur je tapi kandaku tapau ayam panggang dengan air tebu.. pukul 10 malam gitu faris bawak balik kuew teow goreng pedas menjalar jamah la sesuap dua fuhhh pedas! semua bergaul dalam perut tu yang sakit...

Tido le 2 beranak dalam bilik melayan rasa sakit tu sesambil si baby ngempeng.. 2F macam biasa bercakor kat ruang tamu bergaduh siaran tv.. petang tu gigih la masak rasa terliur tengok resepi ketuk² ramadhan sheila rusli masak udang masak kam heong..


 Udang Kam Heong
Klik sini untuk resepi
 Sambal Tempe

Meh nak share resepi tempe ni versi berkicap manis pulak selalunya teman masak versi sambal merah..


sayur Pak choy goreng 

~11hb Jun 2016 (Sabtu) Ramadhan - 6

 buka dan sahur kueh teow goreng 
karipap sardin frozen 

Ikutkan kandaku nak ajak balik Melaka berbuka dengan maknya kat kampung tapi entah sabtu tu dia bizi bukan main sampai lepas maghrib baru sampai rumah.. tengah hari tu daku tanya la betui ka nak balik kg? kang bising maknya sebab tidur 1 malam je balik kejap sangat nanti mengundang amarah sebab balik sabtu pagi esok paginya nak balik dah yelah kain baju sekolah/kerja x iron lagi huwaaa + risau hway jem sebab cuti sekolah dah habis kome!

Malas nak masak beria goreng la kueh teow dengan karipap buat berbuka.. makanan tu jugalah daku ulang makan masa sahur.. + minum oat kekunun leh tahan cergas bertenaga sampai ke petang sekali ko pukul 10 pagi dan menggigil hahaha... 


~12hb Jun 2016 (Ahad) Ramadhan - 7

Al-kisah bermula masa bangkit sahur check henpon tengok ada wassup masuk..ehh bior betul edy ni nak datang berbuka sama katanya.. terus la sembang² dengan si kakak sebab macam versi rahsia je kedatangan mereka ini selalunya akan sembang dalam grup.. alih kakak jawab ehh bukan malam tadi bincang depa nak datang minggu depan ke? ahahaha idak le teman tau mesej pun jam 1.33 am


Daku pun riso bebudak ni suka main² tapi betul deme datang siap bawak kawan lg 1 famili katanya xpernah jalan jauh tu Edy bawak Putrajaya alalalahaaaiii... 

Pukul 11 gitu soh kandaku pi bawak Faris gunting rambut pastu ajak pi Warta jap kununnya nak beli barang sikit + beli lauk untuk masak berbuka nanti.. tapi que kat supermarket Giant tu panjang benor kandaku kata xpayah la beli lauk kat sini jom pi Pasar Borong Selangor..

Deme ni suka suprisekan opah sekali deme yang terkulat² opah xde kat rumah hahaha.. yong laung la cari opah sana sini siap call yop, cik ndek tanya opah pergi mana xde kat rumah.. rupa²nya opah ada kat kebun belakang rumah je kikiki... 

Opah bawak segala bawang, rempah kari, ubi kentang, asam keping, ayam, ikan dll ala² mak tanggang gitu bawa bekal untuk anaknya.. terharu i uols.. yong siap bawak mangga depan rumahnya hari² jatuh katanya risau xsempat raya kempunan adik dan anak²nya kat kl ni..

hasil memborong di pasar borong :)

Deme sampai dalam 3 lebih gitu.. daku lepas pi pasor terus bersilat membersihkan ayam ikan, siang sayur kununnya nak masak kari ayam, ikan merah asam pedas, sayur kailan goreng ikan masin dan ikan tenggiri masin goreng.. tapi xjadi goreng kailan sebab dah ada kerabu sayur pucuk ubi dan pucuk paku... ikan kering pun xgoreng hahaha..

xtau pulak ramai yang datangnya (edy+wife, mak, yong, kawan edy 1 family + 2 anak kecik tu blom kami 5 sekeluarga dan kakak+asbennya.. si wan xdapat datang sebab dia bulan puasa ni niaga dim sum kat bazar ramadhan.. si mamat pulak xmau datang hehehe ikut depalah nak mai ka idak dah kasitau terpulang..)

Daku pi kedai bawah beli ayam sebelah sebab si Faris nak makan kari ayam.. bila mak sampai dia bawak ayam yang ada dalam peti aisnya makan berdua x habis² katanya.. yong cakap anak² dia suka ayam masak merah jadinya bahagi 2 ayam mak bawak tu separuh masak kari separuh lagi masak merah.. 

