CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, October 11, 2017

*KEM MUMTAZ 2017* dan Exam UPKK 2017



*KEM MUMTAZ 2017*
    --------------

*Lokasi: Agrotek Resort,  Hulu Langat*
*Tarikh: 22,23 & 24* *September 2017*
*Hari: Jumaat, Sabtu & Ahad*


🌈🌈🌈☀☀☀🌈🌈🌈


1. Berkumpul di *SKPP 11(2)* pada jam *2.00 petang, Jumaat*.

2. Pakaian:
>👕 *oren sekolah*
> seluar sukan
> kasut (sukan/sekolah)
> *tudung hitam* bagi murid perempuan

3. Makanan semasa perjalanan pergi *tidak disediakan* , boleh bawa bekal (roti/biskut)

4. Bawa pakaian secukupnya yang menutup aurat.

5. Murid Lelaki digalakkan bawa 👕 *berkolar*

6. 💰✖ perlu
   📱✖ perlu

Jazakallahu khairan.


>>>   <<<        >>>    <<<


~22 -24 September 2017 ( 3 hari)


Assalamualaikum semua.. harini kita nak citer pasai anakanda yang utama si abang Farish Akmal kena pi Kem Mumtaz untuk persediaan minit² akhir sebelum peperiksaan UPKK 2017 

Kem ni berbayar ye kome.. yurannya dalam rm120 gitu..







check nama
 5 buah bas rasanya lupa dah 


Lepas solat Jumaat kami pi hantarkan dia ke SKPP 11(2).. tunggu kejap hingga bas ijo ni bergerak meninggalkan kami.. syahdu je rasa hati.. tapi demi anak² kita ikutkan jelah.. kasi pengalaman baru untuk dia sambil tu leh berkenalan dengan kengkawan baru.. sebab bergabung dengan sekolah² lain juga..








baju oren ni semua geng sesama UPKK








 Kuliah

 Riadah petang kot

 ni nak balik dah gamaknya hehehe...


Sumber photo ustazah KAFA yang kasi via wassup grup untuk KAFA.. xbanyak nak diceritakan sebab ibu xberada di sana hehehe.. bak kata abang seronok bu!



>>>   <<<    EXAM UPKK 2017    >>>    <<<


~2 -5 Oktober 2017 ( 4 hari)

Selang seminggu lepas pi kem exam pun bermula.. 1st day exam (2hb Oktober 2017 - Isnin) abang kata ok la boleh jawab... tapi hari kedua dia buat hal... senak rasa ulu hati ni seram sejuk rasa hukhukhuk.. ustazah wassup 2.15 petang mintak hantarkan baju putih sekolah sebab Farish pakai baju pj... hadoi camne ibu nak balik anakku! ayahnya pun luar kawasan.. padahal sekolah bagi kelonggaran untuk yang ambik exam UPKK boleh balik jam 12.30 tengah hari maksudnya dia leka main dan x balik rumah huwaaa...

Ingatkan ustazah mintak dia balik tukar baju tapi pengawas peperiksaan bagi kelonggaran dan lembut hati bak kata ustazah.. nasib baik dapat masuk dewan fuhhh!


Balik sekolah petang tu jumpa ibu kat rumah memang kena ceramah la.. cuai sangat! taklimat dah diberikan boleh lak leka.. kalau ibu risau nak exam dia buat lekpis dia je sempat main lagi tu hadoooiii la anak..

Kita pulak over risau dia xde perasaan apa².. jenuh membebel soh ulangkaji.. pastu balik mengadu cakap xdapat jawab soalan susah acaner tu.. abang oh abang..

Daku lupa dah start bulan berapa setiap malam isnin dan selasa cikgu KAFA panggil datang sekolah untuk tuisyen 8 malam hingga 10 malam.. xde minta bayaran demi kecemerlangan anak².. terhutang budi dengan seluruh cikgu² KAFA.. TERIMA KASIH CIKGU...








ustazah ajak bergambar kenangan katanya..

Ingatkan ramai yang ambik exam UPPK ni alahai... rupa²nya bukan paksaan terpulang kita nak atau tak gitu pulak ek...

Oklah tu je nak citer.. ibu x harapkan apa² pun sejenis nak anak tu mencuba dan berusaha untuk kasi pengalaman.. haa tau pun exam sebenar tu camna gaya kan, sila ambik iktibar tahun depan jangan buat giler lagi untuk exam UPSR pulak...

Signature - ANIM-Yatie Ahmad

Monday, October 2, 2017

TT SANTAI Family Day Ae9X BROTHERHOOD 2017 @ Temerloh ♥


Assalamualaikum semua :)


Tahun lepas kami pi TT kat Pantai Merdeka, Kedah jadinya tahun 2017 Pahang jadi tuan rumah pulak... dan kalau ikutkan giliran tahun 2018 Negeri 9 pulak akan jadi tuan rumah gitu katanya...

Ikutkan sejarah deme ber.. TT ni mulanya deme buat kat Putrajaya je.. kandaku la yang paling bizi menguruskan hal ehwal persiapan lokasi dll... Tahun lepas pi Kedah dia jadi juri dan pi Temerloh ni pun sama... sampai² je terus bertugas tengah padang susun atur kereta ikut kategori katanya... nak susun lurus macam pembaris tapi sebab parking atas padang gamaknya tu x secomel masa TT tahun lepas.. tahun² sebelum ni depa parkir atas petak parkir senang la susun...