Pukul 3 lebih daku dah start masak rempah kari dan pes asam pedas si dhia kata dari bawah dah bau wangi semerbak hahaha.. dalam riuh-rendah ramai ada memenuhi ruang tamu sekangkang kera itu macam biasa si Farisya ada penyakit xcited terlebih dan perasaan riak tu menjadi-jadi hahaha.. time tu la dia nak buat peragai boleh dia kejutkan adiknya huwaa daku nak masak ni!

Bila si kenet dah terjaga herrmm memang nangis la xmau kat orang.. gigih daku masak sambil dukung anak T__T nasib baik yong tolong sekali kat dapur.. bila nengok bekal mak tu rasa serabut lak hahaha sebab dapur kecik.. siap masak cecepat daku basuh piuk belangga kasi ruang kat dapur tu bernafas..

Ayam Masak Merah
Ayam Kari
 Ikan Masak Merah
 Rangka Ayam tapau bazar ramadhan
  murtabak tapau bazar ramadhan
meriah uols

Si kakak dengan imran sampai ngam² azan maghrib.. depa beli kuih muih buat berbuka.. daku lak buat jus tembikai 1 jug guna blender makanan baby hahaha... xcukup kome air putih pun habis 3 botol pink tu terus la masak air.. si kakak soh Faris gi kedai lepas maghrib beli ais batu dengan air mineral.. bancuh lagi 1 jug air sirap semua dahaga ayorrr...

Lepas maghrib deme beransur balik tapi sempat lagi pi rumah mak sedara dhia kat kem sg besi pastu otw balik singgah rumah wan kat sg buloh antorkan buah mangga dan lauk berbuka tadi.. deme sampai Perak 1.30 pagi...


~13hb Jun 2016 (Isnin)  Ramadhan - 8

Harini kami sahur lauk berbuka semalam je.. tinggal kat kami pun cukup² makan berempat semalam dapat tapau kat wan dengan mak je.. bebudak pun dan start sekolah jadinya versi kelam kabut pepagi hari sama je hahaha...

Sampai opis tengok atas meja ada kurma.. al-hamdulillah terima kasih yea ybm kasi buah kurma :) ... arini nak masak pe xtau.. semalam ada beli sotong, ikan kembung, kupang frozen, tulang lembu.. stok rencah nak masak pun dah habis.. cili blender hbs dah semalam.. tunggu mood datang nak buat semula.. 


Tengah hari tadi turun cafe tengok lauk tapi xde yang berkenan di mata dan tekak.. ambik bubur lambuk free je leh kasi baby makan balik nanti.. singgah koperasi KKLW beli karipap, telur asin dengan sabun basuh pinggan.. balik ni nak pi kedai nak top up barang dapur sikit banyak dah habis..

Menu berbuka lom dapat idea lagi ni nak masak pe.. alalala.. asben demam tu kat rumah sian dia hukhukhuk...



  

Tuesday, June 7, 2016

Makan² Ambang Ramadhan @ Farewell eo Rohana

Assalamualaikum...


Jumaat lepas @ 3hb Jun 2016 kami buat potluck aka makan² bersempena nak nyambut bulan Ramadhan dan buat majlis Farewell eo Rohana naik pangkat N36. Dia pindah ke sebelah bangunan je Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia..

8 Tahun bersama akhirnya eo pindah juga.. aku yang 10 tahun ni x pergi mana² lagi masih bertahan di bahagian yang sama huk..huk..huk...

xde mood lak nak citer kita share gambo jelah sebagai kenangan abadi.....

Menu² hasil potluck

1. Ketupat Sotong
2. Kari Kambing Mabeles
3. Kuah Durian En Man aka cc Man
4. Roti Jala & Kuah Durian (patutnya kari ayam hahaha..)
5.Congo Bars
6. Cheese Tart
7. Kueh Seri Muka
8. Cream Puff & Kek Coklat
Kek Birthday 
Yang Diraikan 
Selfie 
Peace!
Kami yang masih setia hahaha... 

Ada 6 orang yang masih bertahan tunggu la hujung tahun comfirm kene tukar Bahagian so sesama la kita stanby kotak dari sekarang kekeke.......

Ohh lupa ada lagi menu lain lupa nak tulis/ambik gambo... ada buah-buahan, koktel, kek manggo cheese, jus tembikai sedap dll... ikutkan kami nak buat potluck makan tengah hari tapi pagi ada ceramah integriti dan bos bizi pi majlis Karnival Usahawan @ Sg Besar tu yang kami jadikan minum petang..

itulah majlis terakhir kami dengan eo..babai eo! semoga lebih cemerlang di tempat baru...