Daku cakap dah grup negeri yang anjurkan biarkan la deme yang uruskan ni kita yang datang kita yang kerja macam kita tuan rumah huhuhu... tapi katanya kita 'brotherhood' so saling tolong menolong... yelah² suka hati kome la janji anak² seronok sebab dapat berkubang di waterpark hehehe...

Kiranya tahun 2017 ni bertuah la hehehe dapat ikut 2 TT... Yang 1st aritu pi Terengganu untuk Toyota Mega Gathering @ Terengganu dan ²nd pi Temerloh ni lah... Ada beza tau yang mega TT tu semua jenis kenderaan brand TOYOTA boleh joint... tapi untuk AE9X ni khas untuk model tu sahaja...


Putrajaya 2014

Putrajaya 2015
Pantai Merdeka, Kedah 2016
Kubang Gajah Waterpark, Temerloh 2017



~29hb September 2017 (Jumaat)

Hari ni kita ambik cuti dan anak² pakej 'terpaksa' ponteng sekolah sebab ayahnya nak gerak awal.. ikutkan boleh je gerak pepagi hari sabtu tu tapi kena bertolak sebelum subuh la sebab tentatifnya start dalam 8.00 pagi (yelah la biasanya mesti lewat huhuhu...) 

Pukul 10.00 pagi kami gerak menuju ke Perhentian RNR Gombak tunggu kawan kandaku katanya nak sesama konvoi.. perancangan awal kami nak gerak sendiri dan dah booking hotel dah pun.. tapi kandaku kata kawannya ni ada booking homestay dan ajak kami kongsi gitu... rm150 je semalam...

Macam biasa la ragam tunggu kengkawan ni lambat kome.. dekat sejam nunggu hermmm... sekali datang tengok atas bumbung mak aii siap bawak beskal anak kikiki... yelah anak sorang manja kededek gitu.. beskal pun dapat jenjalan kome sampai ke Temerloh gitu..

menuju ke homestay

berminat sila call ek

selesa

Sampai je umah penginapan ni restkan diri sambil tunggu member orang asal Pahang nak tunjukkan kedai makan... kata dah sampai Temerloh kena la makan gulai poyak patin kan..


Sampai kedai makan ni dah pukul 3 lebih jadinya lauk pun habis... gulai tempoyak patin xde pilihan ada kepala jelah.. tapi pedas giler! kesian bebudak makan siap boh kicap.. daku lak bersulam air jelah makan.. walaupun pedas tetap menyudu kuah acaner tu huhuhu...

Dah kenyang balik la homestay merehatkan diri.. 3F sejenis xreti diam mundar mandir tawaf ke depan ke belakang sambil berkawan la dengan anak kawan kandaku itu.. berkejaranlah mereka sesuka hati riang gumbira.. xmau tidur langsung haishhh...

Pukul 8 lebih kami kuar makan malam sesambil riki tempat TT esok... terlepas simpang kena u-turn semula... kandaku nak tolong pasang khemah mulanya tapi dengarnya dah settle pun petang tadi deme pasang...

Sudahnya pi kumpul kat kedai makan mek kelate lah makan nasi goreng hehehe.. lama jugak tunggu makanan sampaikan Farisya tumpah air milo sebab sonok sangat bergumbira dengan kawan baru haishhh...

Pukul 10 kandaku soh balik ikut kawannya sebab dia nak bergosip dengan kengkawan cehh.... tumpang la balik homestay sesama... 



~30hb September 2017 (Sabtu)




Pukul 9.00 pagi kami bergerak menuju ke lokasi TT tapi sebelum tu pi sarapan dulu la.. kawan kandaku lambat sikit gerak sebab dia tunggu tuan rumah datang untuk pulangkan kunci... 

Sampai lokasi TT sekitar jam 9.30 pagi.. masa tu xbanyak kereta lagi.. kandaku terus bertugas di tengah² padang menyusun atur kereta.. makin lama matahari kian terik.. kereta pun makin lama semakin banyak dan anak² keresahan sebab xsabar² nak pi waterpark..

Daku dan anak² pi berendam tinggalkan kandaku dengan aktivitinya yipppeeiii!!!


susun jangan x susun kasi lurus bak pembaris ek









Daku xambik tau apa acara deme buat sebab melayankan anak² mandi manda.. dekat 3 jam kot layan anak² lapar pi kedai tapau pau makan panas² pehhh sodap wei hehehe...

Meh layankan gambar jelah ek...

























Pemenang..

kami dah balik daaaa.. selesai katanya!





 




xgerak pun dik ibu yang kena tolak hehehe


Dah 2 jam berendam baru la mood adik mau beria main kalau x setakat jalan kaki sekitar kolam kira basah pun separuh badan je hahaha...




puas berendam kita naek ketapi lak ek


Pukul 3 lebih kami beransur balik... letih kot dengan panas terik sampai merah² muka Farisya... dia kan sejenis xreti duduk diam merayau sana sini..

Sampai KL terus pi Ampang jenguk mil/fil kat rumah abang wan... gigih la isterinya gorengkan meggi katanya kesian budak² xde makanan nak hidang.. dalam sejam gitu sembang² pastu kami balik la Putrajaya..

ni hadiah jadi juri & cenderahati sbb jd juri ehhh hahaha...


Sekian saja cerita versi jalan² ngikut kandaku :) tahun depan kot ada rezeki leh pi Mega Gathering TOYOTA @ Penang katanya dan untuk TT AE9X pulak pi Port Dickson kot huhuhu...


Signature - ANIM-Yatie Ahmad